Saturday, February 16, 2013

Sedikit PERKONGSIAN PENGALAMAN.....


Artikel ini bukan bertujuan untuk menyerang...tetapi lebih kepada sebagai satu perkongsian pengalaman....kalau ada yang terasa / tersinggung dengan rendah hati , saya MINTA MAAF.....

Sebuah idea tidak semestinya akan diterima oleh bulat-bulat oleh orang lain... konsep penerimaan sememangnya memerlukan masa oleh si pendengar / pembaca untuk menerima atau bersetuju dengan sesuatu idea yang diutarakan....kadang-kadang proses menilai / refleksi dan membuat keputusan boleh mengambil masa sehingga berminggu-minggu lamanya...namun apa yang penting adalah percambahan idea agar pendengar2 dan pembaca2 di Sabah khususnya lebih bersedia untuk membuka minda, berfikir, mencari rujukan, mengetengahkan idea rasional dan bukannya semata2 menggunakan akal fikiran yang sebelum ini hanya diracun oleh SATU pihak saja....

Contohnya, dalam satu kes "Listen" yang popular baru-baru ini, kita boleh melihat dalam video tersebut, audiens yang hadir pada mulanya lebih menyokong "Kak Listen" berbanding Bawani....Lihatlah bagaimana biadapnya Kak Listen untuk menghentikan hujah Bawani lalu menyatakan idea-idea yang agak kurang bernas untuk mematahkan dan mendiamkan Bawani....Namun selepas beberapa hari, audiens, malah hadirin dalam forum tersebut yang pada mulanya memberikan sokongan kepada Kak Listen, lantas menyesali tindakan mereka menyokong Kak Listen setelah melihat ulang tayang video berkenaan dengan berfikir dan menilai menggunakan OTAK...mereka lalu memohon maaf kepada Bawani....

Contoh lain, seorang hadirin STAR hanya menggunapakai idea dari ceramah2 BTP STAR sahaja lalu beranggapan tidak perlu melihat rasional, atau fakta dari pihak lain kerana beranggapan hanya isi atau point dari pihak STAR sahajalah yang benar....walhal mungkin ada hujah rasional bersandarkan fakta dari pihak lain yang menyebabkan idea atau fikiran dari ceramah STAR tadi sudah tidak relevan atau kurang "ngam" sudah dalam konteks yang sebenar...INI HANYA LAH CONTOH...JANGANLAH BARU SINI PUN SUDAH ADA YANG MEMAKI.....bagi JM tidak ada salahnya anda berfikiran terbuka, waras dengan menilai dan membandingkan kekuatan sesuatu idea, agar kita tidak menjadi seorang pengundi yang ANGGUK-ANGGUK kepala....maksud saya, DIA cakap ini, kita ANGGUK....padahal belum tentu betul pun cakap DIA kan? Apapun, saya tidak memusatkan perenggan ini kepada satu2 pihak saja...semua pun kena bah....baik pihak BN, PR, STAR, APS, SAPP, NGO....

Dari apa yang JM boleh bandingkan antara pengundi di negara Barat (Amerika dan British) dan Malaysia (Sabah dan Sarawak) ialah kecenderungan mereka untuk menggunakan OTAK DAN AKAL FIKIRAN SECARA OPTIMUM dalam berfikir, menganalisis pro dan kontra seterusnya membuat hipotesis terhadap sesuatu permasalahan....lain halnya di Malaysia, majoriti kita, (termasuk saya sendiri) lebih suka untuk mendengar point dari satu pihak sahaja.... seterusnya membiarkan mentah2 idea-idea atau point-point tadi meracuni minda dan fikiran kita.....seterusnya menggunakan minda yang sudah diracun ini sebagai senjata untuk menyerang....ini tidak betul...maka bila serangan kita dipatahkan oleh pihak lain, mula lah ada yang memanas....

