Friday, June 24, 2011

John Gaisah Legenda Sabah.......

Lama tidak post isu.... bukan apa....selain sibuk dgn tugasan harian, line internet pula "tidak lawa"....huuuhhh....Anyway pounsikou kpd smua pengunjung baik yang ada mengunjungi blog ini seterusnya memberikan komen2 positif di sana chat box..... lama juga saya mau cari apa isu ini.... mungkin saya mau puasa dulu cakap pasal politik sikijap...bukan apa boh gia...nga bercelaru sudah ini otak telampau baca isu2 politik disana semenanjung....jadi biar kita kasih relaks sikit otak kita, kasih lupa dulu hala-hal yang "bikin panas" sikijap..... hehehe.....Bah hari ni, JM akan menulis artikel mengenai seorang penyanyi yang sangat terkenal di Sabah...malah namanya masih tetap MEKAR DIDALAM HATI untuk setiap Sabahans yang mengenali insan ini.... bah..mari pigi terus pigi ke cerita utama...cakap banyak pun tiada guna...kelapa sawit (Lambat) dia bilang org sana Tambunan....

Insan ini telah lama mati tetapi masih tetap HIDUP di kalangan Sabahans….. siapa bah yg tidak kenal dengan John Gaisah kan....selepas beberapa hari bertanya & mencari maklumat dlm internet akhirnya terjumpa juga lah beberapa artikel mengenai penyanyi lagenda ini....namun sangat kurang maklumat tentang beliau dalam internet.....


Bah teruskan cerita....Di sebabkan bakat dan suaranya yang luar biasa, maka tidak hairanlah bila orang sabah “mengnickname” kan beliau sebagai Tom Jones Sabah….ingat senang kah mau dapat itu gelaran….



30 tahun pemergian beliau, Gaisah terus dianggap oleh Sabahans sebagai penyanyi yang masih belum dapat ditandingi, lebih tepat penyanyi PALING TERBAIK antara yang terbaik pernah ada di Sabah. …Malah sampai sekarang pun, beliau terus menjadi pengaruh dan idola generasi penyanyi KADAZANDUSUN.

Jimmy Palikat, seorang penyanyi independent KADUS (Kadazandusun) ada cakap “masa saya muda-muda duulu (remaja), saya sentiasa menyanyi lagu John Gaisah sambil main gitar…..cuba ikut-ikut suara dia,”…..Jimmy Palikat yang baru-baru ini popular dengan lagu “Tanak Kampung” atau "Saya Anak Kampung" dalam versi BM nya....Sambung cerita,Jimmy berasal dari Tambunan yang juga tempat kelahiran John Gaisah cuma berlainan kampung....Jimmy tinggal di Kampung Papar Tambunan, manakala John Gaisah pula berasal dari Kampung Sunsuron...Jimmy Palikat ni pun antara penyanyi paling popular di Tambunan dan Sabah amnya....

Monica Ongkosing iaitu salah seorang penyanyi veteran Sabah pun cakap “masa tahun 1970an dulu, industri music Kadazandusun berkembang dengan cepat…John Gaisah nombor satu disebabkan oleh suaranya,”….

Tapi memang kita tidak dapat nafikan bahawa penyanyi lagenda ini memberi impak besar dari segi perubahan konsep muzik KADUS dan sehingga sekarang muzik-muzik sumazau moden berevolusi dari konsep muzik beliau…..

Selepas mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Bintang RTM pada tahun 1976 (tempat pertama dimenangi oleh Sudirman Arshad) , beliau telah membawa “oooommmmph” terhadap muzik KADUS. Beliau juga merupakan orang pertama yang memasukkan cerita komuniti, pengalaman hidup beliau sendiri ke dalam lagu....malah jika kita dengar lagu-lagu yang ada kaitan dengan kisah benar (biasanya berkaitan dengan pengalaman beliau moginum dan rumamai) kita secara tidak langsung boleh membayangkan keunikan cara hidup muda mudi dusun Tambunan pada zaman 70 an.....

Nama seperti Justin Stimol dan Ambrose Mudi yang juga merupakan senior John Gaisah dalam industri muzik Sabah mungkin akan menimbulkan persoalan…siapakah yang sebenarnya memulakan muzik Kadazandusun…….. Mungkin ramai yang akan menjawab “mestilah Justin Stimol dan Ambrose Mudi”……betul tu geng…tapi yang kasih meletup dan bagagar betul-betul muzik kadazandusun ialah John Gaisah…..

Malah Dusiah Frencis (ketika di temuramah oleh wartawan The Star) pun bilang “Jualan album beliau terus jalan”…..Dusiah Frencis merupakan Co-owner Bamboo Sound Studio di Tambunan....yang juga studio kepunyaan Francis Landong...Francis Landong ini bulih kena kira John Gaisah numbur Dua lah di Sabah mungkin.....

