Saturday, March 17, 2012

Awas Amaran TSUNAMI "INI KALI LAH"!!!!

TSUNAMI adalah satu nama yang pasti menggentarkan bagi seluruh penduduk dunia. Setelah mengorbankan lebih ratusan ribu nyawa di Acheh pada tahun 2004, baru-baru ini Jepun pula di "sapu" oleh Tsunami yang dikatakan terburuk dalam sejarah 140 tahun negara mereka.  Tidak cukup dengan "menyapu" nyawa, Tsunami tersebut turut memusnahkan loji nuklear negara tersebut.

Di Malaysia lain pula halnya. Walaupun turut menerima impak pada Tsunami 2004, namun ia kini seperti telah luput dari ingatan rakyat Malaysia. Namun Tsunami politik yang telah dicetuskan oleh Pakatan Rakyat di Malaysia pada pilihanraya umum 2008 lalu telah menggemparkan seluruh negara apabila PR berjaya merampas 5 negeri di Malaya. Walaupun penuh dengan kontroversi, kerajaan BN berjaya merampas kembali sebuah negeri apabila beberapa wakil rakyat melompat menjadi wakil BEBAS yang menyokong BN.

Sabah dan Sarawak yang dahulunya kurang mendapat perhatian daripada kerajaan BN kini dianggap menjadi "penyelamat" kepada BN.... menyedari perkara ini, kini BN mula menumpukan usaha agar status "fix deposit" ini kekal menjadi miliknya. Maka, bermulalah episod "buka mata" daripada pihak BN di Sabah. Dengan isu RCI di Sabah yang seperti sengaja tidak "dilayan" oleh Najib, secara tiba-tiba muncul pula NGO KadazanDusunMurut Malaysia yang dikatakan diterajui oleh UMNO untuk memecahkan kesatuan dan meraih sokongan daripada pihak Kadazan, Dusun dan Murut. Malah Najib baru-baru ini dikatakan akan menubuhkan Universiti KDM di Sabah. Ternyata ini semua merupakan usaha daripada pihak BN untuk mengemis undi kaum KDM ini. Namun, tidak seperti di Selangor dan Kedah, Najib tidak pula melafazkan maafnya terhadap kesilapan yang telah dilakukan oleh kepimpinan BN di Sabah.

Di Sabah, Tsunami "INI KALI LAH" kini telah mula bertiup dengan kencang di Sabah. Hasil daripada tinjauan di kawasan-kawasan seperti di Tamparuli, Tuaran, Tambunan, Keningau, Ranau dan Telupid sambutan rakyat terhadap "INI KALI LAH" sangat "menggerunkan".

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang merupakan BOSS BESAR United Borneo Front, dan Parti STAR Sabah sejak beberapa bulan kebelakangan ini giat keluar masuk, turun naik ke kawasan-kawasan kampung untuk berkempen, berceramah, bersoaljawab dan menyedarkan rakyat mengenai isu-isu penindasan dan penipuan Malaya terhadap Sabah seterusnya menyebarkan perjuangan agenda Borneo nya.

Berucap di Kampung Tontolob Tambunan semalam (16 MAC 2012) sejurus selepas menghabiskan program beliau di Tuaran, penerangan ringkas, berisi, dan penuh dengan fakta dari Jeffrey sedikit sebanyak berjaya membuka mata dan minda para hadirin. Apa yang lucu, pada mulanya terdapat seorang hadirin yang boleh dikira penyokong tegar kepada Pairin apabila kerap kedengaran perbualan kecil lelaki tersebut dengan rakan yang duduk di sebelahnya mengatakan "ih Pairin noh doho undion (Hanya Pairin sahaja yang saya undi)". Namun selepas kedatangan Jeffrey dan mendengar isi-isi ceramah dari Jeffrey, lelaki tersebut mula terdiam dan menumpukan perhatian beliau terhadap ceramah Jeffrey. Tidak disangka, lelaki tersebut kemudiannya menjadi antara penyumbang surara terkuat dalam laungan "INI KALI LAH".

Jeffrey juga berjaya menjelaskan dan menjawab setiap persoalan yang dilontarkan oleh para hadirin yang hadir. Malah isu popular yang dikaitkan dengan Jeffrey sebagai seorang pemimpin yang suka "LOMPAT" parti juga berjaya memuaskan hati para hadirin.

