Thursday, September 13, 2012

JAWAPAN BALAS untuk blog SUARA PAKATAN RAKYAT....




TARIAN SUMAZAU UNTUK GOLONGAN RENDAH AKHLAK....

Tajuk kurang ajar yang telah dipilih oleh blogger SUARA PAKATAN RAKYAT.... Dari yang JM nampak, sebenarnya si "bangak" (gelaran khas saya untuk penulis rendah akhlak ini) ini mahu hentam Najib.... tapi mungkin telampau emosi, sampai fakta dan hormat terhadap sensitiviti kaum KadazanDusun ini dibelakangkan oleh Si Bangak....

Hasil dari "jalan-jalan cari maklumat" yg saya buat, isu ini bermula apabila Najib dan Rosmah menari sumazau semaga lagu "Anak Kampung" di dendangkan....oleh itu si Bangak ini, pun mau lah eksen-eksen mau kasih kena si Najib.... mau mengumpamakan Najib dengan golongan rendah akhlak bah kunun, tapi, kesian gia si Bangak bila artikel dia secara tidak langsung MENGHINA DAN MENYINGGUNG kaum kadazandusun....

Hoi Si Bangak....kalau pun kau tidak suka , berkenan sama tarian sumazau, janganlah bah sampai keluar istilah menghina "MACAM BODOH SAHAJA MENGEPAK-NGEPAK MACAM BURUNG"....
yang tarian Zapin tu tak nampak bodoh kah di mata kamu? apa perasaan Si Bangak bila saya tulis "MACAM BODOH SAJA TARIAN ZAPIN...TERKANGKANG SANA, TERKANGKANG SINI, TERTUNDUK SANA, TERTUNDUK SINI, MACAM GIUK SANA, MACAM GIUK SINI, SENTUH2 SANA, SENTUH2 SINI"....apa kau rasa Si Bangak...oren????

Hoi Si Bangak.... kalau pun kau tidak suka, berkenan sama tarian sumazau, janganlah bah sampai keluar istilah menghina "KITA DI SEMENANJUNG YANG JAUH LEBIH MODEN DAN BERTAMADUN TAK PERLU MENGIKUT MENGEPAK-NGEPAK SEPERTI ITU".....Hoi Si Bangak.... kami rakyat Sabah akui, bahawa Semenanjung memang jauh lebih moden TETAPI TIDAK BERTAMADUN!!!! Adakah dengan mengeluarkan kata-kata nista seperti anda, boleh anda kategorikan sebagai bertamadun ataupun JAHILIYAH???? Dan adakah anda sedar bahawa Semenanjung moden kerana MENCURI, MEROMPAK, MENGIKIS, MENJARAH, MENIPU, MEMANIPULASI SUMBER KEKAYAAN SABAH DAN SARAWAK....oleh itu, seperti yang saya katakan, ANDA MODEN, TETAPI TIDAK BERTAMADUN....jangan perasaan lah Bangak!!!! adakah kah kegiatan-kegiatan seperti kencing gambar, bakar bendera, memperolok-olokkan kematian, tunjuk buntut pada gambar, pijak gambar, simbah cat, itu semua tindakan yang bertamadun????

 Hoi Si Bangak....kalau pun kau tidak suka , berkenan sama tarian sumazau, janganlah bah sampai keluar istilah menghina " MENCEMAR DULI DENGAN MENARI TARIAN SUMAZAU YANG KETINGGALAN ZAMAN INI"....Saya hairan, mengapa anda amat anti dengan tarian sumazau ini ?
Jika anda rasa, tarian sumazau ini sudah ketinggalan zaman, mengapa MAJORITI ANDA masih mengaggung-agungkan filem-filem lama, lagu-lagu lama P.Ramlee yang turut telah ketinggalan zaman??? Sabah boleh berbangga dengan lagu ANAK KAMPUNG yang kini sedang tersebar dan dialih bahasakan oleh ramai kaum-kaum di Asia (termasuk Kelantan, Iban, Brunei)...tak percaya, lihat youtube.... saya hendak tanya, siapa penyanyi dari semenanjung yang ada WOW FACTOR, UMMPH, EVERGREEN seperti lagu ANAK KAMPUNG oleh Jimmy Palikat itu???? P. Ramlee???? jangan marah apabila saya katakan, "TAK MINAT...DAH KETINGGALAN ZAMAN"....ini bukan menghina...tapi ini realitinya....cuba lakukan soal selidik...berapa percent anak-anak muda yang masih meminati karya-karya P.Ramlee.....Kaum kadazandusun, rata-rata kanak-kanak, gadis-gadis, pemuda-pemuda, remaja-remaja boleh menarikan Tarian sumazau...tapi bukan rata-rata belia-belia di Semenanjung yang suka lagu P.Ramlee... boleh tangkap maksud saya??? jika anda tanya mengapa? pasti akan ada jawapan "TAK MINAT, DAH KETINGGALAN ZAMAN".....

Berapa percent kami di Sabah??? KADAZAN DUSUN MERUPAKAN MAJORITI DI SABAH.... DIIKUTI OLEH BAJAU...DAN KAUM-KAUM LAIN....NAMUN KERANA SEMENANJUNG TELAH MEMBAWA MASUK, PATI, BILANGAN PATI KINI HAMPIR MELEBIHI BUMIPUTERA SABAH.....adakah ini yang anda banggakan?????




Sunday, August 5, 2012

Perjanjian Malaysia 1963 perlu disemak semula

PERJANJIAN MALAYSIA 1963 PERLU DISEMAK SEMULA menurut Capt. Joseph Wilfred Lakai



Perjanjian Malaysia adalah satu perjanjian yang terikat yang telah ditandatangani oleh beberapa perwakilan daripada lima pihak iaitu United kingdom of Great Britain, dan Ireland Utara, Persekutuan Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura. Objektif utama perjanjian tersebut adalah berhubung dengan pembentukan Persekutuan Malaysia di antara Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura sebagai rakan kongsi yang sama.

Kemasukan United Kingdom sebagai satu gabungan dan penandatangan terhadap perjanjian tersebut adalah sebagai bapa penjaga terutama bagi Negeri-negeri Borneo Sabah dan Sarawak dan juga Negeri Singapura dimana kedaulatan dan bidang kuasa masih berkuat kuasa. Ia juga boleh dikatakan bahawa United Kingdom adalah satu-satunya pemerhati utama terhadap perjanjian tersebut untuk melihat apabila penyerahan terakhir kedaulatan dan bidang kuasa terhadap Sabah, Sarawak dan Negeri Singapura supaya syarat utama, seperti hak perlindungan Sabah yang mana dipersetujui untuk disekutukan dengan Malaya bagi membentuk Persekutuan Malaysia dapat diperhatikan, digabungkan, dilaksanakan dan dihormati.

Perjanjian Malaysia digabungkan dengan berbagai-bagai dokumen (seperti yang terkandung) termasuklah Rang Undang-Undang Malaysia, kini ialah Akta Malaysia 1963. Gabungan dokumen-dokumen ini termasuklah syarat penyertaan dan peraturan perlembagaan terhadap Sabah dan Sarawak dirujuk untuk membentuk Malaysia.

Perjanjian Malaysia juga mesti tertakluk kepada kemahuan penandatangan sebelum keputusan muktamad dipersetujui. Hasrat tersebut termasuklah pengetahuan keempat-empat penandatangan perjanjian tersebut iaitu Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura sewaktu membentuk Malaysia sebagai rakan kongsi yang sama. Oleh itu, Malaysia telah disifatkan oleh berbagai pihak sebagai satu gabungan bagi rakan-rakan kongsi bersama-sama bersatu padu untuk membentuk sebuah Negara baru tetapi dengan ciri-ciri masing-masing.

Apabila Singapura telah dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965, persoalan yang terus bangkit ialah apa telah terjadi dengan Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani oleh semua pihak. Ketiadaan Singapura secara langsung telah mengakibatkan perjanjian perlembagaan tersebut termasuklah kedudukan Perlembagaan Sabah dan Sarawak di dalam Persekutuan Malaysia.

Perjanjian Malaysia adalah tidak sah lagi dan dari segi undang-undang Persekutuan Malaysia adalah tidak sah kerana pembuangan Singapura iaitu salah satu penandatangan terhadap perjanjian di atas yang mana telah mengakibatkan asal-usul Persekutuan itu sendiri. Samada Perjanjian Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak menyediakan terhadap pembuangan mana-mana rakan kongsi di dalam Persekutuan Malaysia.

Adakah Perdana Menteri atau Parlimen Malaysia mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Singapura tidak seharusnya berdasarkan kepada resolusi dalam Parlimen Malaysia di mana membenarkan (sepatutnya tidak) kesemua 104 Ahli-ahli Parlimen dari kesebelasan (11) Negeri-negeri Malaya untuk menentukan, yang mana ini adalah bertentangan dengan kumpulan minority iaitu 36 Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Walaupun Sabah dan Sarawak tidak bersetuju dengan pembuangan tersebut (yang mana diragui sama ada mereka diberi peluang sedemikian) Negeri-negeri Malaya masih dapat memperolehi 2/3 majoriti atau lebih bagi membuat keputusan terhadap Sabah dan Sarawak yang tidak bersetuju tentang pembuangan adalah satu kehampaan.

Kesebelasan buah negeri-negeri Malaya tidak harus mempunyai hak samada Singapura boleh atau tidak dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia. Ini disebabkan Negara Malaysia tidak dibentuk oleh negeri-negeri tersebut sahaja. Melalui Perjanjian Malaysia, setiap negeri yang menandatangani Perjanjian tersebut adalah sebagai pasangan (partner) yang mempunyai hak-hak yang sama.

Mereka telah membentuk Malaysia bersama-sama dengan Singapura, Sabah dan Sarawak. Oleh sebab keempat-empat buah negeri penandatangan Perjanjian Malaysia telah menandatangani perjanjian itu sebagai pasangan persendirian dan bebas daripada ahli yang lain (pasangan bebas) maka adalah sesuai, bahawa setiap penandatangan itu mempunyai undi yang sama (iaitu satu undi setiap negeri) untuk menentukan samada sesebuah negeri itu harus dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia.

Penyertaan itu boleh dibuat melalui ketua pemimpin negeri masing-masing. Dalam hal ini, setiap negeri Malaya tidak seharusnya mempunyai hak atau kuasa untuk menentukan nasib Singapura dalam Persekutuan Malaysia. Kerana mereka hanya mempunyai hak satu undi sahaja sepertimana yang telah ditentukan oleh Persekutuan Malaysia, Sabah dan Sarawak juga mempunyai satu undi tiap-tiap satu.

