Tuesday, October 6, 2009

Musa Aman seludup wang?


sumber SABAHKINI...

05 Oktober 2009

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menghadapi satu pertuduhan serius selepas didakwa terbabit dalam jenayah penyeludupan dan pengurupan wang haram berjumlah RM16 juta di Hong Kong.


Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin berlepas ke Hong Kong baru-baru ini bagi membantu siasatan Badan Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) ke atas orang kanan Musa Aman, Micheal Chia Tien Foh.

Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos tahun lalu, selepas cuba menyeludup wang sejumlah $16 juta dalam matawang dolar Singapura. Sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat memfailkan laporan ke ICAC selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengambil tindakan ke atas orang kanan Ketua Menteri Sabah ini.

“Saya baru tiba dari Hong Kong dalam rangka menghantar satu laporan dalam kes penyelewengan, rasuah dan wang haram yang membabitkan seorang ahli perniagaan Michael Chia dan juga ada kaitan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman” ujarnya.

Menurut Shamsul, pihaknya difahamkan wang yang diseludup orang kanan Musa Aman itu adalah hasil sindiket pembalakan haram yang bermaharajalela di Sabah.

Wang-wang haram ini dipercayai masih tersimpan kemas dalam akaun-akaun bank di Hong Kong.

ICAC memberikan komitmen bahawa pihaknya akan memburu dan menyiasat kes ini. ICAC juga telah memberi dua jaminan kepada Shamsul iaitu akan memberikan maklum balas dalam tempoh seminggu sama ada wujudnya kes dalam hal ini dan juga hak kerahsian kerana ia melibatkan isu kerajaan dengan kerajaan.

“Saya mendakwa bahawa terdapat perlakuan rasuah di dalam negara Hong Kong. Saya juga membuat dakwaan duit-duit haram ini masih disimpan dalam akaun-akaun di Hong Kong dan meminta akaun-akaun itu dibekukan tetapi tidak ada komen sama ada setuju atau tidak dari pihak ICAC” tambahnya.

Tambah Shamsul, Chia merancang untuk menyeludup $16 juta wang haram ini ke Kuala Lumpur bagi memperkasa kempen Umno-BN menewaskan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

AMK telah memfailkan kes ini yang mendapat liputan meluas media antarabangsa ke SPRM, namun selepas setahun berlalu tiada sebarang tindakan diambil.

“Kita kecewa dengan sikap SPRM yang sampai sekarang tidak mengambil sebarang tindakan. Akhirnya kita terpaksa walaupun dengan berat hati menggunakan semua saluran yang ada kerana kita merasakan wang ini adalah wang rakyat. Wang ini perlu dikembalikan kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah” tambahnya lagi.

Temubual dengan media antarabangsa dan juga Hong Kong

Sementara itu, bagi Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff yang juga seorang peguam menyifatkan, penyeludupan dan pengurupan wang haram ini sebagai jenayah baru di Malaysia dan ia bersifat serius.

“Bagi saya apa yang dikatakan sebagai pengubahan wang haram politik ini satu perkara yang perlu ditangani segera kerana ia melibatkan satu jumlah yang besar. Lebih menarik pula, ia merupakan satu kesalahan di bawah akta yang baru diluluskan oleh kerajaan Malaysia iaitu di bawah AMLA” katanya.

P/s.... apa dah jadi? sejak kebelakangan ini, ramai YB2 dari puak UMNO@BN yg didakwa dan terbabit dalam kes salah guna kuasa, masalah disiplin, rasuah, politik wang dan sebagainya... macamana nak perintah Sabah dan Malaysia kalau mcm ni? harapkan songkok, songkok penutup dosa.... 

Sabah diakui kaya dengan Hutan... tapi hutan milik SABAH...bukan awak seorang saja wahai MUSA AMAN.... 

No comments:

Post a Comment

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...