Saturday, 26 February 2011 00:41 Oleh: KREW SABAHKINI.NET
http://sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=6320:program-ubf-di-keningau-27-februari&catid=35:berita-sabah&Itemid=27
PENGASAS United Borneo Front (UBF) Datuk Dr.Jeffrey Kitingan akan menyampaikan ceramah Agenda Borneo hujung minggu ini di Kg.Pagansangan, Mukim Bingkor. Siri jelajah UBF untuk memperkenalkan agenda Borneo itu mendapat perhatian masyarakat pedalaman dan berkeinginan untuk bersemuka dengan ikon politik Sabah, Dr.Jeffrey Kitingan.
Pejuang UBF yang juga pengerusi penganjur, Julian Lian berkata, ceramah itu akan diadakan pada 27 Februari (ahad) bermula pada jam 2.00 petang bertempat di perkarangan rumah Juse Loibin, mantan Pengerusi JKKK Kg.Pagansangan.
“Terdapat banyak permintaan untuk jelajah UBF di kawasan pedalaman, namun kita melaksanakannya secara berperingkat kerana kami tahu ramai yang ingin tahu tentang Agenda perjuangan UBF serta hak-hak Sabah yang semakin terhakis,” kata Julian.
Julian juga mengalu-alukan kehadiran orang ramai di sekitar untuk sama-sama mendengar aspirasi Agenda Borneo.
Menurutnya sempena dengan sesi perjumpaan itu juga, penyerahan borang kemasukan UBF akan diserahkan oleh wakil penduduk.
Katanya, UBF bukanlah sebuah pertubuhan politik sebaliknya adalah harapan baru kepada rakyat di Sabah untuk memahami agenda Borneo serta hak-hak rakyat negeri ini dalam kerajaan Persekutuan.
_________________________________________________________________________________
Negeri Sabah atau negeri-negeri borneo amnya, sudah lama menunggu mana-mana parti politik ataupun badan-badan NGO yang jujur dan berani memperjuangkan hak-hak Borneo dalam Malaysia.
Kita ambil sedikit cerita di Sabah, di samping parti politik pembangkang SAPP, kini terdapat juga sebuah NGO dikenali sebagai United Borneo Front yang kini sedang giat memperkembangkan "pengaruhnya" untuk menyedarkan, memperjuangkan, seterusnya mengembalikan hak-hak Sabah yang sekian lama di kikis oleh rejim Semenanjung dalam persekutuan Malaysia.
Seperti yang kita sedia maklum, ramai rakyat yang bekerja sebagai pejawat awam kerajaan yang walaupun tidak menyukai dengan pengikisan rejim BN (Semenanjung) terhadap hak-hak Sabah (Borneo) ini, namun TERPAKSA juga menyerahkan undinya untuk Kerajaan memandangkan "takut" kedapatan dan seterusnya "mungkin" akan hilang pekerjaan nanti.
Oleh yang demikian, UBF yang hanya berstatus NGO merupakan satu platform yang mungkin akan berjaya meraih sokongan majoriti rakyat Borneo. Setakat ini, UBF baru ditubuhkan kira-kira 2 bulan yang lalu dan masih kurang publisiti mengenai pertubuhan ini. Malah blog ataupun website rasmi pertubuhan ini pun masih lagi (mungkin) belum dibuat.
Beberapa cadangan disini, UBF haruslah menggunakan kesempatan kecanggihan teknologi maklumat untuk menambahkan lagi proses penyebaran maklumat mengenai tujuan, perjuangan, madah dan konsep pertubuhan ini ditubuhkan. Sekirannya hanya menggunakan "ceramah bergerak" semata-mata, ia mungkin akan mengambil proses yang lama untuk menyebarkan maklumat. Selain itu, bagaimana pula dengan rakyat-rakyat Borneo yang kini belajar, bekerja di negara dan negeri luar? maklumat tersebut pasti akan "sukar" sampai kepada mereka sedangkan untuk merealisasikan PENGEMBALIAN HAK-HAK BORNEO ini, UBF amat memerlukan setiap sokongan daripada rakyat borneo.
Selain itu, mungkin UBF juga boleh membuka pendaftaran kemasukan (menjadi ahli) UBF secara online. Di samping menjimatkan masa, wang dan tenaga, proses penambahan ahli juga boleh dilakukan dengan cepat seterusnya akan mempercepatkan UBF untuk bertindak "melawan" isu-isu yang berkaitan dengan hak-hak Borneo ini.
Dan adalah lebih baik sekiranya UBF membuat video dokumentari mengenai "isu-isu" yang diperjuangkan oleh UBF ini seperti yang biasa kita lihat dalam history chanell 555 Astro. Malah, dalam dokumentari tersebut tidak salah untuk memasukkan bukti-bukti dan bagaimanakah bentuk "penjajahan" halus dan perlahan (tidak nampak ketara) Semenanjung terhadap negeri Borneo ini sehingga lama-kelamaan, mereka berjaya menghakis dan mengikis hak-hak Borneo ini. Jika di terbitkan dalam bentuk CD, DVD, UBF boleh menjual CD/DVD tersebut dengan harga murah ( ataupun lagi bagus free ) untuk menampung sedikit kewangan dan perbelanjaan UBF.
