Thursday, October 8, 2009

Bantah Azmin Ali ketuai PKR sabah

Okt 8, 09 3:53pm 

PKR Sabah nampaknya berdepan dengan masalah apabila sekumpulan ketua bahagian telah menyuarakan rasa tidak yakin mereka terhadap kepimpinan naib presiden Azmin Ali yang dilantik mengetuai PKR negeri itu baru-baru ini.

Seramai 16 ketua bahagian PKR mengadakan mesyuarat tidak rasmi malam tadi di lokasi yang tidak didedahkan di Kota Kinabalu berhubung isu tersebut. 


Perjumpaan selama satu jam itu dipengerusikan oleh ketua bahagian Kota Belud, Jalumin Boyogoh Samin.

Jalumin tidak dapat dihubungi untuk mendapat komen tetapi ia disahkan bahawa hasil pertemuan tersebut, telah disampaikan kepada pucuk pimpinan parti itu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Dua puluh tiga daripada 25 ketua bahagian, tidak termasuk Sepanggar dan Sandakan yang telah digantung, dan Azmin, dilaporkan dijemput menghadiri pertemuan itu melalui SMS.

Difahamkan tujuh bahagian yang tidak diwakili ialah Tuaran, Kalabakan, Semporna, Ranau, Tawau, Lahad Datu dan Libaran.

Tawau tidak menghadiri mesyuarat tidak rasmi itu kerana mahu kekal berkecuali, kata seorang sumber parti. Seorang daripada tiga timbalan pengerusi PKR negeri, Kong Hong Ming, mengetuai bahagian tersebut.

Azmin, sepertimana yang disahkan oleh dua ketua bahagian secara berasingan, tidak hadir. 

Sebaliknya, Azmin berpesan bahawa beliau bersetuju ketua bahagian Kalabakan, Hamzah Amir mengambil alih jawatan ketua PKR Sabah dan mengesahkan bahawa beliau akan menyampaikan perkara itu kepada pucuk pimpinan parti.

Hamzah, seorang Bajau, adalah bekas yang dipertua Majlis Perbandaran Tawau.

(sumber : malaysia kini)

p/s : betul labah gia tu gaman... takkan ini negeri kita punya, tapi org luar jadi ketua... mana adil...mana asih kalau mcm ni... saya x setuju langsung lah kalau org luar jadi ketua PKR sabah... macam lah sabah ni tiada orang yg layak utk jadi ketua....

Siapa pun ketua nanti, pastikan lah bah dia tu org sabah juga, org tempatan juga dan dia betul2 layak utk jadi ketua... Jeffery Kitingan x boleh jadi ketua kah gaman? hehehe  

No comments:

Post a Comment

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...