Friday, October 30, 2009

2012 BUMI KIAMAT?


 Kebelakangan ini tarikh 21hb Disember 2012 menjadi topik hangat dunia serantau... tarikh ini dikatan merupakan tarikh dimana kehidupan bumi akan berakhir atau lebih popular dipanggil sebagai KIAMAT (apocalypse).

Ramai ilmuwan seperti saintis, astrologi di dunia kini giat berkumpul untuk membincangkan adakah benar KIAMAT akan terjadi pada tarikh berkenaan. Tidak ketinggalan juga paranormal-paranormal mengeluarkan ramalan masing-masing.

Ramalan kiamat ini sebenarnya telah dibuat oleh kaum bangsa Maya. Kaum Maya terkenal dengan kemajuan ilmu matematik dan astronomi. Dan kaum ini telah mencipta kalender dimana perhitungan kalender itu berakhir pada tarikh 21/12/2012. kenapa terhenti? kerana pada tarikh ini bumi akan musnah.

Kaum Mayan mengaitkan kemusnahan bumi ini dengan perlanggaran bumi dengan planet nibiru atau juga dikenali sebagai planet X. Terdapat pelbagai pendapat lain yang mengaitkan KIAMAT ini.

Ahli sains juga mengemukakan teori pergerakan (orbit) planet, dimana dikatan pada tarikh tersebut semua planet akan berada pada satu baris dan situasi ini dikatan tidak baik kerana setiap planet akan saling tarik menarik (graviti) dan ini menyebabkan terdapat planet yang akan berlanggar atau keluar dari orbit. Namun setakat ini, itu cuma satu teori. Bukti-bukti serta kajian-kajian sedang giat dijalankan untuk mengetahui sejauh mana kebenaran teori ini.

Disamping itu, Kiamat ini kononnya telah di ramalkan dalam kitab suci Bible. Sekumpulan penyelidik telah menemui kod rahsia dalam kitab Perjanjian Lama pada tahun 1994 dan bersetuju bahawa tarikh ini  merupakan tarikh akhir bumi dan seluruh makhluk didalamnya.

Sejauh mana kebenaran 21/12/2012 merupakan hari KIAMAT, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kita boleh sahaja percaya atau menganggap isu ini sebagai karut. Namun sebagai seorang manusia, adalah lebih baik jika kita menyiapkan diri untuk menghadapi tarikh tersebut.

P/s - Wahai gaman-gaman...Pada pendapat saya kan, bertobat dan beramal adalah pilihan yang terbaik. hehehe



Monday, October 26, 2009

Dusun Sabah saudara Dusun Witu dari Indonesia? 2

Adakah dusun sabah dan dusun witu adalah serumpun? menurut kajian, kemungkinan besar dusun witu dan dusun sabah adalah serumpun. Namun terdapat teori yang mengaitkan dusun witu ini dengan kaum rungus. Menurut teori tersebut, kaum rungus ini mempunyai satu amalan dimana pada zaman dahulu mana-mana remaja lelaki yang telah mencapai umur 16 tahun akan mengembara atau dikenali sebagai "monoruvang" dalam bahasa rungus. Kemungkinan disebabkan oleh amalan ini "monoruvang" ini mana-mana anak muda tersebut membuat penempatan lain dimana ia jauh dari penempatan asal mereka.

Untuk pengetahuan anda kaum Rungus Momogun ini juga dikenali sebagai dusun dayak dan bertepatan juga dengan dusun witu yang termasuk dalam rumpun dayak ot danum. Dusun ot danum ini merupakan dayak Kalimantan yang tinggal di kawasan tengah Kalimantan, kawasan Utara dan juga di selatan Kalimantan.

Menurut sumber-sumber yang telah pernah melawat tempat tersebut (penempatan dusun witu), mereka tidak mengalami kesukaran untuk berinteraksi dengan kaum dusun witu ini kerana mereka mempunyai bahasa dan budaya yang hampir sama dengan kaum dusun. Di samping itu, kaum dusun witu juga mempunyai rumah panjang sama seperti kaum rungus momogun.


rumah panjang orang dayak


 Rumah panjang rungus

Sememangnya jika difikirkan secara logik, pada zaman dahulu kala, Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan merupakan satu "tanah besar". Namun dengan kedatangan penjajah seperti Belanda dan British akhirnya memecahkan "tanah besar' ini keda dua bahagian, satu kawasan Brunei (sebelum keluar dari Malaysia) Sabah, sarawak, manakal satu kawasan lagi ialah kawasan Kalimantan. Hal inilah yang menyebabkan kita berasa sedikit teruja, hairan dan pelik apabila mendapati ada satu kaum di kalimantan (indonesia) yang hampir sama dengan kaum di sabah...padahal duuuuuuuuuuuulu kita ni "satu tanah"....

