Wednesday, July 31, 2013

UTUSAN : ORANG MELAYU HILANG TARINGNYA....JM : SABAH HILANG TARING KEPADA "ORANG ASING"!!...

Dalam satu tulisan akhbar UTUSAN MALAYSIA di muka depannya hari ini menyatakan bahawa Orang Melayu, iaitu penduduk majoriti di negara ini TIDAK LAGI DIGERUNI OLEH KAUM LAIN... JM membaca kenyataan akhbar tersebut dengan satu perasaan yang sinis...

Mungkin penulis artikel tersebut ingin menujukan kenyataan tersebut kepada kaum India, Cina dan pihak pembangkang Pakatan Rakyat.... namun JM berasa kandungan artikel tersebut AMAT DANGKAL apatah lagi akhbar tersebut dijual secara meluas di Sabah dan Sarawak....

lain pula halnya berlaku di Sabah...JM mendapat beberapa pertanyaan daripada rakan-rakan.... KENAPAKAH ORANG SABAH AMAT BERSIFAT KENEGERIAN??? satu soalan yang mungkin agak rasis untuk dijawab.... apa pula jawapan anda terhadap persoalan tersebut??? jawapan JM, kalau urang Sabah tidak bersifat kenegerian, Sabah akan jatuh kepada tangan "orang-orang asing"....

Walaupun di bawah pemerintahan UMNO (sebuah parti Melayu dari Malaya), UMNO Sabah berjaya menempatkan beberapa tokoh dalam jawatan-jawatan penting negara, namun realitinya, UMNO Sabah tidak mampu mendaulatkan Sabah, malah menyebabkan Sabah semakin teruk terjerumus ke dalam cengkaman dan jajahan Malaya....Sabah yang sepatutnya berdaulat, berdiri sendiri, menentukan hala-tuju ekonomi dan pentadbiran sendiri, dan FAKTAnya Sabah, Sarawak dan Malaya merupakan rakan kongsi dalam Malaysia, kini dituruntarafkan menjadi sebuah negeri dan di sama tarafkan dengan Perlis, Kelantan, Melaka di Semenanjung...



Hasil daripada PROJEK IC besar-besaran Mahathir, menyebabkan jumlah-jumlah Imigran yang mempunyai mykad adalah lebih banyak daripada mana-mana populasi kaum di Sabah...malah terdapat imigran-imigran ini yang kini memegang jawatan-jawatan penting di Sabah, berstatus jutawan, berpangkat Datuk malah mempunyai tanah ratusan ekar...terdapat juga beberapa cubaan daripada imigran-imigran ini untuk memohon diberikan HAK YANG SAMA seperti mana yang kini di kecapi oleh Bumiputera Sabah....

Bumiputera Sabah yang terkenal dengan sifat pendiam, harmoni, mesra dan kesabarannya kini memakan diri apabila kaum-kaum bumiputera ini "KALAH" dengan keganasan, kesamsengan puak-puak imigran ini... dimana-mana kawasan pekan atau bandar di Sabah, kita akan lihat kawasan pekan dan bandar tersebut "dikuasai" oleh kaum imigran...sehinggakan apabila berlakunya insiden2 pergaduhan, kaum bumiputera ini akan bertempiaran lari disebabkan kalah kepada "jumlah" imigran yang ramai ini... Pendek kata, kaum bumiputera kini perlu sentiasa berhati-hati dan wajib menyimpan rasa "takut" apabila berjalan-jalan di mana-mana kawasan bandar di sabah...

Di samping itu, dari segi kuasa politik juga, suara Sabah & Sarawak hanya menjadi bahan gelak oleh YB2 di Malaya... Sabah umpama di anaktirikan dari aspek pembangunan dan keutamaan ekonomi... bermula sebagai negeri-negeri (sepatunya negara) yang paling kaya di Malaysia, kini Sabah menjadi negeri yang PALING MUNDUR di Malaysia....terdapat pelbagai suara telah diketengahkan baik pada peringkat parlimen, NGO mahupun sidang akhbar, namun pihak-pihak Malaya umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri...isu-isu 20 perkara, royalti, autonomi, lebuhraya, perumahan menjadi bahan permainan kempen oleh mereka.... umpama isu2 tersebut merupakan isu-isu yang kecil... apa tidaknya, mereka mungkin beranggapan bahawa orang sabah masih boleh diperbodohkan... disamping mereka sudah mempunyai UNDI TETAP daripada pihak Imigran...jadi, apa mereka peduli kalau janji tersebut tidak ditepati???
kini sudah lepas pilihanraya... baru-baru ini, JM ada baca... Pan Borneo ditangguhkan dan hanya akan dijangka siap pada 2025 dimana dalam manifesto pilihanraya, kononnya Pan Borneo akan siap pada 2016...
kasihan kita orang Sabah Sarawak... balik2 kana tembirang....

Anwar Ibrahim, tiba-tiba pula muncul menawarkan diri untuk menjadi penyelamat kepada Sabah dan Sarawak...dengan menyalahkan 100% kesalahan kepada pihak UMNO, tetapi tidak sedar bahawa beliau merupakan orang yang kedua paling berkuasa di dalam UMNO dahulu...apa yang telah dilakukan oleh beliau selain daripada mengukuhkan jajahan UMNO di bumi Sabah pada tahun 90 an dahulu???

Pihak PR dan UMNO dua kali lima dari segi memainkan isu-isu sensitif dalam memecahbelakan perpaduan rakyat... budaya konflik agama, rasis kini mula menular di Sabah... malah salah satu penyebab kejatuhan PBS dahulu adalah disebabkan penyebaran isu konflik agama dan prejudis terhadap kaum... kini, umpama kanser, semakin merebak di kalangan rakyat....

Kebijakan pihak Malaya dalam menyebarkan kempen "kebergantungan" boleh dikatakan berjaya apabila Sabah kini terpaksa bergantung harap kepada ehsan dan budi baik pihak Malaya dalam menyalurkan dana-dana, peruntukan ataupun projek2...umpama Sabah dan Sarawak TIDAK AKAN BOLEH BERDIRI SENDIRI tanpa adanya "tangan" Malaya....

suatu masa dahulu Tun Fuad and The geng merupakan tokoh2 yang amat digeruni oleh pihak Malaya... biarpun tidak bersekolah tinggi, Tun Fuad & The geng bukanlah senang untuk diperbodohkan oleh Malaya... Sehinggakan "kedegilan" mereka ini terpaksa dibayar dengan nyawa mereka sendiri apabila berlakunya tragedi double 6 yang kini masih menjadi misteri sehingga kini...

Namun hal yang sebaliknya pula berlaku ketika ini... kebanyakkan YB2 , wakil2 rakyat Sabah & Sarawak merupakan lulusan Luar Negara... namun mereka begitu mudah diperbodohkan.... mereka sanggup menjadi pak turut asalkan mereka tidak keluar dari zon selesa....suara-suara sabah , suara-suara rakyat Sabah, suara-suara wakil rakyat sabah bukan lagi suara-suara yang digeruni... kini suara-suara Sabah semakin hilang taringnya, semakin lenyap di himpit suara-suara orang asing....malah bahasa2 kaum bumiputera yang suatu ketika dahulu unik dan digunakan secara berleluasa, kini semakin pupus ditelan bahasa melayu.....

Fikir dengan OTAK...bukan dengan HATI....