Saturday, February 26, 2011

PROGRAM UBF DI KENINGAU - 27/02/2011

Saturday, 26 February 2011 00:41 Oleh: KREW SABAHKINI.NET
http://sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=6320:program-ubf-di-keningau-27-februari&catid=35:berita-sabah&Itemid=27

PENGASAS United Borneo Front (UBF) Datuk Dr.Jeffrey Kitingan akan menyampaikan ceramah Agenda Borneo hujung minggu ini di Kg.Pagansangan, Mukim Bingkor. Siri jelajah UBF untuk memperkenalkan agenda Borneo itu mendapat perhatian masyarakat pedalaman dan berkeinginan untuk bersemuka dengan ikon politik Sabah, Dr.Jeffrey Kitingan.

Pejuang UBF yang juga pengerusi penganjur, Julian Lian berkata, ceramah itu akan diadakan pada 27 Februari (ahad) bermula pada jam 2.00 petang bertempat di perkarangan rumah Juse Loibin, mantan Pengerusi JKKK Kg.Pagansangan.

“Terdapat banyak permintaan untuk jelajah UBF di kawasan pedalaman, namun kita melaksanakannya secara berperingkat kerana kami tahu ramai yang ingin tahu tentang Agenda perjuangan UBF serta hak-hak Sabah yang semakin terhakis,” kata Julian.

Julian juga mengalu-alukan kehadiran orang ramai di sekitar untuk sama-sama mendengar aspirasi Agenda Borneo.

Menurutnya sempena dengan sesi perjumpaan itu juga, penyerahan borang kemasukan UBF akan diserahkan oleh wakil penduduk.

Katanya, UBF bukanlah sebuah pertubuhan politik sebaliknya adalah harapan baru kepada rakyat di Sabah untuk memahami agenda Borneo serta hak-hak rakyat negeri ini dalam kerajaan Persekutuan.
_________________________________________________________________________________


Negeri Sabah atau negeri-negeri borneo amnya, sudah lama menunggu mana-mana parti politik ataupun badan-badan NGO yang jujur dan berani memperjuangkan hak-hak Borneo dalam Malaysia.

Kita ambil sedikit cerita di Sabah, di samping parti politik pembangkang SAPP, kini terdapat juga sebuah NGO dikenali sebagai United Borneo Front yang kini sedang giat memperkembangkan "pengaruhnya" untuk menyedarkan, memperjuangkan, seterusnya mengembalikan hak-hak Sabah yang sekian lama di kikis oleh rejim Semenanjung dalam persekutuan Malaysia.


Seperti yang kita sedia maklum, ramai rakyat yang bekerja sebagai pejawat awam kerajaan yang walaupun tidak menyukai dengan pengikisan rejim BN (Semenanjung) terhadap hak-hak Sabah (Borneo) ini, namun TERPAKSA juga menyerahkan undinya untuk Kerajaan memandangkan "takut" kedapatan dan seterusnya "mungkin" akan hilang pekerjaan nanti.

Oleh yang demikian, UBF yang hanya berstatus NGO merupakan satu platform yang mungkin akan berjaya meraih sokongan majoriti rakyat Borneo. Setakat ini, UBF baru ditubuhkan kira-kira 2 bulan yang lalu dan masih kurang publisiti mengenai pertubuhan ini. Malah blog ataupun website rasmi pertubuhan ini pun masih lagi (mungkin) belum dibuat.

Beberapa cadangan disini, UBF haruslah menggunakan kesempatan kecanggihan teknologi maklumat untuk menambahkan lagi proses penyebaran maklumat mengenai tujuan, perjuangan, madah dan konsep pertubuhan ini ditubuhkan. Sekirannya hanya menggunakan "ceramah bergerak" semata-mata, ia mungkin akan mengambil proses yang lama untuk menyebarkan maklumat. Selain itu, bagaimana pula dengan rakyat-rakyat Borneo yang kini belajar, bekerja di negara dan negeri luar? maklumat tersebut pasti akan "sukar" sampai kepada mereka sedangkan untuk merealisasikan PENGEMBALIAN HAK-HAK BORNEO ini, UBF amat memerlukan setiap sokongan daripada rakyat borneo.

Selain itu, mungkin UBF juga boleh membuka pendaftaran kemasukan (menjadi ahli) UBF secara online. Di samping menjimatkan masa, wang dan tenaga, proses penambahan ahli juga boleh dilakukan dengan cepat seterusnya akan mempercepatkan UBF untuk bertindak "melawan" isu-isu yang berkaitan dengan hak-hak Borneo ini.

Dan adalah lebih baik sekiranya UBF membuat video dokumentari mengenai "isu-isu" yang diperjuangkan oleh UBF ini seperti yang biasa kita lihat dalam history chanell 555 Astro. Malah, dalam dokumentari tersebut tidak salah untuk memasukkan bukti-bukti dan bagaimanakah bentuk "penjajahan" halus dan perlahan (tidak nampak ketara) Semenanjung terhadap negeri Borneo ini sehingga lama-kelamaan, mereka berjaya menghakis dan mengikis hak-hak Borneo ini. Jika di terbitkan dalam bentuk CD, DVD, UBF boleh menjual CD/DVD tersebut dengan harga murah ( ataupun lagi bagus free ) untuk menampung sedikit kewangan dan perbelanjaan UBF.

Akhir sekali, teruskan perjuangan!!! Selamat Maju Jaya.... sesiapa pemimpin tertinggi UBF yang terbaca blog ini, Jari Merdeka ingin meminta borang keahlian..... support mah!!!!

No comments:

Post a Comment

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...