Sesungguhnya sikap pandang rendah dan acuh tidak acuh daripada kepimpinan BN terhadap Tsunami "INI KALI LAH" pasti akan "menyesalkan" mereka. Dengan kerjasama yang semakin erat daripada pihak USNO, STAR, SAPP, tidak menghairankan apabila senario politik di Sabah akan berubah pada PRU yang akan datang.

Apa yang penting, Tsunami "INI KALI LAH" telah membangkitkan satu semangat patirotik dan kesatuan rakyat terhadap Sabah. Apatah lagi dengan semangat kesedaran rakyat yang kini semakin marah terhadap PATI dan NCR yang tidak diberikan penyelesaianb memuaskan daripada pihak kerajaan. jadi.....

Kalau bukan kita....SIAPA LAGI????
Kalau bukan sekarang.....BILA LAGI???

INI KALI LAH!!!!

Tuesday, March 6, 2012

Mong Dagang akhirnya akui & pertahankan pendirian pemberhentian bantuan kepada OKU

Setelah beberapa hari menyepi, akhirnya Mong Dagang mengakui dan mempertahankan pendirian beliau seperti dalam kandungan surat yang telah ditandatanganinya berkenaan arahan pemberhentian bantuan kepada seorang OKU. 

Dagang mempertahankan pendiriannya itu atas dasar beliau "seorang yang berprinsip". Menurut Dagang, arahan pemberhentian bantuan itu betul. "Kita tidak boleh terus memberi bantuan kebajikan dan subsidi kerana beliau adalah seorang penyokong pembangkang tegar. Bantuan harus diberikan kepada orang cacat yang lebih layak," jelas Dagang. "Beliau mampu menanam padi dan menunggang motorsikal seperti manusia normal," Tambah Dagang lagi. 


Namun pendirian Dagang tidak lah mendapat reaksi positif dari kalangan "Facebookers" apabila rata-rata mencaci tindakan Dagang.

Frusis, telah membuat laporan polis berhubung pemberhentian bantuan kebajikan RM300 serta bantuan baja dan benih buah-buahan yang menurutnya tidak disertakan dengan alasan yang munasabah. Frusi Lebi, turut menafikan menjadikan rumahnya pernah dijadikan pusat operasi pembangkang. Sebaliknya beliau cenderung untuk memilih pembangkang kerana kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Sarawak yang telah menceroboh tanahnya serta beberapa penduduk kampung lain.

Namun,Frusis mengaku telah mengibarkan bendera pembangkang namun telah dirampas oleh ketua kampung dan dibakar.

Beberapa persoalan timbul  terhadap pendirian Dagang terhadap golongan OKU. Jika kita lihat, ada beratus-ratus lagi penerima bantuan kebajikan ini adalah terdiri dari golongan yang normal, malah mempunyai tanah untuk diusahakan. Mengapakah Dagang tidak pula mengeluarkan arahan pemberian bantuan terhadap mereka ini? 


Nampaknya nilai-nilai kemanusiaan yang ada pada diri Dagang sangatlah nipis dimana terlebih dahulu mendahulukan kepentingan politik beliau. Adalah sangat BODOH apabila menyamakan kudrat seorang OKU dengan kudrat manusia normal. Jelas dari segi fizikal sahaja, kita sudah boleh lihat betapa kurangnya mereka. Mereka memang boleh memegang pen, menunggang motosikal, memegang cangkul, memasak...tetapi adakah mereka secekap, sepantas, sekuat, setangkas manusia normal???

Hanya semata-mata berlainan anutan politik, Dagang bertindak zalim mengarahkan pemberhentian bantuan tersebut. Tidak ada sedetik pun timbul keprihatianan, belas kasihan dan sikap "profesional" beliau sebagai seorang pemimpin dengan datang sendiri serta berbincang terlebih dahulu dengan Frusis. Adakah dengan tindakan beliau mengarahkan pemberhentian tersebut kita boleh kategorikan beliau sebagai seorang yang berjiwa rakyat, prihatin, dan berwibawa ? Ataupun tindakan beliau ini menggambarkan bahawa beliau seorang salahguna kuasa, zalim, kuku besi dan pentingkan diri sendiri??? fikir dengan otak.....

