Saturday, October 24, 2009

Akhirnya Azmin Ali letak jawatan... siapa ganti ketua PKR Sabah?



Azmin Ali akhirnya meletak jawatan sebagai Majlis Kepimpinan Negeri PKR Sabah. Menurutnya, jawatan yang dipegang oleh beliau itu hanya bersifat sementara (lebih kurang 6 bulan sahaja). Menurut beliau lagi, beliau memegang jawatan tersebut untuk mengukuhkan kekuatan parti. Apabila segala-galanya sudah beres,baik dan sedia maka beliau akan memberikan pula jawatan tersebut kpd pemimpin tempatan yang layak.

Namun sumandak-sumandak dan gaman-gaman persoalannya sekarang, siapakah pula orang yang layak untuk memegang jawatan tersebut? setakat ini ada lebih kurang 3 calon yang difikirkan sesuai. Salah seorang daripadanya ialah Datuk Dr. Jeffry Kitingan. 

Dato Seri Wan Azizah ada menyatakan bahawa kemungkinan besar calon untuk jawatan tersebut akan dipegang oleh calon bukan Islam, kerana daripada pengalaman2 lalu, jawatan tersebut dipegang oleh calon Islam yang tidak dinafikan berkredibiliti, berkepimpinan dan berwibawa namun kurang berkemampuan untuk menang. 

Oleh itu kita tunggu sahaja apa keputusan kepimpinan tertinggi PKR.

P/s... yalah betul labah tu gaman... jangan kita kasih sama sosial kita di Sabah & Sarawak dengan di Semenanjung.... orang sabah & sarawak boleh unite dan bertolak ansur mengenai isu agama, budaya dan adat sesuatu kaum . Bagi saya siapa2 pun boleh jadi pemimpin asal sahaja dia itu layak (tidak tengok agama, kaum dan warna kulit).

Itu lah yang bagus... Oleh itu jangan ikut cara semenanjung yang terlalu ekstremis pasal agama. Tengok sekarang disana, macam ada sikap prejudis sudah antara kaum. Gaman... apa yang penting kita hidup aman, damai dan sejahtera kan... soal2 agama itu urusan peribadi dimana itu terserah kepada tanggungjawab beliau sendiri dengan Tuhan. Kalau sudah dewasa, pandai berfikir kenapa kita perlu kasih tentu lagi perjalanan hidup diorang? 

Apa2 pun gaman ini tempat kita...jangan lupa cara kita, budaya kita, bahasa kita dan pomogunan (tempat) kita...Kopisanangan.....

No comments:

Post a Comment

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...