Pandangan ini selaras dengan status mereka sebagai penandatangan Perjanjian Malaysia yang bebas dan sebagai persendirian. Dengan itu, keputusan untuk mengeluarkan Singapura daripada Persekutuan Malaysia, seharusnya terletak kepada ketiga-tiga penandatangan Perjanjian tersebut, iaitu setiap satu pasangan penandatangan mempunyai hak atau kuasa mengundi yang sama.

Penyingkiran Singapura telah memberikan kesan kepada satu perkara yang mustahak dimana Sabah dan Sarawak telah benar-benar merundingkannya sebelum mereka bersetuju untuk membentuk Malaysia. Oleh itu, kegagalan untuk meminta persetujuan daripada Sabah dan Sarawak telah memberikan kesan kepada perwakilan mereka dalam Dewan Parlimen. Misalnya, untuk membuat pindaan terhadap apa sahaja keistimewaan khas yang diberikan kepada Sabah sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Parlimen hendaklah mendapat sokongan undi dua pertiga daripada ahli-ahli Parlimen.

Sebenarnya, sebelum penyingkiran Singapura, kesemua ahli dari Semenanjung Malaysia tidak boleh membentuk dua pertiga majoriti, kecuali mendapat sokongan daripada Sabah, Sarawak atau Singapura. Walaubagaimanapun, setelah Singapura disingkir, tidak lagi perlu bagi Semenanjung Malaysia untuk mendapat sokongan daripada Sabah dan Sarawak sebab mereka sekarang boleh mendapat sokongan dua pertiga atau lebih di Dewan Parlimen.

Ini bermakna, mereka dengan mudah membuat pindaan atau penggubalan Perlembagaan bila-bila masa mereka suka. “Dengan penyingkiran SIngapura maka kembalilah komposisi monopoli etnik Melayu Semenanjung. Episode ini adalah satu bukti yang jelas kegagalan Sistem Persekutuan dan perpaduan Negara.” (rujukan: “Reflection on the Malaysia Constitution” oleh Shafruddin Hashim dalam ALIRAN 1986. Oleh Sebab inilah seharusnya terdapat penyemakan atau penelitian syarat-syarat kemasukan Sabah dan Sarawak ke Malaysia. Namun, sabah telah tidak diberitahu semasa Singapura telah dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia.

Kegagalan untuk mendapat persetujuan atau memberitahu Sabah itu dengan sendirinya telah melanggar Perjanjian Malaysia, dimana Sabah telah diketepikan untuk mengambil bahagian dalam Malaysia dimana ia sendiri adalah rakan kongsi yang sama. Perbincangan mengenai penyingkiran Singapura adalah sangat mustahak bagi Sabah kerana Lee Kuan Yew lah yang telah bertungkus lumus untuk mengambil hati pemimpin-pemimpin Borneo dengan tujuan supaya mereka akan menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia.

Pada waktu perhimpunan Persatuan Ahli-ahli Parlimen Komanwealth di Singapura pada Julai, 1961, pemimpin Borneo (Tidak ada British yang hadir) telah menemui Lee Kuan Yew, Seorang penyokong kuat idea Malaysia, Lee Kuan Yew telah menggunakan kebijaksanaannya untuk mendesak pemimpin-pemimpin Borneo supaya mereka menyokong cadangan Tunku (rujukan: Interview of Datuk Ong Kee HUi oleh J.P Ongkili dalam bukunya, Nation-building in Malaysia, 1946-1974). Tentu sekali, Persekutuan Malaya dan Singapura lebih memihak kewujudan Malaysia daripada Sabah dan Sarawak.

Misalnya dalam satu ucapanya dalam ‘Foreign Correspondents’ Association of South-East Asia’ di Singapura pada 27hb May, 1961, Tunku telah mengatakan bahawa, Malaya tidak akan sanggup bersendirian dan telah mencadangkan bahawa tidak lama kemudian Malaya seharusnya akan mengadakan persefahaman dengan British dan Singapura, Sabah (Borneo Utara), Brunei dan Sarawak (Ongkili, 1985).

Lee Kuan Yew, telah membuat satu kenyataan pada tahun 1961 bahwa “gabungan akan berlaku bukan atas sebab kehendak Parti Tindakan Rakyat atau disebabkan kehendak Kerajaan Perikatan Persekutuan. Tetapi perkara itu tidak dapat dielakkan seolah-olah seperti matahari yang terbit dan terbenam” (Ongkili, 1985) Sebanyak sedikit, pembentukan Malaysia adalah juga kehendak British.

‘The Times’ telah melaporkan pada 28hb Julai 1961, “Keinginan strategik British di kawasan ini adalah juga diingini oleh Austtralia dan New Zealand yang juga akan membentuk polisi yang sama (Ongkili, 1985). ‘Kawasan’ yang dimaksudkan itu ialah Asia-Tenggara Selatan dan maksud ‘polisi yang sama’ ialah dalam bentuk Malaysia dimana, mungkin, mereka akan dapat mengekalkan pengaruh mereka walaupun terdapatnya kesan-kesan nasionalisme mula timbul di kalangan negeri-negeri di bawah pemerintahan koloni dan desakan daripada pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri jajahan koloni tersebut.

Pengerusi Suruhanjaya COBBOLD telah memberi pandangan yang penting. Beliau telah mengatakan bahawa, “daripada mula lagi, Malaysia seharusnya dianggap oleh semua yang berkenaan sebagai satu gabungan ahli yang samarata, bergabung untuk mempercepatkan matlamat yang sama untuk membentuk sebuah Negara tetapi mengekalkan ciri-ciri tersendiri negeri-negeri berkenaan. Jika sekiranya sebarang cubaan oleh Malaysia untuk ‘mengambil alih’ sempadan-sempadan Borneo oleh Persekutuan Malaysia dan menenggelamkan ciri-ciri tersendiri Borneo Utara dan Sarawak, maka pendapat saya, Malaysia secara umunya tidak boleh diterima atau Berjaya.” (Ongkili, 1985, Nation-building in Malaysia 1946-1974).

Dalam keadaan yang sebenar, ‘hakisan’ secara perlahan-perlahan terhadap perlindungan terhadap negeri-negeri Borneo oleh Kerajaan Persekutuan, seolah-olah satu tindakan yang menghapuskan siri-siri tersendiri negeri-negeri tersebut. Oleh sebab itu, jika sekiranya Perjanjian Malaysia tidak sah, maka Malaysia sebagai sebuah Negara juga adalah tidak sah dan kehilangan kesahihan entitinya. Malaysia telah dan masih beroperasi selama 48 tahun selepas penyingkiran Singapura. Sepertimana yang telah dipertikaikan, perkembangan politik sepanjang masa tersebut telah tidak membenarkan pihak-pihak dalam Perjanjian Malaysia itu untuk mengkaji kembali atau mempersoalkan isu-isu tersebut.

Pada hari ini, kedaan politik bertukar kearah keburukan, adalah mustahak sekali dan mendesak untuk mengkaji semula syarat-syarat Perjanjian Malaysia. Yakni memberi kesahihan kembali kepada perjanjian itu adalah sangat mustahak.

*Written by Capt. Joseph Wilfred Lakai is a Murut experienced Test Pilot. He is also a Mechanical Engineer graduated from Caltech USA, He engineered The United Borneo Front (UBF)

***credit to http://wikisabah.blogspot.com/2011/09/perjanjian-malaysia-1963-perlu-disemak.html 


Saturday, August 4, 2012

Kenapa saya bilang PILIH STAR ?

Picture credit to ajinbgagah.blogspot.com
Sebelum menulis dengan lebih lanjut, anda pasti terfikir bahawa saya JM (Jari Merdeka) merupakan seorang ejen STAR, ahli STAR, blogger tajaan STAR kan??? anda silap.... Sejujurnya, saya tidak menerima 1 sen pun dari pihak STAR untuk menulis ataupun mempromosikan STAR kepada umum... Saya bukan seorang ahli STAR malah tidak terikat dan menerima apa-apa arahan dari STAR... Saya cumalah salah seorang daripada beribu-ribu Sabahan yang berjiwa dan berfikiran merdeka.....saya menggunakan saluran blogger untuk menyampaikan idea saya kerana hasil dari google saya, terdapat kurang blog yang menulis mengenai hal-hal politik sabah secara JUJUR.... hasil dari carian google saya kebanyakkan blog yang menulis mengenai hal perihal politik Sabah adalah kerana mereka berkepentingan dalam sesebuah parti politik... maka sudah tentulah mereka akan lebih mempromosikan parti mereka masing-masing kan, dan ini sudah tentu hasilan tulisan mereka kadang-kadang ada bentuk seleweng, putar belit dan manipulasi kebenaran dan sesuatu fakta dan sejarah...
Oleh itu, anggaplah saya (Jari Merdeka) lebih kepada seorang pemerhati politik dan rakyat yang MENGUNDI...sebagai pengundi, maka saya mempunyai hak untuk memilih mana pihak yang saya rasakan sesuai, telus dan benar dalam memperjuangkan politik Sabah kearah yang betul.

Kenapa saya bilang PILIH STAR ??? kenapa bukan Pakatan Rakyat, SAPP??? dan kenapa tidak Barisan Nasional atau UMNO???

Suatu masa dahulu, Tun Fuad pernah menyatakan kebimbangan beliau untuk menyertai pembentukan Malaysia....kerana Tun Fuad beranggapan, Sabah bukannya lepas dari penjajahan...sebaliknya hanya BERTUKAR penjajah (menjadi jajahan Malaya)... nampaknya Tun Fuad betul...andainya Tun Fuad masih hidup lagi sekarang, adakah hal seperti apa yang berlaku kepada Sabah sekarang ini akan terjadi?? anda jawab sendiri... tapi kalau saya bilang, TIDAK....

Situasi yang hampir sama berlaku kepada Sabah ketika ini.... adakah kita perlu menyokong PR untuk membebaskan Sabah dari "penjajahan" Malaya?? jawab sendiri...tapi kalau saya bilang JANGAN....ia umpama kita sudah telapas dari mulut Buaya tapi kita bakal masuk pula pigi mulut Harimau....
Pasti ada yang tanya, "aik PR ada Buku Jingga ...ada kana tulis sana pasal mengembalikan semula hak-hak sabah, autonomi, seperti yang terkandung dalam 20 perkara dan Perjanjian Malaysia 1963..." satu kali baca, memang cantiiiiik..... tapi adakah dengan buku jingga ini sahaja sudah cukup untuk MENJAMIN pembebasan Sabah dari cengkaman Malaya??? jawab sendiri....tapi kalau saya bilang TIDAK....