Akhir sekali, teruskan perjuangan!!! Selamat Maju Jaya.... sesiapa pemimpin tertinggi UBF yang terbaca blog ini, Jari Merdeka ingin meminta borang keahlian..... support mah!!!!
ORANG SABAH, ORANG KAMPUNG...ORANG KITA...sebagai ORANG KITA, jangan takut-takut mau bersuara...BERSUARA dalam BLOG? MUSTAHIL... tapi biarkan MINDA anda MENAIP....Jangan guna HATI bila baca....GUNA OTAK!!!!
Saturday, February 26, 2011
Thursday, February 24, 2011
K'jaan disaran utamakan rakyat Sabah jadi guru
TAWAU: Kementerian Pelajaran diminta mempertimbangkan cadangan agar rakyat Sabah diberi keutamaan bagi mengikuti kursus perguruan di institut latihan perguruan yang ada di negeri ini.
Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata cadangan itu bagi mengurangkan kadar penghijrahan guru berkualiti dan berpengalaman dari Sabah.
“Sabah sering kehilangan guru-guru berkualiti dan berpengalaman apabila guru terbabit kembali ke negeri asal mereka di Semenanjung. Bagaimanapun, ini tidak bermakna orang Sabah menolak kehadiran guru-guru dari Semenanjung untuk mengajar dan menabur bakti dalam bidang pendidikan di negeri ini,” katanya kepada pemberita, di sini kelmarin.
Beliau berkata dengan mengutamakan rakyat tempatan yang berkelayakan, masalah penghijrahan tersebut dapat diatasi.
Tawfiq mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi baru-baru ini bahawa kementerian itu akan terus menghantar guru-guru dari Semenanjung untuk berkhidmat di Sabah.
Tawfiq turut mencadangkan kepada kementerian tersebut agar memberi peluang kepada guru sandaran di negeri itu mengikuti latihan perguruan menerusi program Kursus Dalam Cuti.
“Tanpa memberi peluang kepada mereka berkursus, secara tidak langsung Jabatan Pelajaran akan mewujudkan golongan penganggur,” katanya.
Tawfiq yang juga Ketua Umno Bahagian Tawau sebelum itu merasmikan penangguhan Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-Sekolah Rendah Zon Bandar Selatan, di SK Batu Payung di sini.
_________________________________________________________________________________
Begitulah bunyi tulisan yang saya ambil dari news sabah times online.... http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/46561
So, sebelum JM teruskan lagi jari ini menaip, JM nasihatkan sesiapa yang rasa dia itu kurang sikit open minded, bagus lagi terus klik itu ikon X (close) dan pigi jauh2 dari ini page.
Baru-baru ini, sempena lawatan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia YB Dr. Puad Zakarshi ke beberapa buah sekolah di Negeri Sarawak, beliau ada menyatakan bahawa dasar Kementerian terhadap peratus guru di negeri Sabah dan Sarawak adalah 30 % Orang Sabah, 30 % orang Sarawak dan 40 % orang Semenanjung. Ini bermaksud, di dalam negeri sabah dan sarawak setiap negeri mesti ada 40 % guru dari semenanjung.
Kalau diikut dari konteks rasionalnya, sepatutnya peratus guru adalah 60 % orang sendiri (diambil dalam konteks negeri Sabah), 20% Sarawak dan 20 % Semenanjung...begitujuga lah sebaliknya....baru betul....
Apakah rasional peratus guru Semenanjung dihantar ke Negeri Borneo lebih besar bilangannya berbanding guru di negeri Borneo?
Kenapa tidak ambil langkah mudah iaitu semua institusi perguruan di setiap negeri, pelatihnya adalah terdiri dari kalangan rakyat negeri masing-masing. Oleh yang demikian, kuota pengambilan guru akan diambil berdasarkan kekurang guru di negeri masing-masing dan bukan dengan kekurangan guru berdasarkan jumlah keseluruhan negara. Bukankah ia lebih menjimatkan, efisien dan lebih sistematik? malah, isu pengangguran juga akan dapat dielakkan sejajar dengan apa yang Datuk Tawfiq ungkitkan.
Selain itu, pembaziran wang, masa dan tenaga mengenai pertukaran guru antara negeri akan dapat dielakkan sekaligus boleh menjimatkan wang negara disamping melancarkan lagi sesi pembangunan pendidikan di sesebuah negeri. Namun, sekiranya mungkin terdapat "permintaan" dari guru-guru dari negeri lain yang ingin bertugas di negeri selain dari negerinya ( atas sebab-sebab tertentu) maka itu terpulanglah kepada budi bicara Kementerian dengan mempertimbangkan alasan yang dikemukakan oleh guru terbabit.
Namun apa yang penting, apakah langkah kerajaan untuk MELAWAN taktik pihak pembangkang yang menjanjikan kenaikan rm 500 kepada guru sekiranya pembangkang dapat mengambil alih Putrajaya????
