Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts

Friday, December 16, 2011

"Anak Kampung" gaduh dengan "Macam Di KK"????

Seiring dengan musim tengkujuh yang sedang lebat menghentam kebanyakkan negara-negara Asia Tenggara, sebuah "khabar angin" juga tidak mahu ketinggalan apabila turut meniup pesada seni tanah air kita apabila bertiupan dengan membawa berita bahawa "Anak Kampung" bergaduh dengan "Macam Di KK"...

Sudah tentu majoriti penduduk Sabah sudah kenal dengan Jimmy Palikat yang kini sedang hangat dengan lagu Anak Kampung.... Setiap hari, asal kita pasang dan dengar stesen radio Sabah pasti lagu Anak Kampung tidak miss di dendangkan terutamanya di Stesen radio seperti Suria KK FM, KK FM, Keningau FM, Sabah FM dan tidak ketinggalan juga stesen radio yang hanya bersiaran melalui Astro iaitu Bayu FM. Apa yang menariknya telah terdapat banyak versi ubah suai ataupun adaptasi lagu ini baik dari alihan bahasa Kelantan, Iban mahupun Melayu Sabah. Di Sarawak, lagu Anak Kampung telanh di ubah suai dan di alihkan bahasa ke versi Iban yang di tajukkan "Anak Rumah Panjai (Anak Rumah Panjang)". Di Sabah sendiri muncul pelbagai adaptasi lagu Anak Kampung seperti "Anak Separuh Bandar" nanyian Acai, "Ok Bah Tanak Kampung" nanyian Brenda Londoh dan di Youtube sebuah "Anak Kampung" versi Sumandak menerima ramai tontonan dan muat turun dari kalangan pengguna internet.

Sia bilang macam di KK....Ada di KK...Semuanya Macam di KK....Aramaiiiiii........
Kini tidak kurang hebatnya jika di bandingkan dengan "Anak Kampung"..... Lagu "Macam Di KK" yang di nyanyikan oleh anak muda bernama Janrywine J Lusin ini merupakan antara ringtone yang paling kerap di setkan dalam telefon bimbit. Malah ia menjadi siulan dan kegilaan kebanyakan anak muda di Sabah amnya mungkin kerana tempo lagu tersebut yang sedikit rancak dan bergenre alternative rock.

Namun di sebalik kepopularan mereka, timbul lah pula gosip yang mengatakan bahawa Jimmiy Palikat dan Janrywine J Lusin bergaduh. Kesempatan bertemu dengan Jimmy serta Janrywine di sebuah kedai di Tambunan Village Resort Centre baru-baru ini tidak dilepaskan oleh JM untuk bertanya mereka secara bersemuka untuk meminta pandangan mereka terhadap isu ini.

Kebetulan Jimmy Palikat merupakan rakan JM. Kelebihan ini menyebabkan sesi temubual tersebut tidak kekok di mana Jimmy dan Janrywine memberikan kerjasama yang baik dalam menjawab semua pertanyaan JM.

Mengulas mengenai isu ini, Jimmy sendiri sebenarnya hairan bagaimana khabar angin tersebut timbul. Kerana selama mereka berkawan (Jimmy & Janrywine) tidak pernah pun timbul salah faham antara mereka malah persahabatan antara mereka juga akrab. Janrywine, seperti Jimmy juga turut hairan dan tertawa sinis ketika memberi reaksi terhadap gosip tersebut.

"Sebagai rakan artis, kami saling bekerjasama dan adalah sesuatu yang merugikan apabila kami bergaduh sesama sendiri" jelas Janrywine. Janrywine yang bakal mengeluarkan album sulungnya tidak lama lagi, kini hanya fokus dengan karier seninya dan tidak mahu terlalu memikirkan khabar-khabar angin seumpama ini.

Apabila di tanya mengenai kemungkinan akan timbulnya persengketaan yang di sebabkan oleh harga atau offer bayaran yang di terima ketika di jemput untuk membuat show, Jimmy berkata itu merupakan "rundingan" di antara artis dengan pihak penganjur. Tidak ada kena mengena dengan campurtangan seseorang artis lain dalam hal-hal pembayaran. "Kalau Janrywine kena offer, mana boleh saya pigi menyibuk mau masuk campur kasih naik atau kasih turun itu harga. Itu pandai-pandai lah artis tersebut untuk berunding dengan pihak penganjur untuk mendapatkan bayaran yang sesuai dengan kos, lokasi, masa dan peringkat sesuatu show itu" jelas Jimmy.

