Showing posts with label dusun. Show all posts
Showing posts with label dusun. Show all posts

Monday, October 31, 2011

Pilak "bumiputera" mau cabar DUSUN bumiputera original...bah cubaaaa.....

Baru-baru ini terdapat satu gambar yang telah di upload dan di share melalui group Facebook PISOMPURUAN TULUN TOKOU (PTT) yang sedikit sebanyak mencabar kewibawaan masyarakat dusun dan masyarakat bumiputera setempat amnya. Dalam gambar tersebut, telah dihighlightkan STATUS profile individu yang bernama "Ben Setia" yang bertulis " Pukimak lah kamu org dusun sna....mari la lawan sma org pilak"....

Tidak di ketahui secara jelas apakah motif individu tersebut memaparkan status sebegitu. Hasil dari penelitian JM, dalam gambar tersebut, Ben Setia bekerja di Puspakom, belajar di UMS, Tinggal di Sabah, Malaysia dan berasal dari Inanam.

Namun sebentar tadi apabila JM check kembali profile Ben Setia, paparan akaun dan profile individu tersebut telah di ubahtambah di mana Ben Setia mengambil opsyen Sejarah di UMS, tinggal di Sabah, Malaysia dan berasal dari Shah Alam, Malaysia. Namun apabila di selidiki dengan lebih lanjut dalam INFO Ben Setia, individu tersebut merupakan bekas pelajar SMK Kolombong pada tahun 1993, bekerja di Puspakom serta merupakan pelajar UMS dalam opsyen Sejarah tahun 2009.

JM cuba mencari kembali "older post" yang berkaitan dengan STATUS dalam gambar tersebut, namun tidak menjumpai apa-apa kemungkinan telah di "remove" oleh individu tersebut.

Sejauh mana kebenaran gambar tersebut tidak pula dapat di pastikan dan ada kemungkinan gambar tersebut telah di edit dan di sabotaj oleh seseorang.

Tetapi jika benar seperti apa yang telah di paparkan oleh Ben Setia dalam gambar tersebut, maka ia secara tidak langsung telah mencabar kewibawaan orang dusun dan ia seharusnya tidak boleh di pandang remeh....

Sedikit sebanyak gambar tersebut memang mengguris perasaan kaum dusun dan seolah-olah mencabar kekuatan Rakyat Sabah dengan menlabelkan rakyat Sabah yang aman damai ini sebagai PENAKUT berbanding dengan orang Pilipin yang sudah biasa dengan bunyi-bunyian senjata api dan perang.

Dalam gambar tersebut juga jelas dapat di lihat bahawa Ben Setia mencabar orang dusun untuk turun KK dan berjumpa di Sinsuran. Dengan perasaan angkuhnya Ben Setia akan memberi orang dusun "makan CD cetak rompaknya." Di Samping itu, Ben Setia turut menulis kata-kata makian lucah " FUCK U ALL" untuk menampakkan ketidakpuashatiannya terhadap masyarakat dusun.

So, orang-orang bumiputera (Dusun, Kadazan, Rungus, Murut, Bajau, Kedayan, dan lain-lain) takkan kita kasih biar saja....sampai bila lagi HARGA DIRI SABAH WARRIORS ini di rendah-rendahkan oleh seseorang yang EX - PILAK???? tepuk dada....tanya selera.......

Selanjutnya check di link ini....
http://www.facebook.com/groups/109953772405028/?ref=notif&notif_t=group_activity#!/photo.php?fbid=2014566417329&set=o.109953772405028&type=1&theater

Sunday, July 24, 2011

Aramai tih......apa bah itu???ada pantang larang juga lah.......lol.....

ARAMAI TIH menurut kamus "poginuman" boleh membawa maksud "ramai nyaaaaa......" , "meriah!!!" , "fantastic!!!!" , "enjoy!!!", "syok"....dimana ia menggambarkan mood dan ekspresi gembira semasa sesuatu majlis keramaian, ataupun juga acara "suka-suka" momoduk (membeli alkohol untuk tujuan moginum)....

Namun hati-hati kamu kalau mau cakap istilah ini sama orang sarawak terutama orang Iban sebab dalam definisi bunyi bahasa mereka membawa maksud MARI MATI...... ARAM = Mari....MAITI / MATI = mati.....hehehhee

Sama juga macam itu OK BAH KALAU KAU, dan BULIH BAH KALAU KAU....ARAMAI TIH juga sudah menjadi satu ayat trademark oleh orang Sabah terutamanya etnik dalam kaum KADAZANDUSUN....jadi memang tidak hairan lah kalau asal ada karamaian kah, poginuman kah mesti WAJIB ayat ini kana sebut....