Kenapa kita mesti guna otak secara optimum? sebab dengan menggunakan hanya 10% daripada kemampuan otak inilah yang menyumbang kepada punca mengapa dikumandangkan laungan2 "kena pijak-pijak kita bah", "kana buduh-buduh", "kana kasih ayam-ayam kita" dan sebagainya.... masalahnya adakah kita perlu menyalahkan pihak yg kita tuduh PENIPU tadi atas apa yang terjadi atau seharusnya kita MENYALAHKAN diri kita sendiri kerana menjadi "buduh-buduh", "ayam-ayam" dan membiarkan "dipijak-pijak"? Kerana itulah, Amerika contohnya boleh bertukar - tukar presiden....kerana rakyatnya menggunakan otak untuk menilai hujah dan isi perjuangan KESEMUA calon secara teliti.... bukan hanya mendengar hujah dari seorang calon sahaja....

Baru-baru ini JM ada bersoal jawab dengan beberapa orang komolohingan dan beberapa orang belia.... soal jawab tersebut lebih kepada isu-isu RCI dan perjanjian 20....dalam soal jawab tersebut, JM berlakon sebagai orang SAPP... untuk pengetahuan semua komolohingan dan belia tadi adalah penyokong STAR, malah merupakan AJK2 dan Pengerusi STAR dalam cawangan kampung di Sabah.... bukan mau tunjuk pandai... saya tidak pandai....tapi saya suka bila kita semua FIKIR PAKAI OTAK.... BUKAN DENGAN HATI....so di akui ada juga beberapa komolohingan dan belia yang memanas time itu.... SAYA SUDAH CAKAP.... FIKIR PAKAI OTAK...BUKAN PAKAI HATI....

ok, begini ceritanya...sebagai orang SAPP (berlakon) saya minta dorang soal saya, dan saya akan jawab... seorang belia A ini menyoal saya dengan soalan, "adakah SAPP memperjuangkan 20 perkara?
dalam fikiran saya, adakah ini standard soalan penyokong-penyokong STAR? tidak apa....saya jawab balik, "Ini soalan yang paling bodoh pernah saya dengar...(saya saja guna kata-kata yang kasar sikit - mau tengok reaksi dan cara dorang bertindak dan berfikir selepas itu) Siapa lagi dahulu memperjuangkan 20 perkara... SAPP atau STAR?"  
saya ulang balik soalan tersebut 2 , 3 kali....kemudian Belia B, menjawab, " kami minta jawapan bukannya kamu soal balik"... saya pun jawab, "Saya tanya, siapa dulu memperjuangkan 20 perkara di Sabah...SAPP atau STAR? SAPP sudah wujud tahun 94 manakala STAR baru tahun lalu...SAPP memang memperjuangkan 20 perkara sejak masih dalam BN lagi...tapi keluar dari BN, bila dorang gagal...tetapi adakah anda tahu bahawa kita tidak lagi memperjuangkan kesemua 20 perkara tersebut, sebaliknya hanya lebih kurang 7 lagi perkara?" Nah...disini lah mula suda dorang tidak senang duduk...mula suda berebut2 mic / mau bercakap.... belia B cakap lagi "kamu belum jawab soalan kami lagi...adakah SAPP memperjuangkan 20 perkara, jawab YA atau TIDAK!"
dalam fikiran saya, macam saya sudah jawab ini.... belia B ulang lagi " kami mau Ya atau Tidak?" lebih kurang 2 kali juga dia ulang itu soalan.... jadi saya jawab "saya sudah jawab kan soalan tu tadi, SAPP memperjuangkan 20 perkara....tapi bukan semua 20 perkara itu kita perjuangkan...sebab ada perkara-perkara yang tidak payah kita perjuangkan..." Belia B pun mencelah " kami mau Ya atau Tidak".... dalam fikiran saya lagi.... saya sudah jawab soalan ini...tapi mesti mau Ya atau Tidak baru sah kah?? lalu saya jawab "Jawapan saya, Ya..... kalau saya jawab Ya, SAPP memperjuangkan 20 perkara.... apa masalah dia sekarang" lalu kesemua belia tadi terdiam sejenak...mungkin berfikir point seterusnya.... namun Belia B masih tidak mahu mengalah lalu menyoal balik "sekarang sebutkan senarai-senarai 20 perkara" ...saya balas, "siou, saya tidak dapat sebut semua 20 perkara tadi sebab saya tidak ingat...tapi saya boleh sebut 7 atau 9 perkara yang masih relevan untuk diperjuangkan" nah di sini point belia B.... saya akui memang saya tidak ingat kesemua 20 perkara... walaupun saya selalu baca, namun saya tidak menghafal perkara-perkara tersebut.... namun, walaupun begitu, situasi sebegini baik...kerana ini menjadikan kita lebih peka kepada hal2 yang kita selalu sengaja lepas pandang. So, balik pada cerita, saya pun jawab, "baik kenapa saya cakap bukan semua 20 perkara kita tidak perjuangkan lagi, sebab ada sudah beberapa perkara yang mansuh, dan tidak perlu diperjuangkan...antara perkara-perkara yang kita perjuangkan sekarang ialah Tanah, Nama Negara, ekonomi, borneonisasi dan imigresen....." saya berhenti sebab saya nampak belia2 dan komolohingan tadi sudah macam acuh tidak acuh sudah mendengar pendapat saya....akhirnya persoalan tersebut berakhir apabila seorang kawan A mengambil mic lalu berkata " sebenarnya apa yang si JM cakap tadi tu betul..bukan lagi 20...tapi 7....itu yang kita kenal sebagai 7 agenda borneo"  saya sebenarnya kurang berstuju dengan penyataan kawan tadi.... tapi saya tidak dapat menjelaskan kerana tajuk topik sudah bertukar kepada isu RCI pula....

