Wednesday, October 7, 2009

Kenapa lambat posting?

terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kelambatan posting utk para pelajar DPLI, KPLI dan kemungkinan besar PISMP tahun depan (2010).

antara faktor tersebut ialah :

1. kelambakan guru sedia ada.

2. masalah kewangan akibat kelembapan ekonomi negara

Ulasan saya:

Menurut satu sumber (Malaysiakini) yang dinyatakan oleh Hashim Adnan Presiden NUTP (Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) terdapat seramai kira-kira 380,000 guru di Malaysia dan menegaskan bahawa kekurangan guru adalah "masalah yang berterusan", termasuk guru yang bersara atau sakit.

Setiap hari, bulan dan minggu pasti akan ada guru-guruyang meninggal, sakit, bersara dan ada juga guru-guru yang beralih profesyen atau keluar dari bidang pendidikan. oleh yang demikian setiap tahun pasti akan ada kekosongan jawatan dan pengisian jawatan tersebut amat diharapkan untuk membolehkan sistem P&P di sesebuah sekolah itu berjalan dengan lancar, efektif dan mencapai objektif. Masih ramai lagi sekolah-sekolah di kawasan ulu dan pedalaman yang amat memerlukan perkhidmatan guru.

Oleh itu alasan kelambakan guru merupakan satu alasan yang kurang munasabah. alasan kelambakan guru tersebut cumalah satu alasan untuk menutup kelemahan pentadbiran negara dalam menguruskan ekonomi negara. Mana pakej rangsangan 60 Billion? tak mendatangkan hasil kah?

Hashim Adnan turut menyatakan ketika diminta reaksinya, Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata persatuannya berpendirian bahawa pendidikan bukanlah merupakan satu kos tetapi adalah satu pelaburan demi masa depan negara.

"Jangan nafikan hak-hak anak rakyat Malaysia untuk belajar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.


"Kita tidak bersetuju bahawa kerana masalah kewangan, guru-guru dan pendidik bakal menerima kesan dan nasib seperti ini," kata Hashim.

Menurutnya, kekurangan kewangan bukan alasan untuk mengetepikan hak rakyat untuk mendapatkan pendidikan.

"Kita kena cari jalan untuk menyelesaikan masalah. Kerajaan kena fikir jalan yang terbaik untuk mencari duit," katanya.

Sehubungan itu, kata Hashim, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan untuk mengatasi isu yang berbangkit itu.

P/s : duit rakyat dah habis digunakan untuk kempen PRK kah gaman? hahaha lain lagi duit-duit yang gelap2 kena kasih masuk sana poket betapuk kan?

disebabkan oleh pembaziran wang rakyat oleh pihak pentadbir, maka sekarang kerajaan sanggup mencaturkan masa depan anak2 kita? guru2 yg sedia selepas ini tidak akan cukup tangan kaki akibat mengcover tugas2 jawatan guru yang kosong....

mana Muhyidin? kenapa diam? 

No comments:

Post a Comment

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...