P/S...alaaaahhh... gaman...walaupun kita bejauh, tapi kita tetap makhluk Tuhan bah kan... oh ya...betul itu gaman... Makhluk Tuhan yang paling seksi...hehehe 

Sunday, October 25, 2009

Dusun Sabah saudara Dusun Witu dari Indonesia?

           Mungkin kita lazim mendengar perkataan dusun, kaum dusun, budaya dusun dan bahasa dusun bila berada disabah. Sedikit sebanyak orang dusun amat berbangga sekali dengan keunikan etnik mereka ini. Ketika saya melayari internet untuk mencari bahan cerita saya amat tertarik ketika menemui terdapat satu bangsa di Kalimantan (indonesia) yang dipanggil bangsa Dusun Witu dimana kononnya mereka mempunyai bahasa dan budaya yang hampir sama dengan kaum Dusun. Namun apabila saya lanjutkan pencarian saya bahasa mereka lebih mirip bahasa kadazan. Kalau disabah, kaum kadazan dan kaum dusun mempunyai budaya yang sama cuma loghat bahasanya yang berlainan. Namun baik dusun atau kadazan, mereka masih boleh berinteraksi dengan menggunakan bahasa masing-masing atau lebih senangnya orang dusun boleh faham bahasa kadazan dan orang kadazan pula boleh faham bahasa dusun.

Berbalik kita ke topik asal mengenai dusun witu. Dibawah merupakan satu contoh bahasa mereka. Mari kita tengok sama-sama.



Sama bukan? kita bandingkan pula ayat tersebut dengan bahasa dusun, rungus dan kadazan.

Bahasa Kadazan

Ave Maria,
nopunu' do graasia,
miampai diau O kinoingan,
obitua ko do id saviavi' tondu,
om obitua o tuva' tinan nu Jesus.
Sangti Maria, tina' do Kinoingan
Pokiinsianai zikoh tu' tuhun do momimiduso;
baino om ontok jaam do kapatazon za. Amin.

Bahasa Dusun

Ave Maria
Noponu do grasia
miampai diau oi kinoingan
Obitua koh id sawi-awi tondu
Om obitua tua tinan nu Jesus
Santi Maria tina do kinoingan
pokinsianai dahai tulun kidouso
baino ontok jam kapataion ya amen.

Bahasa Dayak Barito [Dusun Witu]

Ave Maria,
Noponu di gracia,
Kinohoyngan kohuang nu,
tobetua ko id tenga di savi-avi tondu
Om tobetuva tuva di tinan nu Jesus
Santa Maria, tina kinohoyngan pokionuan za tuhun ki dose
moino om id jam kapatazan za. Amin

Bahasa Rungus

Salam Maria,
I noponu do kovonusan,
I Kinohoingan o kohuang nu,
tobituva [tobvituva] ko sid tanga do sa'avi-avi ot tondu,
om tobituva [tobvituva] it tuva tinan nu i Yesus,
Santa Maria,
I Tina do Kinohoingan pintaduai za it tuhun do kiduszo,
Bviano om sid jaham do kapatazan za. Amin
[atau Biano om sid jaham do sukud za. Amin]


Bahasa Malaysia

Salam Maria,
penuh rahmat, Tuhan serta mu,
Terpujilah engkau diantara wanita
dan terpujilah buah tubuh mu Yesus.
Santa Maria, Bunda Allah,
Doakanlah kami yang berdosa ini
s'karang dan sewaktu kami mati. Amin.

Bagaimana? ada persamaan bukan?

