Wednesday, November 30, 2011

Lihat Bajet Sabah dari aspek lebih luas: Abdul Rahman

28th November, 2011

Sumber  http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/54256

 

 KOTA BELUD : Setiausaha Barisan Nasional Sabah, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan meminta kepada pihak yang mempertikaikan bajet negeri Sabah yang baru diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah seharusnya melihat bajet itu dari segi aspek yang lebih meluas.

Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kerana telah meluluskan bajet yang begitu bersejarah sebanyak 4 billion ringgit sekaligus menjawab segala tomahan yang mengatakan negeri Sabah sebuah negeri yang miskin dan mundur.
Menurutnya, bajet RM4 bilion untuk tahun hadapan merupakan satu sejarah dan ianya lebih baik kalau dibandingkan dengan negeri yang dianggap paling maju dan paling kaya di Malaysia iaitu negeri Selangor.
“ Negeri Selangor hanya mempunyai bajet tahunan untuk tahun 2012 sebanyak RM1.6 bilion ini menunjukkan bahawa Sabah mempunyai kemampuan yang cukup besar, bajet RM4 bilion Sabah itu jauh lebih besar daripada bajet kerajaan negeri Selangor.”
“ Begitu juga dengan simpanan negeri, negeri Sabah mencapai lebih daripada RM3 bilion ringgit tunai dalam akaun kerajaan negeri Sabah sementara negeri Selangor hanya melebihi sedikit RM1 bilion (RM4 bilion).
“Ini menunjukkan satu jawapan yang cukup kuat dan jelas kepada tohmahan yang mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional Sabah boros dan membelanjakan wang ringgit, banyak ketirisan, banyak rasuah dan sebagainya.”
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan RM100 Tahun 2012 di SK. Tempasuk I,dekat sini, baru-baru ini.
Seramai 457 pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6 di sekolah itu mendapat Bantuan Khas tersebut daripada pihak kerajaan.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata tidak mungkin sebuah kerajaan boleh menyediakan bajet begitu yang jauh lebih besar daripada bajet negeri Selangor dan juga jauh lebih besar daripada bajet Pahang yang hanya mempunyai bajet 600 juta ringgit jika pemimpin-pemimpin negeri Sabah rasuah, amalan yang tidak terurus dan salah guna kuasa.
Beliau amat yakin jawapan kepada segala tohmahan pembangkang terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Sabah dapat dijawap sekaligus oleh bajet yang begitu besar dan juga dengan pengiktirafan tertinggi daripada Ketua Audit Negara yang telah memuji pengurusan kewangan kerajaan negeri Sabah tiga tahun berturut-turut.
“ Ini juga adalah jawapan yang cukup jelas dan tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun, mana mungkin sebuah kerajaan dapat diurus dengan begitu baik kalau laporan Ketua Audit Negara telah memberikan pengiktirafan yang tertinggi kepada kerajaan negeri Sabah dibawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.”
“ Saya percaya kejayaan demi kejayaan akan dapat dikecapi di tahun-tahun akan datang dibawah pemerintahan BN negeri Sabah.” tambahnya lagi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin kamu semua masih ingat lagi pasal itu kenaikan cukai 6% TELKO kan???? ketika ramai rakyat membantah kenaikan cukai tersebut yang mana turut serta di bantah oleh beberapa orang YB BN, namun lain pula halnya dengan pendirian Rahman Dahlan apabila dengan "senang hatinya" menyokong tindakan kenaikan cukai ini. Namun, malangnya apabila rakyat mentafsirkan "sokongan" Rahman Dahlan tersebut lebih kepada sekadar sokongan yang bersifat mengampu maklumlah Pilihanraya dah tak lama. 


Dan kini, Rahman Dahlan memberikan satu lagi kenyataan yang sangat rapuh, umum dan jika di lihat pun lebih kepada sekadar gimik mengampu pilihanraya. 


Alasan yang di berikan oleh Rahman Dahlan ketika membandingkan bajet selangor dan bajet sabah adalah sangat rapuh. Rahman Dahlan memberikan alasan bajet Sabah yang mundur ini adalah lebih besar berbanding negeri selangor yang maju. Namun sebelum itu, mari kita lihat keluasan Sabah dan Selangor. Sabah berkeluasan 73,620 km persegi manakala Selangor pula cuma berkeluasan 7930.20 persegi. Jika di nisbahkan, Sabah adalah 9 kali ganda lebih besar berbanding Selangor. Andaikan jumlah wang tersebut dibahagikan kepada setiap ceruk km persegi dalam setiap negeri maka Sabah hanya akan mendapat lebih kurang 54 ribu untuk 1 km persegi manakala Selangor pula akan mendapat kira-kira 200 ribu untuk 1 km persegi.  


