Perbalahan antara adik beradik ??? suatu perkara yang normal dalam kehidupan.... namun isu panas yang hangat membara di Malaysia dan Sabah khususnya adalah tentang " pertarungan " DUA BERADIK dalam persada politik Sabah.
Jarang sekali kita lihat dua tokoh politik apatah lagi mempunyai talian darah tidak sependapat dan saling tidak bekerjasama dalam perjuangan politik. Seperti membuka kembali buku-buku kepahlawanan , raja-raja , perang dahulukala..... tidak sangka pula, perkara tersebut kini berlaku secara langsung di Sabah. Dua tokoh politik ini iaitu Datuk Pairin Kitingan dan Datuk Jeffrey Kitingan saling tidak sehaluan dan sefahaman dalam perjalanan politik mereka.
Suatu masa dahulu, mereka memang pernah bekerjasama dalam PBS....namun "persengketaan" ini bermula apabila Jeffrey keluar dari PBS dan menubuhkan AKAR. walaupun begitu, "persengketaan" mereka ini bagaikan tidak begitu serius dan hampir tidak pernah ada maki memaki antara mereka di laporkan di media massa....dan dalam kempen-kempen ceramah mereka juga, cuma berupakan sindiran sinis antara mereka.
Namun baru-baru ini, perkara ini memuncak apabila Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah meletupkan kemarahannya secara terbuka terhadap adiknya Jeffrey Kitingan disebabkan berlainan fahaman politik. Pairin sebelum ini dikenali di kalangan rakyat Sabah dan ahli politik sebagai seorang yang tenang dan jarang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kawan mahupun lawan politiknya. Menurut beberapa sumber dikatakan Pairin turut meletak label "mendiang" terhadap Jeffrey. Menurut Pairin lagi, Jeffrey lebih percayakan cakap orang "tukang kipas dan angkat kaki" berbanding cakap abangnya sendiri.
Pairin turut mengatakan bahawa perjuangan politik Jeffrey hanya perjuangan untuk mencapai kepentingan peribadi dan tidak mempunyai keikhlasan dalam membantu rakyat. Di samping itu, Pairin turut menyamakan Jeffrey seperti Anwar Ibrahim yang hanya "pandai berkata" sedangkan perjuangan mereka hanya kerana inginkan pangkat. Di percayai, kemarahan Pairin ini ada kaitan dengan keputusan Jeffrey untuk menentang Pairin merebut kerusi Parlimen Keningau dalam PRU yang akan datang.
Jeffrey ketika mengulas kembali kelancangan Pairin, mengatakan bahawa Pairin seharusnya tidak menggunakan alasan kekeluargaan sebagai alasan untuk "jangan" bertanding di kerusi Pairin. Menurut Jeffrey, Pairin terdesak untuk mengekalkan kuasanya dan takut kehilangan kuasa.
"He is my elder brother and I have nothing against him and I love him as any brother would do but I love the people and this country more.

He may be my elder brother but contesting against him does not mean showing disrespect as I am not fighting him but contesting against him as a representative of the Barisan Nasional, my political opponent. As we all know, the BN has done a lot of wrong and injustices to Sabah and its people," tambah Jeffrey.
Walaubagaimanapun, kata-kata kesat dari Pairin ini telah mengundang reaksi dari seorang veteran politik Sabah (sumber...klik sini) Frederick Lojingki bahawa sebagai Huguan Siou ( ketua ) KDM, Pairin harus meminta maaf terhadap Jeffrey dan perlu dikenakan "sogit" (denda adat kaum Dusun) sebagai tanda perdamaian. Ini kerana melabel seseorang yang masih hidup sebagai mendiang adalah satu kesalahan besar dalam masyarakat kadazandusun. "sogit" tersebut berupa kerbau ataupun babi. Sebagai seorang ketua kaum, Pairin seharusnya menjadi teladan dan harus menghormati adat tradisi kadazandusun tersebut.
Walauapapun, masih terlalu awal untuk melihat siapakah Hang Jebat dan siapa pula Hang Tuah antara kedua-dua beradik ini. Namun secara peribadi, JM merasakan, biar berlainan fahaman politik... tetapi janganlah hanya kerana menjadi lawan politik, kita turut menggadai perhubungan kekeluargaan kita....
Buang yang keruh ambil yang jernih bosss..... INI KALI LAH!!!!!

durank patut ambil pngajaran dari cerita hang tuah n hang jebat..kalau durank begabung kan hebat..nie siap ckp mendiang lagi sma urank yg masih hdup ,saudara sndiri lg tue..lol.apalah mendiang Datuk Kitingan rasa tenguk Kitingan juniors begitu..
ReplyDelete