P/S - saya maksudkan ada beberapa perkara yag tidak relevan di tuntut lagi kerana sudah diluluskan kabinet negeri , serta memang kita tidak perlu tuntut...sebaliknya kita perlu patut jika kita ingin memperjuangkan 20 perkara.... contohnya :

click link ini untuk melihat senarai 20 perkara...http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_20_Perkara_Sabah
  1. Perkara 1 - AGAMA
    Pada tahun 1971, perlembagaan bagi agama untuk negeri Sabah telah diubah kepada perlembagaan 5a iaitu Agama Islam menjadi agama rasmi bagi Negeri Sabah yang di sokong oleh Kabinet Negeri di bawah Kerajaan Perikatan yang mendapat sokongan 2/3 majoriti pada ketika itu.
    Rentetan daripada perubahan tersebut, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) diwujudkan untuk mentadbir hal ehwal Agama Islam di Negeri Sabah.

  2. Perkara 7 - HAK MENARIK DIRI 
    - Dalam isu di atas, kita (sabah) tiada hak untuk menarik diri dari persekutuan. Jika kita ingin perkara ini dihormati, Sabah juga seharusnya menghormati perkara ini...oleh itu bagi JM perkara ini tidak relevan untuk diperjuangkan.

  3. perkara 5 - PELAJARAN- Dalam Perjanjian Malaysia 1963, telah menjelaskan bahawa sistem pelajaran di Sabah hanya boleh ditadbir urus oleh kerajaan negeri selama 10 tahun kemudian ia perlu diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan agar Sistem Pembelajaran yang bersepadu dan diselaraskan diseluruh Malaysia. Jika sistem pendidikan Sabah pada masa ini tidak baik dan tidak memberi manfaat kepada rakyat Sabah tidak akan wujud beberapa intitutusi pengajian tinggi yang diiktiraf seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), kolej-kolej swasta yang kini dapat melahirkan ramai graduan yang mampu berdaya saing. Buktinya sahaja pelantikan Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Haji Ampon Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan Y. Bhg. Datuk Dr. Haji Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Sabah di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Kedua-duanya adalah anak watan negeri Sabah sendiri, justeru merekalah orang yang bertanggungjawab dalam menentukan bidang pembelajaran negeri Sabah pada hari ini.|
     