Saya cuba mencari kajian-kajian yang dilakukan oleh orang profesional seperti proffesor atau pengkaji bahasa namun malang sekali apabila terlalu sedikit sumber yang boleh didapati baik internet ataupun masih kurang kajian yang dilakukan terhadap kesamaan kedua-dua rumpun ini. Kepada orang2 U yang menjurus kepada bidang komunikasi atau bahasa, bolehlah kasih jadi ini topik sebagai kamu punya tajuk tesis kan...hehehe

*rujukan diambil daripada beberapa laman web (blog,forum) tempatan.

bersambung....














Saturday, October 24, 2009

PRK lagi.... kali ini 10 PRK?

Kemungkinan Malaysia akan menghadapi pilihan raya kecil lagi... kali ini bukan satu sahaja tetapi 10 PRK. Menurut satu sumber.

Lapan ahli parlimen dan dua ADUN pembangkang mungkin akan kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan agung dan kesalahan yang berkaitan dengannya. Mereka ialah Tian Chua, Ronnie Liu, Lau Weng San, Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, N Gobalakrishnan - Tony Pua (DAP), Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' (PAS).

Sekirannya benar akan berlaku lagi 10 PRK, Pakatan Rakyat hanya akan mempunyai 74 kerusi di Parlimen seterusnya mengembalikan semula penguasaan 2/3 kerusi parlimen.

Bersih - Gabungan parti politik dan NGO yang berkempen untuk pilihan raya dan adil telah menyifatkan penghakiman tersebut sebagai satu bentuk pendakwaan terpilih.  Oleh itu "kuasa rakyat" diperlukan untuk 'membantah" tekanan seumpama itu.

P/s : macam-macam lah... bila kita cuma keluar suara, kerajaan "tuli".  Bila ikut saluran yang betul kerajaan x akan layan...Bila berhimpun atau demonstrasi aman kena tangkap pula. Ibarat perhimpunan aman ini lebih "BERSALAH" berbanding rasuah, "pencolekan" dan C4....


  

Akhirnya Azmin Ali letak jawatan... siapa ganti ketua PKR Sabah?



Azmin Ali akhirnya meletak jawatan sebagai Majlis Kepimpinan Negeri PKR Sabah. Menurutnya, jawatan yang dipegang oleh beliau itu hanya bersifat sementara (lebih kurang 6 bulan sahaja). Menurut beliau lagi, beliau memegang jawatan tersebut untuk mengukuhkan kekuatan parti. Apabila segala-galanya sudah beres,baik dan sedia maka beliau akan memberikan pula jawatan tersebut kpd pemimpin tempatan yang layak.

Namun sumandak-sumandak dan gaman-gaman persoalannya sekarang, siapakah pula orang yang layak untuk memegang jawatan tersebut? setakat ini ada lebih kurang 3 calon yang difikirkan sesuai. Salah seorang daripadanya ialah Datuk Dr. Jeffry Kitingan. 

Dato Seri Wan Azizah ada menyatakan bahawa kemungkinan besar calon untuk jawatan tersebut akan dipegang oleh calon bukan Islam, kerana daripada pengalaman2 lalu, jawatan tersebut dipegang oleh calon Islam yang tidak dinafikan berkredibiliti, berkepimpinan dan berwibawa namun kurang berkemampuan untuk menang. 

Oleh itu kita tunggu sahaja apa keputusan kepimpinan tertinggi PKR.

P/s... yalah betul labah tu gaman... jangan kita kasih sama sosial kita di Sabah & Sarawak dengan di Semenanjung.... orang sabah & sarawak boleh unite dan bertolak ansur mengenai isu agama, budaya dan adat sesuatu kaum . Bagi saya siapa2 pun boleh jadi pemimpin asal sahaja dia itu layak (tidak tengok agama, kaum dan warna kulit).

Itu lah yang bagus... Oleh itu jangan ikut cara semenanjung yang terlalu ekstremis pasal agama. Tengok sekarang disana, macam ada sikap prejudis sudah antara kaum. Gaman... apa yang penting kita hidup aman, damai dan sejahtera kan... soal2 agama itu urusan peribadi dimana itu terserah kepada tanggungjawab beliau sendiri dengan Tuhan. Kalau sudah dewasa, pandai berfikir kenapa kita perlu kasih tentu lagi perjalanan hidup diorang? 

Apa2 pun gaman ini tempat kita...jangan lupa cara kita, budaya kita, bahasa kita dan pomogunan (tempat) kita...Kopisanangan.....

