Showing posts with label Dusun sabah. Show all posts
Showing posts with label Dusun sabah. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

Pertarungan epik DUA BERADIK KITINGAN !!!!



Perbalahan antara adik beradik ??? suatu perkara yang normal dalam kehidupan.... namun isu panas yang hangat  membara di Malaysia dan Sabah khususnya adalah tentang " pertarungan " DUA BERADIK dalam persada politik Sabah.


Jarang sekali kita lihat dua tokoh politik apatah lagi mempunyai talian darah tidak sependapat dan saling tidak bekerjasama dalam perjuangan politik. Seperti membuka kembali buku-buku kepahlawanan , raja-raja , perang dahulukala..... tidak sangka pula, perkara tersebut kini berlaku secara langsung di Sabah. Dua tokoh politik ini iaitu Datuk Pairin Kitingan dan Datuk Jeffrey Kitingan saling tidak sehaluan dan sefahaman dalam perjalanan politik mereka.


Suatu masa dahulu, mereka memang pernah bekerjasama dalam PBS....namun "persengketaan" ini bermula apabila Jeffrey keluar dari PBS dan menubuhkan AKAR. walaupun begitu, "persengketaan" mereka ini bagaikan tidak begitu serius dan hampir tidak pernah ada maki memaki antara mereka di laporkan di media massa....dan dalam kempen-kempen ceramah mereka juga, cuma berupakan sindiran sinis antara mereka.


Namun baru-baru ini, perkara ini memuncak apabila Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah meletupkan kemarahannya secara terbuka terhadap adiknya Jeffrey Kitingan disebabkan berlainan fahaman politik. Pairin sebelum ini dikenali di kalangan rakyat Sabah dan ahli politik sebagai seorang yang tenang dan jarang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kawan mahupun lawan politiknya. Menurut beberapa sumber dikatakan Pairin turut meletak label "mendiang" terhadap Jeffrey. Menurut Pairin lagi, Jeffrey lebih percayakan  cakap orang "tukang kipas dan angkat kaki" berbanding cakap abangnya sendiri. 


Pairin turut mengatakan bahawa perjuangan politik Jeffrey hanya perjuangan untuk mencapai kepentingan peribadi dan tidak mempunyai keikhlasan dalam membantu rakyat. Di samping itu, Pairin turut menyamakan Jeffrey seperti Anwar Ibrahim yang hanya "pandai berkata" sedangkan perjuangan mereka hanya kerana inginkan pangkat. Di percayai, kemarahan Pairin ini ada kaitan dengan keputusan Jeffrey untuk menentang Pairin merebut kerusi Parlimen Keningau dalam PRU yang akan datang.


Jeffrey ketika mengulas kembali kelancangan Pairin, mengatakan bahawa Pairin seharusnya tidak menggunakan alasan kekeluargaan sebagai alasan untuk "jangan" bertanding di kerusi Pairin. Menurut Jeffrey, Pairin terdesak untuk mengekalkan kuasanya dan takut kehilangan kuasa.


"He is my elder brother and I have nothing against him and I love him as any brother would do but I love the people and this country more.

He may be my elder brother but contesting against him does not mean showing disrespect as I am not fighting him but contesting against him as a representative of the Barisan Nasional, my political opponent. As we all know, the BN has done a lot of wrong and injustices to Sabah and its people," tambah Jeffrey.

Walaubagaimanapun, kata-kata kesat dari Pairin ini telah mengundang reaksi dari seorang veteran politik Sabah (sumber...klik sini) Frederick Lojingki bahawa sebagai Huguan Siou ( ketua ) KDM, Pairin harus meminta maaf terhadap Jeffrey dan perlu dikenakan "sogit" (denda adat kaum Dusun) sebagai tanda perdamaian. Ini kerana melabel seseorang yang masih hidup sebagai mendiang adalah satu kesalahan besar dalam masyarakat kadazandusun. "sogit" tersebut berupa kerbau ataupun babi. Sebagai seorang ketua kaum, Pairin seharusnya menjadi teladan dan harus menghormati adat tradisi kadazandusun tersebut.