Sebab itu, Jeffrey Kitingan mengetengahkan idea KINGMAKER (penentu kuasa)....ini merupakan satu bentuk JAMINAN agar bakal "pemegang" kuasa Putrajaya kelak "TERPAKSA" untuk bersetuju dengan tuntutan STAR dalam Agenda Borneo terhadap SABAH jika ingin menduduki Putrajaya.....Anda mungkin akan kata, kita harus mengikut prosedur untuk menuntut isu ini.... tapi prosedur yang macamana lagi?? adakah dengan ingin membawa perkara ini ke mahkamah ?? Untuk pengetahuan anda, sudah terdapat pihak-pihak tertentu yang telah membawa perkara ini ke mahkamah antarabangsa, UN dan komanwel, namun setakat ini, saya tidak mendengar satu keputusan yang positif....Tidak lama dahulu, Jeffrey pernah menyatakan, PRU pada kali ini merupakan PRU yang sangat penting kepada Sabah...kerana dalam PRU kali ini lah kita akan dapat melihat adkah rakyat sabah inginkan pengembalian semula hak-hak Sabah atau terus mahu berada di bawah kekuasaan Malaya.....Oleh itu, idea membawa isu ini ke Mahkamah Antarabangsa adalah satu idea yang menarik...namun mungkin idea tersebut boleh di ikhtiarkan sebagai Plan B.....

Berbalik kepada isu KINGMAKER atau penentu kuasa... Ini lah yang tidak diingini oleh kedua-dua pihak (PR dan BN) sebenarnya....ini kerana kelak kedua-dua pihak ini PERLU untuk bersetuju dan menandatangani DEKLARASI "kemerdekaan" Sabah agar mereka dapat menduduki putrajaya....ini kerana STAR akan menyokong pihak yang BERANI untuk menandatangani dan bersetuju dengan segala tuntutan yang telah diutarakan....jika STAR hanya menjadi "YANG MENURUT PERINTAH" di bawah PR atau BN maka ia hanyalah satu perjuangan sia-sia,...kenapa?? Lihatlah setelah lebih 40 tahun Sabah di bawah penjajahan Malaya, adakah tuntutan Sabah di dengari??? jauh panggang dari api.... ketika ini Najib telah menubuhkan satu panel khas untuk mengkaji semua royalti minyak namun hanya negeri-negeri minyak di Malaya seperti Kelantan dan Terengganu.... Di Sabah dan Sarawak bagaimana??? bagaimana pula dengan janji 100 hari BN untuk Sabah Baru BN suatu masa dahulu??? kononnya BN akan menghapuskan kemiskinan di Sabah hanya dalam masa 100 hari.... ha ha ha ha..... realitinya sejak berada di bawah kekuasaan BN, Sabah jatuh sebagai negeri termiskin di Malaysia....

Pada pertengahan bulan ogos ini, Najib bakal melawat Sabah untuk meredakan isu keluar parti oleh para pemimpin BN seperti apa yang telah dilakukan oleh Lajim dan Bumburing. Untuk meredakan bahang Tsunami yang berlaku di Sabah ini, Najib hanya menggunakan isu RCI untuk memujuk para pemimpin BN Sabah agar tidak meninggalkan BN....Dari sumber tidak rasmi, terdapat desas-desus beberapa DUN dan  ahli Parlimen dari Sabah juga bakal keluar dari BN....RCI ??? pada pendapat saya, menyegerakan kerja-kerja RCI itu hanya gimik Najib sahaja.... para panel RCI ini kelak pasti akan melambat-lambatkan kerja mereka kerana sudah diketahui umum, BN memerlukan PATI untuk kekal berkuasa..... Di sebabkan ketamakan kuasa lah mereka sanggup menggadaikan tanah Sabah kepada PATI....

Seandainya kelak deklarasi "kemerdekaan" Sabah telah ditandatangani oleh bakal penduduk Putrajaya, maka kita tidak perlu risau lagi...kerana Sabah adalah sebuah NEGARA MERDEKA dan bukannya berstatus negeri ke 12 di Malaysia lagi....maka sebab itulah Jeffrey Kitingan dalam temubual beliau dengan Free Malaysia Today menyatakan ;

 “My idea is for Sabahans to be united in pursuing their rights. Yes, we can work with them [Pakatan] but definitely not work under them.
“I want Sabah and Sarawak to be free in determining their own matters as long as we do it right,”

Pasal isu-isu lompat-lompat katak ini, tidak payahlah saya tulis dengan panjang lebar....cukup kalau saya tulis lihat perjuangan Jeffrey Kitingan semasa masih dalam PBS, AKAR, PBRS, BEBAS, PKR dan sekarang STAR...adakah perjuangan beliau berubah??? sehingga sekarang beliau lantang memperjuangkan Deklarasi Tambunan, 20 perkara, perjanjian Malaysia yang mana segala-galanya dimeterai dan kini dikenali sebagai 7 AGENDA BORNEO...anda harus ingat bahawa parti cuma platform.... Isi dan konsistensi perjuangan itu yang lebih penting.... lihatlah PBS.... mereka kata mereka masih memperjuangkan 20 perkara dan perjanjian Malaysia 1963.... betulkah???? anda nilai lah sendiri...tapi kalau kamu tanya saya, saya bilang... emmmm Kologos.....

Ramai juga orang tanya ... "kenapa STAR nampak lebih bermusuhan dengan PR berbanding UMNO...ini bukti STAR ejen UMNO".... Apa yang saya nampak, bukan STAR yang bermusuhan dengan PR...tetapi PR yang tidak mahu bertimbangrasa untuk menerima idea STAR agar membiarkan pihak Sabah mengurus dan berlawan dengan BNUMNO dan PR fokus terhadap kawasan Malaya... PR boleh menolong Sabah dengan "mengarahkan" penyokong mereka untuk menyokong STAR.... Sabah sudah lama di bawah kekuasaan Malaya, dan adalah logik bila Sabah ingin bangkit...sama seperti UMNO melawan Malayan Union dahulu....Sabah juga bangkit "melawan" penjajahan Malaya...STAR sudah menyatakan pendirian mereka bahawa keluar dari Malaysia bukan satu pilihan, sebaliknya inginkan konsep RAKAN KONGSI itu direalisasikan sepenuhnya seperti mana yang terkandung dalam 20 perkara dan Perjanjian Malaysia 1963....matlamat STAR dan PR adalah sama...sama-sama mahu MENUMBANGKAN UMNO.... STAR juga telah menyatakan mereka sedia bekerjasama dengan PR....tetapi,  istilah BEKERJA BERSAMA berbeza dengan BEKERJA DI BAWAH.... STAR lebih kepada ingin bekerja bersama, sebaliknya PR lebih mahu STAR bekerja didalam / dibawah PR....nah ini lah masalahnya boss....Adakah patut Sabah yang sejak tahun 1963 sentiasa berada di pihak yang "mengalah" kepada Malaya, UMNO....adakah Sabah perlu berada di pihak yang "mengalah" lagi kepada PR...sepatutnya PR  atau PIHAK LUAR lah yang harus menyesuaikan perjuangan dan pendirian mereka agar sesuai dengan tuntutan dan perjuangan tempatan Sabah.... bukannya Sabah yang perlu MEMURAHKAN lagi harga diri dan maruah mereka...... Fikir dengan otak.....

STAR ejen BNUMNO? saya secara peribadi tidak nampak signifikan tuduhan ini....ini kerana Jeffrey Kitingan pernah mahu berdebat dengan kepimpinan tertinggi BN malah suatu ketika dahulu pernah ingin "mengajar" pemimpin UMNO mengenai isu 20 perkara, perjanjian Malaysia 1963, status Sabah.... namun seperti biasa, pihak UMNO hanya bersikap "sunyi senyap"....sebelum ini pun, pendirian Jeffrey Kitingan tidak menampakkan beliau seorang yang pro UMNO... malah semasa zaman pemerintahan Mahathir,  Jeffrey pernah meringkuk di bawah ISA hanya kerana lantang menyuarakan hak-hak Sabah....sebelum-sebelum ini dalam lompat-lompat beliau, beliau banyak mengkritik ketidakadilan BNUMNO terhadap Sabah....terbaru Pairin dan Jeffrey "bertikam lidah"...oleh itu adakah perkara-perkara seperti ini boleh kita lihat sebagai Jeffrey atau STAR adalah ejen UMNO??? itu cuma propaganda dari pihak-pihak yang kurang berfikir....bagi saya lah....anda boleh bercakap apa sahaja untuk mengaitkan STAR dengan UMNO...tetapi realitinya anda tidak akan dapat mengikis KEIKHLASAN perjuangan seseorang...adakah logik seseorang yang teruk "DIBELASAH" oleh UMNO adalah ejen UMNO pula??? fikir dengan otak....

Ini merupakan beberapa gambaran umum dari JM mengenai isu-isu STAR.... saya lebih kepada ingin membawa pembaca agar berfikir secara terbuka terlebih dahulu agar anda mendapat satu gambaran sebelum beralih kepada perkara yang lebih terperinci....Ini kerana kebanyakkan orang Sabah masih "menutup" fikiran mereka, dan ini menyebabkan kita semua menyokong sesuatu pihak secara semborono.... ingat kita orang SABAH lah yang sepatutnya berjuang untuk SABAH...dan bukannya mengharapkan ORANG LUAR untuk berjuang untuk kita....apa yang perlu KITA lakukan adalah BERSATU terlebih dahulu.... kerana dengan BERSATU kita jadi KUAT..... seterusnya harus ada KEBERANIAN dan KEBIJAKAN agar "orang lain" tidak mudah memanipulasikan kita......

oleh itu, FIKIR DENGAN OTAK, BUKAN DENGAN HATI.....

INI KALI LAH.....

Monday, April 16, 2012

Masa depan Sabah : PKR dan UMNO sama saja !!!!

Lama tidak update blog..... telampau sibuk bah....tapi lebih kurang dua hari lalu, selepas membaca artikel Anwar: PKR sedia lepas beberapa kerusi Sabah dalam laman malaysiakini.com, dan selepas berkali-kali membaca artikel tersebut, JM membuat kesimpulan bahawa PKR mempunyai agenda yang sama dengan UMNO dalam menguasai, menjajah, dan memanipulasi SABAH sebagai "negeri fix deposit"....

Mari kita sama-sama nilai, perhalusi, fikir dengan otak dan buka minda kita terhadap apa yang telah dikatakan (seperti yang telah dicatat dalam laman web tersebut) oleh Anwar. Tapi oleh kerana isu ini berkaitan dengan "KERUSI" Sabah, maka sebelum mengulas lanjut, mari kita teliti bersama jumlah-jumlah kerusi DUN dan PARLIMEN di Sabah.

Adalah satu berita yang menggembirakan apabila PKR bersedia berunding untuk melepaskan beberapa kerusi kepada parti-parti pembangkang Sabah agar peluang untuk menumbangkan BN pada pilihanraya umum ke13 lebih besar.

 "Kita (PKR) bersetuju untuk melepaskan beberapa kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum lepas untuk memberi laluan kepada parti pembangkang di Sabah, khususnya SAPP.

