PRU 13 baru sahaja berlalu....pelbagai KEJUTAN SUKA & DUKA boleh kita lihat terhadap keputusan PRU 13 baru-baru ini....tidak kurang ramai penyokong-penyokong pembangkang di Sabah mengeluh kerana seperti yang mereka sedia maklum, pertarungan 3 - 7 penjuru di Sabah sememangnya tidak menguntungkan mana-mana pihak pembangkang....walaubagaimanapun, parti PKR, DAP berjaya menambah dan juga merebut beberapa kerusi Parlimen dan Dun dari tangan BN... malang kepada SAPP apabila 2 kerusi parlimen mereka sebelum ini "sap sai" manakala lain pula nasib STAR apabila berjaya merampas 1 kerusi Dun di Bingkor melalui Datuk Jeffrey Kitingan.
Jika di imbas sebelum PRU, sememangnya banyak usaha telah dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat, STAR dan SAPP untuk mengelakkan pertembungan sesama pembangkang di Sabah...namun, buntu... STAR yang popular dengan AGENDA BORNEO berusaha untuk menyatukkan parti-parti pembangkang di Sabah dan Sarawak untuk menguatkan lagi "suara" mereka di samping mencerahkan peluang mereka untuk memenangi kerusi ketika PRU, namun usaha tersebut kurang berjaya apabila Dr. Jeffrey (DJK) (pengerusi STAR Sabah) hanya berjaya menyatukan USNO, STAR Sarawak dan STAR Ssabah dalam pakatan yang dikenali sebagai UBA (United Borneo Alliance). SAPP yang pada mula nya turut menjadi ahli dalam UBA ini bertindak seperti ayam jantan tembirang dengan bermain "tarik tali" antara UBA dan juga PR dimana sekejap SAPP pro kepada UBA, tidak lama kemudian SAPP berpaling tadah dengan pro kepada PR.... Walaupun ada usaha dari pihak DESAH (Demokrasi Sabah) untuk mengadakan perbincangan, debat dan forum mengenai isu 1 lawan 1 ini, usaha tersebut gagal apabila Anwar, Lim Guan Eng tidak mengendahkan dan tidak memandang serius jemputan dan usaha dari pihak tersebut. Hal yang demikian menyebabkan forum dan debat tersebut terpaksa dibatalkan.
Malang sekali apabila usaha DJK untuk menyatukan parti-parti pembangkang tempatan di Sabah dan Sarawak tidak mendapat sambutan.... namun ada hikmah di sebaliknya apabila para pemimpin parti2 ini sendiri boleh melihat betapa benarnya kata pepatah BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.....DJK merupakan pemimpin yang lantang mengemukakan idea "kingmaker" dan keluar dari "penjajahan" Malaya melalui menegakkan semula konsep Malaysia dalam erti kata sebenarnya sesuai dengan Perjanjian Malaysia 1963 dan 20 / 18 Perkara Sabah dan Sarawak. DJK beranggapan bahawa, rakyat Borneo seharusnya berjuang tanpa melalui kuasa-kuasa parti Malaya kerana Sabah dan Sarawak merupakan NEGARA dalam Malaysia bukannya berstatus NEGERI. Sekiranya, Sabah dan Sarawak masih mengharapkan Malaya untuk berjuang untuk nasib Sabah dan Sarawak, maka selagi itulah Sabah Sarawak akan kekal di bawah penjajahan dan manipulasi kuasa Malaya. Bagi DJK, PR seharusnya fokus kepada politik mereka di Malaya...manakala politik di Sabah dan Sarawak, biarlah parti tempatan Sabah Sarawak berlawan dengan BN...Idea sama turut diperjuangkan oleh SAPP melalui idea "Sabah Sabahan" mereka.
Namun PR menolak mentah2 idea ini....
Semasa berkempen, PR, STAR dan SAPP masing-masing bertelaga. Ketiga-tiga pihak ini umpama lupa, siapa sebenarnya musuh mereka... mereka mempunyai musuh UTAMA yang sama, namun tidak ada kesatuan antara mereka untuk bersama-sama menumbangkan musuh mereka dimana PR menuduh STAR sebagai ejen BN, DAP menuduh SAPP ditaja dan dibayar oleh Musa Aman, SAPP menuduh STAR tidak layak bertanding di Sabah kerana berasal dari Sarawak, SAPP meragui DJK dengan sentiasa melagukan DJK sebagai "katak", Bumburing tidak sependapat dengan idea DJK, PR mengatakan bahawa STAR tidak boleh bertanding kerana tidak diluluskan oleh ROS, SPR serta pelbagai lagi isu serta tuduhan-tuduhan remeh temeh dilemparkan oleh ketiga-tiga pihak pembangkang sesama mereka. Sesungguhnya pertelingkahan umpama budak tadika ini, memudahkan kerja BN dan UMNO.
