TAWAU: Kementerian Pelajaran diminta mempertimbangkan cadangan agar rakyat Sabah diberi keutamaan bagi mengikuti kursus perguruan di institut latihan perguruan yang ada di negeri ini.
Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata cadangan itu bagi mengurangkan kadar penghijrahan guru berkualiti dan berpengalaman dari Sabah.
“Sabah sering kehilangan guru-guru berkualiti dan berpengalaman apabila guru terbabit kembali ke negeri asal mereka di Semenanjung. Bagaimanapun, ini tidak bermakna orang Sabah menolak kehadiran guru-guru dari Semenanjung untuk mengajar dan menabur bakti dalam bidang pendidikan di negeri ini,” katanya kepada pemberita, di sini kelmarin.
Beliau berkata dengan mengutamakan rakyat tempatan yang berkelayakan, masalah penghijrahan tersebut dapat diatasi.
Tawfiq mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi baru-baru ini bahawa kementerian itu akan terus menghantar guru-guru dari Semenanjung untuk berkhidmat di Sabah.
Tawfiq turut mencadangkan kepada kementerian tersebut agar memberi peluang kepada guru sandaran di negeri itu mengikuti latihan perguruan menerusi program Kursus Dalam Cuti.
“Tanpa memberi peluang kepada mereka berkursus, secara tidak langsung Jabatan Pelajaran akan mewujudkan golongan penganggur,” katanya.
Tawfiq yang juga Ketua Umno Bahagian Tawau sebelum itu merasmikan penangguhan Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-Sekolah Rendah Zon Bandar Selatan, di SK Batu Payung di sini.
_________________________________________________________________________________
Begitulah bunyi tulisan yang saya ambil dari news sabah times online.... http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/46561
So, sebelum JM teruskan lagi jari ini menaip, JM nasihatkan sesiapa yang rasa dia itu kurang sikit open minded, bagus lagi terus klik itu ikon X (close) dan pigi jauh2 dari ini page.
Baru-baru ini, sempena lawatan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia YB Dr. Puad Zakarshi ke beberapa buah sekolah di Negeri Sarawak, beliau ada menyatakan bahawa dasar Kementerian terhadap peratus guru di negeri Sabah dan Sarawak adalah 30 % Orang Sabah, 30 % orang Sarawak dan 40 % orang Semenanjung. Ini bermaksud, di dalam negeri sabah dan sarawak setiap negeri mesti ada 40 % guru dari semenanjung.
Kalau diikut dari konteks rasionalnya, sepatutnya peratus guru adalah 60 % orang sendiri (diambil dalam konteks negeri Sabah), 20% Sarawak dan 20 % Semenanjung...begitujuga lah sebaliknya....baru betul....
Apakah rasional peratus guru Semenanjung dihantar ke Negeri Borneo lebih besar bilangannya berbanding guru di negeri Borneo?
Kenapa tidak ambil langkah mudah iaitu semua institusi perguruan di setiap negeri, pelatihnya adalah terdiri dari kalangan rakyat negeri masing-masing. Oleh yang demikian, kuota pengambilan guru akan diambil berdasarkan kekurang guru di negeri masing-masing dan bukan dengan kekurangan guru berdasarkan jumlah keseluruhan negara. Bukankah ia lebih menjimatkan, efisien dan lebih sistematik? malah, isu pengangguran juga akan dapat dielakkan sejajar dengan apa yang Datuk Tawfiq ungkitkan.
Selain itu, pembaziran wang, masa dan tenaga mengenai pertukaran guru antara negeri akan dapat dielakkan sekaligus boleh menjimatkan wang negara disamping melancarkan lagi sesi pembangunan pendidikan di sesebuah negeri. Namun, sekiranya mungkin terdapat "permintaan" dari guru-guru dari negeri lain yang ingin bertugas di negeri selain dari negerinya ( atas sebab-sebab tertentu) maka itu terpulanglah kepada budi bicara Kementerian dengan mempertimbangkan alasan yang dikemukakan oleh guru terbabit.
Namun apa yang penting, apakah langkah kerajaan untuk MELAWAN taktik pihak pembangkang yang menjanjikan kenaikan rm 500 kepada guru sekiranya pembangkang dapat mengambil alih Putrajaya????
Setakat ini, kerajaan masih belum ada memberikan apa-apa tawaran isitimewa kepada guru-guru untuk "MEMBELI" undi mereka. Dengan kenaikan harga-harga barang semasa, maka adalah wajar agar gaji-gaji kakitangan awam/kerajaan dinaikkan. Tidak perlu susah.... kurangkan korupsi, kurangkan pembaziran, dan kurangkan "memasukkan wang" kedalam kalung sendiri maka, sudah pasti banyak RM yang dapat dijimatkan oleh kerajaan untuk melakukan sesuatu yang baik kepada RAKYAT yang bekerja untuknya.
Kalau ada yang tidak setuju, tidak perlu "histeria"....mari kita bincang sama2...... kita kan 1Malaysia....(walaupun JM x nampak pun apa sebenarnya itu 1MALAYSIA).......
No comments:
Post a Comment
Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...
selamat mengomen boss...