Setakat ini, kerajaan masih belum ada memberikan apa-apa tawaran isitimewa kepada guru-guru untuk "MEMBELI" undi mereka. Dengan kenaikan harga-harga barang semasa, maka adalah wajar agar gaji-gaji kakitangan awam/kerajaan dinaikkan. Tidak perlu susah.... kurangkan korupsi, kurangkan pembaziran, dan kurangkan "memasukkan wang" kedalam kalung sendiri maka, sudah pasti banyak RM yang dapat dijimatkan oleh kerajaan untuk melakukan sesuatu yang baik kepada RAKYAT yang bekerja untuknya.
Kalau ada yang tidak setuju, tidak perlu "histeria"....mari kita bincang sama2...... kita kan 1Malaysia....(walaupun JM x nampak pun apa sebenarnya itu 1MALAYSIA).......

Tuesday, February 22, 2011
Sultan Sulu keluar dari UMNO
Sebelum ini Datu Akjan aka Sultan Sulu yang tiada rakyatnya, mencuri tumpuan dengan "melantik" dan "mengisytiharkan" dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu kini berjaya menempatkan diri dalam tabloid sekali lagi dengan pengumuman KELUAR dari UMNO.....berkuatkuasa pada hari ini 22hb /02/ 2011....
sumber click disini.
Sultan Sulu turut menyatakan bahawa dia sudah menghantar surat perletakan jawatan kepada ibu pejabat UMNO manakala satu salinan lagi telah dihantar ke pejabat parti peringkat Sabah.
Bah ngam lah itu Sultan...Sultan mana boleh pegang kepentingan dalam parti kan.... lagi pun kau itu orang sulu....bukan orang MELAYU.... nama parti saja pun sudah tau...UMNO...dengan nama lain, KHAS UNTUK ORANG MELAYU SAHAJA...kenapa juga kau mau join kan.... oh ya,... lupa pula... kau pembekal pengundi hantu pula....cissss!!!!!! kau lah antara pengkhianat SABAH.....
Dari mana datangnya SAMPAH kalau bukan dari UMNO.....kalau SAMPAH yang boleh dikitar semula tidak apa lah.... boleh kita "modified" jadi sesuatu yang lagi berguna...tapi kalau jadi sampah yang tidak boleh dikitar semula macamana itu gaman???
Dulu si Karim Ghani punya punca....dia bawa masuk UMNO pigi Sabah.... padahal dia itu bukan melayu... orang semenanjung ni pandai.... dorang menyebarkan dakyah, asal ISLAM maka orang itu automatik MELAYU.... kau tau lah orang Sabah dulu-dulu....daif dan sangat ketinggalan....kureeeng sikit dari segi pemikiran...termasuk lah katak2 besar Sabah masa tu... yang hairan kebanyakkan dorang tu semua overseas graduate punya orang...telampau pandai lah tu..sampai sanggup jual maruah diri dan hak-hak Sabah...
satu lagi orang kita ni sangat penyabar.... bah...penyabar-penyabar pun ada juga limit dia tau.... lebih teruk lagi dari Hosni Mubarak tau.... tinggal tunggu masa lagi untuk melatup.... lagipun apa itu UMNO bagi sama kita??? cuba jawab ??? siapa-siapa yang ahli UMNO tu...mau juga saya tengok apa sumbangan MELAYU CIPLAK di Sabah ni terhadap negeri di BAWAH BAYU ini.....
Nah kan.... melebih-lebih sudah sampai keluar tajuk sudah.... tidak apa lah.... masih dalam konteks lagi bah... apa-apa pun, Sultan Sulu, kalau kau betul-betul Sultan, balik lah pigi kau punya tempat.... lain pula kau ini.... kau perintah negeri kau guna facebook kah???? wakakakakkakakkaaaak.....
wei Sultan....pigi update kau punya pasport la....

Label:
Datu Akjan,
facebook,
Filipina,
ISLAM,
sabah,
Sultan Sulu,
UMNO
Thursday, February 17, 2011
Datu Akjan si Sultan Sulu (FIlipina) yang ingin memerintah Sabah???
Baru-baru ini negeri kita, negeri Sabah di kejutkan dengan isu pengisytiharan "sultan Sulu" kepada Datu Akjan di kediamannya di Kg. Likas. Majlis pengisytiharan tersebut dihadiri kira-kira 60 orang hadirin. Sehubungan dengan pengisytiharan tersebut, maka, Datu Akjan kini memangku kedudukan sebagai Pemerintah Wilayah Sulu di Selatan Filipina. Kunun-kunun, Datu Akjan ini merupakan keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir memerintah, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim.
Laporan polis telahpun dibuat terhadap "sultan" ini dan kini siasatan sedang dijalankan. Berikut merupakan serba ringkas "gossip" terhadap "sultan" ini.
1. Bekas Tahanan ISA.
2. Dikenali ramai sebagai Usahawan Kad Pengenalan Projek iaitu merekrut pendatang haram Filipina sebagai rakyat Sabah dan membekalkan pengundi hantu pada beberapa pilihanraya lalu-lalu.