"Kita juga sedang dalam perundingan dengan beberapa tokoh politik di Sabah untuk tujuan yang sama dalam kita mewujudkan perlawanan satu lawan satu dengan BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah forum ekonomi di Tanjung Aru dekat Kota Kinabalu.


Seterusnya.....

Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, berharap parti-parti lain dalam pakatan pembangkang juga menunjukkan keterbukaan dan tidak sesekali membuat kenyataan yang dilihat "agak sombong" mengenai parti pembangkang lain di Sabah kerana tujuan parti-parti pembangkang berkenaan adalah sama.

Dari satu aspek, memang diakui.... pembangkang mempunyai matlamat yang sama untuk menumbangkan regim BN@UMNO. Walaubagaimanapun, Pakatan parti pembangkang Sabah di dalam UBA (United Borneo Alliance) mempunyai matlamat perjuangan yang LEBIH BESAR dikenali sebagai AGENDA BORNEO sebagai landasan  perjuangan disamping menegakkan kembali 20 Perkara dan Perjanjian Malaysia 1963 yang telah di manipulasi, dipijak dan terang-terangan telah dilanggar oleh UMNO @ MALAYA.

Seterusnya .....

"Bagaimanapun, kita berharap parti pembangkang di Sabah turut mendukung perjuangan Pakatan Rakyat dan tidak mengamalkan politik yang bersifat kenegerian.

"Saya sendiri memantau trend politik di Sabah yang berpaksikan perjuangan kenegerian. Bagi Pakatan, apa yang penting ialah perjuangan untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan keturunan," katanya.


Nah...di sini konflik sebenarnya. lihat tulisan yang telah JM "bold" dan "underline" kan.... mendukung perjuangan PR ???? tidak mengamalkan politik yang bersifat kenegerian????

Adakah Anwar sedar bahawa perjuangan UBA di Sabah langsung tidak bersifat kenegerian. Tetapi KENEGARAAN.... Adakah kita perlu menyekolahkan kembali Anwar untuk belajar kembali mengenai 20 Perkara dan Perjanjian Malaysia 1963??? Dan adakah Anwar sengaja "membisukan" status sebenar SABAH, SARAWAK dalam Malaysia??? seperti yang kita maklum, sebelum tahun 70-an, Sabah berstatus NEGARA hasil dari gabungan 4 Negara untuk dalam satu payung iaitu MALAYSIA???

Malah, dokumen Perjanjian Malaysia turut di tandatangani British dimana British mengakui Sabah sebagai sebuah NEGARA MERDEKA dalam Malaysia. Ini bermaksud, Sabah, Sarawak, Singapura, dan Malaya seharusnya SETARAF. Sebagai sebuah negara, Sabah mempunyai menteri kabinetnya yang tersendiri dan bukan hanya berstatus exco seperti sekarang ini??? Namun apa yang jadi, setelah dimanipulasi, ditipu oleh Malaya, Sabah kini turun ranking menjadi NEGERI ke 12 dalam Malaysia.

Malah isu ini seakan-akan sengaja di "tutup" dalam bukup-buku teks sekolah.

PR mempunyai matlamat untuk menguasai putrajaya dan selepas pilihanraya pada tahun 2008, PR hampir berkuasa kalau bukan kerana Sabah dan Sarawak yang menjadi penyelamat kepada BN. Pembangkang Sabah sedar dengan pembahagian kerusi DUN dan PARLIMEN yang tidak adil oleh Kerajaan, maka adalah mustahil untuk Sabah berjuang sendiri untuk menumbangkan regim BN@UMNO dan kerjasama antara para pembangkang dari Malaya, Sarawak adalah perlu jika ingin mengubah kerajaan. Namun masalahnya, jika pembangkang menang pun, PR tetap tidak akan menegakkan dan merealisasikan impian dan harapan Sabah seperti yang telah terkandung dalam 20 perkara dan Perjanjian Malaysia.

Jika dilihat dari ucapan Anwar, Anwar menyeru bahawa harus ada sikap keterbukaan antara para parti pembangkang Sabah dan PR....namun adakah Anwar bersedia pula untuk bersikap terbuka??? tidak... ini kerana Anwar juga berimpian untuk menjadikan Sabah sebagai "jajahan" dan "fix deposit" apabila memerintah kelak. Umpama kata pepatah, "lepas mulut buaya, masuk mulut harimau"....

Anwar, khususnya PR bukan hanya perlu melepaskan beberapa kerusi, tetapi harus bersedia MENINGGALKAN dan MENYERAHKAN semua kerusi Sabah kepada parti-parti tempatan. Baru-baru ini, terdapat sumber dari seseorang yang boleh dipercayai bahawa hasil rundingan kerusi tersebut, untuk DUN SAPP = 35 kerusi dan PR = 25 kerusi, manakala PARLIMEN PR = 25 kerusi dan SAPP = 2 kerusi.
Sehingga timbulnya perkataan BELOT daripada keahlian STAR, USNO terhadap SAPP.

Namun berita tersebut belum rasmi lagi. Dan jika betul, adakah Yong Teck Lee sanggup menggadaikan Agenda Borneo yang sama-sama didukung oleh pakatan SAPP, STAR dan USNO dalam UBA semata-mata mahu memegang jawatan sebagai KM Sabah sekali lagi ???

Jika dilihat, sambutan terhadap STAR adalah lebih memberangsangkan di kawasan pedalaman berbanding SAPP... SAPP diibaratkan sebagai parti untuk bandar, manakala USNO pula akan berlawan dikawasan majoriti muslim. Dengan senario kerusi dimonopoli oleh SAPP, pasti akan timbul masalah di kalangan pengundi yang sebahagian besarnya di lihat cenderung untuk mendukung perjuangan STAR. Maka hasrat untuk melihat tumbangnya kerajaan BN@UMNO tidak akan kesampaian apabila sebuah parti pembangkang yang tidak dipercayai oleh rakyat di sesuatu kawasan mungkin akan bertindak membuat undi rosak, menyokong calon bebas dan lebih teruk "terpaksa" memangkah BN...

Berbalik kepada isu Anwar dan PR tadi....maka, rakyat Sabah harus lebih bijak menilai "permainan" politik parti-parti Malaya ini....

seterusnya....

Ketika ditanya sama ada Pakatan mengenal pasti pemimpin untuk dijadikan sebagai ketua menteri Sabah jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Anwar berkata: "Kita dalam Pakatan Rakyat sentiasa berunding.

Apabila tiba masanya, mereka sendiri (Pakatan Rakyat dan parti pembangkang di Sabah) akan mencadangkannya."




Siapakah Anwar, PKR atau PR untuk menentukan siapa yang berhak menjadi KM Sabah??? maka jelas di sini bahawa jikapun Anwar @ PR memerintah, Sabah akan kekal menjadi negeri ke-12 Malaya... dan ini juga bermakna campurtangan dari pihak Malaya masih akan berlaku jika PR berjaya menguasai semenanjung...mereka memiliki jumlah kerusi yang lebih banyak berbanding Sabah....dan ini memberikan kelebihan "suara" dan "kuasa" kepada mereka, kenapa??? kerana Sabah sekarang hanyalah satu dari 13 buah negeri yang tertakluk kepada kuasa pusat di Kuala Lumpur...


Benar...jika hendak menumbangkan regim BN, harus ada kerjasama antara parti pembangkang Sabah dengan parti pembangkang Malaya....Persoalannya adakah PR ikhlas untuk "menolong" Sabah atau hanya "memperalatkan" parti pembangkang Sabah agar "permainan politik" mereka tercapai....
Jika anda masih ingat...

siapakah dalang di sebalik kejatuhan PBS dahulu???? Anwar.....
siapakah yang telah menipu Sabah selama lebih kurang 48 tahun??? UMNO....
siapakah dalang di sebalik Project IC ??? Mahathir...
siapakah dalang di sebalik kemasukan PATI di Sabah??? UMNO...
siapakah yang telah mengambil, mencuri, merompak harta Sabah??? UMNO....
siapakah yang sengaja memundurkan Sabah??? UMNO.....
dari manakah UMNO???? MALAYA....
Dari manakah mereka semua ??? MALAYA....

Oleh yang demikian, satu kesimpulan ringkas dan padat boleh dibuat disini....jangan bagi 100% kepercayaan pada parti-parti dari Malaya....mereka semua sama sahaja.....


Fikir dengan otak....bukan dengan hati.......

Saturday, March 17, 2012

Awas Amaran TSUNAMI "INI KALI LAH"!!!!

TSUNAMI adalah satu nama yang pasti menggentarkan bagi seluruh penduduk dunia. Setelah mengorbankan lebih ratusan ribu nyawa di Acheh pada tahun 2004, baru-baru ini Jepun pula di "sapu" oleh Tsunami yang dikatakan terburuk dalam sejarah 140 tahun negara mereka.  Tidak cukup dengan "menyapu" nyawa, Tsunami tersebut turut memusnahkan loji nuklear negara tersebut.

Di Malaysia lain pula halnya. Walaupun turut menerima impak pada Tsunami 2004, namun ia kini seperti telah luput dari ingatan rakyat Malaysia. Namun Tsunami politik yang telah dicetuskan oleh Pakatan Rakyat di Malaysia pada pilihanraya umum 2008 lalu telah menggemparkan seluruh negara apabila PR berjaya merampas 5 negeri di Malaya. Walaupun penuh dengan kontroversi, kerajaan BN berjaya merampas kembali sebuah negeri apabila beberapa wakil rakyat melompat menjadi wakil BEBAS yang menyokong BN.

Sabah dan Sarawak yang dahulunya kurang mendapat perhatian daripada kerajaan BN kini dianggap menjadi "penyelamat" kepada BN.... menyedari perkara ini, kini BN mula menumpukan usaha agar status "fix deposit" ini kekal menjadi miliknya. Maka, bermulalah episod "buka mata" daripada pihak BN di Sabah. Dengan isu RCI di Sabah yang seperti sengaja tidak "dilayan" oleh Najib, secara tiba-tiba muncul pula NGO KadazanDusunMurut Malaysia yang dikatakan diterajui oleh UMNO untuk memecahkan kesatuan dan meraih sokongan daripada pihak Kadazan, Dusun dan Murut. Malah Najib baru-baru ini dikatakan akan menubuhkan Universiti KDM di Sabah. Ternyata ini semua merupakan usaha daripada pihak BN untuk mengemis undi kaum KDM ini. Namun, tidak seperti di Selangor dan Kedah, Najib tidak pula melafazkan maafnya terhadap kesilapan yang telah dilakukan oleh kepimpinan BN di Sabah.

Di Sabah, Tsunami "INI KALI LAH" kini telah mula bertiup dengan kencang di Sabah. Hasil daripada tinjauan di kawasan-kawasan seperti di Tamparuli, Tuaran, Tambunan, Keningau, Ranau dan Telupid sambutan rakyat terhadap "INI KALI LAH" sangat "menggerunkan".

