Sunday, August 5, 2012

Perjanjian Malaysia 1963 perlu disemak semula

PERJANJIAN MALAYSIA 1963 PERLU DISEMAK SEMULA menurut Capt. Joseph Wilfred Lakai



Perjanjian Malaysia adalah satu perjanjian yang terikat yang telah ditandatangani oleh beberapa perwakilan daripada lima pihak iaitu United kingdom of Great Britain, dan Ireland Utara, Persekutuan Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura. Objektif utama perjanjian tersebut adalah berhubung dengan pembentukan Persekutuan Malaysia di antara Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura sebagai rakan kongsi yang sama.

Kemasukan United Kingdom sebagai satu gabungan dan penandatangan terhadap perjanjian tersebut adalah sebagai bapa penjaga terutama bagi Negeri-negeri Borneo Sabah dan Sarawak dan juga Negeri Singapura dimana kedaulatan dan bidang kuasa masih berkuat kuasa. Ia juga boleh dikatakan bahawa United Kingdom adalah satu-satunya pemerhati utama terhadap perjanjian tersebut untuk melihat apabila penyerahan terakhir kedaulatan dan bidang kuasa terhadap Sabah, Sarawak dan Negeri Singapura supaya syarat utama, seperti hak perlindungan Sabah yang mana dipersetujui untuk disekutukan dengan Malaya bagi membentuk Persekutuan Malaysia dapat diperhatikan, digabungkan, dilaksanakan dan dihormati.

Perjanjian Malaysia digabungkan dengan berbagai-bagai dokumen (seperti yang terkandung) termasuklah Rang Undang-Undang Malaysia, kini ialah Akta Malaysia 1963. Gabungan dokumen-dokumen ini termasuklah syarat penyertaan dan peraturan perlembagaan terhadap Sabah dan Sarawak dirujuk untuk membentuk Malaysia.

Perjanjian Malaysia juga mesti tertakluk kepada kemahuan penandatangan sebelum keputusan muktamad dipersetujui. Hasrat tersebut termasuklah pengetahuan keempat-empat penandatangan perjanjian tersebut iaitu Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura sewaktu membentuk Malaysia sebagai rakan kongsi yang sama. Oleh itu, Malaysia telah disifatkan oleh berbagai pihak sebagai satu gabungan bagi rakan-rakan kongsi bersama-sama bersatu padu untuk membentuk sebuah Negara baru tetapi dengan ciri-ciri masing-masing.

Apabila Singapura telah dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965, persoalan yang terus bangkit ialah apa telah terjadi dengan Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani oleh semua pihak. Ketiadaan Singapura secara langsung telah mengakibatkan perjanjian perlembagaan tersebut termasuklah kedudukan Perlembagaan Sabah dan Sarawak di dalam Persekutuan Malaysia.

Perjanjian Malaysia adalah tidak sah lagi dan dari segi undang-undang Persekutuan Malaysia adalah tidak sah kerana pembuangan Singapura iaitu salah satu penandatangan terhadap perjanjian di atas yang mana telah mengakibatkan asal-usul Persekutuan itu sendiri. Samada Perjanjian Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak menyediakan terhadap pembuangan mana-mana rakan kongsi di dalam Persekutuan Malaysia.

Adakah Perdana Menteri atau Parlimen Malaysia mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Singapura tidak seharusnya berdasarkan kepada resolusi dalam Parlimen Malaysia di mana membenarkan (sepatutnya tidak) kesemua 104 Ahli-ahli Parlimen dari kesebelasan (11) Negeri-negeri Malaya untuk menentukan, yang mana ini adalah bertentangan dengan kumpulan minority iaitu 36 Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Walaupun Sabah dan Sarawak tidak bersetuju dengan pembuangan tersebut (yang mana diragui sama ada mereka diberi peluang sedemikian) Negeri-negeri Malaya masih dapat memperolehi 2/3 majoriti atau lebih bagi membuat keputusan terhadap Sabah dan Sarawak yang tidak bersetuju tentang pembuangan adalah satu kehampaan.

Kesebelasan buah negeri-negeri Malaya tidak harus mempunyai hak samada Singapura boleh atau tidak dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia. Ini disebabkan Negara Malaysia tidak dibentuk oleh negeri-negeri tersebut sahaja. Melalui Perjanjian Malaysia, setiap negeri yang menandatangani Perjanjian tersebut adalah sebagai pasangan (partner) yang mempunyai hak-hak yang sama.