Thursday, October 8, 2009

Bantah Azmin Ali ketuai PKR sabah

Okt 8, 09 3:53pm 

PKR Sabah nampaknya berdepan dengan masalah apabila sekumpulan ketua bahagian telah menyuarakan rasa tidak yakin mereka terhadap kepimpinan naib presiden Azmin Ali yang dilantik mengetuai PKR negeri itu baru-baru ini.

Seramai 16 ketua bahagian PKR mengadakan mesyuarat tidak rasmi malam tadi di lokasi yang tidak didedahkan di Kota Kinabalu berhubung isu tersebut. 


Perjumpaan selama satu jam itu dipengerusikan oleh ketua bahagian Kota Belud, Jalumin Boyogoh Samin.

Jalumin tidak dapat dihubungi untuk mendapat komen tetapi ia disahkan bahawa hasil pertemuan tersebut, telah disampaikan kepada pucuk pimpinan parti itu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Dua puluh tiga daripada 25 ketua bahagian, tidak termasuk Sepanggar dan Sandakan yang telah digantung, dan Azmin, dilaporkan dijemput menghadiri pertemuan itu melalui SMS.

Difahamkan tujuh bahagian yang tidak diwakili ialah Tuaran, Kalabakan, Semporna, Ranau, Tawau, Lahad Datu dan Libaran.

Tawau tidak menghadiri mesyuarat tidak rasmi itu kerana mahu kekal berkecuali, kata seorang sumber parti. Seorang daripada tiga timbalan pengerusi PKR negeri, Kong Hong Ming, mengetuai bahagian tersebut.

Azmin, sepertimana yang disahkan oleh dua ketua bahagian secara berasingan, tidak hadir. 

Sebaliknya, Azmin berpesan bahawa beliau bersetuju ketua bahagian Kalabakan, Hamzah Amir mengambil alih jawatan ketua PKR Sabah dan mengesahkan bahawa beliau akan menyampaikan perkara itu kepada pucuk pimpinan parti.

Hamzah, seorang Bajau, adalah bekas yang dipertua Majlis Perbandaran Tawau.

(sumber : malaysia kini)

p/s : betul labah gia tu gaman... takkan ini negeri kita punya, tapi org luar jadi ketua... mana adil...mana asih kalau mcm ni... saya x setuju langsung lah kalau org luar jadi ketua PKR sabah... macam lah sabah ni tiada orang yg layak utk jadi ketua....

Siapa pun ketua nanti, pastikan lah bah dia tu org sabah juga, org tempatan juga dan dia betul2 layak utk jadi ketua... Jeffery Kitingan x boleh jadi ketua kah gaman? hehehe  

Isu Pengkhianat - Debat Anwar Ibrahim vs Muhyidin Yassin

isu Pengkhianat Melayu...

Isu ini menjadi hangat apabila TPM kita Muhyidin tuduh Anwar sebagai pembelot atau pengkhianat Melayu. Anwar kemudian menyuruh Muhyidin menarik balik tuduhan yang dilemparkan olehnya dan jika tidak Anwar akan mengeluarkan saman terhadap tuduhan Muhyidin. 

dari sumber yang saya terima, AMK (angkatan Muda Keadilan) telah menyerahkan surat jemputan debat kepada Muhyidin dan menggesa agar Muhyidin menerima jemputan debat tersebut lantas membuktikan dia bukan sekadar melemparkan tuduhan palsu...

berikut merupakan maklumat lanjut mengenai debat tersebut.

Isu “Pengkhianat”: Muhyiddin harus berani berdebat dengan Anwar 

Pemuda Pakatan Rakyat menggesa Muhyiddin Yassin menyahut cabaran Ketua Umum Keadilan Anwar Ibrahim untuk tampil berbahas mengenai tuduhan Timbalan Perdana Menteri kononnya Anwar pengkhianat Melayu.  

Ketua Pemuda Keadilan Samsul Iskandar berkata Anwar telah bersetuju perbahasan itu diadakan pada Jumaat ini di Bagan Pinang dan berharap Muhyiddin membuktikan kewibawaannya untuk hadir berdebat atas tuduhan yang dibuatnya. 