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang merupakan BOSS BESAR United Borneo Front, dan Parti STAR Sabah sejak beberapa bulan kebelakangan ini giat keluar masuk, turun naik ke kawasan-kawasan kampung untuk berkempen, berceramah, bersoaljawab dan menyedarkan rakyat mengenai isu-isu penindasan dan penipuan Malaya terhadap Sabah seterusnya menyebarkan perjuangan agenda Borneo nya.

Berucap di Kampung Tontolob Tambunan semalam (16 MAC 2012) sejurus selepas menghabiskan program beliau di Tuaran, penerangan ringkas, berisi, dan penuh dengan fakta dari Jeffrey sedikit sebanyak berjaya membuka mata dan minda para hadirin. Apa yang lucu, pada mulanya terdapat seorang hadirin yang boleh dikira penyokong tegar kepada Pairin apabila kerap kedengaran perbualan kecil lelaki tersebut dengan rakan yang duduk di sebelahnya mengatakan "ih Pairin noh doho undion (Hanya Pairin sahaja yang saya undi)". Namun selepas kedatangan Jeffrey dan mendengar isi-isi ceramah dari Jeffrey, lelaki tersebut mula terdiam dan menumpukan perhatian beliau terhadap ceramah Jeffrey. Tidak disangka, lelaki tersebut kemudiannya menjadi antara penyumbang surara terkuat dalam laungan "INI KALI LAH".

Jeffrey juga berjaya menjelaskan dan menjawab setiap persoalan yang dilontarkan oleh para hadirin yang hadir. Malah isu popular yang dikaitkan dengan Jeffrey sebagai seorang pemimpin yang suka "LOMPAT" parti juga berjaya memuaskan hati para hadirin.

Sesungguhnya sikap pandang rendah dan acuh tidak acuh daripada kepimpinan BN terhadap Tsunami "INI KALI LAH" pasti akan "menyesalkan" mereka. Dengan kerjasama yang semakin erat daripada pihak USNO, STAR, SAPP, tidak menghairankan apabila senario politik di Sabah akan berubah pada PRU yang akan datang.

Apa yang penting, Tsunami "INI KALI LAH" telah membangkitkan satu semangat patirotik dan kesatuan rakyat terhadap Sabah. Apatah lagi dengan semangat kesedaran rakyat yang kini semakin marah terhadap PATI dan NCR yang tidak diberikan penyelesaianb memuaskan daripada pihak kerajaan. jadi.....

Kalau bukan kita....SIAPA LAGI????
Kalau bukan sekarang.....BILA LAGI???

INI KALI LAH!!!!

Tuesday, March 6, 2012

Mong Dagang akhirnya akui & pertahankan pendirian pemberhentian bantuan kepada OKU

Setelah beberapa hari menyepi, akhirnya Mong Dagang mengakui dan mempertahankan pendirian beliau seperti dalam kandungan surat yang telah ditandatanganinya berkenaan arahan pemberhentian bantuan kepada seorang OKU. 

Dagang mempertahankan pendiriannya itu atas dasar beliau "seorang yang berprinsip". Menurut Dagang, arahan pemberhentian bantuan itu betul. "Kita tidak boleh terus memberi bantuan kebajikan dan subsidi kerana beliau adalah seorang penyokong pembangkang tegar. Bantuan harus diberikan kepada orang cacat yang lebih layak," jelas Dagang. "Beliau mampu menanam padi dan menunggang motorsikal seperti manusia normal," Tambah Dagang lagi. 


Namun pendirian Dagang tidak lah mendapat reaksi positif dari kalangan "Facebookers" apabila rata-rata mencaci tindakan Dagang.

Frusis, telah membuat laporan polis berhubung pemberhentian bantuan kebajikan RM300 serta bantuan baja dan benih buah-buahan yang menurutnya tidak disertakan dengan alasan yang munasabah. Frusi Lebi, turut menafikan menjadikan rumahnya pernah dijadikan pusat operasi pembangkang. Sebaliknya beliau cenderung untuk memilih pembangkang kerana kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Sarawak yang telah menceroboh tanahnya serta beberapa penduduk kampung lain.

Namun,Frusis mengaku telah mengibarkan bendera pembangkang namun telah dirampas oleh ketua kampung dan dibakar.

Beberapa persoalan timbul  terhadap pendirian Dagang terhadap golongan OKU. Jika kita lihat, ada beratus-ratus lagi penerima bantuan kebajikan ini adalah terdiri dari golongan yang normal, malah mempunyai tanah untuk diusahakan. Mengapakah Dagang tidak pula mengeluarkan arahan pemberian bantuan terhadap mereka ini? 


Nampaknya nilai-nilai kemanusiaan yang ada pada diri Dagang sangatlah nipis dimana terlebih dahulu mendahulukan kepentingan politik beliau. Adalah sangat BODOH apabila menyamakan kudrat seorang OKU dengan kudrat manusia normal. Jelas dari segi fizikal sahaja, kita sudah boleh lihat betapa kurangnya mereka. Mereka memang boleh memegang pen, menunggang motosikal, memegang cangkul, memasak...tetapi adakah mereka secekap, sepantas, sekuat, setangkas manusia normal???

Hanya semata-mata berlainan anutan politik, Dagang bertindak zalim mengarahkan pemberhentian bantuan tersebut. Tidak ada sedetik pun timbul keprihatianan, belas kasihan dan sikap "profesional" beliau sebagai seorang pemimpin dengan datang sendiri serta berbincang terlebih dahulu dengan Frusis. Adakah dengan tindakan beliau mengarahkan pemberhentian tersebut kita boleh kategorikan beliau sebagai seorang yang berjiwa rakyat, prihatin, dan berwibawa ? Ataupun tindakan beliau ini menggambarkan bahawa beliau seorang salahguna kuasa, zalim, kuku besi dan pentingkan diri sendiri??? fikir dengan otak.....

Sebelum ini, Najib telah meminta maaf kepada rakyat Selangor dan Kedah serta berjanji untuk membetulkan kesilapan dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri pembangkang itu. Walaupun ini boleh dikira sebagai gimik politik untuk memikat kembali undi rakyat di kawasan tersebut, namun sekurang-kurangnya pendekatan Najib bolehlah dikatak OK berbanding tindakan Dagang yang KO....

Apa-apa pun, nasihat kepada pemimpin, jangan bongkak dan takbur dengan pangkat....kerana itu rakyat yang bagi...nanti sampai masa, datang juga kamu balik sama rakyat pigi jual muka, mengemis, merayu, menembirang dan minta puji sama rakyat minta undi kamu.... bila sudah kena bagi pangkat, tunjuklah teladan yang baik...ini negara demokrasi... semua orang ada HAK untuk memilih "anutan" politik..... oleh itu, bila sudah ada kuasa, amalkan politik yang "mesra" dan bukan "kuku besi".....kamu tau kah tu YB????

Fikir dengan otak...... bukan dengan hati...... INI KALI LAH!!!!!

Monday, March 5, 2012

Bukan hanya Selangor dan Kedah...Najib perlu minta maaf kepada Sabah juga !!!

Baru-baru ini gempar blog-blog memaparkan mengenai "Najib MINTA MAAF" di Selangor dan Kedah. Apa yang mendukacitakan, Najib tidak ikhlas dengan permohonan maaf nya itu...kenapa???? ya lah...kenapa minta maaf dengan negeri tawanan pembangkang saja kan???


Di samping itu, Najib juga mengakui bahawa BN TELAH MELAKUKAN KESILAPAN serta pemberian perkhidmatan yang tidak memuaskan kepada rakyat. Berikut merupakan petikan dari ucapan beliau ketika majlis turun padang di Baling ;
 "Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita.

Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf.  


Kita berazam bahawa kita sudah mempelajari daripada kesilapan kita. Kita beri perakuan, akujanji kepada rakyat bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat.
Yang dulu jadi sempadan jangan dibangkit-bangkit lagi...kita janjikan perubahan untuk rakyat Malaysia dan Kedah. Perjalanan sudah bermula"

Renung dalam-dalam apa yang telah dikatakan oleh Najib itu. Adakah kesilapan BN hanya berlaku di Negeri-negeri yang dikuasai pembangkang??? bagaimana pula halnya di Sabah??? adakah langsung tidak wujud kesilapan BN di NEGARA SABAH ini??? 

Mari kita sama-sama ingat kembali beberapa isu besar kesilapan BN di Sabah yang sememangnya tidak dapat disembunyikan lagi. Antaranya ialah :
  1. Projek IC...
  2. PATI
  3. Pengundi Hantu
  4. NCR
  5. Jawatan ketua untuk jabatan awam di Sabah yang dimonopoli oleh MALAYA
  6. Helah Najib bahawa Sabah bukan Negeri termiskin VS kenyataan Bank Dunia
  7. monopoli 95% hasil kekayaan Sabah oleh Malaya
  8. Peruntukan berbillion-billion untuk projek mega Malaya.... Sabah ???
  9. Kedaifan infrastruktur, jalan raya, elektrik, bekalan air
  10. Penipuan iklan kempen KEMAJUAN Malaysia di bawah BN.... yang ditayangkan komuter, LRT, Sepang, Tower, lebuhraya, Putrajaya....Sabah sarawak cuma gunung kinabalu, monyet bayau, orang sedang memegang sumpit, dan menari sumazau, ngajat...itukah kemajuan???
  11. Jaringan kesihatan yang buruk
  12. RCI
  13. Penipuan terhadap Perjanjian Malaysia dan 20 Perkara
  14. ketidakadilan kuota guru untuk Sabah 30 %, Sarawak 30 % manakala semenanjung 40 %....
  15. Penipuan dalam buku teks terhadap sejarah pembentukan Malaysia
Oleh itu, wajarkah untuk Najib tidak meminta maaf kepada Sabah atas perkara-perkara NYATA kesilapan BN terhadap Sabah? 

Adakah Najib ikhlas??? Bagi JM...TIDAK!!! kenapa perlu meminta maaf berpuluh-puluh kali pada setiap sesi majlis turun padang berbanding cukup dengan memberikan kenyataan maaf SEKALI sahaja sekaligus terhadap seluruh Malaysia??
Sumber : UBF facebook group page


Memang bagus nilai meminta maaf ini...dan sebagai manusia yang beragama, kita juga harus menerima dan memaafkan beliau. Namun bagaimana jika ia hanya gimik politik??? Meminta maaf apabila hampir tibanya pilihanraya...bukan kah itu umpama "ada telur di sebalik maggie" ???

So, orang Sabah.... mari gia kita guna otak kita untuk berfikir kio....jangan kita guna hati...apa lagi kepala lutut...dan sama-sama lah kita renungi "keikhlasan" maaf si Najib....

bah bila???? Ini kali lah!!!!!