3. Setelah ketumpulan taringnya, Sultan ini cuba mencari pengaruh dengan menerajui PEKIDA Sabah.
4. Disebabkan "sultan" ini warga asing, maka beliau lewat mendapat sijil lahirnya itupun setelah memalsukan keterangan dirinya.
5. Akjan tidak pernah bersekolah di Malaysia. Berkelulusan Ijazah dan memakai gelaran Doktor Falsafah atau Dr. di hadapan namanya. Orang cakap, ijazah beliau diperolehi secara main pintu belakang, atau dapat secara main “gelap-gelap” dia bilang orang kita.
6. Hubungan eratnya dengan Menteri Dalam Negeri sebelum ditahan ISA menyebabkan beliau mendapat permit untuk menerbitkan akhbar dwi-mingguan dwi bahasa dan menggunakan peluang tersebut untuk menghentam sesiapa sahaja yang mengatakan kebanyakan kaum Suluk adalah penjenayah dan pendatang haram.
Jadi, itulah beberapa perkara yang mungkin boleh membuka minda kita siapa sebenarnya Datu Akjan ini, eh silap....Sultan Akjan ini....bukan apa.... tapi isu-isu tentang "sultan" di Sabah ini sudah lama pupus, kalau ikut sejarah pun, Sultan Sulu yang terdahulu juga yang silap...kenapa jual Sabah ini dengan British kan?.... sekarang baru mau sibuk-sibuk pula mau "menyultankan" diri.....cissss...tiwas kotoh....so,dipendekkan kata, Orang Sabah tidak perlukan Sultan.... kalau mau jadi Sultan, lebih ngam lagi kalau Sultan Akjan ini balik ke Filipina seterusnya isytiharkanlah diri tu jadi Sultan kat sana....baru betul....
Bah...ISA....apa lagi???? kenapa pula kau diam-diam sana.... mana kau???

Saturday, February 12, 2011
Asal usul nama TAMBUNAN.
Berikut merupakan cerita ringkas tentang bagaimana TAMBUNAN mendapat namanya.
Dari segi geografi ,Tambunan terletak di bahagian Pendalaman Sabah.80km dari kota kinabalu(ibu Negeri) di sebelah barat 48km, dari Ranau di sebelah utara ,dan 48km dari keningau di selatan . Lembah ini dikelilingi oleh oleh banjaran gunung.Gunung Kinabalu (4018)yang agung menjadi satu pemendangan di bahagian utara..Dari segi Budaya,barbagai bagai metos dan legenda terutamanya yang berhubung dengan tradisi tradisi lama ,adat resam dan asal usul puak puak dan nama nama tempat di bahagian ini masih ada hingga sekarang.Kisah asal usul Tambunan adalah satu cerita yang menarik yang diceritakan dari mulut ke mulut daripada satu generasi ke generasi yang lain di kalangan orang Kadazan /Dusun di Tambunan.
Pada zaman dahulu kawasan Tambunan hanya di penuhi oleh hutan hujan tropika .Hutan di situ penuh dengan pelbagai jenis haiwan , daripada lintah yang menghisap darah hinggahlah kerbau liar Borneo.Tidak ada manusia yang tinggal disitu pada mulanya.Namun demikian beberapa lama kemudian peneroka mula berhijrah ke selatan dari Nunukragang dan beberapa orang daripada mereka menetap di Tambunan. Kumpulan orang pertama yang sampai ketika itu dipimpin oleh Gombunan .Beliau seorang pahlawan dari kalangan puak Nunukragang,di samping juga seorang pemimpinyang berkeboleihandan baik hati.Beliau mula meneroka dataran Tambunan yang subur disamping pengikutnya. termasuk isteri dan anak mereka.Menanam tanaman seperti padi huma ,jagung ubi kayu ,labu dan keladi merupakan aktiviti utama kaum wanita .Kaum lelaki pula banyak menghabiskan masa dengan berburu binatang liar daripada tupai hingga babi hutan dan rusa. Buah buahan hutan dan beri yang boleh dimakan untuk setiap orang pada ketika itu.Dan setiap orang akan gembira dan berpuas hati.Apabila bilangan penduduk bertambah ,lebih banyak kawasan telah di bersihkan untuk menanam.Penduduk kampung itu yang mengelarkan diri mereka orang dataran(oleh keran mereka tinggal di dataran Tambunan)menjadi bertambah maju dan aman damai dan berharmoni di bawah kepimpinan Gombunan.
Tetapi pada satu hari ,sekumpulan pahlawan yang ganas dari puak Tonsundung yang datang dari kawasan berbukit bukau datang di sebelah timur menyerang orang dataran .Mereka memusnahkan tanam tanaman dan harta benda lain dan juga membunuh sebahagian daripada orang kampung itu.Gombunan dan pahlawannya bertindak cepat dan berjaya dan berjaya menghalau mereka.Dan penyerang penyerang tersebut telah mengalami kecedreraan yang teruk.
