Terkejut, lucu, tembirang....itu yang JM rasa bila terbaca artikel yang JM jumpa dari sebuah blog pro Tausug @ Sulu.... Jujurnya, JM bukan seorang yang arif mengenai salasilah Kesultanan Sulu serta konflik perebutan kuasa yang berlaku antara pewaris-pewaris kesultanan Sulu ini...
Namun yang amat menarik perhatian JM ialah bagaimana penulis artikel tersebut cuba membuat huraian dengan memasukkan Dr. Jeffrey sebagai watak yang pro kesultanan Sulu.... JM mahu mengaku juga bahawa JM bukan seorang yang arif mengenai perhubungan sosial politik Dr. Jeffrey kerana JM bukan setiausaha, bukan personal assistant, bukan juga bodyguard DJK (Dr. Jeffrey Kitingan) yang menjadi teman setia, ikut DJK pergi sana sini, jumpa tokoh itu, tokoh ini....Tetapi yang amat menggelikan hati JM ialah bagaimana penulis artikel tersebut cuba membuat spekulasi sendiri dalam mereka-reka cerita mengenai Dr. Jeffrey ini...
Secara ringkasnya artikel tersebut menuduh dan menulis :
- DJK berkomplot dengan Keturunan Kiram... (siapa Kiram? Waris kesultanan Sulu yang bertanggungjawab terhadap isu tuntutan Sabah dan pencerobohan di Lahad Datu baru-baru ini).
- DJK mendokong perjuangan Sultan Muidzullail T Kiram, seterusnya mendokong tuntutan Filipina terhadap Sabah...atas alasan DJK seorang Katolik dan Filipina pun Katolik. Turut disertakan bukti gambar pertemuan DJK dengan Kiram.
- DJK dan Pairin merupakan cucu kepada Datu Paduka Muhamad Salleh (Mat Salleh) hasil dari perkahwinan Matsalleh dengan perempuan dusun Tambunan.
- DJK adalah keturunan Tausug atau Suluk. Menurut penulis artikel tersebut, DJK berasal dari susur galur Sultan Bantilan I (defender of Islam) dan mempunyai darah kepahlawanan Ahlulbait Rasullulah SAW. Ini bermakna seharusnya DJK "memusuhi" Kiram kerana DJK bukan berasal dari keturunan Kiram.
Apapun, JM minta agar ada pihak yang arif, mungkin rakan rapat DJK, Saudaramara DJK, Orang Kuat DJK, Personal Assistant DJK yang akan dapat menjelaskan tuduhan-tuduhan ini....Secara peribadi JM langsung tidak percaya tuduhan ini.... ini kerana artikel tersebut tidak mempunyai fakta atau bukti yang sahih...
Adakah DJK benar-benar mempunyai darah Mat Salleh hasil perkahwinan Mat Salleh dengan Isteri Dusun Tambunan ?
Apakah Tujuan DJK bertemu dengan Sultan Muidzullail Kiram ?
Sebelum ini, ada dinyatakan bahawa terdapat pemimpin politik yang telah membawa masuk askar-askar Sulu ke Sabah malah pemimpin politik tersebut telah menjanjikan tanah dan penempatan terhadap Waris Kesultanan Sulu ini di Sabah.... Siapakah pemimpin politik tersebut? adakah DJK? Anwar ataupun Najib? kerana ketiga-tiga pemimpin ini turut mempunyai sejarah pertemuan dengan kerajaan Filipina...
JM tidak menuduh...namun ini merupakan persoalan-persoalan yang timbul di fikiran JM... mungkin tidak melampau kalau ada juga pembaca-pembaca yang turut berfikir soalan yang sama...
Apa-apapun, dari penilaian JM, blog tersebut sememangnya pro SULU, TAUSUG dan radikal dengan perjuangan Islam.... Blog tersebut juga JM ibaratkan sebagai sedikit anti Kristian, dan anti Philippine sebagai sebuah negara Katolik.
Di bawah ini, JM copy paste kan artikel yang berhubungkait dengan DJK..... sama-sama kita fikir pakai otak...bukan pakai hati.... Ambil yang jernih, buang yang keruh!!
Anda boleh membaca dan melihat blog penuh tersebut di sini : http://tausug-global.blogspot.com/
______________________________________________________________________________
KESILAPAN TERBESAR PEMIMPIN SABAH
Di manakah silapnya baru-baru ini Dr Jeffrey Kitingan telah berjaya bertemu dengan Sultan Muidzullail T Kiram? Apakah sebenarnya motif Dr Jeffrey bertemu Muidzullail? Kalau Dr Jeffrey bertemu Muizdullail hanya kerana mengharapkan keajaiban "Keluarkan Sabah dari Malaysia" maka beliau secara automatik memihak kepada tuntutan Filipina dan memusuhi Tausug. Beliau tersilap bila menyangka Datu Bebot @ Sultan Muizdullail itu adalah Sultan Sulu yang diterima rakyat. Adakah hanya kerana Muidzullail itu anakanda Sultan Mahakutta' Kiram maka dia adalah Sultan Sulu yang sebenar? Nampaknya Dr Jeffrey tidak tahu latarbelakang Sultan Mahakutta'.
Sultan Mahakutta' bin Sultan Esmail Kiram bin Raja Muda Mawallil Wasit bin Sultan Jamalul Alam (yang pajakkan Sabah kepada Inggeris) bin Sultan Pulalun, sebenarnya bermula dari Raja Muda Mawallilwasit sehingga anakandanya Sultan Esmail Kiram II adalah keluarga yang ditolak oleh Tausug dan para Datu serta syarif. Kerana datuk kepada Sultan Muidzullail yang Dr Jeffrey dampingi itu adalah individu yang serahkan Wilayah Sulu kepada Filipina pada tahun 1962. Sultan Esmail bin Raja Muda Mawallil Wasit tiada kedaulatan dan tidak diterima oleh Tausug apatah lagi bertindak serahkan Sulu kepada kafir yang dilaknat oleh nenek moyang Tausug sejak sekian lama.