Sunday, March 4, 2012

Mong Dagang arah bantuan OKU ditarik balik semata-mata menyokong pembangkang...Tidak patut......

Sepucuk surat yang ditulis dan ditandatangani oleh Datuk Mong Dagang iaitu Menteri Muda Pertanian Sarawak tersebar dengan luas di laman sosial Facebook. Surat yang bertarikh 8 Disember 2011 itu, mengarahkan agar Penolong Pengarah Pertanian Bahagian Sri Aman menarik balik segala bentuk bantuan yang diberikan kepada En. Frusis Lebi diberhentikan serta merta.

Surat yang dikatakan ditulis oleh Dagang (sumber : facebook)

Menurut kandungan surat itu, sebab bantuan tersebut perlu diberhentikan adalah kerana En. Frusis Lebi secara terbuka telah menentang dasar kerajaan dan menyokong calon pembangkang pada Pilihanraya Dun Sarawak yang lalu. Di samping itu, En. Frusis Lebi turut menyediakan tempat untuk dijadikan bilik operasi kepada calon pembangkang.

Datuk Mong Dagang

Walaubagaimanapun, kandungan surat tersebut sebaliknya mendapat reaksi negatif dari para pengomen Facebook. Setakat ini, Datuk Mong Dagang yang juga ADUN Bukit Begunan, Sarawak belum lagi memberikan sebarang ulasan.

Setakat ini juga, Datuk Mong Dagan tidak mengesahkan atau menafikan samada surat tersebut ditulis olehnya atau pejabatnya. Namun secara rasionalnya, bukankah BANTUAN seharusnya diberikan tanpa mengira kepentingan atau anutan politik seseorang penerima??? asal sahaja mereka layak, sepatutnya bantuan tersebut haruslah diberikan. Diskriminasi dalam bentuk pemberian bantuan seharusnya tidak berlaku ini kerana bantuan tersebut lebih kepada bentuk "sumbangan, sedekah, simpati" terhadapa golongan tidak berkemampuan ini.

Mungkin Mong Dagang berfikir beliau akan diangkat menjadi HERO oleh para pemimpin politik dan rakayat dengan menulis surat arahan tersebut....sebaliknya, apa yang beliau dapat cuma lah kritikan-kritikan dan cacian daripada para pengomen Facebook.

Sebagai seorang YB, beliau seharusnya bertindak secara bijak dengan menyiasat punca OKU berkenaan menyokong pembangkang dan seterusnya berusaha memikat kembali OKU tersebut untuk beralih menyokong kerajaan. Dan bukannya secara ZALIM mengarahkan pemberhentian bantuan berkenaan.
Sebelum ini, Datuk Mong Dagang juga terlibat dalam kontroversi apabila kononya menembak setiausaha politik beliau sendiri.

Jika inilah amalan politik yang diamalkan oleh kerajaan BN, maka slogan " RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" hanyalah lebih kepada sekadar gimik politik dari pihak kerajaan. Dan dengan tersebarnya surat tersebut, ia sudah pasti bukan memberikan kelebihan kepada BN sebaliknya menjadi satu point kepada pihak pembangkang dalam kempen-kempen mereka kelak...

Kesannya, semakin kurang kepercayaan rakyat terhadap wakil rakyat dari BN.

Namun apa yang pasti, semakin terserlah ketidakikhlasan para YB BN dalam menjaga kebajikan kawasan yang diwakilinya. Iyalah.... lihat sekeliling kita, seterusnya tepuk dada tanya selera.....

INI KALI LAH!!!!!!

Saturday, March 3, 2012

Pertarungan epik DUA BERADIK KITINGAN !!!!



Perbalahan antara adik beradik ??? suatu perkara yang normal dalam kehidupan.... namun isu panas yang hangat  membara di Malaysia dan Sabah khususnya adalah tentang " pertarungan " DUA BERADIK dalam persada politik Sabah.


Jarang sekali kita lihat dua tokoh politik apatah lagi mempunyai talian darah tidak sependapat dan saling tidak bekerjasama dalam perjuangan politik. Seperti membuka kembali buku-buku kepahlawanan , raja-raja , perang dahulukala..... tidak sangka pula, perkara tersebut kini berlaku secara langsung di Sabah. Dua tokoh politik ini iaitu Datuk Pairin Kitingan dan Datuk Jeffrey Kitingan saling tidak sehaluan dan sefahaman dalam perjalanan politik mereka.


Suatu masa dahulu, mereka memang pernah bekerjasama dalam PBS....namun "persengketaan" ini bermula apabila Jeffrey keluar dari PBS dan menubuhkan AKAR. walaupun begitu, "persengketaan" mereka ini bagaikan tidak begitu serius dan hampir tidak pernah ada maki memaki antara mereka di laporkan di media massa....dan dalam kempen-kempen ceramah mereka juga, cuma berupakan sindiran sinis antara mereka.


Namun baru-baru ini, perkara ini memuncak apabila Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah meletupkan kemarahannya secara terbuka terhadap adiknya Jeffrey Kitingan disebabkan berlainan fahaman politik. Pairin sebelum ini dikenali di kalangan rakyat Sabah dan ahli politik sebagai seorang yang tenang dan jarang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kawan mahupun lawan politiknya. Menurut beberapa sumber dikatakan Pairin turut meletak label "mendiang" terhadap Jeffrey. Menurut Pairin lagi, Jeffrey lebih percayakan  cakap orang "tukang kipas dan angkat kaki" berbanding cakap abangnya sendiri. 


Pairin turut mengatakan bahawa perjuangan politik Jeffrey hanya perjuangan untuk mencapai kepentingan peribadi dan tidak mempunyai keikhlasan dalam membantu rakyat. Di samping itu, Pairin turut menyamakan Jeffrey seperti Anwar Ibrahim yang hanya "pandai berkata" sedangkan perjuangan mereka hanya kerana inginkan pangkat. Di percayai, kemarahan Pairin ini ada kaitan dengan keputusan Jeffrey untuk menentang Pairin merebut kerusi Parlimen Keningau dalam PRU yang akan datang.


Jeffrey ketika mengulas kembali kelancangan Pairin, mengatakan bahawa Pairin seharusnya tidak menggunakan alasan kekeluargaan sebagai alasan untuk "jangan" bertanding di kerusi Pairin. Menurut Jeffrey, Pairin terdesak untuk mengekalkan kuasanya dan takut kehilangan kuasa.


"He is my elder brother and I have nothing against him and I love him as any brother would do but I love the people and this country more.

He may be my elder brother but contesting against him does not mean showing disrespect as I am not fighting him but contesting against him as a representative of the Barisan Nasional, my political opponent. As we all know, the BN has done a lot of wrong and injustices to Sabah and its people," tambah Jeffrey.

Walaubagaimanapun, kata-kata kesat dari Pairin ini telah mengundang reaksi dari seorang veteran politik Sabah (sumber...klik sini) Frederick Lojingki bahawa sebagai Huguan Siou ( ketua ) KDM, Pairin harus meminta maaf terhadap Jeffrey dan perlu dikenakan "sogit" (denda adat kaum Dusun) sebagai tanda perdamaian. Ini kerana melabel seseorang yang masih hidup sebagai mendiang adalah satu kesalahan besar dalam masyarakat kadazandusun. "sogit" tersebut berupa kerbau ataupun babi. Sebagai seorang ketua kaum, Pairin seharusnya menjadi teladan dan harus menghormati adat tradisi kadazandusun tersebut.

Walauapapun, masih terlalu awal untuk melihat siapakah Hang Jebat dan siapa pula Hang Tuah antara kedua-dua beradik ini. Namun secara peribadi, JM merasakan, biar berlainan fahaman politik... tetapi janganlah hanya kerana menjadi lawan politik, kita turut menggadai perhubungan kekeluargaan kita....

Buang yang keruh ambil yang jernih bosss..... INI KALI LAH!!!!!

Friday, January 27, 2012

INI KALI LAH !!!! mimpi ngeri Najib, BN, & UMNO SABAH….

                                     

Kalau sebelum ini, Sabah terkenal dengan banyak ungkapan-ungkapan simbolik, sedikit lucu yang melambang, dan merujuk kepada status KESABAHAN individu antaranya seperti “OK Bah kalau kah….”, “Bulih bah Kalau Kau…”, “Jangan di kasih lama….” Dan perkataan yang sangat tidak asing lagi “Aramai Tih….” 

Baru-baru ini, muncul lagi satu ungkapan popular dan bagai menjadi satu kemestian  meniti  dalam  pertuturan rakyat  Sabah… “INI KALI LAH!!!!” 

Walaupun sebelum ini, ayat ini biasa di dengar, namun ia mula menjadi satu trademark baru dalam perbualan seharian rakyat Sabah di percayai di petik dari “Kita mesti menentukan nasib kita sendiri. Jangan biar orang lain menentukannya untuk kita. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Ini kali lah!” ucapan yang pasti akan di lontarkan oleh Dr. Jeffery Kitingan dalam setiap siri ceramah atau ucapannya.

Malah ketika mendengar radio-radio yang berstesen di Sabah, tidak miss, kalau ada panggilan-panggilan telefon mesti aka nada pemanggil yang menyelitkan “INI KALI LAH” ketika berbual. Baru-baru ini, Selebriti, bekas pelajar AF, dan sekarang menjadi penyampai di stesen Radio swasta KK FM iaitu Felix Agus juga beberapa kali akan mengeluarkan “INI KALI LAH”…. Tidak di ketahui, apakah beliau mempunyai maksud tersirat atau sekadar  terikut-ikut trend bahasa semasa menyatakan ayat tersebut, namun ia boleh menjadi bukti betapa popularnya “INI KALI LAH”….

Kalau di Sarawak, DAP di bawah Pakatan Rakyat mempopularkan ayat “Jom Ubah” di mana Kerajaan Sarawak menyaksikan kehilangan beberapa kerusi termasuklah DUN Piasau di mana Dr. George Chan yang  telah menduduki kerusi tersebut selama 6 penggal sejak tahun 1983 tersungkur di tangan muka baru DAP Ling Sie Kong dengan majoriti 1,590 undi.

Adakah senario yang sama bakal berlaku di Sabah ? apatah lagi terdapat khabar angin mengatakan Dr. Jeffery Kitingan bakal bertanding di DUN Tambunan menentang abangnya sendiri Datuk Pairin Kitingan dan turut akan bertanding dalam Kerusi Parlimen Keningau.

Walaupun ia Cuma khabar angin, namun sedikit sebanyak ia pasti menggusarkan Najib apatah lagi sejak STAR yang di terajui oleh Dr. Jeffery dilancarkan pada 6 Januari 2012, STAR telah menerima lebih dari 60,000 keahlian dari 100,000 borang yang diedarkan.