Tapi ayat ini BAHAYA dan "ADA KUASA,AURA SUPERNATURAL" sikit...jadi ada beberapa PANTANG yang MESTI kita patuhi sebelum suka-suka teriak ARAMAI TIH.....mau tahu apa pantang larang itu???? setelah tanya BOBOLIAN dan ORANG-ORANG TUA, serba ringkas pantang tersebut :

  1. Masa ada orang moguhod (mengamuk / begaduh) jan pandai-pandai teriak ARAMAI TIH kalau tidak mau teikut biru mata atau betaburan gigi di lantai.....
  2. Jangan suka-suka teriak ARAMAI TIH masa ada minum tapai untuk orang mati...nanti takut kita teikut mati kana tumbuk oleh tuan rumah.....
  3. Jangan suka-suka teriak ARAMAI TIH masa bejalan 1 orang.....takut nanti sana BUKIT PADANG nanti kita.....
  4. Jangan suka-suka teriak ARAMAI TIH masa dalam gereja, kuil, surau, masjid.....takut nanti kena tapap orang ramai......
  5. Masa begaduh sama sumandak,tanak wagu jangan suka-suka cakap ARAMAI TIH kalau tidak mau kena cerai....
  6. Kalau di sekolah atau tempat kerja pun jangan teriak tidak tentu pasal ARAMAI TIH.....gelap masa depan nanti.....
  7. Jangan teriak ARAMAI TIH sama budak-budak.....takut budak-budak tu gelap masa depan juga....
  8. Jangan teriak ARAMAI TIH di shoping complex.....kecuali "kulit muka" kita tebal......
  9. Masa kena saman polis, jangan cakap ARAMAI TIH kalau tidak mau angka di kertas saman itu bertambah.....
  10. Kalau ada rumah terbakar, pun jangan teriak ARAMAI TIH....takut kita pula yang kana "luguh (panggang)" nanti... 
Bah itu sajalah pantang larang dia...mesti hafal dan jadikan ingatan........berARAMAI TIH lah dengan bijak dan berdisiplin.....ARRRRRRAAAAAMAAAAIIII TIIIIIHHHHHHH!!!!!!!

Thursday, July 21, 2011

Bah...Moginum...apa itu moginum????

Kopisanangan dan selamat sejahterah semua.....hari ini kita cakap pasal topik MOGINUM....apa itu moginum??? Moginum merupakan perkataan bahasa dusun yang bermaksud "minum" dalam bahasa melayu dan "drink" dalam bahasa English..... Namun kepda yang baru belajar bahasa dusun, kamu mesti hati-hati dengan penggunaan perkataan tersebut....kerana perkataan tersebut walaupun perkataan moginum ini membawa maksud yang baik, tapi dari segi PENGGUNAAN atau MAKSU perkataan tersebut membawa erti yang sangat berbeza kepada penutur tegar bahasa dusun....MOGINUM bagi kaum dusun/kadazan ditakrifkan sebagai aktiviti MEMINUM ARAK / TAPAI.....

Mesti ada pembaca yang berkata macam mana kalau saya guna ayat MOGINUM AIR???? boleh....dan boleh diterima.... namun dari segi penggunaan perkataan tersebut dengan maksud ayat kurang betul.....sepatutnya kita harus guna MONGINUM WAIG.....monginum dan moginum walaupun sama maksud iaitu air, namun MONGINUM lebih kepada takrif minum sesuatu yang baik....manakala MOGINUM pula lebih kepada meminum sesuatu yang keras atau memabukkan......


Jadi tompinai, mari pula kita cerita sikit tentang kebaikkan dan ketidakbaikkan MOGINUM ini.....

