Thursday, November 18, 2010

Catuan elektrik 14.5 jam sehari di sekolah-sekolah PEDALAMAN SARAWAK

Perkara ini sebenarnya sudah berlaku sejak beberapa bulan yang lalu...
malah sudah ada khabar-khabar angin bertiup pun sebelum catuan ini dilaksanakan...

Apabila surat pekeliling tiba ke sekolah-sekolah pedalaman ini, RASIONAL utama mengapa catuan ini terpaksa dilaksanakan adalah kerana kunun-kunun ini pihak atasan takut set generator yang menjana elektrik ini rosak. Sebelum ini, timbul juga kunun khabar angin yang meniupkan kununnya ini sebagai salah satu langkah penjimatan minyak.... sejauh mana kebenarannya, itu JM tak pasti lah.... tapi JM pernah baca surat pekeliling tersebut lah, seperti yang JM katakan rasional utama adalah takut set generator itu rosak.

Bah, mari kita persoalkan kerasionalan isu ini.....setiap kali bentangan budget taupun kempen-kempen pilihanraya, sejak zaman mahathir (baik dari pembangkang mahupun kerajaan) lagi mesti tidak akan lekang dari mulut dorang yang menjanjikan kemudahan infrastruktur, bekalan air bersih, jalan raya, bekalan elektrik..... Dunia ini akan kiamat kalau madah-madah ini tidak keluar dari bibir mereka!!!!

Tapi, kenapa perkara sebegini (kedaifan kemudahan dan infrastruktur) masih berlaku?

Sekarang tahun 2010.... dimana banyak perubahan dasar-dasar pendidikan dilaksanakan pada tahun 2011....umpamanya KSSR, UPSR dan PMR bakal dimansuhkan....namun bolehkah ORANG PEDALAMAN bersaing dengan ORANG BANDAR dari segi kecemerlangan pendidikan dalam susasana yang serba kekurangan sebegini?

Disamping itu, adakah pihak berkenaan pernah terfikir mengenai KEBAJIKAN dan KESELAMATAN pelajar-pelajar dan seluruh warga sekolah amnya apabila berlaku kecemasan pada waktu malam?

Dengan jaringan komunikasi yang terhad, jaringan internet school.net yang lambat bagaimanakah kecemerlangan yang diidam-idamkan oleh setiap pelajar pedalaman ini dapat direalisasikan? ditambah lagi dengan catuan elektrik, bukan tambah menyenangkan.....tetapi menambah kesusahan.... maka makin bertambah lah jurang KETINGGALAN dikalangan pelajar-pelajar  pedalaman dengan bandar.

Biasanya sekolah-sekolah luar bandar/pedalaman ini jauh dari pekan. Malah terdapat sekolah yang mempunyai akses perhubungan dengan dunia luar yang jauh hingga memakan masa berjam-jam lamanya untuk ke pekan. Oleh itu, biasanya guru-guru atau kakitangan sekolah akan membeli barang2 makanan termasuk daging yang banyak setiap kali turun ke pekan. Namun apabila dilaksanakan catuan ini, kebanyakkan daging tersebut akan membusuk dalam peti ais...

Dari aspek keselesaan, seperti panas memang tidak boleh dinafikan. malah ramai kerja guru-guru atau kakitangan yang melibatkan penggunaan komputer akan terjejas atau tidak efisien sejak pelaksanaan catuan elektrik ini. Namun hairannya, pihak atasan pula MENGERAH tenaga-tenaga kakitangan sekolah ini seperti cara mereka mengerah tenaga-tenaga guru bandar yang secara logiknya terdapat jauh perbezaan dari segi kemudahan.

Sepatutnya, semakin bertambahnya tahun, maka semakin baik kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh kerajaan terhadap kawasan-kawasan luar bandar....namun apa yang berlaku adalah sebaliknya....

Oleh itu, Kerajaan jangan hanya tahu CAKAP sahaja,.... cuba lah TURUN dan TINGGAL sendiri di sekolah-sekolah pedalaman ini barulah anda membuat sesuatu tindakan. Dari segi LOGIK FIKIRAN, langsung tak ada nilai sesebuah generator itu jika dibandingkan dengan KEMAJUAN dan SUMBANGAN yang bakal diberikan oleh murid-murid ini kepada negara kelak.....

Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi, amatlah menyedihkan apabila kemudahan-kemudahan di negeri tersebut masih lagi DAIF!!!!!!

Ada otak fikir!!!! 

No comments:

Post a Comment

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...