Jeffery yang juga presiden United Borneo Front (UBF) turut menubuhkan United Borneo Alliance (UBA) menjadikan isu 20 perkara dan perjanjian Malaysia 1963 sebagai panji utama perjuangan beliau di samping isu-isu dan masalah-masalah Sabah, Sarawak yang lain selama berada di bawah kepimpinan Barisan Nasional.  

Pakatan Borneo Bersatu (UBA) menyeru kepada parti-parti politik tempatan Sabah agar bersatu dan bergabung di bawah UBA. Setakat ini, parti-parti dalam UBA adalah USNO Baru, SAPP, STAR dan UBF yang merupakan sebuah pertubuhan badan NGO.

Walaupun masih ramai yang meragui kemampuan STAR, namun usaha giat Dr. Jeffery mendekati rakyat, member kefahaman kepada rakyat tentang isu-isu Sabah dan perjuangan UBA, STAR dalam tempoh-tempoh hampir pilihanraya ini sedikit sebanyak mungkin boleh mengubah keputusan majoriti undi pada PRU 13 yang bakal di adakan.

Sepanjang BN memegang tampuk pemerintahan Sabah, masih banyak masalah yang masih belum dapat ditangani oleh kerajaan antaranya seperti isu air, jalan dan juga bekalan elektrik. Di samping itu, isu kemiskinan dan status “negeri paling miskin” turut menampakkan kelemahan BN dalam pengurusan sektor ekonomi Sabah.

Malah isu pengisian ketua-ketua jabatan di Sabah yang di monopoli oleh semenanjung juga mengundang pertanyaan ramai rakyat Sabah. Adakah Sabah ini kekurangan sumber pekerja yang layak dan berwibawa sehingga lebih dari 80% jawatan tersebut di isi oleh golongan Malaya?

Kegagalan Kerajaan untuk menangani masalah PATI memang tidak boleh di elakkan lagi. Dengan peningkatan statistik penduduk Sabah yang mendadak, tidak mampu menyembunyikan lagi kelemahan dan kebocoran dari pihak BN terhadap isu ini. Seperti yang di ketahui umum, banyak tuduhan di lemparkan kepada BN kerana menggunakan jalan kotor dengan menggunakan PATI sebagai pengundi hantu untuk meraih kemenangan dalam pilihanraya.

Isu tanah adat atau NCR telah menjadi satu isu yang panas di Sabah dan Sarawak.  Terdapat banyak aduan kes salah guna kuasa yang telah di laporkan mengenai isu NCR ini. Malah ada yang telah sampai ke mahkamah seperti kes  tanah adat kg. Imahit Tenom, saman 500 juta yang telah di kemukakan oleh bumiputera di Semporna dan banyak lagi.

Di samping itu, bahang keborneoan yang semakin memuncak di kalangan rakyat sudah mula terasa kehangatannya. Kesedaran yang telah timbul kerana kemudahan maklumat hasil daripada kemajuan teknologi pasti akan mempercepatkan lagi perebakan bahang tersebut. Sudah mula muncul banyak blog-blog serta group-group dalam laman social Facebook yang mana rata-ratanya meluahkan ketidakpuashatian mereka terhadap scenario yang berlaku di Sabah sekarang.

Dengan berkumandangnya “INI KALI LAH….” Pasti Najib, BN dan UMNO Sabah tidak akan tidur dengan nyenyak. Sudah pasti ada beberapa YB yang mula bermimpi-mimpi ngeri.

INI KALI LAH!!!!!!..............

Thursday, January 26, 2012

SEJARAH RINGKAS BORNEO UTARA

SEJARAH RINGKAS BORNEO UTARA

                                      Peta Borneo di lukis oleh Sepanyol pada abad ke-16

Sebelum abad ke-6, hampir seluruh kepulauan Borneo adalah di bawah kuasa kesultanan Brunei. Sumber dari Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals)pada tahun 600 Masihi, merekodkan tentang perhubungan diplomatik dan perdagangan antara kerajaan Brunei  dan  Kerajaaan Cina pada ketika itu. Penempatan Cina dikatakan berada di kawasan Kinabatangan berdasarkan sumber arkeologi seperti seramik yang di temui di kawasan tersebut sekaligus menunjukkan bahawa aktiviti petukaran barang, seramik dan rempah ratus pernah berlaku.
Sebelum pendudukan British, Kepulauan Borneo mempunyai  tiga bentuk sistem politik iaitu:

1.       1. Sistem politik kesukuan

Terdapat di kawasan pedalaman yang dianggap merdeka dan di huni oleh kaum-kaum Dusun, Murut dan Sungai. Kaum-kaum ini hidup terpisah dengan kumpulan lain atas factor-faktor geografi seperti banjaran, bukit bukau, sungai dan jeram.

2.     2. Sistem politik Kesultanan

Sistem ini wujud di sekitar persisiran pantai barat dan timur Borneo Utara dan bertapak kukuh di Pantai Barat. Kawasan-kawasan ini di uruskan atau di tadbir oleh wakil-wakil kesultanan Brunei. Walaupun dalam system Kesultanan Brunei tanah dan rakyat terletak di bawah kuasa mutlak Sultan, namun dalam kes Borneo Utara, kaum bangsawan Brunei di beri hak ke atas tanah dan penduduk. Hal ini menyebabkan tanah-tanah di Pantai Barat terpecah kepada 3 iaitu :

a)      Tanah milik para Pengiran
b)      Tanah Kuripan
c)       Tanah Sultan

3.  3. Sistem Politik Kuasa Bebas

Sistem ini wujud kerana keberanian, keperwiraan seseorang tokoh yang dapat mencabar kuasa Sultan.Tokoh-tokoh ini menegakkan kekuasaan dan kewibawaan mereka melalui undang-undang sendiri tanpa mengiktiraf atau menghiraukan kuasa-kuasa lain. Golongan-golongan adalah daripada ketua-ketua yang mempunyai pertalian darah dengan kesultanan Sulu serta keturunan Arab Sharif. Contoh tokoh-tokoh ini adalah seperti Sharif Usman yang memerintah Marudu sekitar tahun 1830-1840.

KESULTANAN SULU DAN SABAH.

Kesultanan Sulu mula berkuasa ke atas Sabah sekitar tahun 1662 apabila, perebutan Kuasa antara Sultan Mohammad Ali dan Bendahara Abdul Mumin. Sultan Brunei terpaksa meminta pertolongan dari Sultan Sulu untuk menghapuskan pemberontak yang ingin menggulingkan Sultan Mohammad Ali. Sebagai ganjarannya, Sultan Brunei telah memberikan separuh daripada Sabah (bahagaian Pantai Timur Borneo) kepada Sultan Sulu.

PERTAPAKAN KUASA BARAT KE ATAS SABAH

                                                 Peta kemorosotan kuasa Brunei dan Sulu

British mula bertapak keatas Sabah seawal tahun 1760-an apabila Alexander Dalrymple membuat perjanjian dengan  Sultan Sulu untuk membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan yang terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Dalrymple kemudian mengganti nama pulau Balembangan kepada “Felecia”. Walaubagaimanapun pertapakan syarikat British di Pulau tersebut tidak lama apabila pulau tersebut akhirnya di tinggalkan pada tahun 1805.

Pada tahun 1840-an British telah berunding dengan Sultan Brunei untuk menyerahkan Labuan yang terletak di Barat Laut Borneo. British ingin menjadikan Labuan sebagai pangkalan, melombong arang batu, membanteras lanun serta meningkatkan perdagangan. Labuan kekal di tangan  British sehingga tahun 1907, apabila Labuan di letakkan di bawah kerajaan negeri-negeri Selat.

Pada tahun 1850-an, Wakil Amerika iaitu Charles Lee Moses telah membuat perjanjian pajakan dengan sewa $ 9,500 setahun selama 10 tahun  dengan Sultan Brunei. Tidak lama kemudian, Moses telah menyerah pajakan tersebut kepada pedagang AS di Hongkong iaitu Joseph Torrey dan Thomas Harris.

 Akibat menghadapi masalah kewangan, pada tahun 1875, Torrey telah menjual haknya kepada Baron Gustavus Baron Overbeck  berbangsa Austria yang bekerjasama dengan saudagar kaya dari British bernama Alfred Dent. Pada tahun 1877 Overbeck telah Berjaya mendapat pajakan seluruh hak tanah sultan Brunei di Sabah selama 10 tahun lagi iaitu dengan sewa sebanyak $ 15,000 setahun. 

                                  Surat perjanjian penyerahan Borneo Utara kepada British

Pada tahun 1878 pula, Overbeck telah berunding dengan Sultan sulu untuk menandatangani perjanjian serah hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Sultan sulu bersetuju untuk menyerahkan haknya dengan bayaran $ 5,000 setahun. Perjanjian ini lah yang menjadi kontroversi dan isu tuntutan Sulu terhadap Pantai Timur Sabah sehingga sekarang kerana Sultan Sulu beranggapan, pihaknya hanya menyewakan tanah tersebut kepada British sedangkan dalam surat yang di tulis dalam bahasa arab menyatakan SULU MENYERAHKAN BORNEO UTARA kepada British.

Selain tertipu, Sultan Sulu juga menyerahkan seluruh haknya kepada British kerana kedua-dua pihak tersebut memiliki kerjasama sulit dalam hal perdagangan senjata api dan ubat bedil.  

Sehingga kini, Sabah masih membayar sewa kepada Sultan Sulu sebanyak $5000 di sebabkan terdapat klausa dalam perjanjian tersebut yang berkata ; “sekarang ini saya berikan ini kepada kamu sebagai sewa sehingga tidak ada matahari dan bulan”.

British walaubagaimanapun mengukuhkan kuasanya di tanah Sabah apabila Syarikat Overbeck dan Dent mengalami masalah kewangan dan terpaksa meminta suntikan kewangan daripada kerajaan British pada tahun 1878. British bersetuju untuk memberi bantuan kewangan dengan syarat hanya wakil British sahaja yang boleh berada di Borneo Utara. Dengan itu, Overbeck yang berbangsa Austria terpaksa menjualkan semua sahamnya kepada Alfred Dent.

Pada tahun 1888, Borneo Utara di letakkan di bawah naungan British di mana kerajaan British akan memberikan perlindungan kepada Borneo Utara di bawah pengaruh British.

Sepanjang pemerintahan syarikat British di Borneo Utara, banyak pembangunan telah di lakukan. Walaupun pemerintahan British aman, masih terdapat juga beberapa penentangan seperti penentangan Mat Salleh (1894-1900) dan penentangan Rundum oleh kaum murut pada tahun 1915.

Pihak BNBCC berupaya memerintah Borneo Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila Perang Dunia Kedua tercetus. Tentera Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan menduduki Borneo Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar dari ‘9th Division Australian Imperial Forces (A.I.F)’ pada tahun 1945. Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran Ketenteraan British (British Military Administration) sehingga 15 Julai 1946 apabila kerajaan sivil disambung semula.

Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah jajahan British kerana BNBCC tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua. Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah menyebabkan Jesselton dipilih sebagai ibu negeri selepas era Perang Dunia Kedua dan status ini kekal ke hari ini. Sistem pentadbiran penjajahan selepas perang adalah sama dengan sistem pentadbiran pada era BNBCC. Pembinaan semula dan pembangunan negeri Borneo Utara menjadi fokus utama para pentadbir.

                                                    Kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963

Pada amnya keadaan negeri Borneo Utara adalah aman dan tenang sehingga tahun 1960-an apabila wujudnya kesedaran politik. Keinginan kemerdekaan seperti yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara. Penyebaran semangat ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura. Malaysia telah wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara telah ditukar kepada Sabah. Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara telah mencapai kemerdekaan dari British pada 31 0gos 1963. Bagaimanapun pada tahun 1965, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia.

FILIPINA MENUNTUT SABAH
                                                              Presiden Diasdado Macapagal

Pada 12 September, 1962, semasa pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal, Wilayah Borneo Utara, telah diserahkan oleh Sultan Sulu yang memerintah ketika itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I, kepada Republik Filipina. Penyerahan ini telah memberikan kerajaan Filipina kuasa penuh untuk menuntut hak keatas Sabah di Mahkamah Antarabangsa. Filipina telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas. Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak diendahkan.


Sunday, January 15, 2012

Kesedaran politik rakyat Sabah???? sekadar renungan.....

JM ingin mulakan topik pada hari kali ini dengan membawa para pembaca untuk melihat dan menilai sambutan dan kepekaan rakyat dari luar Negara terhadap scenario politik Negara mereka. Kita ambil contoh senario politik yang berlaku di Negara barat, Negara-negara timur tengah, dan yang terbaru di Nigeria dan Pakistan. Bagaimana sambutan rakyat mereka terhadap sesuatu perkara yang melibatkan isu politik???? Penilaian JM terhadap sambutan dan kesedaran rakyat-rakyat di Negara tersebut memang KAW!!!!


Tidak perlu pergi jauh. Kita lihat scenario yang berlaku dalam Malaysia baru-baru ini. Bermula dari perarakan BERSIH 2.0, HIMPUN, PERKASA, JUARA RAKYAT dan sebagainya…. Pasti rakyat-rakyat di Malaya akan hadir BERAMAI-RAMAI dalam program tersebut.

Tidak kiralah parti politik manapun… kerajaan kah mahupun pembangkang… tidak kisah…. Isunya sekarang adakah rakyat Sabah, khususnya golongan muda mudi mempunyai kepekaan atau tahap kesedaran politik seperti rakyat-rakyat luar Negara dan Malaya????

Dari apa yang JM perhatikan, kepekaan dan kesedaran rakyat Sabah terhadap isu-isu politik berada dalam keadaan yang amat rendah sekali. Apakah sebabnya hal ini berlaku?

Jika kita lihat dalam anjuran-anjuran atau program-program parti politik baik kerajaan mahupun pembangkang diSabah, kehadiran rakyat-rakyat Sabah dalam program tersebut amat menyedihkan sekali. Adakah ini boleh dijadikan kesimpulan bahawa rakyat Sabah kurang kesedaran politik?

Anda ingin sokong kerajaan ataupun pembangkang, itu hak anda….isunya sekarang sejauh mana kesedaran, kepekaan dan pemahaman rakyat Sabah terhadap isu-isu politik dalam Sabah atau Malaysia amnya????

Menyedihkan apabila kebanyakan golongan muda-mudi Sabah kurang peka terhadap situasi politik yang berlaku dalam Sabah mahupun Malaysia. Tidak di nafikan, rakyat Sabah mempunyai nilai “lemah lembut dan hormat” yang amat tinggi sekali. Dan mungkin ini salah satu penyebab mengapa kurangnya sambutan diberikan. Dan ini sangat baik jika diam tapi peka…. Mungkin diam sebab takut kena “tangkap”….. Tetapi bagaimana pula kalau diam sebab tidak mahu ambil tahu, tidak kisah dan bersikap acuh tidak acuh????? Ini pasti bukan sesuatu yang “sihat”….

Sebagai belia, golongan ini seharusnya sedar bahawa mereka bakal mewarisi “kehidupan” Sabah akan dating….jika golongan ini masih dengan sikap “apa saya peduli”…..ingat…. kelak kemungkinan besar anda sendiri yang akan menyesal dengan sikap anda ini.

JM bukanlah menyeru golongan belia (muda-mudi) untuk berdemonstrasi secara melulu….namun isu yang sudah menjadi HAK kita, kenapa kita mesti diam dan tunggu “orang lain” yang memperjuangkan untuk kita????? Walaupun Kerajaan telah menggubal undang-undang “sekatan” terhadap perhimpunan, namun perkara ini tidak seharusnya menjadi satu perkara yang boleh terus “mendiamkan” kita……. MENYUARAKAN, itu hak kita sebagai rakyat…. KITA yang memilih mereka…. Sepatutnya mereka menjamin dan memperjuangkan hak-hak dan kebajikan rakyat…..

Kesimpulannya, politik lah yang akan menentukan “kehidupan” kita sebagai rakyat….. kalau kita memilih untuk bersikap “tidak mahu ambil tahu”, boleh…..namun kemungkinan, anda hanya akan bersuara apabila segala-galanya sudah terlambat adalah amat tinggi sekali…..

Sebagai mana kita memberi komitmen minat kita terhadap Liga premier English, Liga Spanish, hal-hal upgrade kereta, hiburan, fesyen, the voice, raja lawak, Akademi Fantasia dan sebagainya, begitu juga lah yang seharusnya kita berikan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan politik tanah air kita. Tidak susah….. Cuma baca, faham dan nilailah secara kritis.…..

Fikir dengan otak dan jangan fikir dengan hati……..

Saturday, January 14, 2012

JUAL ROKOK SELUDUP di kawasan pasar Pilipin Kota Kinabalu.... Pihak Berkuasa pura-pura kunun tidak nampak....

Pasar Pilipin Kota Kinabalu.... siapa yang tidak kenal??? popular dengan jualan hasil lautnya, kini ia menjadi antara salah satu tempat yang di promosikan oleh Kerajaan Sabah sebagai antara tempat WAJIB PERGI kepada orang-orang luar dan juga para pelancong khususnya.

Mahu cari ikan masin, ketam, sotong, ikan kembung, bilis ? datang saja sini..... segar dan murah. 

Namun tujuan artikel ini di tulis bukanlah untuk mengiklankan produk-produk tersebut melainkan sebenarnya ingin mengetengahkan beberapa isu yang seharusnya di ambil perhatian serius oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. 

Sesiapa yang kerap pergi ke kawasan ini terutamanya pada waktu kemuncak (jam pulang kerja) pasti berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang teruk. Dari pemerhatian, isu ini berlaku bukanlah sebenarnya berpunca daripada masalah jalanraya. Tetapi di sebabkan oleh kurangnya parking di kawasan tersebut. Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila berlakunya "double parking" serta "emergency parking" di kawasan tersebut. 

Sekitar dua minggu lalu, JM berkesempatan mengunjungi tempat tersebut. Biasalah, mahu sambut tahun baru kan, jadi ada plan mau buat "panggang-panggang" kunun. Mungkin silap timing betul.... mau cari parking saja mau sampai 1 jam?? ini barulah !!!! Sebenarnya perkara kesesakan dan susah cari parking ini bukanlah satu masalah baru. Perkara ini sudah lama berlaku, namun baru-baru saja JM ada nampak polis trafik di kawasan tersebut pegang-pegang buku (buku saman mungkin). Nampaknya kehadiran polis trafik di kawasan tersebut sedikit sebanyak membantu perjalanan trafik. Syabas dan Tahniah di ucapkan kepada anggota-anggota bertugas dan tidak di lupakan juga penghargaan kepada jabatan trafik PDRM.

Namun, kalau kita tengok tajuk artikel adalah pasal rokok seludup. kenapa tiba-tiba cerita pasal trafik pula??? sebenarnya itu baru kulitnya. Belum lagi isinya. Bah ini isinya tompinai.....

Kepada sesiapa yang selalu mengunjungi pasar Pilipin, atau kawasan pasar ikan atau mungkin yang saja-saja memandu ikut jalan di kawasan tersebut (terutamanya pada waktu kemuncak sekitar jam 4.00 - 7.00 petang) pasti akan ternampak dengan kelompok mahupun individu yang duduk-duduk di bahagian pembahagi jalan sambil dengan selambanya pegang kotak yang penuh dengan susunan kotak-kotak rokok seludup. 

So, kasih pendek cerita lah. Yang itu polis trafik bah...diorang memang tidak nampak (maklumlah pakai cermin mata hitam kan) atau pura-pura tidak nampak perkara ini? padahal jarak diantara Polis-polis trafik ini cuma beberapa meter saja. Ini yang membuatkan JM hairan sikit-sikit ini. 

Mungkin alasan polis-polis ini mengkali "tugas dorang kawal jalanraya, bukan tangkap itu jual rokok seludup". OK.... alasan di terima. Tapi sebagai ahli kepada jabatan POLIS DI RAJA MALAYSIA dengan kuasa dan juga kelebihan perhubungan antara anggota-anggota dan jabatan, adakah wajar perkara ini tidak di laporkan kepada "mereka" yang berkenaan? 

Beberapa tahun yang lalu berlaku kes penguatkuasa yang di serang di Kota Kinabalu. Mungkin ini lah sebab mengapa Polis Trafik mendiamkan diri walaupun melihat perkara jual rokok seludup secara terang-terangan berlaku. 

Namun adakah wajar perkara ini "kita" diamkan ?? dan persoalan ini diajukan khusus untuk MEREKA YANG BERKUASA renungkan, fikirkan dan ambil tindakan. Ini belum lagi memasukkan hal-hal seperti samseng, maksiat, pergaduhan yang kerap berlaku di kawasan ini.

Mungkin tidak keterlaluan jika JM simpulkan inilah antara kesinambungan dan sumbangan Projek IC Mahathir @ UMNO kepada Sabah ketika ingin "menjajah" di "Bawah Bayu" pada tahun 90an dahulu.

Rakyat Sabah...... sama-sama kita buka minda.... mari bangkit....mari bersatu....mari berjuang untuk mengembalikan hak-hak dan maruah Sabah yang semakin lama di kikis ditelan "ikan Yu"........ 

   Gambar : Penjual rokok seludup di hadapan Alliance Bank (seberang Pasar Pilipin)

Gambar : Polis Trafik di hadapan Pasar Pilipin 

Gambar : Antara kelompok penjual rokok seludup di kawasan pembahagi jalan.

Gambar : antara Polis Trafik yang bertugas.

P/s : Muka-muka terpaksa diwarnakan....faham-faham lah.....