Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Sunday, March 4, 2012

Mong Dagang arah bantuan OKU ditarik balik semata-mata menyokong pembangkang...Tidak patut......

Sepucuk surat yang ditulis dan ditandatangani oleh Datuk Mong Dagang iaitu Menteri Muda Pertanian Sarawak tersebar dengan luas di laman sosial Facebook. Surat yang bertarikh 8 Disember 2011 itu, mengarahkan agar Penolong Pengarah Pertanian Bahagian Sri Aman menarik balik segala bentuk bantuan yang diberikan kepada En. Frusis Lebi diberhentikan serta merta.

Surat yang dikatakan ditulis oleh Dagang (sumber : facebook)

Menurut kandungan surat itu, sebab bantuan tersebut perlu diberhentikan adalah kerana En. Frusis Lebi secara terbuka telah menentang dasar kerajaan dan menyokong calon pembangkang pada Pilihanraya Dun Sarawak yang lalu. Di samping itu, En. Frusis Lebi turut menyediakan tempat untuk dijadikan bilik operasi kepada calon pembangkang.

Datuk Mong Dagang

Walaubagaimanapun, kandungan surat tersebut sebaliknya mendapat reaksi negatif dari para pengomen Facebook. Setakat ini, Datuk Mong Dagang yang juga ADUN Bukit Begunan, Sarawak belum lagi memberikan sebarang ulasan.

Setakat ini juga, Datuk Mong Dagan tidak mengesahkan atau menafikan samada surat tersebut ditulis olehnya atau pejabatnya. Namun secara rasionalnya, bukankah BANTUAN seharusnya diberikan tanpa mengira kepentingan atau anutan politik seseorang penerima??? asal sahaja mereka layak, sepatutnya bantuan tersebut haruslah diberikan. Diskriminasi dalam bentuk pemberian bantuan seharusnya tidak berlaku ini kerana bantuan tersebut lebih kepada bentuk "sumbangan, sedekah, simpati" terhadapa golongan tidak berkemampuan ini.

Mungkin Mong Dagang berfikir beliau akan diangkat menjadi HERO oleh para pemimpin politik dan rakayat dengan menulis surat arahan tersebut....sebaliknya, apa yang beliau dapat cuma lah kritikan-kritikan dan cacian daripada para pengomen Facebook.

Sebagai seorang YB, beliau seharusnya bertindak secara bijak dengan menyiasat punca OKU berkenaan menyokong pembangkang dan seterusnya berusaha memikat kembali OKU tersebut untuk beralih menyokong kerajaan. Dan bukannya secara ZALIM mengarahkan pemberhentian bantuan berkenaan.
Sebelum ini, Datuk Mong Dagang juga terlibat dalam kontroversi apabila kononya menembak setiausaha politik beliau sendiri.

Jika inilah amalan politik yang diamalkan oleh kerajaan BN, maka slogan " RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" hanyalah lebih kepada sekadar gimik politik dari pihak kerajaan. Dan dengan tersebarnya surat tersebut, ia sudah pasti bukan memberikan kelebihan kepada BN sebaliknya menjadi satu point kepada pihak pembangkang dalam kempen-kempen mereka kelak...

Kesannya, semakin kurang kepercayaan rakyat terhadap wakil rakyat dari BN.

Namun apa yang pasti, semakin terserlah ketidakikhlasan para YB BN dalam menjaga kebajikan kawasan yang diwakilinya. Iyalah.... lihat sekeliling kita, seterusnya tepuk dada tanya selera.....

INI KALI LAH!!!!!!

Saturday, September 17, 2011

Sandiwara cukai 6% BN!!!

PENANGGUHAN cukai perkhidmatan 6% kad prabayar yang diumumkan pihak TELCO melalui campurtangan kerajaan berhubung merupakan satu keputusan yang bersifat sementara dan hanya menunggu keputusan rasmi akibat daripada bantahan rakyat ‘1Malaysia’ yang menyifatkan pengenaan cukai perkhidmatan ini satu bebanan yang teruk dan sukar diterima.


Walaupun perjumpaan telah dilakukan oleh pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan baru-baru ini, ia langsung tidak meredakan keresahan penduduk 1Malaysia memandangkan pengenaan cukai berkenaan mungkin hanya akan dikenakan pada ‘sim pack’ permulaan ataupun cukai yang difikirkan tidak membebankan rakyat.

Adakah kerajaan sedar bahawa ketika Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional itu sendiri ditemuduga oleh pihak media massa berhubung dengan pengenaan caj berkenaan; semua tidak bersetuju dan memberitahu bahawa ia amat membebankan rakyat. Lakonan daripada pihak pemimpin tertinggi Barisan Nasional wajar mendapat Award Antarabangsa!