Samsul bersama pemimpin sayap pemuda PAS dan DAP petang tadi menyerahkan jemputan kepada Muhyiddin untuk turut berdebat supaya rakyat boleh dimaklumkan keadaan sebenar di sebalik tuduhan pengkhianat itu. 

“Kami merasakan sudah tiba masanya rakyat diberi peluang dan peranan yang sebenar menghayati proses demokrasi sepertimana tercatat di dalam perlembagaan negara.

“Kami juga yakin program debat ini akan menjadi satu panduan serta bimbingan pendidikan politik yang sihat di negara ini dan dalam pada masa yang sama dapat mewujudkan suasana pilihanraya yang bebas, aman, adil dan harmoni serta membina ketemadunan bangsa Malaysia,” kata Samsul. 

Dalam pada itu, beliau berkata debat itu memberi peluang kepada Umno BN memperlihatkan keikhlasan dan kejujuran pemimpinnya. 

“Kami yakin dan percaya bahawa kepimpinan tertinggi Umno Barisan Nasional akan merebut peluang ini untuk memperlihatkan kebenaran usaha gigih mereka.

“Justeru, kami ingin melihat sejauh mana keberanian Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyahut cabaran debat terbuka ini,” katanya,

Tambah beliau, sekiranya Muhyiddin enggan menyahut cabaran ini, ia menambahkan lagi kelesuan rakyat terhadap Umno .

Beliau berharap Umno Barisan Nasional akan memberi keputusan dalam masa terdekat dan jelasnya perdebatan yang diadakan adalah mengikut format ala perdebatan harga minyak secara terbuka yang diadakan terdahulu pada 16 Julai 2008.

“Kita mengalu-alukan mana-mana media elektronik untuk membuat secara langsung liputan termasuk juga media web untuk membuat liputan tersebut. Kita akan dapatkan khidmat tokoh akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai moderator supaya ianya benar-benar dianggap bebas,” katanya.
(sumber : wartamalaya)

P/s....jangan haraplah Muhyidin ada telur mahu berdebat.... paling2 pun Muhyidin cuma akan suruh org bawahannya utk pergi berdebat... apa ni pemimpin... sudah lah tuduh yg bukan2...lepas tu bila kena suruh debat & kasih bukti itu tuduhan , lari pula... apa2 pun kita tunggu apa jawapan Muhyidin bisuk la... 

Wednesday, October 7, 2009

Kenapa lambat posting?

terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kelambatan posting utk para pelajar DPLI, KPLI dan kemungkinan besar PISMP tahun depan (2010).

antara faktor tersebut ialah :

1. kelambakan guru sedia ada.

2. masalah kewangan akibat kelembapan ekonomi negara

Ulasan saya:

Menurut satu sumber (Malaysiakini) yang dinyatakan oleh Hashim Adnan Presiden NUTP (Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) terdapat seramai kira-kira 380,000 guru di Malaysia dan menegaskan bahawa kekurangan guru adalah "masalah yang berterusan", termasuk guru yang bersara atau sakit.

Setiap hari, bulan dan minggu pasti akan ada guru-guruyang meninggal, sakit, bersara dan ada juga guru-guru yang beralih profesyen atau keluar dari bidang pendidikan. oleh yang demikian setiap tahun pasti akan ada kekosongan jawatan dan pengisian jawatan tersebut amat diharapkan untuk membolehkan sistem P&P di sesebuah sekolah itu berjalan dengan lancar, efektif dan mencapai objektif. Masih ramai lagi sekolah-sekolah di kawasan ulu dan pedalaman yang amat memerlukan perkhidmatan guru.

Oleh itu alasan kelambakan guru merupakan satu alasan yang kurang munasabah. alasan kelambakan guru tersebut cumalah satu alasan untuk menutup kelemahan pentadbiran negara dalam menguruskan ekonomi negara. Mana pakej rangsangan 60 Billion? tak mendatangkan hasil kah?

Hashim Adnan turut menyatakan ketika diminta reaksinya, Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata persatuannya berpendirian bahawa pendidikan bukanlah merupakan satu kos tetapi adalah satu pelaburan demi masa depan negara.

"Jangan nafikan hak-hak anak rakyat Malaysia untuk belajar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.


"Kita tidak bersetuju bahawa kerana masalah kewangan, guru-guru dan pendidik bakal menerima kesan dan nasib seperti ini," kata Hashim.