Puak Tonsundung yang marah atas kekalahan mereka itu bercadang hendak membalas dan membunuh Gombunan.Kejadian itu berlaku pada satu hari lebih kurang 30 orang pahlawan Tonsundung menangkap Gombunan yang ketika itu bersendirian di ladangnya dan membunuhnya . Mereka mencincang badanya dan membawa balik kepalanya sebagai tanda kemenangan.Kepala Gombunan digantung pada tiang yang tinggi untuk membolehkan orang Tonsundung membaca mentera dan memperolokan kematian ketua orang dataran.
Orang Dataran amat berdukacita apabila mengatahui kematian ketua mereka .Mereka berkabung beberapa hari sebagai tanda menghormati nya dan bersumpah akan membalas atas kematiannya .Sebagai mengenang akan jasanya mereka telah menamakan penempatan mereka tiu GOMBUNAN .
Dalam pada masa itu satu lagi puak dari kawasan berbukit bukau di sebelah barat datang berhijrah di dataran .Mereka adalah puak Tamadon.Orang Tamadon merupakan orang yang ramah dan baik hati terhadap puak Gombunan.Mereka bersedia menghulurkan bantuan bagi memerangi puak Tonsudung kerana lambat laun puak Tonsundung akan menyerang puak Tamadon.Oleh itu sebagai langkah mengelakan sebarang serangan yang menejutkan daripada puak Tonsundung ,puak Tamadon pun bergabung dengan puak Gombunan.Pada masa yang sama juga merancang hendak membunuh semua puak Gombunan.Mereka sebenarnya tidak sedar akan adanya gabungan dan pakatan daripada puak Gombunan dan puak Tamandon.
Sampai sahaja masanya puak Tonsundung pun melaksanakan niat jahat mereka ,maka terperanjatlah mereka bahawa bilangan pihak lawan mereka bertambah ramai .Walaupun begitu pertempuran darah yang dashyat berlaku juga .Lebih setengah bilangan puak Tonsundung telah terbunuh .Pahalawan yang terselamat pula telah melarikan diri ke hutan di sebelah timur untuk beberapa lama tidak kelihatan.Dibanding dengan mereka jumlah yang mengalami kecederaan hanya sedikit.
Puak Gombunan dan puak Tamadon merayakan kemenangan mereka dengan mengadak n pesta besar besaran ,makanan dan minuman tapai di hidangkan dengan banyaknya .Kemuncak upacara itu ialah menamakan semulah penempatan dari Gombunan ke Tambunan.selepas mendapat persetujuan orang orang tua kedua pihak .TAM diambil dari Tamadon dan BUNAN diambil dari Gombunan dengan itu lahirlah TAMBUNAN hingga sekarang.
Pic 1 : monumen Tamadon dan Gombunan yang di bina di Pekan Tambunan.

dusun,
gombunan,
Nunuk Ragang,
tamadon,
Tambunan
Wanita sabah menari bogel....polis sedang siasat....
Beberapa minggu lalu, sebuah klip video yang menayangkan klip video sekumpulan wanita menanggalkan pakaian, berbogel kemudian menyanyi dan menari telah menjadi hitsdan terhangat di "pasaran". Video selama dua minit itu dipercayai dirakamkan di satu lokasi di negeri berkenaan, berdasarkan kedengaran lagu Kadazandusun mengiringi latar belakang klip lucah itu.
Sehubungan dengan itu, penyebarannya mendapat perhatian pelbagai pihak kerana ia dikatakan menjadi kegilaan di kalangan remaja, termasuk di kalangan pelajar yang menjadikannya bahan tontonan secara berkumpulan.
Bagaimanapun, Ketua Polis Sabah, Komisioner Datuk Hamza Taib, mempunyai pendirian yang berbeza berhubung klip video itu.
Menurutnya, polis sehingga ini masih meneruskan siasatan berhubung kandungan video berkenaan, tetapi pada peringkat ini katanya beliau menolak dakwaan bahawa video itu dirakamkan di Sabah walaupun terdapat lagu Kadazandusun dimainkan di dalam klip video singkat itu.
Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib menyatakan semalam bahawa tiada bukti video yang menunjukkan wanita berbogel yang dilihat menari di hadapan penonton itu, dirakam di Sabah.
“Apa yang dapat dikatakan dari maklumat yang kita kumpulkan dari video tersebut ialah semuanya berlaku di waktu siang hari.
“Ia mungkin di Sabah atau juga di negara jiran,” tambahnya, menyatakan polisjuga sedang cuba untuk mengenalpasti individu-individu di dalam video berkenaan.
Hamza menyatakan pihak polis negeri sudah menghantar sesalinan video ke unit forensik untuk penganalisaan yang lebi terperinci.
Laporan mengenai klip video tersebut telah tersebar di akhbar tempatan di sini beberapa minggu lalu dan menyatakan ia berkemungkinan dirakam di Sabah berberdasarkan muzik latarbelakangnya merupakan sebuah lagu Kadazandusun.
Hamza semalam menerangkan lagu berkenaan mungkin telah dimasukkan semasa proses suntingan video tersebut dilakukan.
Beliau menambah polis sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 294 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti tidak bermoral di khalayak ramai.

pic 1 : gambari ini tiada kena mengena dengan artikel....
