Sunday, January 16, 2011

Catuan elektrik 14.5 jam kembali ke 24 jam di Sekolah Pedalaman Sarawak

Pada post yang lalu, JM ada menyiarkan artikel mengenai catuan elektrik di sekolah-sekolah pedalaman Sarawak dari 24 jam kepada 14.5 jam (Click untuk ke page tersebut).


Dan syukur kerana pada 1 Januari 2011 yang lalu, terdapat arahan agar janaan elektrik kembali kepada 24 jam. Semua warga pendidik, masyarakat dan murid-murid yang yang mempunyai keterlibatan dalam mana-mana sekolah pedalaman di Sarawak berasa lega dan gembira dengan pengeluaran arahan baru tersebut. Namun arahan tersebut hanya laku sehingga bulan Mac sahaja.


Namun, terdapat cakap-cakap orang mengulas mengenai pengeluaran arahan baru tersebut. Konon nya arahan tersebut dikeluarkan kerana mempunyai kaitan dengan Pilihan raya Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi. Sejauh mana kebenaran "cakap-cakap" tersebut tidak pula dapat dipastikan. Namun persoalan disini, kenapa arahan tersebut hanya laku sehingga bulan Mac sahaja? adakah ini salah satu dari langkah penjimatan kerajaan?
secara logiknya, Bakun sudah hendak beroperasi... kenapa tidak berusaha untuk membekalkan sekolah tersebut dengan hidroelektrik berbanding diesel elektrik yang lebih mahal kosnya (untuk jangka masa panjang) serta menyumbang kepada pencemaran ? kalaupun, faktor geografi menyukarkan pembekalan elektrik, namun masih tidak logik jika sekolah ini dijadikan sebagai tempat PENJIMATAN kerajaan walhal, sekolah-sekolah ini menggunakan elektrik untuk tujuan kebaikan. Selaras dengan penujuan ke arah wawasan 2020 yang tinggal lagi 9 tahun, wawasan tersebut amat sukar jika catuan elektrik kekal dikenakan kepada sekolah-sekolah pedalaman.

Oleh yang demikian, jika benar "cakap-cakap" orang tersebut, maka tindakan pihak terbabit untuk menjadikan sekolah-sekolah pedalaman ini sebagai point KEMPEN POLITIK adalah amat tidak bertanggungjawab. Sekolah merupakan tempat untuk melahirkan generasi pemimpin dan pemacu negara pada masa hadapan oleh itu, ia sepatutnya tidak boleh di POLITIK kan kerana akan menjejas kelancaran produktiviti pelajar yang berjaya.

Oleh itu, sekolah di kawasan pedalaman Sarawak ini harus di bantu, dipertingkatkan fasiliti disamping kebajikan warga sekolah tersebut. kepada pihak-pihak yang berkenaan anda harus lebih bertanggungjawab dan bukan memperjudikan masa hadapan pelajar-pelajar anda semata-mata kerana GILA KUASA!!!!

No comments:

Post a Comment

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...