Kita berbalik kepada sejarah setahun yang lalu iaitu pengumuman Bajet 2011 yang telah dibentangkan pada 15 Oktober 2010 oleh Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat.

Melalui pembentangan tersebut, kerajaan telah mencadangkan kenaikan cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6% ke atas perkhidmatan yang ditawarkan dengan memberi alasan bahawa kedudukan kewangan yang kukuh adalah penting bagi menjaga kesejahteraan masa hadapan negara!

Satu garis panduan telah dikeluarkan dan pengenaan caj 6% cukai perkhidmatan akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011. Ia dikategorikan kepada dua caj iaitu menaikkan kadar cukai perkhidmatan ke atas semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj; mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar.

Jadual Kedua kepada Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 telah dipinda dalam Kumpulan G, ‘perkhidmatan yang kena dibayar cukai’ seperti berikut:

“Perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan jalur lebar dan nilai ditambah; perkhidmatan televisyen berbayar”.

Jelas dinyatakan kad prabayar termasuk di dalam caj 6% cukai perkhidmatan!

Melalui Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Bahagian IV, Seksyen 10A (2) (a);

“Tiada peruntukan berhubung dengan invois atau resit yang dikeluarkan dengan menggunakan komputer boleh dianggap telah dipatuhi melainkan telah mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah Kastam dan Eksais secara bertulis”.

Ternyata jelas bahawa pengumuman ini telah bersangkut-paut dengan kerajaan melalui Ketua Pengarah Kastam dan Eksais terlebih dahulu dan mengapa kerajaan menafikan pengenaan cukai berkenaan tidak ada kena-mengena dengan kerajaan?

Seksyen 31(1) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 menyatakan bahawa;

“Tiada seorang pun boleh mengenakan caj atau memungut daripada mana-mana orang apa-apa jumlah wang bagi maksud membayar cukai perkhidmatan yang didapatkan secara levi di bawah Akta ini berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan yang disediakan melainkan jika dia boleh dikenakan melalui Akta ini untuk bayaran cukai perkhidmatan.”

Seksyen 31(2) menyatakan bahawa kesalahan di bawah Seksyen ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Adakah syarikat-syarikat telekomunikasi gergasi ini sanggup melakukan kesalahan sedemikian rupa ini demi untuk mengutip 6% daripada rakyat sedangkan kajian berhubung dengan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 pasti telah diteliti oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sebelum membuat sesuatu keputusan?

Kerajaan Barisan Nasional tidak seharusnya menuding jari kepada pihak syarikat telekomunikasi semata-mata atas ketidak komitmen mereka terhadap pengumuman ini dan pada masa yang sama ‘berlakon’ seolah-olah telah menitikberatkan kehendak dan permasalahan rakyat; dengan cara menunda masa pelaksanaan ke satu tarikh atau menetapkan bentuk cukai yang difikirkan sesuai dan tidak membebankan rakyat.

Mengaku atas kelemahan diri daripada mengugat kesejahteraan dan kestabilan ekonomi akibat daripada ketidak konsistensi pemerintahan kerajaan Barisan Nasional sehingga membebankan rakyat adalah tindakan terpuji!

source : http://sabahkinimirror.blogspot.com/

Saturday, September 10, 2011

Asal BN BARANG NAIK...Top Up di kenakan cukai 6%....


Ini lah yang di namakan SUDAH JATUH DI TIMPA TANGGA..... ketika rakyat sedang menyesuaikan diri dengan Gaya Hidup Baru kesan dari penarikan subsidi, kenaikan harga-harga barang keperluan asas kini rakyat di tambahi lagi dengan beban cukai 6% terhadap TOP UP syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia yang mulai berkuatkuasa 15 Sept 2011....

Ketika jutaan rakyat Malaysia membantah tambahan cukai baru ini, namun seorang ANAK SABAH  Datuk Abdul Rahman Dahlan Ahli Parlimen Kota Belud pula dengan senang hati menyokong cukai ini dan dengan selambanya memberi komen dalam akaun twitternya cukai tersebut sebagai sumbangan kepada ekonomi negara oleh pengguna prabayar. Malah turut menambah bahawa kini giliran pengguna prabayar pula menyumbang kepada pembangunan negara.

                                                                      Rahman Dahlan

Rahman.... dengan TERPAKSA MENGHALALKAN penarikan subsidi minyak, TERPAKSA MENERIMA kenaikkan harga beberapa barang keperluan asas adakah itu belum cukup untuk membantu menyumbang dana kerajaan untuk tujuan pembangunan?? Namun, adakah benar wang cukai top up ini digunakan untuk pembangunan negara atau sebenarnya untuk kegunaan / kepentingan 'SENDIRI' sahaja??