  4. Perkara 6 - IMIGRESEN
    Kemasukkan Sabah, Sarawak, Malaya masih lagi menggunakan passport...

  5. Perkara 2 - Inggeris sebagai Bahasa Rasmi Borneo Utara.... siapa-siapa yang mahu berinteraksi dalam Inggeris dipersilakan malah digalakkan...
  6. perkara  lain adalah perkara 4, 5, 10, 12,14,19 ...masih terpakai dan tidak perlu dituntut....
Oleh yang demikian, saya harap pembaca dapat menangkap mesej yang saya ingin sampaikan.... KITA TUNTUT 20 PERKARA....TAPI HANYA LEBIH KURANG 7- 9 PERKARA LAGI YANG RELEVAN DITUNTUT...KENAPA? SAYA SUDAH BERIKAN HUJAH DI ATAS... BACA BALIK PERKARA 20... KEMUDIAN CUBA FIKIR DENGAN TERBUKA....KALAU SAYA SALAH, MAKA SILA KEMUKAKAN IDEA DAN PENDAPAT ANDA DALAM RUANGAN KOMEN DI BAWAH......
Dalam isu RCI pula, masih dalam soal jawab yang sama cuma kini saya beralih pula kepada penyokong BN UMNO.... Komolohingan A menyoal "saya mahu tau apakah perkembangan RCI dan apakah tindakan yang diambil kepada orang-orang yang kasih bagi IC sama pendatang "  saya jawab...." setakat ini, dari apa yang saya baca melalui blog, online news, dan media massa perbicaraan RCI menunjukkan berlakunya penyelewengan dari pihak JPN dan juga SPR...pasal tindakan, saya tidak boleh jawab sebab RCI tiada kuasa untuk menghukum pesalah-pesalah ini" komolohingan tadi menyoal perkara sama (mungkin tidak faham dengan jawapan saya), komolohingan ini sebenarnya Pengerusi STAR kampung...soalan dia "macam kamu cakap tadi, sudah ada pihak yang bersalah dalam pemberian IC pada pendatang...kami mahu tau apakah tindakan-tindakan yang akan dikenakan kepada orang-orang seperti Mahathir?" saya jawab, "RCI tiada kuasa mahu mendakwa....tugas mereka cuma menyiasat benarkah berlakunya penyelewengan terhadap kebanjiran pendatang asing di sabah...setakat ini, kita sudah nampak bahawa memang berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa...tapiu RCI tiada kuasa kasih masuk penjara atau kasih jail orang-orang yang menyeleweng tadi....mengenai Mahathir, baru-baru ini Mahathir ada cakap dan bersedia untuk beri keterangan...Anwar pun begitu....kalau kamu rasa kamu ada bukti menyatakan Mahathir dan Anwar memang bawa masuk Pendatang, so, bawa kes ini pigi mahkamah dan sue dorang...." komolohingan tadi pun diam...lalu belia B pun menyoal...masih juga soalan yang sama... "apa tindakan kepada mereka, apa fungsi RCI " dalam fikiran saya, saya sudah jawab bah ini....kenapa mau ulang -ulang....belia itu tadi tidak puas hati...kerana tiada tindakan....saya menjawab "RCI tiada kuasa mendakwa.... cuma menyiasat.... apa-apa keputusan nanti, jika ada yang bersalah, mungkin akan ada satu suruhanjaya atau badan-badan yang akan ditubuhkan untuk menghukum pihak-pihak yang bersalah ini." malangnya belia tadi tidak mahu mengalah...malah mula melibatkan SPRM, SPR padahal isu pada mulanya hanya RCI.... saya cuba jelaskan "topik kita ialah masalah kebanjiran pendatang...ini sesuatu yang mungkin ada kaitan dengan imigresen dan saya tidak nafikan turut ada kaitan antara SPR untu dijadikan pengundi...dan SPRM mungkin ada pihak yang terima duit, makan rasuah.....tapi isu disini, RCI tidak boleh mendakwa, mungkin ada pihak lain yang akan mendakwa, NGO, badan berkanun, polis, imigresen, itu saya tidak tahu.... tapi fungsi RCI cuma untuk menyiasat kebenaran dan bukan mendakwa" walaupun saya rasa saya sudah menjelaskan isu ini dengan terperinci, namun soalan sama tetap diutarakan....apakah tindakan....apakah tindakan....apakah tindakan...apa fungsi SPR, SPRM lah....  lalu saya membuat kesimpulan, belia-belia ini ada baca news kah tiada? peka kah atau tidak? atau sengaja cuba memutar belitkan persoalan yang perlu jawapan yang sama?

