Thursday, October 13, 2011

TVi ASTRO 180.....Untuk Sabah Sarawak atau untuk MALAYA????


Beberapa bulan yang lalu, punya lah main gembira JM apabila mengetahui ASTRO telah memperkenalkan satu program rancangan TV yang di khaskan untuk rancangan-rancangan yang kononnya bakal menayangkan produk-produk seni dari NEGARA Sabah dan Sarawak melalui channel 180 TVi...... sebagai seorang pelanggan dari Sabah, maka JM rasa berbaloi lah sikit bila ASTRO kasih naik harga bayaran tapi kasi wujud Program2 KHAS untuk produk-produk seni tempatan dari Sabah Sarawak.....


Namun sejak di perkenalkan pada 10 April 2011, ternyata rancangan TV tersebut cuma indah khabar dari rupa apabila hanya lebih kurang 30 % sahaja produk-produk seni tersebut beteraskan Sabah dan Sarawak....manakala 70% pula lebih kepada produk-produk dari semenanjung......

Tak Percaya tengok sendiri...... tidak cukup lagikah monopoli MALAYA terhadap RTM, dan rata2 rancangan tempatan dalam program2 lain ASTRO (104, 105, 106, 108 dan seabagainya)..... Saya percaya terdapat banyak lagi produk2 seni tempatan Sabah dan Sarawak yang setanding kualitinya dengan semenanjung baik dari aspek muzik mahupun telemovie.....

Mengapa perlu juga memasukkan unsur2 Malaya untuk sesebuah Program yang telah di peruntukkan KHAS untuk BORNEO????? bagaimanakah BORNEO boleh bersaing dengan MALAYA apabila terlalu sangat di sisihkan????

Pihak ASTRO dan RTM seharusnya lebih peka dan prihatin terhadap perkara ini kerana ASTRO turut di langgan oleh penduduk2 dari Sabah dan Sarawak dan sebagai pelanggan maka adalah perlu jika HATI KAMI di puaskan..... jika India dan Cina telah di peruntukkan beberapa channel yang bercirikan kaum mereka kenapa TIDAK kepada BUMIPUTERA Sabah dan Sarawak???? malah apa yang mengecewakan, ASTRO memperkenalkan pula CHANNEL KOREA dan ARAB di mana ia langsung tidak menunjukkan identiti dan konsep MALAYSIA yang sebenarnya....

Kepada pihak yang berwajib sila perbaiki perkara ini....janganlah tunggu PILIHANRAYA dulu baru lah berebut2 pula iklan2 dan rancangan2 tv/muzik yang bercirikan BORNEO........

YB2.....takkan diam saja???????? Jangan lah telampau kasih nampak KARABAU kamu itu..........

4 comments:

  1. ni kali la brooo....kasi naik isu2 yg kdg2 kita telepas pndang mcm isu channel ni... byk lg yg buli kita kungsi2 sini...i know u know.. hahaha...maju la urg kita!! ^_^

    ReplyDelete
  2. begitu la itu bro..... isu macam ni kalau kita tidak fikir betul2 mesti kita anggap macam NORMAL saja....padahal??????

    ReplyDelete
  3. Baru-baru ini, saya hadir sidang media Pengarah Penyiaran Sabah di Kompleks KPKK, Kota Kinabalu. Saya mendapat tahu bahawa Saluran tvi 180 Astro memperuntukkan 50% rancangan daripada Sabah DAN Sarawak dan 50% untuk SEMENANJUNG. Namun, berdasarkan pemerhatian, saya tidak menafikan bahawa siaran saluran tvi hanya 30% Sabah dan Sarawak, manakala 70% lagi dari Semenanjung.

    Perkara ini turut dijelaskan oleh Pengarah Penyiaran Sabah sebagai kekurangan tenaga kerja untuk menerbitkan rancangan berkaitan. Bagaimanapun, kekurangan ini telah diambil tindakan oleh RTM dengan kerjasama FINAS yang mengenalpasti syarikat-syarikat penerbitan tempatan (khususnya Sabah) untuk menghasilkan kandungan kreatif masing-masing untuk di'pasar'kan di tvi.

    Ada baiknya juga, kita berhubung terus dengan jabatan berkaitan untuk bertanyakan hal ini. Khabarnya, besar peruntukan KPKK untuk penghasilan kandungan kreatif di Sabah.

    Sekadar berkongsi pengetahuan :)

    ReplyDelete
  4. Biasalah,penjajahan dalam bentuk baru kan kio?

    ReplyDelete

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...