Siapa jadi Ketua Menteri ? merupakan soalan YANG PALING SUKAR DIJAWAB OLEH KESEMUA PARTI PEMBANGKANG. Jeffrey, Yong Teck Lee, Thamrin, Lajim, Bumburing dan Ansari merupakan antara nama-nama yang disebut sebagai bakal ketua menteri. Setiap penama-penama ini boleh di lihat masing-masing cuba untuk menonjolkan kredibiliti mereka sebagai seorang pemimpin terutamanya Yong Teck Lee dimana beliau kerap "memaparkan" wajahnya dalam surat khabar dan akhbar online dengan mengulas isu-isu yang berkaitan dengan isu-isu politik Sabah. STAR juga tidak ketinggalan dalam mempromosikan kredibilitinya. Lajim pula seolah-olah mendapat perkenan dari Anwar sebagai bakal ketua menteri Sabah sekiranya PR berjaya menakluki Putrajaya.
Manifesto dan Perjuangan yang hampir sama adalah antara faktor kesilapan di kalangan parti pembangkang. Manifesto dan perjuangan yang hampir sama ini menyebabkan berlakunya perpecahan sokongan di kalangan rakyat. Rakyat keliru untuk mahu ikut siapa. Namun berdasarkan perkembangan semasa, majoriti rakyat Sabah akhirnya memilih untuk menyokong PR....Saya sendiri hairan. Intipati perjuangan kesemua parti pembangkang ini hampir sama, namun mereka masih gagal mencapai kesepakatan dalam bekerjasama. Contohnya antara parti STAR dan SAPP... intipati perjuangan mereka adalah sama... kedua-dua parti memperjuangkan semangat agenda borneo, Sabah Sabahan, NCR, RCI, PATI, 20 Perkara dan Perjanjian Malaysia 1963....Namun atas faktor Kerusi dan isu Ketua Menteri, maka kedua-dua parti ini gagal dalam mencapai kesepakatan dalam perjuangan. Malah, kesemua parti pembangkang ini turut berkongsi musuh yang sama iaitu BN UMNO.
Kurangnya pendekatan terhadap golongan belia. Berbeza dengan politik di Malaya, parti-parti politik di sana berusaha untuk "memikat" golongan belia terutamanya mereka yang belajar di Universiti, kolej , institut, kerana lazimnya golongan terpelajar ini boleh menjadi aset, suara dan pengaruh dalam parti mereka. Di Samping itu, pihak PR turut berusaha untuk memikat golongan-golongan belia yang sedang bekerja kerana logiknya, golongan ini merupakan golongan yang agak "berani" dan "pemberontak" ini sememangnya baik untuk jentera dan skuad "serangan" parti... Namun apa yang saya lihat, pihak STAR dan SAPP seolah-olah mengabaikan golongan ini. Hasilnya, kehadiran golongan dan umur rakyat di kempen-kempen atau ceramah mereka, tidak seimbang dimana kebanyakan hadirin merupakan mereka yang telah berumur 40 tahun ke atas.....
Pertelingkahan dalaman parti, merupakan faktor besar menyebabkan "runtuhnya" sesebuah parti....STAR dan PKR merupakan parti pembangkang yang ramai ahli-ahli "high class" mereka keluar parti di sebabkan pertelingkahan dalaman....memang tidak dinafikan terdapat ahli-ahli yang dibeli itu sememangnya diluar bidang kuasa sesorang individu....pertelingkahan antara Ansari dan Bumburing menyebabkan PR rugi kerusi parlimen Tuaran.
Akhir sekali, sikap mudah AMBIL DAN LANTIK untuk memegang jawatan atau AJK dalam sesebuah parti sama ada dalam peringkat / cawangan kampung, daerah, mahupun tertinggi menyebabkan parti-parti ini kurang memikat. Pihak STAR contohnya amat pro aktif dalam merekrut ahli2 dan melantik AJK-AJK.... namun, satu persoalan yang kerap saya lontarkan terhadap diri saya sendiri apabila melihat jentera dan AJK-AJK parti.... LAYAK KAH MEREKA? Saya tidak akan mempercayai seseorang PEMABUK, PEMINUM untuk menjadi ketua / AJK sekiranya saya seorang ahli.... sebab itu lah saya lebih selesa tidak menjadi ahli.... kerana sama ada anda ahli atau tidak, ia tidak penting kerana tidak semestinya yang ahli tidak akan melompat / keluar parti, dan tidak semestinya seseorang bukan ahli tidak akan mengundi anda.....pilihlah ketua-ketua atau pemegang2 jawatan dari kalangan mereka yang layak walau tidak tinggi pelajaran namun bijak dan boleh dihormati oleh penduduk kampung / rakyat.... dan bukannya mereka yang menjadi bahan ketawa apabila minum dan mabuk sehingga "mingkarasampir" dan tidur bertemankan muntah dan jilatan anjing....
Sekadar pandangan.....fikir dengan OTAK bukan dengan HATI......