Kalau sebelum ini, Sabah terkenal dengan banyak ungkapan-ungkapan simbolik, sedikit lucu yang melambang, dan merujuk kepada status KESABAHAN individu antaranya seperti “OK Bah kalau kah….”, “Bulih bah Kalau Kau…”, “Jangan di kasih lama….” Dan perkataan yang sangat tidak asing lagi “Aramai Tih….”
Baru-baru ini, muncul lagi satu ungkapan popular dan bagai menjadi satu kemestian meniti dalam pertuturan rakyat Sabah… “INI KALI LAH!!!!”
Walaupun sebelum ini, ayat ini biasa di dengar, namun ia mula menjadi satu trademark baru dalam perbualan seharian rakyat Sabah di percayai di petik dari “Kita mesti menentukan nasib kita sendiri. Jangan biar orang lain menentukannya untuk kita. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Ini kali lah!” ucapan yang pasti akan di lontarkan oleh Dr. Jeffery Kitingan dalam setiap siri ceramah atau ucapannya.
Malah ketika mendengar radio-radio yang berstesen di Sabah, tidak miss, kalau ada panggilan-panggilan telefon mesti aka nada pemanggil yang menyelitkan “INI KALI LAH” ketika berbual. Baru-baru ini, Selebriti, bekas pelajar AF, dan sekarang menjadi penyampai di stesen Radio swasta KK FM iaitu Felix Agus juga beberapa kali akan mengeluarkan “INI KALI LAH”…. Tidak di ketahui, apakah beliau mempunyai maksud tersirat atau sekadar terikut-ikut trend bahasa semasa menyatakan ayat tersebut, namun ia boleh menjadi bukti betapa popularnya “INI KALI LAH”….
Kalau di Sarawak, DAP di bawah Pakatan Rakyat mempopularkan ayat “Jom Ubah” di mana Kerajaan Sarawak menyaksikan kehilangan beberapa kerusi termasuklah DUN Piasau di mana Dr. George Chan yang telah menduduki kerusi tersebut selama 6 penggal sejak tahun 1983 tersungkur di tangan muka baru DAP Ling Sie Kong dengan majoriti 1,590 undi.
Adakah senario yang sama bakal berlaku di Sabah ? apatah lagi terdapat khabar angin mengatakan Dr. Jeffery Kitingan bakal bertanding di DUN Tambunan menentang abangnya sendiri Datuk Pairin Kitingan dan turut akan bertanding dalam Kerusi Parlimen Keningau.
Walaupun ia Cuma khabar angin, namun sedikit sebanyak ia pasti menggusarkan Najib apatah lagi sejak STAR yang di terajui oleh Dr. Jeffery dilancarkan pada 6 Januari 2012, STAR telah menerima lebih dari 60,000 keahlian dari 100,000 borang yang diedarkan.
Jeffery yang juga presiden United Borneo Front (UBF) turut menubuhkan United Borneo Alliance (UBA) menjadikan isu 20 perkara dan perjanjian Malaysia 1963 sebagai panji utama perjuangan beliau di samping isu-isu dan masalah-masalah Sabah, Sarawak yang lain selama berada di bawah kepimpinan Barisan Nasional.
Pakatan Borneo Bersatu (UBA) menyeru kepada parti-parti politik tempatan Sabah agar bersatu dan bergabung di bawah UBA. Setakat ini, parti-parti dalam UBA adalah USNO Baru, SAPP, STAR dan UBF yang merupakan sebuah pertubuhan badan NGO.
Walaupun masih ramai yang meragui kemampuan STAR, namun usaha giat Dr. Jeffery mendekati rakyat, member kefahaman kepada rakyat tentang isu-isu Sabah dan perjuangan UBA, STAR dalam tempoh-tempoh hampir pilihanraya ini sedikit sebanyak mungkin boleh mengubah keputusan majoriti undi pada PRU 13 yang bakal di adakan.
Sepanjang BN memegang tampuk pemerintahan Sabah, masih banyak masalah yang masih belum dapat ditangani oleh kerajaan antaranya seperti isu air, jalan dan juga bekalan elektrik. Di samping itu, isu kemiskinan dan status “negeri paling miskin” turut menampakkan kelemahan BN dalam pengurusan sektor ekonomi Sabah.
Malah isu pengisian ketua-ketua jabatan di Sabah yang di monopoli oleh semenanjung juga mengundang pertanyaan ramai rakyat Sabah. Adakah Sabah ini kekurangan sumber pekerja yang layak dan berwibawa sehingga lebih dari 80% jawatan tersebut di isi oleh golongan Malaya?
Kegagalan Kerajaan untuk menangani masalah PATI memang tidak boleh di elakkan lagi. Dengan peningkatan statistik penduduk Sabah yang mendadak, tidak mampu menyembunyikan lagi kelemahan dan kebocoran dari pihak BN terhadap isu ini. Seperti yang di ketahui umum, banyak tuduhan di lemparkan kepada BN kerana menggunakan jalan kotor dengan menggunakan PATI sebagai pengundi hantu untuk meraih kemenangan dalam pilihanraya.
Isu tanah adat atau NCR telah menjadi satu isu yang panas di Sabah dan Sarawak. Terdapat banyak aduan kes salah guna kuasa yang telah di laporkan mengenai isu NCR ini. Malah ada yang telah sampai ke mahkamah seperti kes tanah adat kg. Imahit Tenom, saman 500 juta yang telah di kemukakan oleh bumiputera di Semporna dan banyak lagi.
Di samping itu, bahang keborneoan yang semakin memuncak di kalangan rakyat sudah mula terasa kehangatannya. Kesedaran yang telah timbul kerana kemudahan maklumat hasil daripada kemajuan teknologi pasti akan mempercepatkan lagi perebakan bahang tersebut. Sudah mula muncul banyak blog-blog serta group-group dalam laman social Facebook yang mana rata-ratanya meluahkan ketidakpuashatian mereka terhadap scenario yang berlaku di Sabah sekarang.
Dengan berkumandangnya “INI KALI LAH….” Pasti Najib, BN dan UMNO Sabah tidak akan tidur dengan nyenyak. Sudah pasti ada beberapa YB yang mula bermimpi-mimpi ngeri.
INI KALI LAH!!!!!!..............