Mereka telah membentuk Malaysia bersama-sama dengan Singapura, Sabah dan Sarawak. Oleh sebab keempat-empat buah negeri penandatangan Perjanjian Malaysia telah menandatangani perjanjian itu sebagai pasangan persendirian dan bebas daripada ahli yang lain (pasangan bebas) maka adalah sesuai, bahawa setiap penandatangan itu mempunyai undi yang sama (iaitu satu undi setiap negeri) untuk menentukan samada sesebuah negeri itu harus dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia.

Penyertaan itu boleh dibuat melalui ketua pemimpin negeri masing-masing. Dalam hal ini, setiap negeri Malaya tidak seharusnya mempunyai hak atau kuasa untuk menentukan nasib Singapura dalam Persekutuan Malaysia. Kerana mereka hanya mempunyai hak satu undi sahaja sepertimana yang telah ditentukan oleh Persekutuan Malaysia, Sabah dan Sarawak juga mempunyai satu undi tiap-tiap satu.

Pandangan ini selaras dengan status mereka sebagai penandatangan Perjanjian Malaysia yang bebas dan sebagai persendirian. Dengan itu, keputusan untuk mengeluarkan Singapura daripada Persekutuan Malaysia, seharusnya terletak kepada ketiga-tiga penandatangan Perjanjian tersebut, iaitu setiap satu pasangan penandatangan mempunyai hak atau kuasa mengundi yang sama.

Penyingkiran Singapura telah memberikan kesan kepada satu perkara yang mustahak dimana Sabah dan Sarawak telah benar-benar merundingkannya sebelum mereka bersetuju untuk membentuk Malaysia. Oleh itu, kegagalan untuk meminta persetujuan daripada Sabah dan Sarawak telah memberikan kesan kepada perwakilan mereka dalam Dewan Parlimen. Misalnya, untuk membuat pindaan terhadap apa sahaja keistimewaan khas yang diberikan kepada Sabah sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Parlimen hendaklah mendapat sokongan undi dua pertiga daripada ahli-ahli Parlimen.

Sebenarnya, sebelum penyingkiran Singapura, kesemua ahli dari Semenanjung Malaysia tidak boleh membentuk dua pertiga majoriti, kecuali mendapat sokongan daripada Sabah, Sarawak atau Singapura. Walaubagaimanapun, setelah Singapura disingkir, tidak lagi perlu bagi Semenanjung Malaysia untuk mendapat sokongan daripada Sabah dan Sarawak sebab mereka sekarang boleh mendapat sokongan dua pertiga atau lebih di Dewan Parlimen.

Ini bermakna, mereka dengan mudah membuat pindaan atau penggubalan Perlembagaan bila-bila masa mereka suka. “Dengan penyingkiran SIngapura maka kembalilah komposisi monopoli etnik Melayu Semenanjung. Episode ini adalah satu bukti yang jelas kegagalan Sistem Persekutuan dan perpaduan Negara.” (rujukan: “Reflection on the Malaysia Constitution” oleh Shafruddin Hashim dalam ALIRAN 1986. Oleh Sebab inilah seharusnya terdapat penyemakan atau penelitian syarat-syarat kemasukan Sabah dan Sarawak ke Malaysia. Namun, sabah telah tidak diberitahu semasa Singapura telah dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia.

Kegagalan untuk mendapat persetujuan atau memberitahu Sabah itu dengan sendirinya telah melanggar Perjanjian Malaysia, dimana Sabah telah diketepikan untuk mengambil bahagian dalam Malaysia dimana ia sendiri adalah rakan kongsi yang sama. Perbincangan mengenai penyingkiran Singapura adalah sangat mustahak bagi Sabah kerana Lee Kuan Yew lah yang telah bertungkus lumus untuk mengambil hati pemimpin-pemimpin Borneo dengan tujuan supaya mereka akan menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia.

Pada waktu perhimpunan Persatuan Ahli-ahli Parlimen Komanwealth di Singapura pada Julai, 1961, pemimpin Borneo (Tidak ada British yang hadir) telah menemui Lee Kuan Yew, Seorang penyokong kuat idea Malaysia, Lee Kuan Yew telah menggunakan kebijaksanaannya untuk mendesak pemimpin-pemimpin Borneo supaya mereka menyokong cadangan Tunku (rujukan: Interview of Datuk Ong Kee HUi oleh J.P Ongkili dalam bukunya, Nation-building in Malaysia, 1946-1974). Tentu sekali, Persekutuan Malaya dan Singapura lebih memihak kewujudan Malaysia daripada Sabah dan Sarawak.