KEBAIKKAN moginum (mengikut takrif JariMerdeka):
  1. Melalui moginum kita dapat mengeratkkan lagi silaturahim antara kita (pisompuruan).
  2. Melalui moginum kita dapat release tension....menyanyi sambil main gitar...kadang-kadang ada juga yang tambah instrumen guna baldi, periuk, gelas, lanjang sebagai "drum"....dan menggunakan sudu sebagai mikrofon....
  3. Melalui moginum, kita dapat menambah "pengetahuan" dengan bercerita/berbahas mengenai sesuatu isu.....kadang-kadang ada orang yang lagi hebat pandai sudah cakap "cina", "jepun", "thailand" dan "english" masa sudah high....
  4. Ada juga orang yang bila moginum, merupakan masa untuk "cari duit".....caranya dengan main "lap lap (terup 13 daun)", "main duapuluh satu", "main katam-katam" ......tapi ramai juga yang "bingkarap" turus pura2 join geng2 pukul lanjang tadi untuk mereleasekan tensionnya....
  5. Masa moginum, kita dapat tengok "magic" dari kawan-kawan yang berkebolehan menghilangkan air tapai dari gelas dia dalam masa tidak sampai 1 saat.....(kena kasih tumpah)....
  6. Masa moginum, kita bulih lah risik2 sumandak atau tanak wagu...tapi biasanya 3 gelas pertama, itu tanak2 wagu sama sumandak2 masih lagi cntrol2......bila sudah masuk 4 5 gelas nah,..... nah mana da control lagi.....
KETIDAKBAIKKAN moginum


  1. KOGUTAN!!!!!! kadang2 sampai 1 hari kalapik m tiada selera moginum....tapi orang selalu pigi cari yang sup-sup mau kasih ubat itu pening.....magi kah...mee sup kah...yang penting sup kah diolo.... tapi ada juga petua orang pro moginum, pigi dulu tius lagi 1 galas itu linutau toi lihing lepas tu terus baik dorang bilang....saya sudah cuba...bukan makin baik....makin sihat sebab MAU MINUM LAGI...... tambah lagi KOGUTAN......
  2. Ko"gout" kah diolo...betul juga lah....alkohol kalau minum telampau banyak tidak bagus untuk kesihatan......
  3. Kadang-kadang ada orang moguhod bila sudah moginum....ini yang tidak syok ini....
  4.  Badan berbau....sebab tidak mandi 1 hari....bagus lagi tidak mandi daripada tidak kopoginum kah......aiyaaaa....
  5. Hilang selipar....sebab telampau banyak orang, kadang2 orang bila sudah mabuk main pakai saja selipar....lain kali kalau mau pigi moginum, pakai selipar "tandas" saja....okon koh minggaya......ada kes yang lagi teruk, hilang HP om dompet......so pandai2 lah jaga diri kotih....
  6. Kuat kencing...kalau yang kita minum itu beer, hbis lah....balik2 lah mau pigi jamban.....kalau belum mabuk ok...tapi klau sudah mabuk, bah.....kadang2 tidak sampai jamban sudah kosobuh.....
  7. berpecah-pecahan semua itu baladi, gelen....sinduk patah, kena tuntung masa main drum.....
  8. Paling tidak syok bila sudah habis moginum, mau kasih kemas....sudah lah kogutan...kalau lap muntah2 orang, kencing2 orag nahhhh...apa kau rasa??????
Apa-apa pun, moginum ada baik dan tidak baiknya,....so, jadi lah poginum yang berdisiplan dan bukan poginum yang menyusahkan orang lain........

Saturday, February 12, 2011

Asal usul nama TAMBUNAN.

Berikut merupakan cerita ringkas tentang bagaimana TAMBUNAN mendapat namanya.

Pic 1 : monumen Tamadon dan Gombunan yang di bina di Pekan Tambunan.

Dari segi geografi ,Tambunan terletak di bahagian Pendalaman Sabah.80km dari kota kinabalu(ibu Negeri) di sebelah barat 48km, dari Ranau di sebelah utara ,dan 48km dari keningau di selatan . Lembah ini dikelilingi oleh oleh banjaran gunung.Gunung Kinabalu (4018)yang agung menjadi satu pemendangan di bahagian utara..Dari segi Budaya,barbagai bagai metos dan legenda terutamanya yang berhubung dengan tradisi tradisi lama ,adat resam dan asal usul puak puak dan nama nama tempat di bahagian ini masih ada hingga sekarang.Kisah asal usul Tambunan adalah satu cerita yang menarik yang diceritakan dari mulut ke mulut daripada satu generasi ke generasi yang lain di kalangan orang Kadazan /Dusun di Tambunan.