Walauapapun, masih terlalu awal untuk melihat siapakah Hang Jebat dan siapa pula Hang Tuah antara kedua-dua beradik ini. Namun secara peribadi, JM merasakan, biar berlainan fahaman politik... tetapi janganlah hanya kerana menjadi lawan politik, kita turut menggadai perhubungan kekeluargaan kita....

Buang yang keruh ambil yang jernih bosss..... INI KALI LAH!!!!!

Saturday, December 17, 2011

Jeffery Kitingan bergiat kembali dalam politik



Jeffrey Kitingan akhirnya mengumumkan untuk bergiat kembali dalam politik dengan menyertai sebuah parti politik berusia 16 tahun dari Sarawak. Presiden Sarawak Reform Party (STAR), Dripin Sakoi telah memberikan kad keahlian dan kad kuasa kepada Jeffrey untuk membolehkan beliau memimpin dan memacu parti tersebut di Sabah pada Pilihanraya umum ke-13.

Turut menerima kad keahlian, ialah Guandi Kohoi, Rubin Guribah, Jeffrey Telado, serta James Aik.

Selepas menyampaikan pengumumannya, Dripin Sakoi telah membuat pengumuman mengejutkan dengan menjemput Kitingan, Kohoi, Guribah, Telado dan Aik untuk menerima kad keahlian.

"Kami dalam STAR menyokong penuh agenda UBF (United Borneo Front) dan ini adalah masa untuk kita bersatu....Saya panggil Jeffrey untuk tampil kehadapan dan menerima kad keahlian beliau.Beliau kini akan menerajui (STAR) Sabah", Kata Dripin di sambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 300 tetamu dan penyokong UBF.

Difahamkan, Jeffrey akan bertemu dengan orang-orang beliau untuk menubuhkan jawatankuasa penganjur pelancaran STAR pada 6 Januari. Sehubungan itu, Dewan Hongkod Koisaan telah di tempah sebagai medan untuk memanggil dan mengumpulkan ahli.

Sebelum ini, Jeffrey tidak menyebut untuk menyertai mana-mana parti sebaliknya menyeru agar rakyat bersatu dan meneliti harapan-harapan palsu dan penipuan oleh regim pemerintah.

"Kita telah di tipu kerana kita terlalu muda untuk memahami apa yang bakal datang (1963). Mereka telah mengeksploitasi kita dengan hanya menjadi salah satu daripada 13 negeri-negeri persekutuan, sehingga kita menjadi yang termiskin di negara ini. Kita harus menghentikan perkara ini dan satu-satunya cara adalah dengan bersatu sekali lagi memperjuangkan  kebebasan dan hak kita", kata Jeffrey.

Dalam perjuangan UBF nya, Jeffrey menjelajah ke seluruh sabah untuk menjelaskan dan merangsang orang ramai agar menyokong agenda UBF tersebut.

Badaruddin Datu Mustapha Harun, anak bekas ketua menteri Sabah yang turut hadir dalam majlis tersebut di samping Timbalan Presiden SAPP Amdi Sidek menggesa ketiga-tiga komuniti utama di Sabah - Umat Islam, Bukan Islam dan Cina agarbersatu dan mengundi keluar UMNO dan Barisan Nasional dari Sabah pada pilihanraya yang akan datang.

"Saya mempunyai mesej untuk Perdana Menteri, Kalau anak jantan, kasih daftar parti USNO sekarang....", cabar Badaruddin di sambut dengan tepukan gemuruh dari hadirin.

Badaruddin yang merupakan presiden USNO Baru menyatakan sokongan penuh terhadap agenda UBF Jeffrey.

Kebetulan majlis ulangtahun UBF pertama ini bersamaan dengan tarikh ulangtahun ke-16 penubuhan STAR.