Sebagai WAKIL YANG DIPILIH RAKYAT, seharusnya beliau bersuara MENGIKUT SUARA RAKYAT dan bukan berdasarkan ikut suka hati beliau sahaja. Bagi dirinya, tambahan kos RM 0.60 adalah kecil kerana beliau berpendapatan rendah. Mungkin usaha beliau ini lebih kepada usaha MENGAMPU Najib, maklumlah dah nak hampir pilihanraya... namun malangnya PM turut tidak bersetuju dengan cukai tersebut......

Najib ketika mengulas mengenai isu tersebut memberitahu bahawa cukai tersebut bukan keputusan kerajaan tetapi merupakan keputusan syarikat-syarikat Telko Malaysia. Namun lucunya, adakah SYARIKAT layak mengenakan CUKAI kepada rakyat?? Dan, secara logiknya apakah perlunya CUKAI tersebut sedangkan keuntungan-keuntungan syarikat-syarikat Telko ini mencatat peningkatan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun hasil daripada peningkatan pengguna perkhidmatan telekomunikasi ini??

Maka dengan segala putarbelit inilah rakyat di tipu, di himpit dan di tambahkan lagi dengan pelbagai bebanan kewangan.....Baru-baru ini Najib dengan angkuhnya mewar-warkan KEUNTUNGAN MENINGKAT dalam ekonomi MALAYSIA di bawah terajuannya.... namun ke mana kah perginya semua keuntungan ini hingga tanpa segan silu terpaksa lagi memeras ugut keringat rakyat??


kepada rakyat SABAH sematkanlah sentiasa AYAT KERAMAT ini sebagai panduan anda mengundi pada PRU 13 kelak..... ASAL BN BARANG NAIK!!!!!!!

Saturday, February 26, 2011

PROGRAM UBF DI KENINGAU - 27/02/2011

Saturday, 26 February 2011 00:41 Oleh: KREW SABAHKINI.NET
http://sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=6320:program-ubf-di-keningau-27-februari&catid=35:berita-sabah&Itemid=27

PENGASAS United Borneo Front (UBF) Datuk Dr.Jeffrey Kitingan akan menyampaikan ceramah Agenda Borneo hujung minggu ini di Kg.Pagansangan, Mukim Bingkor. Siri jelajah UBF untuk memperkenalkan agenda Borneo itu mendapat perhatian masyarakat pedalaman dan berkeinginan untuk bersemuka dengan ikon politik Sabah, Dr.Jeffrey Kitingan.

Pejuang UBF yang juga pengerusi penganjur, Julian Lian berkata, ceramah itu akan diadakan pada 27 Februari (ahad) bermula pada jam 2.00 petang bertempat di perkarangan rumah Juse Loibin, mantan Pengerusi JKKK Kg.Pagansangan.

“Terdapat banyak permintaan untuk jelajah UBF di kawasan pedalaman, namun kita melaksanakannya secara berperingkat kerana kami tahu ramai yang ingin tahu tentang Agenda perjuangan UBF serta hak-hak Sabah yang semakin terhakis,” kata Julian.

Julian juga mengalu-alukan kehadiran orang ramai di sekitar untuk sama-sama mendengar aspirasi Agenda Borneo.

Menurutnya sempena dengan sesi perjumpaan itu juga, penyerahan borang kemasukan UBF akan diserahkan oleh wakil penduduk.

Katanya, UBF bukanlah sebuah pertubuhan politik sebaliknya adalah harapan baru kepada rakyat di Sabah untuk memahami agenda Borneo serta hak-hak rakyat negeri ini dalam kerajaan Persekutuan.
_________________________________________________________________________________


Negeri Sabah atau negeri-negeri borneo amnya, sudah lama menunggu mana-mana parti politik ataupun badan-badan NGO yang jujur dan berani memperjuangkan hak-hak Borneo dalam Malaysia.

Kita ambil sedikit cerita di Sabah, di samping parti politik pembangkang SAPP, kini terdapat juga sebuah NGO dikenali sebagai United Borneo Front yang kini sedang giat memperkembangkan "pengaruhnya" untuk menyedarkan, memperjuangkan, seterusnya mengembalikan hak-hak Sabah yang sekian lama di kikis oleh rejim Semenanjung dalam persekutuan Malaysia.


Seperti yang kita sedia maklum, ramai rakyat yang bekerja sebagai pejawat awam kerajaan yang walaupun tidak menyukai dengan pengikisan rejim BN (Semenanjung) terhadap hak-hak Sabah (Borneo) ini, namun TERPAKSA juga menyerahkan undinya untuk Kerajaan memandangkan "takut" kedapatan dan seterusnya "mungkin" akan hilang pekerjaan nanti.

