Kebelakangan ini tarikh 21hb Disember 2012 menjadi topik hangat dunia serantau... tarikh ini dikatan merupakan tarikh dimana kehidupan bumi akan berakhir atau lebih popular dipanggil sebagai KIAMAT (apocalypse).
Ramai ilmuwan seperti saintis, astrologi di dunia kini giat berkumpul untuk membincangkan adakah benar KIAMAT akan terjadi pada tarikh berkenaan. Tidak ketinggalan juga paranormal-paranormal mengeluarkan ramalan masing-masing.
Ramalan kiamat ini sebenarnya telah dibuat oleh kaum bangsa Maya. Kaum Maya terkenal dengan kemajuan ilmu matematik dan astronomi. Dan kaum ini telah mencipta kalender dimana perhitungan kalender itu berakhir pada tarikh 21/12/2012. kenapa terhenti? kerana pada tarikh ini bumi akan musnah.
Kaum Mayan mengaitkan kemusnahan bumi ini dengan perlanggaran bumi dengan planet nibiru atau juga dikenali sebagai planet X. Terdapat pelbagai pendapat lain yang mengaitkan KIAMAT ini.
Ahli sains juga mengemukakan teori pergerakan (orbit) planet, dimana dikatan pada tarikh tersebut semua planet akan berada pada satu baris dan situasi ini dikatan tidak baik kerana setiap planet akan saling tarik menarik (graviti) dan ini menyebabkan terdapat planet yang akan berlanggar atau keluar dari orbit. Namun setakat ini, itu cuma satu teori. Bukti-bukti serta kajian-kajian sedang giat dijalankan untuk mengetahui sejauh mana kebenaran teori ini.
Disamping itu, Kiamat ini kononnya telah di ramalkan dalam kitab suci Bible. Sekumpulan penyelidik telah menemui kod rahsia dalam kitab Perjanjian Lama pada tahun 1994 dan bersetuju bahawa tarikh ini merupakan tarikh akhir bumi dan seluruh makhluk didalamnya.
Sejauh mana kebenaran 21/12/2012 merupakan hari KIAMAT, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kita boleh sahaja percaya atau menganggap isu ini sebagai karut. Namun sebagai seorang manusia, adalah lebih baik jika kita menyiapkan diri untuk menghadapi tarikh tersebut.
P/s - Wahai gaman-gaman...Pada pendapat saya kan, bertobat dan beramal adalah pilihan yang terbaik. hehehe
No comments:
Post a Comment
Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...
selamat mengomen boss...