Menurutnya, kekurangan kewangan bukan alasan untuk mengetepikan hak rakyat untuk mendapatkan pendidikan.

"Kita kena cari jalan untuk menyelesaikan masalah. Kerajaan kena fikir jalan yang terbaik untuk mencari duit," katanya.

Sehubungan itu, kata Hashim, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan untuk mengatasi isu yang berbangkit itu.

P/s : duit rakyat dah habis digunakan untuk kempen PRK kah gaman? hahaha lain lagi duit-duit yang gelap2 kena kasih masuk sana poket betapuk kan?

disebabkan oleh pembaziran wang rakyat oleh pihak pentadbir, maka sekarang kerajaan sanggup mencaturkan masa depan anak2 kita? guru2 yg sedia selepas ini tidak akan cukup tangan kaki akibat mengcover tugas2 jawatan guru yang kosong....

mana Muhyidin? kenapa diam? 

keputusan posting 21 Oktober 2009

sumber :    http://upsikini.blogspot.com/

Keputusan penempatan graduan tahun ini dijangka keluar 21 Oktober

Tanjong Malim, 6 Oktober – Penempatan bakal guru yang akan ditempatkan pada tahun ini tidak mengalami sebarang masalah sekiranya melepasi temuduga dan ujian INSAK yang dijalankan Ogos lalu.

Kenyataan itu dimaklumkan Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis selepas dimaklumkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) petang tadi.

Beliau turut memaklumkan, Unit Perkhidmatan Guru (UPG) dijangka akan mengeluarkan keputusan penempatan bagi calon yang layak pada 21 Oktober ini dalam portal KPM sementara 26 Oktober, tarikh melaporkan diri di Jabatan Pelajaran Negeri penempatan masing-masing.

Walau bagaimanapun, mereka yang akan ditempatkan ke negeri Sabah dan Sarawak akan mengetahui keputusan tersebut pada minggu ini, katanya selepas mendapat info tersebut dari pihak UPG.

Terdahulu, UPSIkini juga menerima maklumat yang sama dari pembaca-pembaca yang mendakwa SMS berkenaannya sudah tersebar luas sejak tengah hari tadi di kalangan mereka yang sedang menunggu pengumuman keputusan penempatan masing-masing.

p/s : itu UPSI... KPLI IPGM pun dengar kata x da masalah...bagaimana pula status PISMK OUM di IPGM?

Tuesday, October 6, 2009

Musa Aman seludup wang?


sumber SABAHKINI...

05 Oktober 2009

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menghadapi satu pertuduhan serius selepas didakwa terbabit dalam jenayah penyeludupan dan pengurupan wang haram berjumlah RM16 juta di Hong Kong.


Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin berlepas ke Hong Kong baru-baru ini bagi membantu siasatan Badan Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) ke atas orang kanan Musa Aman, Micheal Chia Tien Foh.

Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos tahun lalu, selepas cuba menyeludup wang sejumlah $16 juta dalam matawang dolar Singapura. Sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat memfailkan laporan ke ICAC selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengambil tindakan ke atas orang kanan Ketua Menteri Sabah ini.

“Saya baru tiba dari Hong Kong dalam rangka menghantar satu laporan dalam kes penyelewengan, rasuah dan wang haram yang membabitkan seorang ahli perniagaan Michael Chia dan juga ada kaitan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman” ujarnya.

Menurut Shamsul, pihaknya difahamkan wang yang diseludup orang kanan Musa Aman itu adalah hasil sindiket pembalakan haram yang bermaharajalela di Sabah.

Wang-wang haram ini dipercayai masih tersimpan kemas dalam akaun-akaun bank di Hong Kong.

ICAC memberikan komitmen bahawa pihaknya akan memburu dan menyiasat kes ini. ICAC juga telah memberi dua jaminan kepada Shamsul iaitu akan memberikan maklum balas dalam tempoh seminggu sama ada wujudnya kes dalam hal ini dan juga hak kerahsian kerana ia melibatkan isu kerajaan dengan kerajaan.

“Saya mendakwa bahawa terdapat perlakuan rasuah di dalam negara Hong Kong. Saya juga membuat dakwaan duit-duit haram ini masih disimpan dalam akaun-akaun di Hong Kong dan meminta akaun-akaun itu dibekukan tetapi tidak ada komen sama ada setuju atau tidak dari pihak ICAC” tambahnya.