P/S..... ngam lah itu boss.... lepas ni,buka fail dan siasat juga berpuluh2 lagi video klip seks yang melibatkan "orang kita" kio.... jangan bila ada isu di news paper atau bila sudah melatup jadi bualan orang, baru lah kunun terhegeh-hegeh mo bertindak.... cover lah itu mo tunjuk yang kita komited menjalankan tugas kan.....
tapi JM belum tinguk lagi ni klip.... siapa2 yang ada bluetooth gia...hahaha mana tau ada sumandak yg JM kenal...bulih juga jadi saksi.....
Sunday, February 6, 2011
Mitos Nunuk Ragang dan masayarakat Dusun Sabah
gambar 1 : monumen Nunuk Ragang
Diceritakan orang bahawa, pada zaman dahulu kononnya ada sepohon pokok kayu ara yang besar dan luar biasa keadaannya tumbuh dekat dengan sebuah danau yang dalam. Danau itu letaknya dekat dengan tempat yang sekarang ini bernama Kampung Tampias di daerah Lubuk Sugut, Sandakan. Pokok kayu ara yang disebutkan tadi, keseluruhannya berwarna merah, termasuk daunnya. Dalam bahasa orang-orang Dusun atau Kadazan pokok kayu ara itu disebutnya 'Nunuk Ragang'. 'Nunuk' bererti pokok kayu ara dan 'ragang' bererti merah.
Diceritakan juga bahawa pada masa itu tmepat tersebut belum lagi didiami oleh manusia. Pada umumnya, kawasan di mana terdapatnya Nunuk Ragang itu dipenuhi oleh hutan belantara yang hanya didiami oleh binatang-binatang buas dan liar sahaja. Pada masa itu terdapat seekor ayam jantan yang sangat besar, kira-kira sebesar seekor kerbau tinggal di situ. Ayam jantan tersebut dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa.
Pada suatu hari ayam jantan itu mengais-ngais tanah untuk mencari makanan. Dengan tidak mena-mena terkeluarlah seorang anak muda yang kacak dari bawah tanah yang dikaisnya itu. Ayam jantan tersebut terus juga mengais-ngais dan mencakar tanah. Tidak lama kemudian keluar pula seorang gadis yang sangat jelita. Kedua-dua orang manusia itu diambil dan dipelihara oleh ayam jantan tersebut. Selang beberapa lama, maka kedua manusia itu pun dikahwinkan. Hasil perkahwinan itu lahirlah beberapa orang putera dan puteri. Keturunan mereka ini akhirnya beranak pinak dan berkembang biak pula, lalu mendiami kawasan yang pada mulanya tiada berorang itu. Lama kelamaan tempat itu menjadi semakin ramai penghuninya.Keturunan kedua manusia yang ditemui daripada knisan tanah oleh ayarn jantan itu disebut sebagai 'Orang-orang Nunuk Ragang' yang 'dipercayai' nenek moyang dan keturunan orang-orang Dusun atau Kadazan sekarang ini.
Lelaki yang pertama muncul dari bawah tanah itu dilantik oleh ayam jantan sebagai penghulu di tempat itu. Dia memerintah dengan adil atas bantuan ayam jantan tersebut. Ayam jantan itu tinggal di pokok kayu ara merah tadi. Bersama-sama pokok kayu ara merah tersebut ayam jantan itu menjadi pelindung kepada manusia yang tinggal di situ. Tempat itu juga akhirnya dinamakan Nunuk Ragang mengambil sempena nama pokok kayu ara merah yang istimewa itu.
Nunak Ragang dari hari ke hari kian bertambah maju dan penduduknya semakin ramai. Di sekitarnya terdapat beberapa batang anak sungai dan ini menjadikannya suatu kawasan pertanian yang subur dan lumayan. Sejak itu, hiduplah pendudukpenduduk Nunuk Ragang dalam suasana aman dan damai buat beberapa lama
Menurut ceritanya, pada suatu masa Nunak Ragang telah 'diserang' dan diganggu oleh 'Ragang Tie' (tahi merah). Ragang Tie ini tidak dapat digambarkan keadaannya yang sebenar. Ia kelihatan seperti air yang mengalir apabila dilihat dari jauh dan kadang-kadang orang yang melihatnya seolah-olah seperti manusia sifatnya. Anehnya Ragang Tie itu telah membawa wabak penyakit kepada sesiapa yang tersentuh dan menyentuhnya, bahkan ia sering membawa maut. Di samping itu, Ragang Tie juga memusnahkan hasil-hasil tanaman dan membunuh binatang-binatang ternakan yang terkena padanya.
Oleh yang demikian, ramailah penduduk di situ yang menderita sakit dan mati; binatang ternakan dan tanaman pun turut musnah terkena wabak itu. Hal ini menjadikan orang-orang Nunuk Ragang berasa amat sedih dan bimbang. Akhirnya, ramai di antara mereka meninggalkan tempat itu dan berpindah ke kawasan lain yang lebih selamat untak didiami. Dengan itu, berpecah dan 'bersepahlah' mereka ke serata daerah dan kawasan seperti yang terdapat pada masa ini.