Misalnya dalam satu ucapanya dalam ‘Foreign Correspondents’ Association of South-East Asia’ di Singapura pada 27hb May, 1961, Tunku telah mengatakan bahawa, Malaya tidak akan sanggup bersendirian dan telah mencadangkan bahawa tidak lama kemudian Malaya seharusnya akan mengadakan persefahaman dengan British dan Singapura, Sabah (Borneo Utara), Brunei dan Sarawak (Ongkili, 1985).

Lee Kuan Yew, telah membuat satu kenyataan pada tahun 1961 bahwa “gabungan akan berlaku bukan atas sebab kehendak Parti Tindakan Rakyat atau disebabkan kehendak Kerajaan Perikatan Persekutuan. Tetapi perkara itu tidak dapat dielakkan seolah-olah seperti matahari yang terbit dan terbenam” (Ongkili, 1985) Sebanyak sedikit, pembentukan Malaysia adalah juga kehendak British.

‘The Times’ telah melaporkan pada 28hb Julai 1961, “Keinginan strategik British di kawasan ini adalah juga diingini oleh Austtralia dan New Zealand yang juga akan membentuk polisi yang sama (Ongkili, 1985). ‘Kawasan’ yang dimaksudkan itu ialah Asia-Tenggara Selatan dan maksud ‘polisi yang sama’ ialah dalam bentuk Malaysia dimana, mungkin, mereka akan dapat mengekalkan pengaruh mereka walaupun terdapatnya kesan-kesan nasionalisme mula timbul di kalangan negeri-negeri di bawah pemerintahan koloni dan desakan daripada pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri jajahan koloni tersebut.

Pengerusi Suruhanjaya COBBOLD telah memberi pandangan yang penting. Beliau telah mengatakan bahawa, “daripada mula lagi, Malaysia seharusnya dianggap oleh semua yang berkenaan sebagai satu gabungan ahli yang samarata, bergabung untuk mempercepatkan matlamat yang sama untuk membentuk sebuah Negara tetapi mengekalkan ciri-ciri tersendiri negeri-negeri berkenaan. Jika sekiranya sebarang cubaan oleh Malaysia untuk ‘mengambil alih’ sempadan-sempadan Borneo oleh Persekutuan Malaysia dan menenggelamkan ciri-ciri tersendiri Borneo Utara dan Sarawak, maka pendapat saya, Malaysia secara umunya tidak boleh diterima atau Berjaya.” (Ongkili, 1985, Nation-building in Malaysia 1946-1974).

Dalam keadaan yang sebenar, ‘hakisan’ secara perlahan-perlahan terhadap perlindungan terhadap negeri-negeri Borneo oleh Kerajaan Persekutuan, seolah-olah satu tindakan yang menghapuskan siri-siri tersendiri negeri-negeri tersebut. Oleh sebab itu, jika sekiranya Perjanjian Malaysia tidak sah, maka Malaysia sebagai sebuah Negara juga adalah tidak sah dan kehilangan kesahihan entitinya. Malaysia telah dan masih beroperasi selama 48 tahun selepas penyingkiran Singapura. Sepertimana yang telah dipertikaikan, perkembangan politik sepanjang masa tersebut telah tidak membenarkan pihak-pihak dalam Perjanjian Malaysia itu untuk mengkaji kembali atau mempersoalkan isu-isu tersebut.

Pada hari ini, kedaan politik bertukar kearah keburukan, adalah mustahak sekali dan mendesak untuk mengkaji semula syarat-syarat Perjanjian Malaysia. Yakni memberi kesahihan kembali kepada perjanjian itu adalah sangat mustahak.

*Written by Capt. Joseph Wilfred Lakai is a Murut experienced Test Pilot. He is also a Mechanical Engineer graduated from Caltech USA, He engineered The United Borneo Front (UBF)

***credit to http://wikisabah.blogspot.com/2011/09/perjanjian-malaysia-1963-perlu-disemak.html 


32 comments:

  1. saya sokong jika pejanjian Malaysia disemak semula, Sabah dalam Malaysia sekarang telah hilang keistimewaannya sebagai negara berdaulat..
    pedek kata Sabah dalam perkongsiannya dengan Malaya sudah tidak memberikan keuntungan lagi terhadap Sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cabaran besar untuk Sabah ialah MEYAKINKAN RAKYAT SABAH untuk turut bersama2 merelisasikan tuntutan ini...