Tambah Shamsul, Chia merancang untuk menyeludup $16 juta wang haram ini ke Kuala Lumpur bagi memperkasa kempen Umno-BN menewaskan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

AMK telah memfailkan kes ini yang mendapat liputan meluas media antarabangsa ke SPRM, namun selepas setahun berlalu tiada sebarang tindakan diambil.

“Kita kecewa dengan sikap SPRM yang sampai sekarang tidak mengambil sebarang tindakan. Akhirnya kita terpaksa walaupun dengan berat hati menggunakan semua saluran yang ada kerana kita merasakan wang ini adalah wang rakyat. Wang ini perlu dikembalikan kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah” tambahnya lagi.

Temubual dengan media antarabangsa dan juga Hong Kong

Sementara itu, bagi Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff yang juga seorang peguam menyifatkan, penyeludupan dan pengurupan wang haram ini sebagai jenayah baru di Malaysia dan ia bersifat serius.

“Bagi saya apa yang dikatakan sebagai pengubahan wang haram politik ini satu perkara yang perlu ditangani segera kerana ia melibatkan satu jumlah yang besar. Lebih menarik pula, ia merupakan satu kesalahan di bawah akta yang baru diluluskan oleh kerajaan Malaysia iaitu di bawah AMLA” katanya.

P/s.... apa dah jadi? sejak kebelakangan ini, ramai YB2 dari puak UMNO@BN yg didakwa dan terbabit dalam kes salah guna kuasa, masalah disiplin, rasuah, politik wang dan sebagainya... macamana nak perintah Sabah dan Malaysia kalau mcm ni? harapkan songkok, songkok penutup dosa.... 

Sabah diakui kaya dengan Hutan... tapi hutan milik SABAH...bukan awak seorang saja wahai MUSA AMAN.... 

posting DPLI,KPLI,IPGM lewat bukan beku tahun depan...

October 6, 2009

upsikini.blogspot.com 

Cuma lewat bukan beku, TNC A&A sahkan kenyataan masalah ‘posting’

Tanjong Malim, 6 Oktober – “Bukan beku cuma dilewatkan.”Berikut kenyataan spontan Prof Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UPSI ketika menjelaskan perkara tersebut kepada Nur Aqilah Hanis, Exco Akademik & Kerjaya MPP yang menemui beliau awal pagi semalam.

Menurut Zakaria, apa yang diucapkannya dalam acara perasmian 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' tempoh hari merupakan kenyataan yang harus diterima semua pihak terutama di pihak pelajar kerana ia bukan sahaja melibatkan UPSI malah seluruh institusi yang menawarkan program pendidikan.

Dalam pada itu katanya, punca utama keadaan ini berlaku adalah disebabkan kelembapan ekonomi negara dan masalah kewangan yang dihadapi dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Ketika ditanya adakah isu lambakan guru menyumbang kepada tindakan tersebut, beliau berkata masalah utama adalah kewangan namun di pihak Institut Perguruan (IPG) yang ditadbir di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga dilaporkan akan mengeluarkan graduan pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan sedikit sebanyak menambah bilangan bakal guru.

Sementara itu, pihak KPM sememangnya akan memberi keutamaan kepada pemegang Biasiswa KPM untuk ditempatkan ke sekolah-sekolah selepas tamat pengajian.

DPLI tak terkecuali

Pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) juga dikatakan tidak terlepas daripada isu lewat ‘posting’ seperti yang dihadapi bakal graduan lain di semua IPTA dan IPG tahun depan.

Dalam penjelasan Zakaria dalam perbincangan bersama Nur Aqilah Hanis, Exco Akademik & Kerjaya MPP, pelajar-pelajar DPLI juga bakal menghadapi situasi yang sama dengan bakal graduan lain dalam isu ‘posting’ ini.

Jelasnya, DPLI juga berkemungkinan lewat ditempatkan ke sekolah-sekolah selepas mereka menamatkan pengajian mereka tahun hadapan, tidak seperti pelajar DPLI sebelum-sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kepada semua warga UPSI agar tidak meletakkan kesalahan atau punca masalah ini kepada pelajar DPLI kerana program ini merupakan program di bawah KPM dan pelajar DPLI yang terpilih hanyalah individu yang mengisi pelaksanaan program tersebut bagi menjayakannya.

