Monday, March 4, 2013

ANWAR atau JEFFREY ataupun NAJIB sebenarnya janji penempatan Sulu di Sabah?

Satu dua minggu ini heboh di media massa , TV, Radio, Blog mengatakan bahawa Pencerobohan tentera Sulu di Sabah adalah kerana dijanjikan penempatan oleh AHLI POLITIK PEMBANGKANG DI MALAYSIA....

Presiden Filipina Aquino dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib Razak "bekerjasama" melemparkan tuduhan bahawa Anwar Ibrahim lah punca sebenar pencerobohan ini... tidak cukup dengan itu, propaganda ini turut di jayakan oleh beberapa akhbar Filipina dan Malaysia... malah terdapat juga beberapa sumber yang bocor (hasil dari soal siasat polis terhadap beberapa tawanan Sulu) mengatakan, tawanan-tawanan Sulu mengakui mereka datang ke Sabah "atas arahan dan sokongan" Ketua Pembangkang Malaysia....

Bagaimana dengan Jeffrey pula? beberapa blog pro Sulu Tausug namun anti Kiram mendakwa bahawa Jeffrey turut terlibat menjanjikan penempatan kepada rakyat Sulu ini di Sabah....Blog tersebut menggunakan sekeping gambar untuk membuktikan "pertemuan" antara Jeffrey Kitingan dengan keturunan sultan Kiram...
Malah blog turut merungkai salasilah keturunan Jeffrey yang mempunyai darah Sulu....

Apa yang menarik perhatian JM adalah terdapat pengakuan rasmi dari Nur Misuari (Moro National Liberation Front (MNLF) founding Chairman) bahawa Najib telah menjanjikan penempatan kepada rakyat Sulu ini di Sabah...kenyataan Misuari tersebut turut disiarkan oleh Buletin Manila online...Click link untuk membaca berita tersebut - http://www.mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTSTTTUl71D


Akhbar yang bertarikh 21 Februari 2013 tersebut menulis :

".... Misuari said that what he heard was that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother of Kiram, crossed the sea to the island because they were allegedly promised to be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak."

Tidak diketahui sama ada terdapat ralat pada artikel tersebut.... namun beberapa blog Pro Pakatan telah menggunakan isu ini untuk menangkis dan menyerang tuduhan Najib terhadap Anwar...

Apa-apa pun, sama-sama kita pertahankan bumi sabah dari anasir-anasir luar Khususnya Sulu....dan termasuklah juga Penjajahan MALAYA.....

Semoga Tuhan merahmati Bumi Sabah.... Amen....