Pada zaman dahulu kawasan Tambunan hanya di penuhi oleh hutan hujan tropika .Hutan di situ penuh dengan pelbagai jenis haiwan , daripada lintah yang menghisap darah hinggahlah kerbau liar Borneo.Tidak ada manusia yang tinggal disitu pada mulanya.Namun demikian beberapa lama kemudian peneroka mula berhijrah ke selatan dari Nunukragang dan beberapa orang daripada mereka menetap di Tambunan. Kumpulan orang pertama yang sampai ketika itu dipimpin oleh Gombunan .Beliau seorang pahlawan dari kalangan puak Nunukragang,di samping juga seorang pemimpinyang berkeboleihandan baik hati.Beliau mula meneroka dataran Tambunan yang subur disamping pengikutnya. termasuk isteri dan anak mereka.Menanam tanaman seperti padi huma ,jagung ubi kayu ,labu dan keladi merupakan aktiviti utama kaum wanita .Kaum lelaki pula banyak menghabiskan masa dengan berburu binatang liar daripada tupai hingga babi hutan dan rusa. Buah buahan hutan dan beri yang boleh dimakan untuk setiap orang pada ketika itu.Dan setiap orang akan gembira dan berpuas hati.Apabila bilangan penduduk bertambah ,lebih banyak kawasan telah di bersihkan untuk menanam.Penduduk kampung itu yang mengelarkan diri mereka orang dataran(oleh keran mereka tinggal di dataran Tambunan)menjadi bertambah maju dan aman damai dan berharmoni di bawah kepimpinan Gombunan.

Tetapi pada satu hari ,sekumpulan pahlawan yang ganas dari puak Tonsundung yang datang dari kawasan berbukit bukau datang di sebelah timur menyerang orang dataran .Mereka memusnahkan tanam tanaman dan harta benda lain dan juga membunuh sebahagian daripada orang kampung itu.Gombunan dan pahlawannya bertindak cepat dan berjaya dan berjaya menghalau mereka.Dan penyerang penyerang tersebut telah mengalami kecedreraan yang teruk.

Puak Tonsundung yang marah atas kekalahan mereka itu bercadang hendak membalas dan membunuh Gombunan.Kejadian itu berlaku pada satu hari lebih kurang 30 orang pahlawan Tonsundung menangkap Gombunan yang ketika itu bersendirian di ladangnya dan membunuhnya . Mereka mencincang badanya dan membawa balik kepalanya sebagai tanda kemenangan.Kepala Gombunan digantung pada tiang yang tinggi untuk membolehkan orang Tonsundung membaca mentera dan memperolokan kematian ketua orang dataran.

Orang Dataran amat berdukacita apabila mengatahui kematian ketua mereka .Mereka berkabung beberapa hari sebagai tanda menghormati nya dan bersumpah akan membalas atas kematiannya .Sebagai mengenang akan jasanya mereka telah menamakan penempatan mereka tiu GOMBUNAN .

Dalam pada masa itu satu lagi puak dari kawasan berbukit bukau di sebelah barat datang berhijrah di dataran .Mereka adalah puak Tamadon.Orang Tamadon merupakan orang yang ramah dan baik hati terhadap puak Gombunan.Mereka bersedia menghulurkan bantuan bagi memerangi puak Tonsudung kerana lambat laun puak Tonsundung akan menyerang puak Tamadon.Oleh itu sebagai langkah mengelakan sebarang serangan yang menejutkan daripada puak Tonsundung ,puak Tamadon pun bergabung dengan puak Gombunan.Pada masa yang sama juga merancang hendak membunuh semua puak Gombunan.Mereka sebenarnya tidak sedar akan adanya gabungan dan pakatan daripada puak Gombunan dan puak Tamandon.

Sampai sahaja masanya puak Tonsundung pun melaksanakan niat jahat mereka ,maka terperanjatlah mereka bahawa bilangan pihak lawan mereka bertambah ramai .Walaupun begitu pertempuran darah yang dashyat berlaku juga .Lebih setengah bilangan puak Tonsundung telah terbunuh .Pahalawan yang terselamat pula telah melarikan diri ke hutan di sebelah timur untuk beberapa lama tidak kelihatan.Dibanding dengan mereka jumlah yang mengalami kecederaan hanya sedikit.

Puak Gombunan dan puak Tamadon merayakan kemenangan mereka dengan mengadak n pesta besar besaran ,makanan dan minuman tapai di hidangkan dengan banyaknya .Kemuncak upacara itu ialah menamakan semulah penempatan dari Gombunan ke Tambunan.selepas mendapat persetujuan orang orang tua kedua pihak .TAM diambil dari Tamadon dan BUNAN diambil dari Gombunan dengan itu lahirlah TAMBUNAN hingga sekarang.