Saturday, December 17, 2011

Jeffery Kitingan bergiat kembali dalam politik



Jeffrey Kitingan akhirnya mengumumkan untuk bergiat kembali dalam politik dengan menyertai sebuah parti politik berusia 16 tahun dari Sarawak. Presiden Sarawak Reform Party (STAR), Dripin Sakoi telah memberikan kad keahlian dan kad kuasa kepada Jeffrey untuk membolehkan beliau memimpin dan memacu parti tersebut di Sabah pada Pilihanraya umum ke-13.

Turut menerima kad keahlian, ialah Guandi Kohoi, Rubin Guribah, Jeffrey Telado, serta James Aik.

Selepas menyampaikan pengumumannya, Dripin Sakoi telah membuat pengumuman mengejutkan dengan menjemput Kitingan, Kohoi, Guribah, Telado dan Aik untuk menerima kad keahlian.

"Kami dalam STAR menyokong penuh agenda UBF (United Borneo Front) dan ini adalah masa untuk kita bersatu....Saya panggil Jeffrey untuk tampil kehadapan dan menerima kad keahlian beliau.Beliau kini akan menerajui (STAR) Sabah", Kata Dripin di sambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 300 tetamu dan penyokong UBF.

Difahamkan, Jeffrey akan bertemu dengan orang-orang beliau untuk menubuhkan jawatankuasa penganjur pelancaran STAR pada 6 Januari. Sehubungan itu, Dewan Hongkod Koisaan telah di tempah sebagai medan untuk memanggil dan mengumpulkan ahli.

Sebelum ini, Jeffrey tidak menyebut untuk menyertai mana-mana parti sebaliknya menyeru agar rakyat bersatu dan meneliti harapan-harapan palsu dan penipuan oleh regim pemerintah.

"Kita telah di tipu kerana kita terlalu muda untuk memahami apa yang bakal datang (1963). Mereka telah mengeksploitasi kita dengan hanya menjadi salah satu daripada 13 negeri-negeri persekutuan, sehingga kita menjadi yang termiskin di negara ini. Kita harus menghentikan perkara ini dan satu-satunya cara adalah dengan bersatu sekali lagi memperjuangkan  kebebasan dan hak kita", kata Jeffrey.

Dalam perjuangan UBF nya, Jeffrey menjelajah ke seluruh sabah untuk menjelaskan dan merangsang orang ramai agar menyokong agenda UBF tersebut.

Badaruddin Datu Mustapha Harun, anak bekas ketua menteri Sabah yang turut hadir dalam majlis tersebut di samping Timbalan Presiden SAPP Amdi Sidek menggesa ketiga-tiga komuniti utama di Sabah - Umat Islam, Bukan Islam dan Cina agarbersatu dan mengundi keluar UMNO dan Barisan Nasional dari Sabah pada pilihanraya yang akan datang.

"Saya mempunyai mesej untuk Perdana Menteri, Kalau anak jantan, kasih daftar parti USNO sekarang....", cabar Badaruddin di sambut dengan tepukan gemuruh dari hadirin.

Badaruddin yang merupakan presiden USNO Baru menyatakan sokongan penuh terhadap agenda UBF Jeffrey.

Kebetulan majlis ulangtahun UBF pertama ini bersamaan dengan tarikh ulangtahun ke-16 penubuhan STAR.

Dripin Sakoi sebelum ini telah mengambil alih tampuk kepimpinan tertinggi dari pengasas STAR Dr. Patau Rubis pada March lalu. Rubis walaubagaimanapun menolak keterlibatan STAR dengan UBF. Sebaliknya STAR sedang mencari "strategic partners" untuk meneruskan perjuangan.

No comments:

Post a Comment

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...