Sebelum ini Najib ada menyatakan bahawa keputusan hasil RCI ini akan dibincangkan lalu keputusan secara bersama dengan kerajaan akan dibuat untuk menentukan tindakan yang bakal diambil kepada pesalah-pesalah.... buat masa sekarang RCI bukan bertujuan mendakwa...tetapi lebih kepada menyiasat dan mencari kebenaran penyelewengan dalam kebanjiran PATI di Sabah....

rujuk beberapa artikel ini...kemudian fikirlah dengan rasional....

http://www.malaysiakini.com/news/210004

http://www.malaysiakini.com/news/220084

Ini antara pengalaman-pengalaman JM semasa bersoal jawab dengan beberapa orang komolohingan dan belia.... Keputusan? tiada yang menang tiada yang kalah....sendiri mahu fikir lah....asal saja pakai otak... kalau dorang bilang JM kalah, kalah lah tu.... keputusan itu tidak penting...macam yang JM tulis taadi, percambahan idea itu yang penting....

Namun apa yang penting, biarlah minda menguasai emosi....bukan emosi menguasai minda semasa bertukar pendapat...biarlah otak menguasai hati...bukan hati menguasai otak.... apa lagi tempoh2 PANAS menjelang pilihanraya ini kan....

Apa-apa pun, JM setakat ini masih lagi menyokong WADAH DAN PERJUANGAN YANG DIBANGKITKAN STAR..... BUKANNYA BERSANDARKAN PADA SESEORANG INDIVIDU POLITIK SEMATA-MATA.....fikir dengan otak...bukan dengan hati.....

Salam Pibabasan.....

2 comments:

  1. TQ JM .Disini saya nak komen sedikit.
    Semua bangsa yang sudah lama tinggal di sabah tak kira sulu dusun bajau dan lain lagi sebelum tarikh 1963 adalah sah menjadi warganegara malaysia dan sekaligus mendapat kad pengenalan malaysia itu tak boleh dipanggil pendatang asing.. Dan tak mungkin tak mempunyai keluagga dan anak oleh itu jumlahnya akan meningkat setiap taun. Kalau tak meningkat ertinya setiap keluarga tak mempunyai anak sampai tahun 2014. ada juga yang memang pendatang tanpa izin itu tak boleh dinafikan.
    Berbeza pula bangsa yang datang walaupun sehari selepas 1963 itulah yang dipanggil pendatang tanpa izin.
    Contohnya iban di sarawak dulunya berasal dari dayak dari kalimantan kemudian berhijrah ke sarawak dan mempunyai tanah sendiri .
    Sebaik saja sarawak masuk malaysia iban layak mendapat kad pengenalan dan menjadi warganegara malaysia.Setiap taun jumlahnya meningkat setiap taun sampai sekarang .
    Lain pula sekiranya dayak dari kalimantan masuk ke sarawak walaupun sehari selepas tarikh 1963 sampai sekarang itu dianggap pendatang tanpa izin sekiranya tiada dokumen perjalanan yang sah. harap harap fahamlah.
    Lagi satu apa ertinya dijajah ? TUN M pernah berkata kalau kita dijajah kita tak boleh bersuara langsung. harap harap fahamlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG
      PALING MISKIN
      DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA .ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN
      DAN 10 TAHUN ITU
      KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN
      TULANG BERSAMA,ISTRI SAYA
      UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP
      KELUARGA SAYA..AKHIRNYA
      AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMAL YANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU
      SEMUA TIDAK PERNAH
      MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG
      MEMBERIKAN NOMOR,
      (MBAH JOYO RATMO) ,, SAYA PIKIR TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI,
      (MBAH JOYO RATMO). DAN
      AKHIRNYA,(MBAH JOYO RATMO MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA, ,4D... DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI
      SAYA SANGAT
      BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA
      TERIMAH KASIH SAYA KEPADA
      MBAH SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN.(MBAH JOYO RATMO) BAGI ANDA YANG
      INGIN MERUBA NASIB
      SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI (MBAH JOYO RATMO) DI NO 085-242-474-478-
      DEMI ALLAH LANGIT DAN BUMI PASTI TEMBUS 100% ..

      Delete

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...