Sebab itu mengapa saya katakan Dr Jeffrey bila mendokong Muidzullail bin Sultan Mahakutta' maka beliau secara automatik mendokong tuntutan Filipina. Mungkin juga Tausug tidak hairan sekiranya Dr Jeffrey mendokong Filipina kerana mereka seagama yang terkenal sebagai pendokong gereja katolik.
Sultan Muidzullail T Kiram bersama Dr Jeffrey Kitingan.
Berikut kenyataan dalam posting seorang individu di FB: PHILIPPINE SABAH CLAIM FORUM, dalam posting ini seolah-olah pihak Sultan Muidzullail marah dengan perkembangan perjanjian damai MILF-GPH.
"Today, the only Sultanate of Sulu and North Borneo heir to have come forward IN THIS CRITICAL PERIOD of national confusion related to Malaysia's official admittance in Mindanao (and the potential "murder" of our claim by Malacanang and the MILF through inaction), is HM Sultan Muedzul Kiram who has made it clear that he will fight for the return of Sabah. We must support HM.
Shown in picture taken on July 05 2012 in Kota Kinabalu, Sabah (former North Borneo): His Majesty Sultan Muedzul-lail T Kiram supported by the Sabahan Leader Dr. Jeffrey Kitingan, considered by West Malaysia as a Sabah dissident and brother of current Deputy Chief Minister of Sabah, in a one on one meeting at his hotel suite, Le Merridien, Kampong Ayir, KK, Sabah.
Dr Jeffrey Kitingan was once jailed under the dreaded ISA (Internal Security Act) of West Malaysia on suspicion of rebellion."
---------------------------------------------------------------------
Kenyataan dalam FB: PHILIPPINE SABAH CLAIM FORUM, "THE SULTAN OF SULU AND SABAH IS READY TO UNITE WITH THE MISUARI GROUP TO RECOVER SABAH FROM MALAYSIA." Mereka berusaha untuk bergabung dengan Prof Nur Misuari mengambil peluang dari kehampaan MNLF sekarang. Dalam gambar kelihatan Datu Bebot @ Sultan Muidzullail Kiram sedang peragakan senjata di dalam rumah. Di luar rumah takut, kerana bukan sahaja mereka yang mampu memegang senjata seperti ini malah semua orang Tausug di Jolo, Sulu rata-rata punya senjata seperti ini.
Adakah Dr Jeffrey tahu latarbelakangnya sendiri? Mungkin juga Dr Jeffrey tahu salasilahnya sendiri tapi berusaha menyembunyikannya dari khalayak. Namun ahli keluarganya yang lain tidak dapat menyembunyikannya, iaitu Pairing Kitingan dan adiknya Dr Jeffrey Kitingan adalah cucu Datu Paduka Muhammad Salleh (Mat Salleh) dari isteri Dusun Tambunan. Entah bagaimana dari isteri Dusun ini kemudian berjaya dikristiankan tidaklah dapat diketahui. Mungkin setelah kehilangan Mat Salleh selepas perang Tambunan, wanita-wanita Dusun yang Islam kebanyakannya isteri-isteri pahlawan Suluk yang berjuang bersama Mat Salleh telah sembunyikan identiti sehinggalah kemudian mereka menjadi kristian.
Ini bermakna Dr Jeffrey adalah Tausug atau Suluk secara Salasilah, sangat jelas dalam darah mereka mengalir darah kepahlawanan Tausugdari Ahlulbait Rasulullah SAW tinggal lagi orang Suluk malu menyebut keluarga Kitingan dari keluarga Rasulullah SAW kerana mereka telah dikristiankan. Saudara terdekat atau sepupu terdekat keluarga Kitingan ini ialah keluarga Tun Datu Mustapha. Mereka nampaknya punya keturunan dan salasilah yang sama.
Apa yang mungkin tidak jelas bagi Dr Jeffrey ialah jalur keturunan Mat Salleh itu dari mana datangnya. Sebenarnya Mat Salleh dari keluarga Sultan Bantilan I (defender of Islam) bukan dari keluarga Sultan Azimuddin (Kiram). Maka sewajarnya beliau kembali mendokong keluarganya sendiri dari jalur Bantilan kerana Sultan Sulu yang mengapalai SSDI sekarang adalah dari keluarga Sultan Bantilan I. Saya kira beliau telah lakukan kesilapan berhubungan dengan individu yang mengaku Sultan-Sultan Sulu yang mana sultan-sultan ini tiada pengetahuan sejarah malah berkesinambungan melakukan kesilapan hingga menjadikan mereka dimusuhi oleh Tausug sendiri.
Nampaknya sekiranya Dr Jeffrey punya perhubungan dengan keluarga Kiram seperti di atas, maka Parti Star yang dikepalai oleh Dr Jeffrey dan parti-parti yang mendokongnya seperti SAPP dan USNO Baru (peringkat penaja) tidak akan disokong olah pengundi Tausug di Sabah. Kita mengharapkan bahawa gambar di atas iaitu Dr Jeffrey bersama Sultan Muidzullail Kiram hanyalah lawatan biasa tanpa apa-apa agenda yang tidak diingini oleh Tausug dan Kesultanan Sulu (SSDI). Untuk lebih jelas eloklah Tausug sendiri yang tanya Dr Jeffrey berkenaan keturunannya serta hubungannya dengan Kiram secara lanjut.