      Delete
    2. gecco arap2 org sabah dan sarawak sedar akan sejarahnya, bagaimana cara merdeka.

      Delete
    3. Baik, kalau anda mahu beredar... kami tak halang & kisah.

      Delete
    4. Semak semulalah bro jangan hanya semak satu sejarah kita semak sejarah bermula dari perlis sampai ke johor singapura sarawak sampai ke sabah sampai ke filipina . Barulah kita seday yang kita ni seorang yang bodoh.

      Delete

    5. assalamualaikum wr.wb,saya ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada aki joyo wijoyo atas bantuan aki.
      kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan aki joyo wijoyo pula yang telah memberikan
      angka ritual kepada saya yaitu 4 angka dan alhamdulillah langsung tembus. sekali lagi makasih ya aki karna
      waktu itu saya cuma bermodalkan uang 200 ribu dan akhirnya saya menang. berkat angka gaib hasil ritual aki joyo wijoyo
      saya sudah bisa buka usaha yaitu benkel mobil/motor dan toko sembako kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari
      sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hub/sms aki joyo wijoyo di nomor hpnya: 082 322 214 909 dan
      ramalan AKI memang memiliki ramalan gaib” yang dijamin tembus.

      Delete
    6. saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama MBAH KABOIRENG dan dia memberikan nomor MBAH KABOIRENG,dia bilan kepada saya kalau MBAH KABOIRENG bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi MBAH KABOIRENG dan dengan senan hati MBAH KABOIRENG ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085=260=482=111 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan MBAH KABOIRENG dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya.. KLIK TOGEL 2D 3D 4D 6D DISINI













      saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama MBAH KABOIRENG dan dia memberikan nomor MBAH KABOIRENG,dia bilan kepada saya kalau MBAH KABOIRENG bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi MBAH KABOIRENG dan dengan senan hati MBAH KABOIRENG ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085=260=482=111 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan MBAH KABOIRENG dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya.. KLIK TOGEL 2D 3D 4D 6D DISINI



      Delete
  2. Mari bersatu Rakyat Sabah, Sarawak dan Kalimantan sebab sejarah kita sama. Kalimantan Barat juga adalah sebuah negara terpisah dalam negeri Indonesia yg diminta oleh Soekarno untuk bersatu sebagai bagian dari Indonesia. Namun Soekarno khiatani Sultan Hamid II dan menganggap Sultan Hamid II sebagai pemberontak negara karena dianggap akan mendirikan kembali negara Kalimantan Barat. Indonesia telah mencuri dengan licik Kalimantan Barat sebagai bagian dari Indonesia. Belanda sudah menentukan bahwa Kalimantan Barat adalah negara sendiri terpisah dari Republik Indonesia. Dan sekarang Kami rakyat Kalimantan sudah siap sedia untuk bersatu dengan Sarawak dan Sabah menuntut kemerdekaan dari negara masing-masing lepas dari Malaysia dan Indonesia. Penting bagi kita untuk duduk bersama dan bicara soal ini kemudian kita adakan referendum rakyat Borneo kemduian kita bawa hasil referendum kepada PBB atau BBB serta negara induk semula jadi macam Britis dan Dutch bahwa kita minta lepas dari Malaysia dan Indonesia. Saya sangat yakin BBB atau PBB mendukung keputusan rakyat Kalimantan atau Rakyat Borneo ini.

    ReplyDelete
  3. Mari kita beramai-ramai menandatangani petition online ini dan jangan bertangguh lagi. Membubarkan Malaysia bukan perkara mustahil, Sabah dan Sarawak berhak utk berpisah dengan Malaya. Negara Sabah dan Sarawak tidak mahu disekutukan lagi dengan Malaya. Anak jati kitalah yang berhak mentadbir Negara Sabah/Sarawak bukan orang luar /Malaya. Kita memerlukan 300,000 tandatangan untuk ke United Nation (UN)/ICJ.
    Cukuplah 50 tahun, Negara Sabah dan Sarawak dinafikan hak, dihilangkan kedaulatan, ditindas, dirampas hasilnya, diperbodohkan dan ditipu oleh Kerajaan Persekutuan dalam Malaysia. Minta semua tandatangan, Ibubapa, adik-beradik, saudara-mara dan rakan-rakan. Ayuhlah, bersama-sama kita mengembalikan Maruah dan Kedaulatan tanah air kita. Sila tandatangan petisyen atas talian ini. Saya sudah tandatangan, kini tiba giliran anda. Pertahankan hak kita 18/20 Pekara dan kembalikan kedaulatan Negara Sabah & sarawak. BUBAR MALAYSIA !! KITA HARUS MERDEKA dan tinggalkan Persekutuan Malaysia ! Terima kasih http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tidak jadi bijak dengan jadi salah seorang pengundi yg tidak memangkah UMNO, BN semasa PRU nanti...jumlah keputusan undian td boleh dijadikan sebagai BUKTI KUKUH dimana rakyat Sabah dan Sarawak inginkan perubahan atau kebebasan dari cengkaman Malaya.... adakah anda yakin dengan jumlah petition itu nanti akan diterima bulat2 olen UN? tanpa ada pihak yg akan menentang, mempertikaikan kesahan jumlah petition itu nanti????