Sebelum ini, Najib telah meminta maaf kepada rakyat Selangor dan Kedah serta berjanji untuk membetulkan kesilapan dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri pembangkang itu. Walaupun ini boleh dikira sebagai gimik politik untuk memikat kembali undi rakyat di kawasan tersebut, namun sekurang-kurangnya pendekatan Najib bolehlah dikatak OK berbanding tindakan Dagang yang KO....

Apa-apa pun, nasihat kepada pemimpin, jangan bongkak dan takbur dengan pangkat....kerana itu rakyat yang bagi...nanti sampai masa, datang juga kamu balik sama rakyat pigi jual muka, mengemis, merayu, menembirang dan minta puji sama rakyat minta undi kamu.... bila sudah kena bagi pangkat, tunjuklah teladan yang baik...ini negara demokrasi... semua orang ada HAK untuk memilih "anutan" politik..... oleh itu, bila sudah ada kuasa, amalkan politik yang "mesra" dan bukan "kuku besi".....kamu tau kah tu YB????

Fikir dengan otak...... bukan dengan hati...... INI KALI LAH!!!!!

Monday, March 5, 2012

Bukan hanya Selangor dan Kedah...Najib perlu minta maaf kepada Sabah juga !!!

Baru-baru ini gempar blog-blog memaparkan mengenai "Najib MINTA MAAF" di Selangor dan Kedah. Apa yang mendukacitakan, Najib tidak ikhlas dengan permohonan maaf nya itu...kenapa???? ya lah...kenapa minta maaf dengan negeri tawanan pembangkang saja kan???


Di samping itu, Najib juga mengakui bahawa BN TELAH MELAKUKAN KESILAPAN serta pemberian perkhidmatan yang tidak memuaskan kepada rakyat. Berikut merupakan petikan dari ucapan beliau ketika majlis turun padang di Baling ;
 "Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita.

Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf.  


Kita berazam bahawa kita sudah mempelajari daripada kesilapan kita. Kita beri perakuan, akujanji kepada rakyat bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat.
Yang dulu jadi sempadan jangan dibangkit-bangkit lagi...kita janjikan perubahan untuk rakyat Malaysia dan Kedah. Perjalanan sudah bermula"

Renung dalam-dalam apa yang telah dikatakan oleh Najib itu. Adakah kesilapan BN hanya berlaku di Negeri-negeri yang dikuasai pembangkang??? bagaimana pula halnya di Sabah??? adakah langsung tidak wujud kesilapan BN di NEGARA SABAH ini??? 

Mari kita sama-sama ingat kembali beberapa isu besar kesilapan BN di Sabah yang sememangnya tidak dapat disembunyikan lagi. Antaranya ialah :
  1. Projek IC...
  2. PATI
  3. Pengundi Hantu
  4. NCR
  5. Jawatan ketua untuk jabatan awam di Sabah yang dimonopoli oleh MALAYA
  6. Helah Najib bahawa Sabah bukan Negeri termiskin VS kenyataan Bank Dunia
  7. monopoli 95% hasil kekayaan Sabah oleh Malaya
  8. Peruntukan berbillion-billion untuk projek mega Malaya.... Sabah ???
  9. Kedaifan infrastruktur, jalan raya, elektrik, bekalan air
  10. Penipuan iklan kempen KEMAJUAN Malaysia di bawah BN.... yang ditayangkan komuter, LRT, Sepang, Tower, lebuhraya, Putrajaya....Sabah sarawak cuma gunung kinabalu, monyet bayau, orang sedang memegang sumpit, dan menari sumazau, ngajat...itukah kemajuan???
  11. Jaringan kesihatan yang buruk
  12. RCI
  13. Penipuan terhadap Perjanjian Malaysia dan 20 Perkara
  14. ketidakadilan kuota guru untuk Sabah 30 %, Sarawak 30 % manakala semenanjung 40 %....
  15. Penipuan dalam buku teks terhadap sejarah pembentukan Malaysia
Oleh itu, wajarkah untuk Najib tidak meminta maaf kepada Sabah atas perkara-perkara NYATA kesilapan BN terhadap Sabah? 