Dripin Sakoi sebelum ini telah mengambil alih tampuk kepimpinan tertinggi dari pengasas STAR Dr. Patau Rubis pada March lalu. Rubis walaubagaimanapun menolak keterlibatan STAR dengan UBF. Sebaliknya STAR sedang mencari "strategic partners" untuk meneruskan perjuangan.

Wednesday, November 30, 2011

Lihat Bajet Sabah dari aspek lebih luas: Abdul Rahman

28th November, 2011

Sumber  http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/54256

 

 KOTA BELUD : Setiausaha Barisan Nasional Sabah, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan meminta kepada pihak yang mempertikaikan bajet negeri Sabah yang baru diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah seharusnya melihat bajet itu dari segi aspek yang lebih meluas.

Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kerana telah meluluskan bajet yang begitu bersejarah sebanyak 4 billion ringgit sekaligus menjawab segala tomahan yang mengatakan negeri Sabah sebuah negeri yang miskin dan mundur.
Menurutnya, bajet RM4 bilion untuk tahun hadapan merupakan satu sejarah dan ianya lebih baik kalau dibandingkan dengan negeri yang dianggap paling maju dan paling kaya di Malaysia iaitu negeri Selangor.
“ Negeri Selangor hanya mempunyai bajet tahunan untuk tahun 2012 sebanyak RM1.6 bilion ini menunjukkan bahawa Sabah mempunyai kemampuan yang cukup besar, bajet RM4 bilion Sabah itu jauh lebih besar daripada bajet kerajaan negeri Selangor.”
“ Begitu juga dengan simpanan negeri, negeri Sabah mencapai lebih daripada RM3 bilion ringgit tunai dalam akaun kerajaan negeri Sabah sementara negeri Selangor hanya melebihi sedikit RM1 bilion (RM4 bilion).
“Ini menunjukkan satu jawapan yang cukup kuat dan jelas kepada tohmahan yang mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional Sabah boros dan membelanjakan wang ringgit, banyak ketirisan, banyak rasuah dan sebagainya.”
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan RM100 Tahun 2012 di SK. Tempasuk I,dekat sini, baru-baru ini.
Seramai 457 pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6 di sekolah itu mendapat Bantuan Khas tersebut daripada pihak kerajaan.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata tidak mungkin sebuah kerajaan boleh menyediakan bajet begitu yang jauh lebih besar daripada bajet negeri Selangor dan juga jauh lebih besar daripada bajet Pahang yang hanya mempunyai bajet 600 juta ringgit jika pemimpin-pemimpin negeri Sabah rasuah, amalan yang tidak terurus dan salah guna kuasa.
Beliau amat yakin jawapan kepada segala tohmahan pembangkang terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Sabah dapat dijawap sekaligus oleh bajet yang begitu besar dan juga dengan pengiktirafan tertinggi daripada Ketua Audit Negara yang telah memuji pengurusan kewangan kerajaan negeri Sabah tiga tahun berturut-turut.
“ Ini juga adalah jawapan yang cukup jelas dan tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun, mana mungkin sebuah kerajaan dapat diurus dengan begitu baik kalau laporan Ketua Audit Negara telah memberikan pengiktirafan yang tertinggi kepada kerajaan negeri Sabah dibawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.”
“ Saya percaya kejayaan demi kejayaan akan dapat dikecapi di tahun-tahun akan datang dibawah pemerintahan BN negeri Sabah.” tambahnya lagi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin kamu semua masih ingat lagi pasal itu kenaikan cukai 6% TELKO kan???? ketika ramai rakyat membantah kenaikan cukai tersebut yang mana turut serta di bantah oleh beberapa orang YB BN, namun lain pula halnya dengan pendirian Rahman Dahlan apabila dengan "senang hatinya" menyokong tindakan kenaikan cukai ini. Namun, malangnya apabila rakyat mentafsirkan "sokongan" Rahman Dahlan tersebut lebih kepada sekadar sokongan yang bersifat mengampu maklumlah Pilihanraya dah tak lama. 


Dan kini, Rahman Dahlan memberikan satu lagi kenyataan yang sangat rapuh, umum dan jika di lihat pun lebih kepada sekadar gimik mengampu pilihanraya. 


