Percayakah anda, Kg. Pantai, Tambunan yang hanya terletak kira-kira 11 kilometer dari pekan Tambunan telah menghadapi masalah bekalan air secara teratur sejak dari 15 tahun yang lalu lagi. Ketika kawasan lain sedang rancak menerima pembangunan dari pihak kerajaan, lain pula hal nya dengan Kg. Pantai apabila terpaksa bertahan dengan "catuan" air setiap hari.
Dalam sehari, Kg. Pantai akan menerima selama beberapa jam sehari iaitu lebih kurang 2 jam pada waktu pagi, tengahari dan petang. Masalah ini turut di hadapi oleh beberapa kampung berdekatan.
Apabila di temu bual beberapa penduduk kampung (namanya tidak disiarkan) mereka mengeluh dengan menyatakan masalah ini amat menyusahkan penduduk kampung tersebut. "Kami beli tangki untuk simpan air. Nasiblah ada tangki. Boleh simpan dan guna bila kami mahu pakai", jelas En. A ketika ditanya mengenai perkara tersebut.
"Seingat-ingat saya, masa saya kecil, bekalan air OK...saya rasa ia bermula daripada kemarau tahun 90an dulu. Masa tu pihak berkuasa kasih catu air. Macam sekarang lah. Pagi ada sekejap, tengahari sekejap....lepas itu dalam pukul 6 petang datang lagi sekejap. Mula dari sana lah sampai sekarang kami terus "catuan"....saya pun tidak tahu kenapa...padahal kampung-kampung lain boleh pula dapat 24 jam (air)", Ulas seorang pemuda kampung tersebut.
Di fahamkan sebelum ini, mereka menerima bantuan peruntukan paip graviti dari kerajaan. Tetapi malangnya setelah siap di buat (projek graviti) paip graviti tersebut hanya mampu "berkhidmat" selama lebih kurang setahun lebih sahaja. Pengguna yang ramai menyebabkan berlakunya "trafik" air. Selain itu, keadaan air yang keruh, berpasir dan bergelodak pada kebanyakkan masa, menyebabkan penduduk kampung keberatan untuk menggunakan air tersebut untuk mandi, mencuci apatah lagi sebagai kegunaan masakan.
"Sebelum ini memang ada jadual untuk membersihkan kolah graviti air tersebut, tapi disebabkan faktor jarak yang terlalu jauh, di samping kekeruhan bekalan air (walaupun baru di bersihkan) akhirnya, paip graviti tersebut hanya menjadi "bangkai" begitu sahaja. Kini penduduk Kg. Pantai kembali kepada cara kehidupan "catuan" meneruskan tradisi sejak 15 tahun yang lalu.
Baru-baru ini, pihak Jabatan Perairan Sabah telah membuat projek "menyatutempatkan" kawalan meter utama di setiap kampung di Tambunan. Namun ia tidak jelas, adakah untuk membaiki sistem bekalan air di kampung-kampung atau ia cuma untuk memudahkan pekerja JPS membaca meter seterusnya memungut bayaran.
Tidak di ketahui apakah punca sebenarnya masalah "catuan" ini berlaku sehingga para penduduk kampung membuat andaian sendiri dan antara yang paling popular adalah sistem saluran paip utama yang kecil. andaian yang agak ekstrem untuk di terima pula adalah "tukang pasang" air JPS curi tulang, dan malas memasang "suis" air.
JM yang tertarik dengan andaian ini meminta penjelasan lanjut dari seorang ibu dalam kampung tersebut. Ibu tersebut mengatakan, "cuba kau tengok yang kampung sebelah. Oleh sebab itu tukang air rajin pigi (pergi) pasang suis, sana dapat 24 jam. Tapi yang pasang suis tempat kami pula lain. Itulah pasal kami dapar air 3 kali saja sehari".
Apa yang mengejutkan, lebih kurang dua tahun yang lalu telah berlaku 2 kes kebakaran dalam kampung tersebut. Kes pertama melibatkan sebuah rumah, manakala kes yang ke-2 pula meranapkan 4 buah rumah. Rata-rata penduduk kampung menyalahkan air sebagai punca utama mengapa kebakaran tersebut tidak dapat di padamkan.
"Masa yang kebakaran pertama, kami telefon bomba. Sementara tunggu bomba sampai, kami cuba padam api tersebut. Masa itu, api masih kecil. tapi susah kami mau padam sebab kurang air. Kami terpaksa guna tangki simpanan air jiran-jiran malah sampai terpaksa "mengeringkan" kolam ikan seorang penduduk kampung untuk kasih padam api. Mana cukup bikin padam", kata seorang penduduk kampung.
Tambah malang, apabila bomba tiba, pili bomba "kering" sehingga terpaksa menelefon pihak JPS untuk menyambung dan menyalurkan air ke kampung tersebut. Namun semuanya sudah terlambat kerana api sudah terlalu besar dan ketika bekalan air sampai, bomba hanya mampu untuk berikhtiar mengawal api tersebut daripada merebak ke rumah-rumah penduduk yang berhampiran.
Hal yang sama turut berlaku 12 bulan kemudian apabila kebakaran meranapkan 4 buah rumah penduduk kampung berkenaan.
Walaupun telah "dijamahkan" dengan kejadian tersebut, bekalan air ke kampung tersebut masih tidak berubah dan masih kekal mengikut sistem "catuan".
Pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi. Perkara ini juga, di fahamkan telah di bawa ke peringkat atasan namun sehingga kini masih belum ada perubahan. Sehingga timbul perseoalan disini. Adakah masalah ini akan "di lanjutkan" untuk tempoh 5 tahun lagi????
ko memang urang pantai ka?
ReplyDeleteSabah mau merdeka dalam erti yang sebenar. Kita sokong perjuangan UBF. Tukar kerajaan BN, baru la dasar berubah. Sudah sampai masanya kita berubah. Tumbangkan BN dalam PRU 13.
ReplyDelete