Saturday, January 14, 2012

JUAL ROKOK SELUDUP di kawasan pasar Pilipin Kota Kinabalu.... Pihak Berkuasa pura-pura kunun tidak nampak....

Pasar Pilipin Kota Kinabalu.... siapa yang tidak kenal??? popular dengan jualan hasil lautnya, kini ia menjadi antara salah satu tempat yang di promosikan oleh Kerajaan Sabah sebagai antara tempat WAJIB PERGI kepada orang-orang luar dan juga para pelancong khususnya.

Mahu cari ikan masin, ketam, sotong, ikan kembung, bilis ? datang saja sini..... segar dan murah. 

Namun tujuan artikel ini di tulis bukanlah untuk mengiklankan produk-produk tersebut melainkan sebenarnya ingin mengetengahkan beberapa isu yang seharusnya di ambil perhatian serius oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. 

Sesiapa yang kerap pergi ke kawasan ini terutamanya pada waktu kemuncak (jam pulang kerja) pasti berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang teruk. Dari pemerhatian, isu ini berlaku bukanlah sebenarnya berpunca daripada masalah jalanraya. Tetapi di sebabkan oleh kurangnya parking di kawasan tersebut. Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila berlakunya "double parking" serta "emergency parking" di kawasan tersebut. 

Sekitar dua minggu lalu, JM berkesempatan mengunjungi tempat tersebut. Biasalah, mahu sambut tahun baru kan, jadi ada plan mau buat "panggang-panggang" kunun. Mungkin silap timing betul.... mau cari parking saja mau sampai 1 jam?? ini barulah !!!! Sebenarnya perkara kesesakan dan susah cari parking ini bukanlah satu masalah baru. Perkara ini sudah lama berlaku, namun baru-baru saja JM ada nampak polis trafik di kawasan tersebut pegang-pegang buku (buku saman mungkin). Nampaknya kehadiran polis trafik di kawasan tersebut sedikit sebanyak membantu perjalanan trafik. Syabas dan Tahniah di ucapkan kepada anggota-anggota bertugas dan tidak di lupakan juga penghargaan kepada jabatan trafik PDRM.

Namun, kalau kita tengok tajuk artikel adalah pasal rokok seludup. kenapa tiba-tiba cerita pasal trafik pula??? sebenarnya itu baru kulitnya. Belum lagi isinya. Bah ini isinya tompinai.....

Kepada sesiapa yang selalu mengunjungi pasar Pilipin, atau kawasan pasar ikan atau mungkin yang saja-saja memandu ikut jalan di kawasan tersebut (terutamanya pada waktu kemuncak sekitar jam 4.00 - 7.00 petang) pasti akan ternampak dengan kelompok mahupun individu yang duduk-duduk di bahagian pembahagi jalan sambil dengan selambanya pegang kotak yang penuh dengan susunan kotak-kotak rokok seludup. 

So, kasih pendek cerita lah. Yang itu polis trafik bah...diorang memang tidak nampak (maklumlah pakai cermin mata hitam kan) atau pura-pura tidak nampak perkara ini? padahal jarak diantara Polis-polis trafik ini cuma beberapa meter saja. Ini yang membuatkan JM hairan sikit-sikit ini. 

Mungkin alasan polis-polis ini mengkali "tugas dorang kawal jalanraya, bukan tangkap itu jual rokok seludup". OK.... alasan di terima. Tapi sebagai ahli kepada jabatan POLIS DI RAJA MALAYSIA dengan kuasa dan juga kelebihan perhubungan antara anggota-anggota dan jabatan, adakah wajar perkara ini tidak di laporkan kepada "mereka" yang berkenaan? 

Beberapa tahun yang lalu berlaku kes penguatkuasa yang di serang di Kota Kinabalu. Mungkin ini lah sebab mengapa Polis Trafik mendiamkan diri walaupun melihat perkara jual rokok seludup secara terang-terangan berlaku. 

Namun adakah wajar perkara ini "kita" diamkan ?? dan persoalan ini diajukan khusus untuk MEREKA YANG BERKUASA renungkan, fikirkan dan ambil tindakan. Ini belum lagi memasukkan hal-hal seperti samseng, maksiat, pergaduhan yang kerap berlaku di kawasan ini.

Mungkin tidak keterlaluan jika JM simpulkan inilah antara kesinambungan dan sumbangan Projek IC Mahathir @ UMNO kepada Sabah ketika ingin "menjajah" di "Bawah Bayu" pada tahun 90an dahulu.

Rakyat Sabah...... sama-sama kita buka minda.... mari bangkit....mari bersatu....mari berjuang untuk mengembalikan hak-hak dan maruah Sabah yang semakin lama di kikis ditelan "ikan Yu"........ 

   Gambar : Penjual rokok seludup di hadapan Alliance Bank (seberang Pasar Pilipin)

Gambar : Polis Trafik di hadapan Pasar Pilipin 

Gambar : Antara kelompok penjual rokok seludup di kawasan pembahagi jalan.

Gambar : antara Polis Trafik yang bertugas.

P/s : Muka-muka terpaksa diwarnakan....faham-faham lah.....


1 comment:

  1. 1 HARI 1 BUNGKUS KALI PERJANJIAN DAMAI DIORANG 2...TINGKADAI......

    ReplyDelete

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...