Adakah Najib ikhlas??? Bagi JM...TIDAK!!! kenapa perlu meminta maaf berpuluh-puluh kali pada setiap sesi majlis turun padang berbanding cukup dengan memberikan kenyataan maaf SEKALI sahaja sekaligus terhadap seluruh Malaysia??
Sumber : UBF facebook group page


Memang bagus nilai meminta maaf ini...dan sebagai manusia yang beragama, kita juga harus menerima dan memaafkan beliau. Namun bagaimana jika ia hanya gimik politik??? Meminta maaf apabila hampir tibanya pilihanraya...bukan kah itu umpama "ada telur di sebalik maggie" ???

So, orang Sabah.... mari gia kita guna otak kita untuk berfikir kio....jangan kita guna hati...apa lagi kepala lutut...dan sama-sama lah kita renungi "keikhlasan" maaf si Najib....

bah bila???? Ini kali lah!!!!!

Sunday, March 4, 2012

Mong Dagang arah bantuan OKU ditarik balik semata-mata menyokong pembangkang...Tidak patut......

Sepucuk surat yang ditulis dan ditandatangani oleh Datuk Mong Dagang iaitu Menteri Muda Pertanian Sarawak tersebar dengan luas di laman sosial Facebook. Surat yang bertarikh 8 Disember 2011 itu, mengarahkan agar Penolong Pengarah Pertanian Bahagian Sri Aman menarik balik segala bentuk bantuan yang diberikan kepada En. Frusis Lebi diberhentikan serta merta.

Surat yang dikatakan ditulis oleh Dagang (sumber : facebook)

Menurut kandungan surat itu, sebab bantuan tersebut perlu diberhentikan adalah kerana En. Frusis Lebi secara terbuka telah menentang dasar kerajaan dan menyokong calon pembangkang pada Pilihanraya Dun Sarawak yang lalu. Di samping itu, En. Frusis Lebi turut menyediakan tempat untuk dijadikan bilik operasi kepada calon pembangkang.

Datuk Mong Dagang

Walaubagaimanapun, kandungan surat tersebut sebaliknya mendapat reaksi negatif dari para pengomen Facebook. Setakat ini, Datuk Mong Dagang yang juga ADUN Bukit Begunan, Sarawak belum lagi memberikan sebarang ulasan.

Setakat ini juga, Datuk Mong Dagan tidak mengesahkan atau menafikan samada surat tersebut ditulis olehnya atau pejabatnya. Namun secara rasionalnya, bukankah BANTUAN seharusnya diberikan tanpa mengira kepentingan atau anutan politik seseorang penerima??? asal sahaja mereka layak, sepatutnya bantuan tersebut haruslah diberikan. Diskriminasi dalam bentuk pemberian bantuan seharusnya tidak berlaku ini kerana bantuan tersebut lebih kepada bentuk "sumbangan, sedekah, simpati" terhadapa golongan tidak berkemampuan ini.

Mungkin Mong Dagang berfikir beliau akan diangkat menjadi HERO oleh para pemimpin politik dan rakayat dengan menulis surat arahan tersebut....sebaliknya, apa yang beliau dapat cuma lah kritikan-kritikan dan cacian daripada para pengomen Facebook.

Sebagai seorang YB, beliau seharusnya bertindak secara bijak dengan menyiasat punca OKU berkenaan menyokong pembangkang dan seterusnya berusaha memikat kembali OKU tersebut untuk beralih menyokong kerajaan. Dan bukannya secara ZALIM mengarahkan pemberhentian bantuan berkenaan.
Sebelum ini, Datuk Mong Dagang juga terlibat dalam kontroversi apabila kononya menembak setiausaha politik beliau sendiri.

Jika inilah amalan politik yang diamalkan oleh kerajaan BN, maka slogan " RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" hanyalah lebih kepada sekadar gimik politik dari pihak kerajaan. Dan dengan tersebarnya surat tersebut, ia sudah pasti bukan memberikan kelebihan kepada BN sebaliknya menjadi satu point kepada pihak pembangkang dalam kempen-kempen mereka kelak...

Kesannya, semakin kurang kepercayaan rakyat terhadap wakil rakyat dari BN.

Namun apa yang pasti, semakin terserlah ketidakikhlasan para YB BN dalam menjaga kebajikan kawasan yang diwakilinya. Iyalah.... lihat sekeliling kita, seterusnya tepuk dada tanya selera.....

INI KALI LAH!!!!!!

Saturday, March 3, 2012

Pertarungan epik DUA BERADIK KITINGAN !!!!