      anda tahu...bahawa hanya orang yg WARAS sahaja boleh mengundi...namun akses internet boleh dilakukan oleh ORANG GILA, KURANG WARAS, TIDAK SIHAT....

      jangan sempitkan fikiran...adalah lebih baik jika anda dan member2 SSKM (sabah sarawak keluar Malaysia) bergabung tenaga dengan parti pembangkang tempatan di Sabah sarawak mempromosi untuk sama berjuang agar SABAH SARAWAK bebas dalam konteks perjanjian Malaysia....

      Delete
  4. Sabah dan Sarawak tiada perwakilan di Parlimen pada tahun 1965 kerana pilihanraya parlimen pertama bagi Sabah dan Sarawak adalah pada tahun 1969. Persoalannya mengapa ahli2 parlimen dari Malaya yang 'endorse' pengeluaran Singapore oleh Tunku Abd Rahman sedangkan perjanjian Malaysia itu ditandatangai oleh British, Malaya, Singapore, Sabah dan Sarawak bukannya negeri2 di Malaya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. manipulasi dan permainan Malaya telah membodohkan Borneo...

      Delete
  5. Singapore dikeluarkan dari malaysia oleh tunku abdul rahman.. tunku abdul rahman memang banyak melakukan kesilapan semasa pimpinan nya.. alasan singapore dikeluarkan kerana tidak mahu singapore menjadi duri dlm daging kerana byk berlaku rusuhan kaum ketika itu menuntut hak sesama sendiri.. sy sebagai rakyat malaysia inginkan perubahan tetapi TOLONG JANGAN JUAL NEGARA SY..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singapura bukannya dikeluarkan dari malaysia 1965 tetapi menarik diri 1962 begitu juga sabah sarawak masih boleh menarik diri sebelum pembentukan malaysia 1963 .
      tetapi selepas 1963 menarik diri tidak wujud, menarik diri tidak wujud menarik diri tidak wujud dalam perkara 20 masih lagi tak faham.

      Delete
  6. Kita perbetulkan keadaan..ini kali la..sabah sarawak harus bergabung'''ini kali la...soal filipina mahu takluk sabah..itu kita rujuk di makamah dunia jgn risau tidak akn ada peperangan....kalau filipina mengeras....hancur itu negara filipina....kena serang macam hirosima dn nagasaki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kena out dari malysia jgk...spya semua nya terbatal...

      Delete
  7. Cuba anda fikir logik kah filipina mahu tuntut ini sabah...sedangkan british yang jajah kita dan bagi kita merdeka...apa kekuatan filipina sekarang baru timbulkan isu menuntut..kenapa time british memerintah..dia tidak perang.....so british bagi sabah kemerdekaan kerna sabah tanah jajahan british bukan filipina..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak logik selagi ada bulan dan matahari tapi boleh jadi logik sekiranya kerajaan malaysia tak mampu membayar sewa kepada kerajaan filipina .
      Kalau disemak semula juga jumlah sewaannya mampukah sabah membayar sewanya tahukah saudara sewa sebuah kedai pun dah mencecah seribu cuba saudara bayangkan sewaan seluruh negeri sabah berapa jumlah sewaannya pada masa sekarang..sejarah tetap sejarah banyak lagi sejarah sejarah melaka sejarat sarawak sejaarah singapura sejarah pahang nak buat kerja gila semak semula semuanya supaya kita kembali kepada 2000 tahun yangtelah berlalu.Janggan terlalu bijak nanti boleh jadi bodoh.