Alasan yang di berikan oleh Rahman Dahlan ketika membandingkan bajet selangor dan bajet sabah adalah sangat rapuh. Rahman Dahlan memberikan alasan bajet Sabah yang mundur ini adalah lebih besar berbanding negeri selangor yang maju. Namun sebelum itu, mari kita lihat keluasan Sabah dan Selangor. Sabah berkeluasan 73,620 km persegi manakala Selangor pula cuma berkeluasan 7930.20 persegi. Jika di nisbahkan, Sabah adalah 9 kali ganda lebih besar berbanding Selangor. Andaikan jumlah wang tersebut dibahagikan kepada setiap ceruk km persegi dalam setiap negeri maka Sabah hanya akan mendapat lebih kurang 54 ribu untuk 1 km persegi manakala Selangor pula akan mendapat kira-kira 200 ribu untuk 1 km persegi.  


Walaupun bangga membentangkan bajet besar, namun dari segi kemajuan infrastruktur dan taraf hidup rakyat, Sabah merupakan negeri yang paling terkebelakang sekali. Oleh itu, maka adalah menjadi hak kepada rakyat Sabah untuk mempersoalkan kemanakah wang-wang yang telah di peruntukan untuk kemajuan, pembangunan-pembangunan dan peningkatan taraf hidup apabila rakyat tidak terasa sangat  "kemajuan" yang di war-warkan oleh Kerajaan. 


Jangan menafikan apabila bercakap tentang wang yang tidak sampai kepada rakyat. Jika sampai pun, hanya sedikit sahaja yang boleh di nikmati oleh rakyat. Inilah maksud sebenar ketirisan. Jika Rahman Dahlan cuba membandingkan Sabah dan Selangor, Rahman Dahlan juga seharusnya jangan bersikap hipokrit dengan tidak menyebut pencapaian baik Selangor yang berjaya menambah simpanan tunai sebanyak rm 200 juta dalam tempoh hanya 6 bulan. 

Jika Ketua Audit Negara mengiktiraf Sabah di bawah kepimpinan Musa, apakah pula jawapan Rahman Dahlan terhadap projek komputer yang KAN katakan gagal?malah memalukan apabila di siniskan lagi dengan jolokan "ada komputer tapi tiada karen (elektrik)". Semua 27 Makmal komputer di sekolah bestari Sabah gagal di siapkan. dan hanya 2 sahaja dari 300 makmal komputer di sekolah harian yang berjaya di siapkan.

Di samping itu, Sabah turut tersenarai sebagai Negeri yang di mana Tabikanya gagal mematuhi menu makanan . 


Ulasan ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan Kerajaan, tetapi bertujuan untuk membawa rakyat berfikir di luar kotak dan jangan hanya tengok yang baik sebaliknya cuba seimbangkan pula dengan yang 'buruk'. 


Akhir kata, tidak ada gunanya bajet besar sekiranya tidak memberikan KEBAIKKAN OPTIMUM kepada rakyat. jangan hanya INDAH KHABAR DARI RUPA.

Monday, October 31, 2011

Pilak "bumiputera" mau cabar DUSUN bumiputera original...bah cubaaaa.....

Baru-baru ini terdapat satu gambar yang telah di upload dan di share melalui group Facebook PISOMPURUAN TULUN TOKOU (PTT) yang sedikit sebanyak mencabar kewibawaan masyarakat dusun dan masyarakat bumiputera setempat amnya. Dalam gambar tersebut, telah dihighlightkan STATUS profile individu yang bernama "Ben Setia" yang bertulis " Pukimak lah kamu org dusun sna....mari la lawan sma org pilak"....

Tidak di ketahui secara jelas apakah motif individu tersebut memaparkan status sebegitu. Hasil dari penelitian JM, dalam gambar tersebut, Ben Setia bekerja di Puspakom, belajar di UMS, Tinggal di Sabah, Malaysia dan berasal dari Inanam.