John Gaisah meninggal dunia pada 11 Ogos 1981 ketika baru berumur 26 tahun…..atuuuuk…..amulok nokopio…… Kereta Subaru yang baru di beli oleh John Gaisah dipandu dalam keadaan mabuk, laju, zig zag dan seterusnya melanggar sebuah lori balak. ….dan seperti James Dean, John Gaisah menjadi lagenda….

Justin Lusah , penyanyi yang terkenal dengan lagu “Jambatan Do Tamparuli” yang juga merupakan saudara kepada John Gaisah menceritakan kembali punca-punca yang membawa kepada kematian Gaisah….menurut beliau, “ketika itu keluarganya sedang meraikan birthday yang kesebulan anak lelakinya, Aldro. Isterinya melarang beliau untuk pergi menyanyi di Sandego Night Club (Kota Kinabalu) pada malam itu kerana beliau sudah berada dalam keadaan mabuk.Namun John Gaisah tidak menghiraukan nasihat isterinya kerana itulah sifat John Gaisah, jika dia hendak pergi….dia akan pergi…. “

“Selepas selesai persembahan, ahli band yang lain melarang beliau untuk memandu sendiri sebaliknya mengikuti mereka untuk makan seperti biasa di Luyang. Mereka bilang ‘kau sudah mabuk, ikut kami’ dan John pula cakap ‘ saya OK….saya pandu dan akan ikut kamu semua.’ Namaun bila sampai di simpang beliau terus balik ke rumah beliau di Penampang, “ cerita Justin Lusah lagi.

Justin hanya mendengar berita kematian rakan baiknya itu melalui radio pada pukul 6 pagi.

“Saya terus pergi ke bilik mayat hospital untuk melihat mayatnya. Saya bercakap dengan pemandu lori itu dan dia cakap sama saya ‘ saya nampak kereta kena pandu zig zag dan saya tahu pemandunya dalam keadaan mabuk lalu saya berhenti di tepi jalan tapi dia terus langgar lori saya’.”

Semasa insiden itu John Gaisah berada di kemuncak populariti.

“Ketika saya dan John pergi ke sesebuah kampung, kami akan dilayan seperti menteri. Walaupun ketika pergi ke kampung yang kami tidak pernah pergi, semua orang akan keluar dan melayan kami. Peminat sumandak akan mengurat kami dan sangat itu yang syok.” bilang Justin Lusah meneruskan cerita.

Akhbar The star mengajukan soalan kepada Justin Lusah sama ada mereka lebih famous dari ahli politik?

“kami yang membuatkan ahli politik famous. Kami ikut Datuk Ayub Aman dan Datuk Mark Koding ketika kempen politik mereka. Biasanya masa melawat kampong, kami akan datang dulu untuk menarik orang ramai kemudian barulah ahli politk tiba dan berucap,” kata Justin Lusah tersenyum mengingat kembali memori tersebut....

Setiap album & lagu ciptaan beliau pasti akan hits di pasaran antaranya seperti 'miniagal do sinsin', 'taragang rasuk', 'tanak loguhod' dan banyak lagi.....seperti juga album The Beatles yang baru keluar saja terus melatup.....

Anak beliau Aldro mengikuti jejak langkah mendiang ayahnya dan telah menerbitkan albumnya yang bertajuk “SUPERSTAR”…….

Apa yang pasti, lagu-lagu beliau confirm tidak akan miss kena nyanyi bila ada poginuman atau karamaian macam kaamatan kah, kahwin kah, minum-minum biasa di rumah kah, malah kalau pigi sana karaoke pun mesti ada orang yang nyanyi lagu John Gaisah.

Namun apa yang sedih, tidak seperti P.Ramlee dan Sudirman Arshad yang sentiasa di agung-agungkan di TV, John Gaisah pula sebaliknya.Malah publisiti biografi hidupbeliau amat sedkit sekali sedangkan insan-insan seperti P.Ramlee & Sudirman Arshad sanggup pula RTM keluar belanja untuk buat dokumentari mengenai hidup mereka....dan mungkin tidak salah kalau kita bagi gelaran DATUK, atau TUN kepada penyanyi yang telah memberi sumbangan besar terhadap perkembangan industri seni muzik di Sabah ini....

Lastly, mari kita dengar lagu John Gaisah....dan hayati lagu ,petikan lead & rhytm gitar dalam mana2 lagu beliau...disamping mencipta dan menyanyikan lagu sendiri,dengar cerita beliau sendiri juga yang main gitar lead utama & rhytm utama....  dengan itu anda pasti akan kagum dengan bakat yang ada pada lagenda KADUS Sabah ini......