Perbalahan antara adik beradik ??? suatu perkara yang normal dalam kehidupan.... namun isu panas yang hangat  membara di Malaysia dan Sabah khususnya adalah tentang " pertarungan " DUA BERADIK dalam persada politik Sabah.


Jarang sekali kita lihat dua tokoh politik apatah lagi mempunyai talian darah tidak sependapat dan saling tidak bekerjasama dalam perjuangan politik. Seperti membuka kembali buku-buku kepahlawanan , raja-raja , perang dahulukala..... tidak sangka pula, perkara tersebut kini berlaku secara langsung di Sabah. Dua tokoh politik ini iaitu Datuk Pairin Kitingan dan Datuk Jeffrey Kitingan saling tidak sehaluan dan sefahaman dalam perjalanan politik mereka.


Suatu masa dahulu, mereka memang pernah bekerjasama dalam PBS....namun "persengketaan" ini bermula apabila Jeffrey keluar dari PBS dan menubuhkan AKAR. walaupun begitu, "persengketaan" mereka ini bagaikan tidak begitu serius dan hampir tidak pernah ada maki memaki antara mereka di laporkan di media massa....dan dalam kempen-kempen ceramah mereka juga, cuma berupakan sindiran sinis antara mereka.


Namun baru-baru ini, perkara ini memuncak apabila Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah meletupkan kemarahannya secara terbuka terhadap adiknya Jeffrey Kitingan disebabkan berlainan fahaman politik. Pairin sebelum ini dikenali di kalangan rakyat Sabah dan ahli politik sebagai seorang yang tenang dan jarang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kawan mahupun lawan politiknya. Menurut beberapa sumber dikatakan Pairin turut meletak label "mendiang" terhadap Jeffrey. Menurut Pairin lagi, Jeffrey lebih percayakan  cakap orang "tukang kipas dan angkat kaki" berbanding cakap abangnya sendiri. 


Pairin turut mengatakan bahawa perjuangan politik Jeffrey hanya perjuangan untuk mencapai kepentingan peribadi dan tidak mempunyai keikhlasan dalam membantu rakyat. Di samping itu, Pairin turut menyamakan Jeffrey seperti Anwar Ibrahim yang hanya "pandai berkata" sedangkan perjuangan mereka hanya kerana inginkan pangkat. Di percayai, kemarahan Pairin ini ada kaitan dengan keputusan Jeffrey untuk menentang Pairin merebut kerusi Parlimen Keningau dalam PRU yang akan datang.


Jeffrey ketika mengulas kembali kelancangan Pairin, mengatakan bahawa Pairin seharusnya tidak menggunakan alasan kekeluargaan sebagai alasan untuk "jangan" bertanding di kerusi Pairin. Menurut Jeffrey, Pairin terdesak untuk mengekalkan kuasanya dan takut kehilangan kuasa.


"He is my elder brother and I have nothing against him and I love him as any brother would do but I love the people and this country more.

He may be my elder brother but contesting against him does not mean showing disrespect as I am not fighting him but contesting against him as a representative of the Barisan Nasional, my political opponent. As we all know, the BN has done a lot of wrong and injustices to Sabah and its people," tambah Jeffrey.

Walaubagaimanapun, kata-kata kesat dari Pairin ini telah mengundang reaksi dari seorang veteran politik Sabah (sumber...klik sini) Frederick Lojingki bahawa sebagai Huguan Siou ( ketua ) KDM, Pairin harus meminta maaf terhadap Jeffrey dan perlu dikenakan "sogit" (denda adat kaum Dusun) sebagai tanda perdamaian. Ini kerana melabel seseorang yang masih hidup sebagai mendiang adalah satu kesalahan besar dalam masyarakat kadazandusun. "sogit" tersebut berupa kerbau ataupun babi. Sebagai seorang ketua kaum, Pairin seharusnya menjadi teladan dan harus menghormati adat tradisi kadazandusun tersebut.

Walauapapun, masih terlalu awal untuk melihat siapakah Hang Jebat dan siapa pula Hang Tuah antara kedua-dua beradik ini. Namun secara peribadi, JM merasakan, biar berlainan fahaman politik... tetapi janganlah hanya kerana menjadi lawan politik, kita turut menggadai perhubungan kekeluargaan kita....

Buang yang keruh ambil yang jernih bosss..... INI KALI LAH!!!!!