Namun sebentar tadi apabila JM check kembali profile Ben Setia, paparan akaun dan profile individu tersebut telah di ubahtambah di mana Ben Setia mengambil opsyen Sejarah di UMS, tinggal di Sabah, Malaysia dan berasal dari Shah Alam, Malaysia. Namun apabila di selidiki dengan lebih lanjut dalam INFO Ben Setia, individu tersebut merupakan bekas pelajar SMK Kolombong pada tahun 1993, bekerja di Puspakom serta merupakan pelajar UMS dalam opsyen Sejarah tahun 2009.

JM cuba mencari kembali "older post" yang berkaitan dengan STATUS dalam gambar tersebut, namun tidak menjumpai apa-apa kemungkinan telah di "remove" oleh individu tersebut.

Sejauh mana kebenaran gambar tersebut tidak pula dapat di pastikan dan ada kemungkinan gambar tersebut telah di edit dan di sabotaj oleh seseorang.

Tetapi jika benar seperti apa yang telah di paparkan oleh Ben Setia dalam gambar tersebut, maka ia secara tidak langsung telah mencabar kewibawaan orang dusun dan ia seharusnya tidak boleh di pandang remeh....

Sedikit sebanyak gambar tersebut memang mengguris perasaan kaum dusun dan seolah-olah mencabar kekuatan Rakyat Sabah dengan menlabelkan rakyat Sabah yang aman damai ini sebagai PENAKUT berbanding dengan orang Pilipin yang sudah biasa dengan bunyi-bunyian senjata api dan perang.

Dalam gambar tersebut juga jelas dapat di lihat bahawa Ben Setia mencabar orang dusun untuk turun KK dan berjumpa di Sinsuran. Dengan perasaan angkuhnya Ben Setia akan memberi orang dusun "makan CD cetak rompaknya." Di Samping itu, Ben Setia turut menulis kata-kata makian lucah " FUCK U ALL" untuk menampakkan ketidakpuashatiannya terhadap masyarakat dusun.

So, orang-orang bumiputera (Dusun, Kadazan, Rungus, Murut, Bajau, Kedayan, dan lain-lain) takkan kita kasih biar saja....sampai bila lagi HARGA DIRI SABAH WARRIORS ini di rendah-rendahkan oleh seseorang yang EX - PILAK???? tepuk dada....tanya selera.......

Selanjutnya check di link ini....
http://www.facebook.com/groups/109953772405028/?ref=notif&notif_t=group_activity#!/photo.php?fbid=2014566417329&set=o.109953772405028&type=1&theater

Thursday, September 8, 2011

Aduyaiiiii...Sabah.....UTUSAN kasih buduh-buduh kitaaaa laaaa.......

Siapa-siapa orang Sabah khususnya orang kiulu, saya tidak pasti adakah kita perlu rasa gembira atau rasa malu dengan artikel yang dikeluarkan dalam portal UTUSAN MALAYSIA (klik link untuk baca artikel tersebut)....

Tapi apa yang pasti, saya secara peribadinya rasa betul-betul terhina bila tebaca artikel tersebut....apa tidaknya...diorang tipu-tipu pembaca UTUSAN dengan menyebarkan cerita-cerita palsu siap dengan gambar palsu lagi.....

Kalau urang-urang dari semenanjung yang baca UTUSAN ni mungkin bulihlah kana tipu....tapi macamana pula orang Sabah sendiri???? mungkin orang-orang Kiulu yang bekerja di Sabah bila baca pasal hal ini, pasti akan TERKEJUT besar bila secara tiba-tiba ada sudah bangunan tinggi2 di Pekan Kiulu.... lagipun Pekan Kiulu itu kan bukit-bulit..sikit kawasan rata sana....tapi kenapa bila tinguk gambar, raaaataaaaaa saja...

Faktanya, Gambar yang di GUNATIPU oleh UTUSAN tersebut merupakan bangunan HSBC di Jalan Gaya, Kota Kinabalu....dekat sama tu Suria Complex....