      Delete
    2. Malaysia memang tidak mampu membayarnya,tetapi Sabah Sarawak mampu kerana mereka lah sumber sebenar minyak,balak dan sebagainya yang memperkayakan Malaya.

      Delete
    3. Sewa gerai untuk jual nasi lemak pun kira ok lah.

      Delete
  8. Btl. sbp,kluasn sabah hmpir sama dgn tnh mlyu tpi, tnh mlyu tdiri drpd bbpa buah ngri sdgkn sbh n srwk tdri drpd bbpa buah daerah. kita blh byngkn hsl pdptn sbuah tpt yg besar/luas dbdgkn dgn ssbuah tpt yg smpt. tpi kdr agihn puntukn adalah sama.

    ReplyDelete
  9. Malaysia bagus berbuat adil bijaksana kepada sabah dan serawak,memberi otonomi macam di indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adil kepala hangguk ang...kat malaya ada highway tp kt negara sabah n sarawak,ada x..xda..tau nape,kerana malaya ambik hasil bumi kami dgn merompak habis habisan....malaya mmg xboleh pakai..

      Delete
    2. Highway tu duit swasta punya lah bro bukan pakai duit kerajaan siapa yang menggunakannya itulah yang membayar tol untuk membayar balik,
      Tapi jalan di sabah sarawak seratus peratus menggunakan duit kerajaan tanpa membayar tol .Kalau tak faham tnya oranglah bro.

      Delete
  10. Penduduk Asli sabah sekarang sudah dipintas oleh bilangan pendatang asing. Cadangan mengalahkan UMNO melalui undi tidak dapat dilakukan kerana bilangan pendatang yang mempunyai Kad Pengenalan sudah ramai inilah kekangan diborneo. Satu-satunya cara adalah menandatangani petition ini>>>>>>>>>>>>>>>>>http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights/sign.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkan semua durang tu sokong BN, ada harapan g tu.

      Delete
  11. Susah susahhh saja mau sain petisyen..eiii berapa laama dah mau tunggu.300000 banyak tu..dah tau penubuhan Malaysia ni tidak sah dengan tersingkirnya negara Singapore bawalah kes ini ke mahkamah keadilan antarabangsa..kan lagi ok..pendapat jalah..

    ReplyDelete
  12. pmimpin smenanjung cuba menghakis scara plahan n trsembunyi tentang keistimewaan & sifat-sifat kenegaraan yg dimiliki sabah. ni tok mnjadikan sabah sbgai negeri & bukan lgi 'partner'..rakus!!! pmimpin malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sifat sifat kenegaraan yang manusia perlu tahu
      1 Pertahanan
      Mempunyai tentera polis tersendiri bukannya menggunakan pertahanan negara lain
      2matawang
      Mempunyai matawang tersendiri bukanny menggunakan maatawang negara lain
      3Kerusi parlimen
      Bukannya dikira jumlahnya dengan negara lain
      Dalam perkara 20 tuntutan sabah sarawak bukannya tuntutan sesebuah negara tetapi tuntutan sebuah negeri . . Betul atau salah itu orang dulu kita hanya mewarisinya sabah sarawak pada asalnya negara brunei tetapi diserah kan kepada british disebabkan faktor keselamatan bukannya disebabkan minyak semata mata.

      Delete
  13. saya lagi sokong kalau negara sabah n negara sarawak keluar dari malaysia kerana hak asasi kami telah diromapk oleh malaya....

    ReplyDelete
  14. SAMA DENGAN KEMPEN PBS DULU LAH TU DAH MEMERINTAH SABAH TIDAK JUGA KELUAR MALAYSIA .BEGITU SENANG KENA TIPU ORANG POLITIK.

    ReplyDelete

  15. assalamualaikum wr.wb,saya ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada aki joyo wijoyo atas bantuan aki.
    kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan aki joyo wijoyo pula yang telah memberikan
    angka ritual kepada saya yaitu 4 angka dan alhamdulillah langsung tembus. sekali lagi makasih ya aki karna
    waktu itu saya cuma bermodalkan uang 200 ribu dan akhirnya saya menang. berkat angka gaib hasil ritual aki joyo wijoyo
    saya sudah bisa buka usaha yaitu benkel mobil/motor dan toko sembako kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari
    sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hub/sms aki joyo wijoyo di nomor hpnya: 082 322 214 909 dan
    ramalan AKI memang memiliki ramalan gaib” yang dijamin tembus.

    ReplyDelete

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...