"Bergaduh, memang tidak timbul. Malah kami saling bantu membantu dalam mempromosikan sesama kami agar dapat membawa kebaikkan jangka masa panjang terhadap karier kami" tambah Janrywine lagi.








Mengakui bahawa mereka semakin sibuk dengan show, undangan dan penjualan album, mereka masih memperuntukkan masa mereka untuk berjumpa, minum dan bertukar khabar sesama mereka. JM sempat mengambil beberapa gambar menggunakan HP buruk JM. pixel dan kualiti gambar sememangnya kurang berkualiti, namun ia cukup untuk membuktikan kepada para peminat mereka bahawa khabar angin tersebut adalah salah.


Dari pemerhatian JM, memang nampak perhubungan mereka rapat. Malah sering bergurau senda sesama mereka.

Tanpa di sangka, mereka turut membelanja JM minum (faham-fahamlah...hehehe)....Terima Kasih banyak-banyak Jimmy Palikat dan Janrywine kerana sudi berkongsi maklumat dan terima kasih juga sebab belanja JM itu macam mana bah mau panggil itu.... bud..... bud..... budweiser kaitu???? hahaha.....

Hehehe....so kepada pembaca di luar sana, mari kita sama-sama sokong industri seni Sabah.... kalau bukan kita, siapa lagi????? chowww........

Thursday, October 13, 2011

TVi ASTRO 180.....Untuk Sabah Sarawak atau untuk MALAYA????


Beberapa bulan yang lalu, punya lah main gembira JM apabila mengetahui ASTRO telah memperkenalkan satu program rancangan TV yang di khaskan untuk rancangan-rancangan yang kononnya bakal menayangkan produk-produk seni dari NEGARA Sabah dan Sarawak melalui channel 180 TVi...... sebagai seorang pelanggan dari Sabah, maka JM rasa berbaloi lah sikit bila ASTRO kasih naik harga bayaran tapi kasi wujud Program2 KHAS untuk produk-produk seni tempatan dari Sabah Sarawak.....


Namun sejak di perkenalkan pada 10 April 2011, ternyata rancangan TV tersebut cuma indah khabar dari rupa apabila hanya lebih kurang 30 % sahaja produk-produk seni tersebut beteraskan Sabah dan Sarawak....manakala 70% pula lebih kepada produk-produk dari semenanjung......

Tak Percaya tengok sendiri...... tidak cukup lagikah monopoli MALAYA terhadap RTM, dan rata2 rancangan tempatan dalam program2 lain ASTRO (104, 105, 106, 108 dan seabagainya)..... Saya percaya terdapat banyak lagi produk2 seni tempatan Sabah dan Sarawak yang setanding kualitinya dengan semenanjung baik dari aspek muzik mahupun telemovie.....

Mengapa perlu juga memasukkan unsur2 Malaya untuk sesebuah Program yang telah di peruntukkan KHAS untuk BORNEO????? bagaimanakah BORNEO boleh bersaing dengan MALAYA apabila terlalu sangat di sisihkan????

Pihak ASTRO dan RTM seharusnya lebih peka dan prihatin terhadap perkara ini kerana ASTRO turut di langgan oleh penduduk2 dari Sabah dan Sarawak dan sebagai pelanggan maka adalah perlu jika HATI KAMI di puaskan..... jika India dan Cina telah di peruntukkan beberapa channel yang bercirikan kaum mereka kenapa TIDAK kepada BUMIPUTERA Sabah dan Sarawak???? malah apa yang mengecewakan, ASTRO memperkenalkan pula CHANNEL KOREA dan ARAB di mana ia langsung tidak menunjukkan identiti dan konsep MALAYSIA yang sebenarnya....

Kepada pihak yang berwajib sila perbaiki perkara ini....janganlah tunggu PILIHANRAYA dulu baru lah berebut2 pula iklan2 dan rancangan2 tv/muzik yang bercirikan BORNEO........

YB2.....takkan diam saja???????? Jangan lah telampau kasih nampak KARABAU kamu itu..........