Ada beberapa kawan JM yang telah mengutarakan kesilapan gambar tersebut kepada UTUSAN melalui email, dan jawapan yang di terima adalah "gambar tersebut digunakan hanya untuk gambar hiasan".... tapi bila rujuk balik portal tersebut, tiada pun istilah "gambar hiasan".....

Ini lah sebenarnya antara pembohongan2 yang dilakukan oleh UTUSAN untuk menampakkan KEBAIKKAN UMNO.....tapi apa bulih buat...kedapatan tembirang diorang.....

Oi....Orang2 Sabah...bila lagi kamu mau buka mata, minda n ubah perangai macam "karabau" kamu itu...... suka betul kita kana injak oleh itu semenanjung kan????? suka betul kita kana ayam2 oleh itu semenanjung kan???? suka betul kita kana tombirang2 sama itu semenanjung kan?????

Tuesday, November 16, 2010

Karim Ghani : Sabah miskin sebab pemimpinnya kaya!!!!

Bekas pengasas Umno Sabah, Datuk Karim Ghani mengakui kesahihan laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) oleh Bank Dunia, bahawa Sabah dikategori sebagai negeri paling miskin di Malaysia, lapor TV Selangor.
Laporan berkenaan menyebut Sabah yang mewakili 10 peratus penduduk Malaysia mempunyai 40 peratus daripada rakyatnya dikategorikan sebagai miskin.



Sehubungan itu, Karim juga yang menyanggah kenyataan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Negeri Sabah yang menafikan laporan MEM berkenaan.

Pemimpin yang pernah sama-sama berjuang bersama tokoh kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun itu berkata masalah wujud disebabkan perjanjian ketika pembentukkan Malaysia tidak ditunaikan.

"Sabah negeri kaya, yang miskin rakyatnya dan yang kaya juga pemimpinnya. Laporan Bank Dunia itu yang betul," katannya yang berhasrat menghidupkan semula USNO.

Berhubung tindakan EPU menyanggah laporan tersebut, Karim berkata ini kerana kerajaan BN sengaja tidak mahu mengakui rakyat Sabah miskin.

"Kenyataan yang asyik diulang-ulang oleh pemimpin Sabah, hujung tahun ini semua rakyat sudah keluar daripada kemiskinan.

"Sabah kaya...kita ada minyak, ada kayu balak, ada kelapa sawit tapi rakyatnya miskin disebabkan pentadbiran yang tidak betul.


"Yang dimajukan cuma bandar dengan bangunan yang mencakar langit tetapi di luar bandar, orang masih lagi merempat.
"Seperti di Batu Sapi, kalau kita tengok tempat orang Islam di sana, air mata saya pun menitis kerana merempat sedangkan Batu Sapi itu tempat Ketua Menteri, banyak dengan kayu balak dan kelapa sawit," katanya.
Dakwa Karim lagi, Umno-BN sengaja membiarkan rakyat Sabah di dalam keadaan daif supaya undi mereka senang dibeli setiap kali pilihan raya diadakan.

"Ini adalah soal kepimpinan, kalau pemimpin mentadbir dengan baik, apa parti pun baik tetapi sejak tahun 1985 keadaan rakyat Sabah bertambah buruk. Rata-rata pekerja di Sabah, berpendapatan kurang daripada RM 500 kecuali pegawai kerajaan dan para pimpinan atasan," katanya.

Beliau juga membidas projek mega seperti membina terminal lapangan terbang yang berharga RM 1.2 bilion yang dakwanya tidak memberikan manfaat kepada rakyat Sabah terutamanya yang tinggal di kampung-kampung yang langsung tidak pernah menjejak kaki ke terminal tersebut.

"Projek mega memang nampak indah tapi projek di kampung, apa yang ada.

"Buat jalan raya tapi tidak mendatangkan hasil kepada rakyat jadi macam mana hendak menambah pendapatan rakyat supaya dapat keluar daripada kemiskinan," katanya lagi.