Pada suatu masa yang lain, tibalah musim menanam padi bagi penduduk Nunak Ragang. Pada suatu hari, sedang orang-orang kampung itu sibuk menugal padi di huma mereka terdengar suara manusia lain memanggil dan datangnya dari bawah tanah pula. Orang-orang Nunak Ragang berasa hairan bercampur takut, lalu mereka mengadukan kejadian itu pada penghulu mereka. Akhirnya mereka mengadakan mesyuarat dan mencapai kata sepakat, lalu mereka mengorek tanah dari mana terdengarnya suara memanggil itu. Apabila dikorek, maka terbukalah sebuah lubang bawah tanah yang besar. Di dalamnya penuh sesak dengan manusia yang kelihatannya bengis-bengis belaka.
Orang-orang Nunuk Ragang menjadi bertambah takut lebih-lebih lagi apabila mendengar suara percakapan manusia bawah tanah itu sangat kuat dan kasar. Kemudian ketua manusia bawah tanah pun berkata dengan suara yang amat kuat macam halilintar, katanya, "Terima kasih tuan-tuan ......kerana melepaskan kami dan tempat ini sungguh baik rasanya untuk kami kerana kami sudah lama berkurung di bawah tanah. Sekarang kami mahu tinggal di sini pula. Kamu mestilah pergi dari sini kalau tidak kami akan musnahkan kamu semua!........."
Mendengar amaran manusia dari bawah tanah itu, maka orang Nunuk Ragang pun lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Peristiwa ini juga menyebabkan orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asal mereka, lalu mendiami daerah-daerah lain di Sabah. Dua peristiwa di atas adalah daripada dua cerita yang berlainan yang menyatakan sebab orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asalnya.
Kumpulan manusia dari bawah tanah itu pun mendiami kawasan yang telah ditinggalkan oleh orang Nunuk Ragang. Namun begitu, manusia bawah tanah masih percaya bahawa ayam sakti dan penghulu orang Nunuk Ragang masih ada. Mereka akan membalas dendam terhadap mereka bila-bila rnasa, jadi manusia bawah tanah terus berazam untuk menghapuskan kedua-duanya yang dianggap sebagai musuh mereka. Orangorang Nunuk Ragang bersama penghulu dan ayam jantan saktinya sentiasa diburu oleh manusia bawah tanah itu.
Setelah beberapa lama manusia bawah tanah masih juga tidak berjaya menghapuskan penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Akhirnya manusia bawah tanah itu pun tinggal menetap di sekitar kawasan tersebut yang sekarang ini dikenali sebagai orang Tampias, mereka tcrdapat di kawasan-kawasan perkampungan di daerah Labuk Sugut, Sandakan. Diceritakan orang juga bahawa orang-orang Tampias itu hingga ke hari ini tidak begitu berbaik-baik dengan orang-orang Dusun/Kadazan yang berasal daripada orang-orang Nunuk Ragang.
Manusia bawah tanah itu menurut ceritanya adalah manusia biasa tetapi telah disumpah oleh dewa tanah kerana terlalu banyak membuat kerosakan di muka bumi lalu mereka dihantar mendiami kawasan lubang yang besar di bawah tanah. Di sanalah mereka hidup dan beranakpinak beberapa lama sehingga mereka dikeluarkan oleh orang Nunuk Ragang.
Perasaan marah dan dendam manusia bawah tanah tidak habis-habis terhadap penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Perkara ini membuatkan ayam jantan sakti menerbangkan penghulu tersebut janh ke suatu kawasan pergunungan yang sekarang ini dikenali sebagai Ranau. Dengan kuasa sakti ayam jantan tersebut, ia meratakan tanah yang berlumpur itu dengan kaki dan kepakuya, menguis-nguiskannya sehingga tempat itu menjadi rata untak didiami. Oleh kerana kawasan itu berlumpur dan mengambil sempena keadaan asalnya, maka tempat itu pun dinamakan 'Ranau' yang bermaksud 'lumpur' dalam bahasa Dusun/Kadazan.
Setelah tanah di situ diratakan, maka orangorang yang mengikut penghulu berpindah itu pun terus membuka tempat kediaman di situ. Mereka menumpukan kegiatan dengan bercucak tanam dan memelihara binatang ternakan seperti ayam, itik dan babi.
Adapun manusia bawah tanah tadi masih terus berasa tidak senang dan khuatir kalau-kalau orang-orang Nunuk Ragang datang menuntut bela dan menyerang mereka. Lalu orang dari bawah tanah menyiasat dan akhirnya mereka mendapat tahu bahawa orang-orang Nunuk Ragang berada di Ranau. Maka, mereka pun bergerak pula ke sana untuk membinasakan orang-orang Nunuk Ragang ini. Kedatangan manusia bawah tanah ini telah dapat dikesan oleh ayam jantan sakti, lalu sebelum sempat mereka tiba ke Ranau, ayam jantan sakti telah pun menerbangkan penghulu Nunuk Ragang ke suatu tempat lain bersama pengikutnya dan tempat itu kemudiannya dikenali sebagai Tambunan.
gambar 2 : beberapa orang sumandak dusun dengan baju tradisional kaum dusun
Di tempat baru itu seperti juga sebelumnya ayan jantan sakti tadi membantu penghulunya dengan menguis-nguis dan meratakan tanah untuk dijadikan kawasan tempat tinggal orang-orang Nunuk Ragang. Hal ini diketahui juga akhirnya oleh manusia dari bawah tanah dan mereka menjadi semakin marah terhadap orang Nunak Ragang, lebih-lebih lagi terhadap ayam jantan sakti itu dan mereka terus berazam untak menghapuskannya.
