Saturday, October 24, 2009

PRK lagi.... kali ini 10 PRK?

Kemungkinan Malaysia akan menghadapi pilihan raya kecil lagi... kali ini bukan satu sahaja tetapi 10 PRK. Menurut satu sumber.

Lapan ahli parlimen dan dua ADUN pembangkang mungkin akan kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan agung dan kesalahan yang berkaitan dengannya. Mereka ialah Tian Chua, Ronnie Liu, Lau Weng San, Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, N Gobalakrishnan - Tony Pua (DAP), Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' (PAS).

Sekirannya benar akan berlaku lagi 10 PRK, Pakatan Rakyat hanya akan mempunyai 74 kerusi di Parlimen seterusnya mengembalikan semula penguasaan 2/3 kerusi parlimen.

Bersih - Gabungan parti politik dan NGO yang berkempen untuk pilihan raya dan adil telah menyifatkan penghakiman tersebut sebagai satu bentuk pendakwaan terpilih.  Oleh itu "kuasa rakyat" diperlukan untuk 'membantah" tekanan seumpama itu.

P/s : macam-macam lah... bila kita cuma keluar suara, kerajaan "tuli".  Bila ikut saluran yang betul kerajaan x akan layan...Bila berhimpun atau demonstrasi aman kena tangkap pula. Ibarat perhimpunan aman ini lebih "BERSALAH" berbanding rasuah, "pencolekan" dan C4....


  

1 comment:

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...