JM : Aduyai tompinai.... memang satu sikap terpuji apabila seseorang sedar akan kesilapan yang dilakukan olehnya dulu.... tapi macam orang cakap, sesal dahulu PENDAPATAN.... sesal kemudian TIDAK BERGUNA.....


so, tompinai2 yang membaca artikel ini...bah pa lagi...fikir-fikir lah...KAMU MAU SESAL SEKARANG kah? atau SESAL NAAAAAAAAAAANTI?????

Sunday, September 12, 2010

10 minit FAKTA mengenai SABAH & MALAYSIA....

1. MALAYA BUKAN MALAYSIA

Malaya sebenarnya merupakan apa yang kita panggil sebagai Tanah Melayu atau Semenanjung Malaysia pada hari ini. Malaya tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Malaya (semenanjung Malaysia) bersepakat bersama dengan Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk negara Malaysia. Namun 2 tahun selepas Malaysia ditubuhkan, Singapura keluar dari Malaysia lalu membentuk Negara republik.

2. Sabah dan Sarawak tidak pernah masuk MALAYA.

Sabah dan Sarawak tidak pernah memasuki MALAYA. Sebaliknya Malaya ( Tanah Melayu), Sabah, Sarawak dan Singapura 'bersepakat' secara 'konsensus' untuk menubuhkan MALAYSIA dimana ia merupakan satu NEGARA baru yang belum pernah wujud sebelum ini. Oleh yang demikian, dalam hal ini sepatutnya tidak berlaku negeri siapa yang BOSS dan negeri mana yang jadi KULI. Namun ramai diantara kita khususnya rakyat Sabah dan Sarawak yang terlalu mengagung-agungkan SEMENANJUNG (MALAYA) sehingga kita dilayan sebagai negeri kelas kedua atau negeri penumpang!!!!

3. Tunku Abdul Rahman bukan bapa kemerdekaan MALAYSIA

Ramai di antara kita yang telah terpengaruh dengan madah-madah dan bait-bait yang mengatakan Tunku merupakan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Salah!!!! yang betulnya, Tunku merupakan Bapa Kemerdekaan Malaya (Tanah Melayu). Tidak ada Istilah Bapa Kemerdekaan Malaysia.
Seharusnya di wujudkan istilah "Bapa-Bapa Pembentukan Malaysia" baru ngammmm untuk mengenang jasa tokoh-tokoh MALAYSIA.

4. MALAYSIA bukan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Malaysia tidak pernah Merdeka. Malaysia juga tidak pernah di jajah. oleh itu, siapakah yang merdeka pada 31 Ogos 1957?
Tompinai, yang merdeka pada 31 Ogos 1957 cumalah Tanah Melayu (malaya @ Semenanjung Malaysia). Oleh itu amat tidak tepat jika tarikh 31 Ogos dinamakan dan disambut sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia. Sebetulnya dan selogiknya, hari kemerdekaan Malaysia merupakan pada 16 September 1963 dimana pada tarikh itu juga lah Negara Malaysia di bentuk.

5. Semua rakyat ada HAK MENJADI PM.

Tanpa mengira warna kulit, agama, kaum, bangsa, tempat tinggal ....selagi seseorang itu layak, maka dia seharusnya boleh dilantik menjadi PM. Ingat kita mengamalkan sistem DEMOKRASI dan bukan sistem MEWARISKAN TAKHTA. Selagi calon tersebut merupakan warganegara dan tidak pernah disabitkan kesalahan jenayah serius, maka selagi itu dia layak untuk dicalonkan. Namun dalam konsep mainan politik di negara kita, seseorang PM itu harus lah Bumiputera ( Melayu ) ,beragama Islam dan harus dari kalangan parti UMNO sahaja. walhal, peribumi Sabah dan Sarawak juga merupakan Bumiputera.
Namun disebabkan kita terlalu menghambakan dan menyanjungi Semenanjung Malaysia maka, kita beranggapan kita merupakan negeri penumpang dan layak untuk menerima layanan Kelas KEDUA.