Walaupun bangga membentangkan bajet besar, namun dari segi kemajuan infrastruktur dan taraf hidup rakyat, Sabah merupakan negeri yang paling terkebelakang sekali. Oleh itu, maka adalah menjadi hak kepada rakyat Sabah untuk mempersoalkan kemanakah wang-wang yang telah di peruntukan untuk kemajuan, pembangunan-pembangunan dan peningkatan taraf hidup apabila rakyat tidak terasa sangat  "kemajuan" yang di war-warkan oleh Kerajaan. 


Jangan menafikan apabila bercakap tentang wang yang tidak sampai kepada rakyat. Jika sampai pun, hanya sedikit sahaja yang boleh di nikmati oleh rakyat. Inilah maksud sebenar ketirisan. Jika Rahman Dahlan cuba membandingkan Sabah dan Selangor, Rahman Dahlan juga seharusnya jangan bersikap hipokrit dengan tidak menyebut pencapaian baik Selangor yang berjaya menambah simpanan tunai sebanyak rm 200 juta dalam tempoh hanya 6 bulan. 

Jika Ketua Audit Negara mengiktiraf Sabah di bawah kepimpinan Musa, apakah pula jawapan Rahman Dahlan terhadap projek komputer yang KAN katakan gagal?malah memalukan apabila di siniskan lagi dengan jolokan "ada komputer tapi tiada karen (elektrik)". Semua 27 Makmal komputer di sekolah bestari Sabah gagal di siapkan. dan hanya 2 sahaja dari 300 makmal komputer di sekolah harian yang berjaya di siapkan.

Di samping itu, Sabah turut tersenarai sebagai Negeri yang di mana Tabikanya gagal mematuhi menu makanan . 


Ulasan ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan Kerajaan, tetapi bertujuan untuk membawa rakyat berfikir di luar kotak dan jangan hanya tengok yang baik sebaliknya cuba seimbangkan pula dengan yang 'buruk'. 


Akhir kata, tidak ada gunanya bajet besar sekiranya tidak memberikan KEBAIKKAN OPTIMUM kepada rakyat. jangan hanya INDAH KHABAR DARI RUPA.

Monday, November 28, 2011

Jimmy Palikat bakal bertanding untuk kerusi PARLIMEN Keningau dalam PRU 13 ????

Siapa yang tidak kenal dengan Jimmy Palikat yang popular dengan lagu "Tanak Kampung" dan versi melayu lagunya "Anak Kampung". Setelah "Anak Kampung" berjaya "menawan" Borneo, Jimmy Palikat sekali lagi beranjak ke hadapan apabila bakal bertanding dalam PRU 13 menentang Pairin Kitingan bagi kerusi PARLIMEN Keningau.

Di fahamkan Jimmy Palikat akan bertanding di bawah tiket PARTI BARISAN RAKYAT SABAH (Sabah People Front Party - SPF). Ketika berbual dengan beliau mengenai rancangannya untuk bertanding pada PRU 13 akan datang, Jimmy berkata beliau bertanding bukan kerana menganggap Pairin Kitingan tidak mampu lagi berkhidmat,sebaliknya beranggapan sudah tiba masa untuk memberikan "perkhidmatan" tersebut diterajui oleh golongan muda pula.




Jimmy Palikat juga sedang dalam proses untuk meyakinkan kepimpinan tertinggi SPF agar mencalonkan beliau sebagai calon parti tersebut untuk kerusi Parlimen Keningau. Berbekalkan populariti beliau sebagai seorang selebriti yang sedang top ketika ini, Jimmy kini berusaha untuk mendalamkan lagi ilmu beliau dalam hal-hal politik sebagai persediaan seandainya di letakkan sebagai calon kelak.

Antara isu-isu yang bakal beliau bangkitkan kelak adalah isu bagaimana meningkatkan ekonomi Tambunan dan Keningau am nya, mempertingkatkan taraf hidup dan infrastruktur kawasan-kawasan ulu, serta mengoptimumkan tenaga golongan muda sebagai penyumbang kepada kemajuan daerah Tambunan.

Parti Barisan Rakyat Sabah merupakan parti yang berkesinambungan dari parti Bersekutu. Selepas parti Bersekutu di bubarkan, SPF telah di daftarkan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 8 Disember 2010.

Presidennya Berman Angkap, menyatakan pendirian partinya sebagai parti pembangkang tetapi berkata mereka tidak mempunyai perancangan lagi untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang di negeri ini.

Bagaimanapun, beliau nampaknya terbuka kepada idea itu dengan berkata "apa yang penting adalah ideologi mereka sama dengan kami".

Berman juga mengumumkan pembubaran Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) yang diterajuinya yang bergiat sejak 20 tahun lalu walaupun dianggap sebagai “parti nyamuk”. Beliau turut menambah, SPF ditubuhkan bagi memenuhi hasrat rakyat Sabah yang mahukan memulihkan hak negeri.

Sebelum ini, Beliau mensasarkan keanggotaan seramai 50,000 terutama generasi muda. Kita juga berharap 38,000 bekas anggota parti Bersekutu juga akan menyertai parti baru ini.