Showing posts with label Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Merdeka. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Bila bah betul-betul Sabah MERDEKA??? Berapa tahun bah sudah MALAYSIA merdeka ...54 tahun atau 48 tahun ??

Masih ramai lagi orang yang tidak tahu sama keliru bila sebenarnya tarikh kemerdekaan Sabah , dan betulkah Kita (MALAYSIA) sudah merdeka 54 tahun????
Mari kita buka balik buku-buku sejarah mengenai tarikh yang paling betul kemerdekaan Sabah ini....
sebelum kita cakap lagi panjang, sini saya bagi dalam bentuk point supaya kita sama-sama capat faham topik ini.....
  • MALAYA merdeka pada 31 Ogos 1957
  • SABAH diberi kemerdekaan oleh British pada 31 Ogos 1963
  • SARAWAK merdeka pada 17 September 1963
  • Pembentukan MALAYSIA adalah pada 16 September 1963
Dari point2 yg JM kasi list diatas mari kita maka soalan "BILAKAH TARIKH KEMERDEKAAN SABAH?" automatik sudah tejawab....

Sekarang persoalan kedua pula.... adakah MALAYSIA sudah merdeka 54 tahun atau 48 tahun??
Sebenarnya di sini lah nampak sangat fakta sejarah ini di kasi pusing-pusing.... kalau di gunakan konteks MALAYSIA sepatutnya MALAYSIA baru merdeka selam 48 tahun.... masa Malaya merdeka dan itu Tunku Abdul Rahman teriak "merdeka, merdeka,merdeka " pada 31 Ogos 1957...langsung belum wujud pun MALAYSIA....malah Sabah & Sarawak masih lagi di bawah empayar British.... Namun dari segi tarikh kemerdekaan, Sabah berkongsi tarikh kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos cuma tahun saja yang berlainan....

Kesimpulan dia di sini, MALAYA merdeka 54 tahun....MALAYSIA merdeka 48 tahun iaitu selepas tertubuhnya persekutuan MALAYSIA abapila NEGARA MALAYA, NEGARA SABAH, dan NEGARA SARAWAK bersetuju bergabung untuk membentuk persekutuan yang dikenali sebagai MALAYSIA....Fakta mengenai hal ini telah di persetujui bersama oleh Malaya, Sabah dan Sarawak dalam perjanjian 20 perkara (Sabah) dan 18 perkara (sarawak)....

Oleh itu, kata-kata biadab dari beberapa orang Malaya bahawa sepatutnya Sabah n Sarawak jangan bising pasal kemerdekaan ini sebab kita sekarang NEGARA MALAYSIA adalah amat bachul dan seolah-olah menghina kedaulatan, status sebenar Sabah n Sarawak.... tidak pernah ada perjanjian untuk membentuk NEGARA MALAYSIA....sebaliknya hanya PERSEKUTUAN MALAYSIA yang ahlinya terdiri daripada TIGA NEGARA iaitu MALAYA, SABAH n SARAWAK......

akhir sekali, harap ramai lah orang Sabah yang faham mengenai perkara ini.......selamat hari MERDEKA......dan selamat hari MALAYSIA 2011!!!!!