1. MALAYA BUKAN MALAYSIA
Malaya sebenarnya merupakan apa yang kita panggil sebagai Tanah Melayu atau Semenanjung Malaysia pada hari ini. Malaya tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Malaya (semenanjung Malaysia) bersepakat bersama dengan Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk negara Malaysia. Namun 2 tahun selepas Malaysia ditubuhkan, Singapura keluar dari Malaysia lalu membentuk Negara republik.
2. Sabah dan Sarawak tidak pernah masuk MALAYA.
Sabah dan Sarawak tidak pernah memasuki MALAYA. Sebaliknya Malaya ( Tanah Melayu), Sabah, Sarawak dan Singapura 'bersepakat' secara 'konsensus' untuk menubuhkan MALAYSIA dimana ia merupakan satu NEGARA baru yang belum pernah wujud sebelum ini. Oleh yang demikian, dalam hal ini sepatutnya tidak berlaku negeri siapa yang BOSS dan negeri mana yang jadi KULI. Namun ramai diantara kita khususnya rakyat Sabah dan Sarawak yang terlalu mengagung-agungkan SEMENANJUNG (MALAYA) sehingga kita dilayan sebagai negeri kelas kedua atau negeri penumpang!!!!
3. Tunku Abdul Rahman bukan bapa kemerdekaan MALAYSIA
Ramai di antara kita yang telah terpengaruh dengan madah-madah dan bait-bait yang mengatakan Tunku merupakan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Salah!!!! yang betulnya, Tunku merupakan Bapa Kemerdekaan Malaya (Tanah Melayu). Tidak ada Istilah Bapa Kemerdekaan Malaysia.
Seharusnya di wujudkan istilah "Bapa-Bapa Pembentukan Malaysia" baru ngammmm untuk mengenang jasa tokoh-tokoh MALAYSIA.
4. MALAYSIA bukan merdeka pada 31 Ogos 1957.
Malaysia tidak pernah Merdeka. Malaysia juga tidak pernah di jajah. oleh itu, siapakah yang merdeka pada 31 Ogos 1957?
Tompinai, yang merdeka pada 31 Ogos 1957 cumalah Tanah Melayu (malaya @ Semenanjung Malaysia). Oleh itu amat tidak tepat jika tarikh 31 Ogos dinamakan dan disambut sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia. Sebetulnya dan selogiknya, hari kemerdekaan Malaysia merupakan pada 16 September 1963 dimana pada tarikh itu juga lah Negara Malaysia di bentuk.
5. Semua rakyat ada HAK MENJADI PM.
Tanpa mengira warna kulit, agama, kaum, bangsa, tempat tinggal ....selagi seseorang itu layak, maka dia seharusnya boleh dilantik menjadi PM. Ingat kita mengamalkan sistem DEMOKRASI dan bukan sistem MEWARISKAN TAKHTA. Selagi calon tersebut merupakan warganegara dan tidak pernah disabitkan kesalahan jenayah serius, maka selagi itu dia layak untuk dicalonkan. Namun dalam konsep mainan politik di negara kita, seseorang PM itu harus lah Bumiputera ( Melayu ) ,beragama Islam dan harus dari kalangan parti UMNO sahaja. walhal, peribumi Sabah dan Sarawak juga merupakan Bumiputera.
Namun disebabkan kita terlalu menghambakan dan menyanjungi Semenanjung Malaysia maka, kita beranggapan kita merupakan negeri penumpang dan layak untuk menerima layanan Kelas KEDUA.
P/s Sampai bila kita nak ditipu, diperbodohkan, dimanipulasikan dan di diskriminasikan????\
No comments:
Post a Comment
Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...
selamat mengomen boss...