P/s Sampai bila kita nak ditipu, diperbodohkan, dimanipulasikan dan di diskriminasikan????\

Sunday, October 25, 2009

Dusun Sabah saudara Dusun Witu dari Indonesia?

           Mungkin kita lazim mendengar perkataan dusun, kaum dusun, budaya dusun dan bahasa dusun bila berada disabah. Sedikit sebanyak orang dusun amat berbangga sekali dengan keunikan etnik mereka ini. Ketika saya melayari internet untuk mencari bahan cerita saya amat tertarik ketika menemui terdapat satu bangsa di Kalimantan (indonesia) yang dipanggil bangsa Dusun Witu dimana kononnya mereka mempunyai bahasa dan budaya yang hampir sama dengan kaum Dusun. Namun apabila saya lanjutkan pencarian saya bahasa mereka lebih mirip bahasa kadazan. Kalau disabah, kaum kadazan dan kaum dusun mempunyai budaya yang sama cuma loghat bahasanya yang berlainan. Namun baik dusun atau kadazan, mereka masih boleh berinteraksi dengan menggunakan bahasa masing-masing atau lebih senangnya orang dusun boleh faham bahasa kadazan dan orang kadazan pula boleh faham bahasa dusun.

Berbalik kita ke topik asal mengenai dusun witu. Dibawah merupakan satu contoh bahasa mereka. Mari kita tengok sama-sama.



Sama bukan? kita bandingkan pula ayat tersebut dengan bahasa dusun, rungus dan kadazan.

Bahasa Kadazan

Ave Maria,
nopunu' do graasia,
miampai diau O kinoingan,
obitua ko do id saviavi' tondu,
om obitua o tuva' tinan nu Jesus.
Sangti Maria, tina' do Kinoingan
Pokiinsianai zikoh tu' tuhun do momimiduso;
baino om ontok jaam do kapatazon za. Amin.

Bahasa Dusun

Ave Maria
Noponu do grasia
miampai diau oi kinoingan
Obitua koh id sawi-awi tondu
Om obitua tua tinan nu Jesus
Santi Maria tina do kinoingan
pokinsianai dahai tulun kidouso
baino ontok jam kapataion ya amen.

Bahasa Dayak Barito [Dusun Witu]

Ave Maria,
Noponu di gracia,
Kinohoyngan kohuang nu,
tobetua ko id tenga di savi-avi tondu
Om tobetuva tuva di tinan nu Jesus
Santa Maria, tina kinohoyngan pokionuan za tuhun ki dose
moino om id jam kapatazan za. Amin

Bahasa Rungus

Salam Maria,
I noponu do kovonusan,
I Kinohoingan o kohuang nu,
tobituva [tobvituva] ko sid tanga do sa'avi-avi ot tondu,
om tobituva [tobvituva] it tuva tinan nu i Yesus,
Santa Maria,
I Tina do Kinohoingan pintaduai za it tuhun do kiduszo,
Bviano om sid jaham do kapatazan za. Amin
[atau Biano om sid jaham do sukud za. Amin]


Bahasa Malaysia

Salam Maria,
penuh rahmat, Tuhan serta mu,
Terpujilah engkau diantara wanita
dan terpujilah buah tubuh mu Yesus.
Santa Maria, Bunda Allah,
Doakanlah kami yang berdosa ini
s'karang dan sewaktu kami mati. Amin.

Bagaimana? ada persamaan bukan?

Saya cuba mencari kajian-kajian yang dilakukan oleh orang profesional seperti proffesor atau pengkaji bahasa namun malang sekali apabila terlalu sedikit sumber yang boleh didapati baik internet ataupun masih kurang kajian yang dilakukan terhadap kesamaan kedua-dua rumpun ini. Kepada orang2 U yang menjurus kepada bidang komunikasi atau bahasa, bolehlah kasih jadi ini topik sebagai kamu punya tajuk tesis kan...hehehe

*rujukan diambil daripada beberapa laman web (blog,forum) tempatan.

bersambung....