Seperti kebiasaan perangai ayam jantan setiap pagi ia akan berkokok, begitu juga ayam jantan sakti ini. Bunyi kokokannya pula amat kuat hingga terdengar ke Ranau dan tempat-tempat lain yang agak jauh dari tempatnya berkokok itu. Menurut ceritanya, bunyi kokokan ayam jantan inilah yang membolehkan manusia dari bawah tanah itu menjejak kedudukan ayam tersebut dan penghulu Nunuk Ragang. Lalu kampulan manusia dari bawah tanah itu bergerak pula ke Tambunan. Seperti dahulu juga ayam jantan sakti itu telah mengetahui kedatangan mereka lebih awal dan terus menerbangkan penghulu itu ke satu tempat lain bernama Apin-apin. Di situ mereka membuka pula tempat kediaman yang baru.
Oleh kerana manusia dari bawah tanah tadi hanya mendendami penghulu Nunak Ragang dan ayam jantan saktinya sahaja, maka hanya sebahagian sahaja manusia bawah tanah yang ikut memburunya. Sementara yang lainnya terus tinggal menetap di tempat-tempat yang telah dibuka oleh ayam jantan dan orang-orang Nunak Ragang itu.
Disebabkan penghulu Nunuk Ragang tidak lama mendiami Tambunan kemudian terpaksa berpindah ke Apin-apin, maka dia melantik seorang penolongnya yang bernama 'Gombunan' sebagai ketua orang-orang Nunak Ragang yang menetap di situ. Maka nama Tambunan adalah mengambil sempena nama ketua mereka yang dilantik oleh penghulu tadi. Lagipun tempat baru (Tambunan) itu belum mendapat namanya lagi pada ketika itu.
Di Apin-apin, seperti tempat-tempat lain yang dibukanya sebelum itu, penghulu Nunuk Ragang dan ayam jantan saktinya tidak dapat tinggal lama kerana manusia dari bawah tanah terus mengesannya. Seperti biasa, ayam jantan sakti tadi menerbangkan pula penghulu Nunak Ragang ke suatu tempat lain yang lebih jauh di kawasan pedalaman yang kemudiannya disebut sebagai Keningau. Seperti selalunya ayam jantan itu meratakan kawasan tersebut untak dibuat tempat kediaman. Di tempat tersebut ketika itu banyak terdapat pokok 'kayu manis', maka tempat itu lalu dinamakan 'Keningau' dalam bahasa Dusun/ Kadazan yang bererti 'kayu manis'.
Tidak berapa lama di Keningau ayam jantan sakti itu pun jatuh sakit dan terus menemui ajalnya kerana sudah tua lalu ditanamkan di suatu tempat di situ. Selang tidak berapa lama kemudian, penghulu Nunak Ragang pula menghembuskan nafas juga kerana penyakit tua. Dengan kematian kedua-dua makhluk yang sentiasa diburu oleh manusia dari bawah tanah itu, maka mereka pun berhentilah memburu dan memusuhi orang-orang Nunuk Ragang.
Kematian ayam jantan sakti dan penghulu orang-orang Nunuk Ragang itu menyebabkan orang-orangnya merasakan sesuatu yang berharga telah hilang daripada mereka. Ini merupakan satu kehilangan yang amat besar bnat mereka. Sesungguhnya ayam jantan sakti amat banyak jasanya kepada orang-orang Dusun/Kadazan dalam membuka beberapa kawasan tempat kediaman mereka. Jika diperhatikan, (malah hingga ke hari ini) kebanyakan tempat yang didiami oleh orangorang Dusun/Kadazan adalah di kawasan bukit dan pergunungan yang seakan-akan telah diratakan. Orang-orang Dusun/Kadazan mempercayai akan kisah ini.
Pokok Nunuk Ragang yang ditinggalkan oleh orangorang Dusun/Kadazan berdekatan dengan danau itu dikatakan telah ditebang dan dimusnahkan oleh manusia dari bawah tanah yang dipercayai sekarang ini sebagai nenek moyang orang Tampias di Sabah.
P/S :
Since 1996, the Kadazandusun Cultural Association (KDCA) decided to make an annual pilgrimage to this spot to commemorate their origins and in 2004, a monument was built. The Nunuk Ragang Day is fixed on the first Sunday of July.for the next posting, I will write how Tambunan got the name.
Pounsikou.....
credit :
Taha Abdul Kadir. Cerita Tradisi Sabah. Petaling Jaya, Selangor, Malaysia : Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd. 1985. m/s 1-9.
http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/lagenda_stories/nunuk_ragang.htm
Subscribe to:
Posts (Atom)