Oleh yang demikian, UBF yang hanya berstatus NGO merupakan satu platform yang mungkin akan berjaya meraih sokongan majoriti rakyat Borneo. Setakat ini, UBF baru ditubuhkan kira-kira 2 bulan yang lalu dan masih kurang publisiti mengenai pertubuhan ini. Malah blog ataupun website rasmi pertubuhan ini pun masih lagi (mungkin) belum dibuat.

Beberapa cadangan disini, UBF haruslah menggunakan kesempatan kecanggihan teknologi maklumat untuk menambahkan lagi proses penyebaran maklumat mengenai tujuan, perjuangan, madah dan konsep pertubuhan ini ditubuhkan. Sekirannya hanya menggunakan "ceramah bergerak" semata-mata, ia mungkin akan mengambil proses yang lama untuk menyebarkan maklumat. Selain itu, bagaimana pula dengan rakyat-rakyat Borneo yang kini belajar, bekerja di negara dan negeri luar? maklumat tersebut pasti akan "sukar" sampai kepada mereka sedangkan untuk merealisasikan PENGEMBALIAN HAK-HAK BORNEO ini, UBF amat memerlukan setiap sokongan daripada rakyat borneo.

Selain itu, mungkin UBF juga boleh membuka pendaftaran kemasukan (menjadi ahli) UBF secara online. Di samping menjimatkan masa, wang dan tenaga, proses penambahan ahli juga boleh dilakukan dengan cepat seterusnya akan mempercepatkan UBF untuk bertindak "melawan" isu-isu yang berkaitan dengan hak-hak Borneo ini.

Dan adalah lebih baik sekiranya UBF membuat video dokumentari mengenai "isu-isu" yang diperjuangkan oleh UBF ini seperti yang biasa kita lihat dalam history chanell 555 Astro. Malah, dalam dokumentari tersebut tidak salah untuk memasukkan bukti-bukti dan bagaimanakah bentuk "penjajahan" halus dan perlahan (tidak nampak ketara) Semenanjung terhadap negeri Borneo ini sehingga lama-kelamaan, mereka berjaya menghakis dan mengikis hak-hak Borneo ini. Jika di terbitkan dalam bentuk CD, DVD, UBF boleh menjual CD/DVD tersebut dengan harga murah ( ataupun lagi bagus free ) untuk menampung sedikit kewangan dan perbelanjaan UBF.

Akhir sekali, teruskan perjuangan!!! Selamat Maju Jaya.... sesiapa pemimpin tertinggi UBF yang terbaca blog ini, Jari Merdeka ingin meminta borang keahlian..... support mah!!!!

Sunday, October 10, 2010

MP Batu Sapi terbunuh dalam kemalangan

Ahli parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, hari ini.

Mendiang berusia 54 tahun.
Chong dipercayai menunggang motosikal Kawasaki 750 di jalanSembulan-Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez dari arah bertentangan pada sekitar jam 11.40 pagi ini.
Mayatnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.
Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkhawin dengan Linda Tsen Thau Lindan mempunyai empat orang anak.

Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.
Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.
Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Kehilangan besar.
Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyifatkan pemergian Edmund sebagai kehilangan besar untuk rakyat dan negeri Sabah.

"Beliau adalah seorang pemimpin yang dedikasi dan komited terhadap tanggugjawabnya sebagai Anggota Parlimen Batu Sapi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Queen Elizabeth.

Musa yang juga Pengerusi BN Negeri berkata beliau dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Edmund dan juga PBS atas pemergian itu.

Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang turut berada di situ, berkata "kehilangannya adalah amat menyedihkan bagi negeri dan negara terutama PBS. Beliau juga kawan rapat saya".

P/s:
Sesiapa manusia pun, kalau dia baik, masyarakat setempat pasti akan merasa kehilangannya....
apa-apa pun, takziah diucapkan kepada keluarga mendiang. May His Soul Rest In Peace.....

Tompinai.... ini bermakna ada pilihanraya lagi lah kan???? Habis lah... Di sini lah ini.....
sy mau tengok apa pula janji itu BN kasih "bertaburan" di Sabah ni kali....sesudah menabur janji umpama " beri makan pada ayam" kita tengok lah pula apa "baja" yg dia bagi sama orang Sabah pula.....

kpd semua sabahan, ini kali lah kita mo kasih tengok POWER kita... kita desak calon2 (baik dari pembangkang or kerajaan) supaya bising2kan isu2 mengenai hak2 Sabah seperti 20 perkara itu.....
tp sy percaya.... org kerajaan SAYA RASA x akan guna isu ini.... ya lah takut nanti BIG BOSS marah....

ADAKAH ANDA BERANI??????