Ditanya apakah akan ada lagi pengambilan DPLI selepas ini, beliau berkata tidak ada lagi pengambilan DPLI selepas ini, pengambilan ini adalah yang terakhir.


Pelajar UPSI perlu bersedia dan terima hakikat

Zakaria juga dalam penjelasannya meminta agar semua pelajar UPSI bersiap sedia dengan makluman awal ini dan harus menerima hakikat bahawa keadaan seperti ini pasti akan berlaku dan secara kebetulan masalah tersebut timbul pada ketika ini.

Namun katanya, ini bukanlah bermakna palajar langsung tidak berpeluang untuk menjadi guru, cuma pelajar perlu mempelbagaikan kemahiran supaya peluang untuk masa depan juga akan lebih luas.


P/s...bahaya ini geng....bikin takut... tulah len kali undi lagi BN...nah kan, SEMUA NAIK... 

pengangguran naik, barang naik, minyak naik samapai marah pun naik!!!!

Parti Pisompuruan Tulun Tokou

Bah aman...odu.... biasa lah bah bila pigi belajar tempat org ni kan.... kita di tempat orang ni golongan minoriti.... tapi biar minoriti itu bukan bermaksud kita ni jadi pendiam.... 

maka tertubuhlah sebuah Parti yang dinamakan Parti Pisompuruan Tulun Tokou (PTT)... sebenarnya parti ini bukan lah parti politik...cuma lebih kurang macam sebuah persatuan yang tidak didaftarkan....sebuah persatuan suka-suka saja...hehehe

sejarah parti ini bermula pada tahun 2007 apabila ada seorang KPLI yg skrg suda posting telampau betul rock.... biasa lah bah kalau orang dusun ini kan (yg moginum saja lah...bukan semua) pigi mana2 pun yg duluan kena cari yang "haus" itu... lebih popular aramai tih... sebab telampau rock, dia pun merekrut dan mencari geng2 "sompoginuman"....saya pun merupakan antara ahli yang aktif masa tu...hahaha... di bawah merupakan senarai AJK2 tidak rasmi masa tu

Raja : Amboh (nama sebenar di "tapuk"kan...takut kedapatan oleh GB & BPG)

Pemangku Raja: Yalias

Perdana Menteri : Sullycram

Komando: Kevin

Prebet : Gaman

tukang hibur/judi : Zaini

dan ahli2 x berjawatan yg lain ialah Gozirul, Asim, Amad, Damsik, Ardi & John...

Nah geng....start dari situ lah ini PTT tertubuh....tapi PTT masa tu belum lagi berapa terkenal coz kami main underground bah...gerila punya style minum...orang cakap tapuk2... tapi jan men2 oh...masa tu dalam seminggu mo 5 hari kami "projek"... 

n pada tahun 2008, takhta Raja telah diberikan kepada si Damsik...adakah patut junior pula kena kasi jadi raja... silaka betul si Amboh oh...hehehe main2 boi... time tu saya (balabaque) jadi Pemangku Raja... Raja time tu x aktif...skema sikit bah dia... jadi sepa lagi mau kasi jalan kalau bukan pemangku.... nga iri poh dih kaala...ingga usin... harap poh KPLI dapat elaun nah...disana lah kami monginas geng....

2009, saya sudah di yg jadi Raja....banyak juga lah yg kami rekrut....tapi besalah junior2....masih takut2 lagi...tunggu kamurang...bagi chance dulu... tahun 2009 ada adik si Amboh masuk KPLI... si Henry nama dia... dia pun selalu "haus" saja... macam abang...tapi si Amboh lagi hebat lah...pandai menyanyi (hotel california, kada oku sindualai, George Lian sapu habis), mongondul, n ada kereta...hahaha 

bah... keluar suda kunun elaun KPLI.....Haaaabbbbbiiiiiissssssssss.... malam ni cnfirm projek...semalam ada juga sikit...stout sama tiger....tapi sy tidak dapat kasih habis... apa gia dih kalau mo jam 12.30 tgh malam sudah baru start oi.....cissss.......