Tuesday, January 18, 2011

Masidi anggap penyanyi rap Atama kebudak-budakan, tidak bertanggungjawab

17th January, 2011


KOTA KINABALU: Artis rap tempatan Andrew Ambrose Mudi yang menjadi tajuk utama tempatan di sini kelmarin selepas laporan polis dibuat terhadapnya kerana dikatakan memfitnah pemimpin negeri, adalah seorang yang bersifat kebudak-budakan dan tidak bertanggungjawab, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun.

“Malang sekali bukan semua orang sama, ada sesetengah yang berperangai lebih kebudak-budakan berbanding yang lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini.

Jumaat lepas,Pemuda PBS membuat laporan polis mengenai Andrew, atau dikenali sebagai Atama, yang membuat satu sketsa yang dipaparkan di laman web sosial Facebook, yang didakwa memfitnah Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dan juga Masidi.

Timbalan Ketua, Pemuda PBS, Webley Disim, yang membuat laporan polis Karamunsing di sini berkata pergerakan itu memandang serius perbuatan tersebut dan menegaskan bahawa apa yang ditampilkan dalam dialog sketsa itu semuanya adalah bohong semata-mata.

Pergerakan itu menuntut penyanyi kelahiran Tambunan itu supaya menarik balik sketsa ity dan memohon maaf kepada mereka yang terbabit, dan berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya mereka yang terbabit masih terus menyebarkan pembohongan.

Atama bagaimanapun berkata sketsa itu adalah gambaran kreativiti dan imaginasinya semata-mata.

Masidi berkata penyanyi muda itu seharusnya lebih bertanggungjawab dalam menyuarakan pandangannya dan tidak mengambil kebebasan bersuara sebagai lesen untuk memfitnah orang lain.

Sumber : http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/45627

1 comment:

  1. Sup all, nice chat board I have found It amply helpful and its helped me out so much
    I hope to give something back and help others like this website has helped me

    _________________
    [url=http://iphoneusers.com]jailbreak iphone 4.2.1[/url]

    ReplyDelete

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...