Sebagai pembuka kata, Salam tahun baru 2011 saya ucapkan kepada semua pembaca-pembaca blog ini....uuuhhh...sudah lama tidak update blog ini...biasalah..kalau cuti, pulang kampung....disana kampung tidak kuat line internet....mau pasang streamyx pun, alang-alang...sebab bukan selalu juga saya pulang kampung...dalam setahun paling-paling pun dua kali saja balik kampung.....
Isu untuk kali ini adalah tentang isu "buang salib & tiada nyanyian natal" yang telah di arahkan oleh Jabatan Perdana Menteri sebagai syarat kehadiran Najib ke majlis itu.
Sememangnya kenyataan dan arahan tersebut amat menyinggung perasaan penganut Kristian.
Apabila isu agama dibincangkan, masyarakat Non-Muslim di Malaysia lazim mengalah dan mengaplikasikan sikap toleransi demi keharmonian bersama. Namun kenyataan dan ulasan seorang columnist UTUSAN MELAYU mempertahankan arahan "buang salib & tiada nyanyian natal" dari Jabatan Perdana Menteri itu menampakkan bagaimana seorang rasis berfikir....Sempit dan Pentingkan diri sendiri....sila baca sini ....
Siapakah Ridhuan Tee dan Jabatan Perdana Menteri untuk menetapkan bagaimana sebuah perayaan dirayakan???? Untuk perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, Kaamatan, Gawai dan sebagainya itu merupakan hak dan kebebasan masyarakat dan kaum yang terlibat untuk menentukan bagaimana untuk merayakan perayaan tersebut.
Hymns, bacaan doa dan salib merupakan sebahagian daripada Krismas. Pernahkan Ridhuan ini terfikir bagaimana pula jika Aidilfitri disambut tanpa bacaan doa, puasa dan bacaan Quran???
Menurut sumber, Arahan "buang salib & tiada nyanyian natal" tersebut dibuat tanpa pengetahuannya....adakah ini logik??? PM sekarang ini sedang bercuti di Dubai dan akan kembali minggu ini...
Sebagai teladan dan tauladan , mari kita ambil beberapa contoh amalan penganut muslim yang mulia dan sama-sama kita renung dan fikirkan disini.
1. Yasser Arafat merupakan seorang Muslim pergi ke gereja bersama-sama dengan isterinya yang beragama kristian ketika menyambut christmas eve mass.
2. Ada dikatakan bahawa Kalifah Umar telah bertemu dengan Bishop Baghdad di gereja Baghdad. Dan Kalifah Umar langsung tidak mengeluarkan arahan untuk menurunkan Salib. Malah Kalifah Umar menunaikan solatnya diluar gereja tanpa mengacau mana-mana pun salib.
Semangat rasis, sempit dan pentingkan diri sendiri yang diamalkan oleh UMNO seperti Ridhuan, Jabatan Perdana Menteri ini perlu menjadi panduan kepada rakyat agar berfikir 1000 kali sebelum memangkah calon UMNO pada PRU13 nanti.
ini lah antara bukti kegagalan 1MALAYSIA!!!!! mau belajar apa itu 1MALAYSIA???? pergi belajar dengan orang borneo dulu,.,...1BORNEO contoh kepada 1MALAYSIA.
hai
ReplyDelete