Sunday, January 15, 2012

Kesedaran politik rakyat Sabah???? sekadar renungan.....

JM ingin mulakan topik pada hari kali ini dengan membawa para pembaca untuk melihat dan menilai sambutan dan kepekaan rakyat dari luar Negara terhadap scenario politik Negara mereka. Kita ambil contoh senario politik yang berlaku di Negara barat, Negara-negara timur tengah, dan yang terbaru di Nigeria dan Pakistan. Bagaimana sambutan rakyat mereka terhadap sesuatu perkara yang melibatkan isu politik???? Penilaian JM terhadap sambutan dan kesedaran rakyat-rakyat di Negara tersebut memang KAW!!!!


Tidak perlu pergi jauh. Kita lihat scenario yang berlaku dalam Malaysia baru-baru ini. Bermula dari perarakan BERSIH 2.0, HIMPUN, PERKASA, JUARA RAKYAT dan sebagainya…. Pasti rakyat-rakyat di Malaya akan hadir BERAMAI-RAMAI dalam program tersebut.

Tidak kiralah parti politik manapun… kerajaan kah mahupun pembangkang… tidak kisah…. Isunya sekarang adakah rakyat Sabah, khususnya golongan muda mudi mempunyai kepekaan atau tahap kesedaran politik seperti rakyat-rakyat luar Negara dan Malaya????

Dari apa yang JM perhatikan, kepekaan dan kesedaran rakyat Sabah terhadap isu-isu politik berada dalam keadaan yang amat rendah sekali. Apakah sebabnya hal ini berlaku?

Jika kita lihat dalam anjuran-anjuran atau program-program parti politik baik kerajaan mahupun pembangkang diSabah, kehadiran rakyat-rakyat Sabah dalam program tersebut amat menyedihkan sekali. Adakah ini boleh dijadikan kesimpulan bahawa rakyat Sabah kurang kesedaran politik?

Anda ingin sokong kerajaan ataupun pembangkang, itu hak anda….isunya sekarang sejauh mana kesedaran, kepekaan dan pemahaman rakyat Sabah terhadap isu-isu politik dalam Sabah atau Malaysia amnya????

Menyedihkan apabila kebanyakan golongan muda-mudi Sabah kurang peka terhadap situasi politik yang berlaku dalam Sabah mahupun Malaysia. Tidak di nafikan, rakyat Sabah mempunyai nilai “lemah lembut dan hormat” yang amat tinggi sekali. Dan mungkin ini salah satu penyebab mengapa kurangnya sambutan diberikan. Dan ini sangat baik jika diam tapi peka…. Mungkin diam sebab takut kena “tangkap”….. Tetapi bagaimana pula kalau diam sebab tidak mahu ambil tahu, tidak kisah dan bersikap acuh tidak acuh????? Ini pasti bukan sesuatu yang “sihat”….

Sebagai belia, golongan ini seharusnya sedar bahawa mereka bakal mewarisi “kehidupan” Sabah akan dating….jika golongan ini masih dengan sikap “apa saya peduli”…..ingat…. kelak kemungkinan besar anda sendiri yang akan menyesal dengan sikap anda ini.

JM bukanlah menyeru golongan belia (muda-mudi) untuk berdemonstrasi secara melulu….namun isu yang sudah menjadi HAK kita, kenapa kita mesti diam dan tunggu “orang lain” yang memperjuangkan untuk kita????? Walaupun Kerajaan telah menggubal undang-undang “sekatan” terhadap perhimpunan, namun perkara ini tidak seharusnya menjadi satu perkara yang boleh terus “mendiamkan” kita……. MENYUARAKAN, itu hak kita sebagai rakyat…. KITA yang memilih mereka…. Sepatutnya mereka menjamin dan memperjuangkan hak-hak dan kebajikan rakyat…..

Kesimpulannya, politik lah yang akan menentukan “kehidupan” kita sebagai rakyat….. kalau kita memilih untuk bersikap “tidak mahu ambil tahu”, boleh…..namun kemungkinan, anda hanya akan bersuara apabila segala-galanya sudah terlambat adalah amat tinggi sekali…..

Sebagai mana kita memberi komitmen minat kita terhadap Liga premier English, Liga Spanish, hal-hal upgrade kereta, hiburan, fesyen, the voice, raja lawak, Akademi Fantasia dan sebagainya, begitu juga lah yang seharusnya kita berikan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan politik tanah air kita. Tidak susah….. Cuma baca, faham dan nilailah secara kritis.…..

Fikir dengan otak dan jangan fikir dengan hati……..

3 comments:

  1. biasa la org sabahkan slalu aramai ti, mana da masa mo pikir politik2 ni..dalam pikiran anak2 muda skrg janji cukup makan, ada tpt tinggal,senang hati dan yang penting ada singarung mesti complete punya..buat apa susah2 mo buat demonstrasi sana cni..sebenarnya orng yg buat demikian manja minta suap kerajaan ja dan xnak berdikari sendiri..tingu la macna org sabah biarpun gaji kecil tapi mereka tidak mengharap sangat bantuan2 kerajaan ni..klua ada bantuan rezeki ambi ja...bkan mcm org seberang, sdah kena bagi ckp itu la ini la...lama2 kan smua org seberang pg d sabah tinguk la...klu nda percaya ramai sdah org2 seberang ni beli tanah d tpt kita dah....fikir2 la...

    ReplyDelete
  2. amu bo orang sabah bukan macam itu,masa tanda kertas undi yang penting

    ReplyDelete
  3. Bagi saya pemuda2 sabah tdk smuanya dgn aktiviti moginum spjg masa..ada bnyk jg yg peka apalagi skrg ni panas dgn pelbagai isu..so kita tentukan masa menanda kertas undi..jangan saja dorg c om pun tlampau bnyk sama si otto..matai dorg

    ReplyDelete

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...