DDJK angkat sumpah sebagai ahgli DUN Bingkor.
credit to :Amos Tahing
Ngam lah bah tu.... baru 1 kali tanding, DJK berjaya membuktikan kredibilitinya dengan merampas kembali kerusi Dun Bingkor....DJK sebelum ini menganggap bahawa faktor "pengundi hantu", kekurangan dana, kesedaran rakyat tentang perjuangan STAR, Penipuan dan calon "under dog" STAR merupakan punca mengapa STAR kalah teruk di kawasan-kawasan yang di tandingi mereka....
Namun, jika kita renungi, alasan yang sama juga turut dikumandangkan oleh pihak PR... namun berbeza dengan STAR, pihak PR berjaya menawan lebih banyak kerusi DUN dan PARLIMEN jika dibandingkan pada tahun 2008. Walaupun kalah di beberapa negeri, namun di akui, bahawa pencapaian PR dalam tahun 2013 ini boleh diletakkan dalam kategori CEMERLANG, manakala STAR pula JM akan letakkan dalam kategori SANGAT LEMAH....
Oleh yang demikian, JM ingin mengulas dan memberikan pendapat serta cadangan dalam aspek yang lain dari alasan-alasan "biasa-biasa saja" tadi....
1. ORGANISASI
JM telah ulas isu ini dalam artikel sebelum ini... pendek kata, organisasi STAR terutamanya di peringkat bahagian adalah CINCAI !!! Kebanyakkan pemegang-pemegang jawatan tidak mempunyai "aura", kredibiliti dan kelayakan dalam jawatan yang dipegangnya.... seolah-olah, STAR mengamalkan sikap "tangkap muat".... saya tidak akan ulas isu ini... anda lihat sahaja lah sendiri AJK-AJK STAR di peringkat kampung dan bahagian anda sendiri.... anda tabik atau tidak????
2. STAR harus ada orang seperti RAFIZI dan KHAIRY JAMALUDIN....
Ini merupakan isu yang paling ketara sekali... STAR perlu lebih giat meneroka, merekrut dan seterusnya mengetengahkan pemimpin-pemimpin muda, agresif, berwibawa dan genius seperti RAFIZI dan KHAIRY....bukannya pemimpin-pemimpin yang "biasa-biasa saja" yang bertindak pun hanya "cakap-cakap banyak saja", idea pun "biasa-biasa saja".....Kita banyak saluran online sekarang.... RAFIZI bukan selalu keluar TV nasional tapi kenapa popular? kerana bila beliau bercakap, beliau tidak bercakap kosong... bila di temuramah oleh media online, isu yang di bawa bukan isu yang "biasa-biasa saja".... beliau ada idea yang "luar biasa"... beliau bukan pemimpin pemuda yang bising di Facebook saja.... hakikatnya, banyak media online yang DAHAGA kan berita yang tidak berapa pro kerajaan...tapi pihak STAR gagal di sini... balik-balik yang keluar pun DJK saja....STAR seharusnya mengetengahkan ikon pemuda dimana secara tidak langsung ia akan menjadi saluran kepada golongan belia untuk menyalurkan idea dan pendapat mereka...
STAR juga harus lebih agresif dalam merekrut golongan belia... jika DAP ada Red Bean Army, UMNO ada Red Patriot, PKR ada AMK, STAR ada apa yang boleh golongan muda ikuti????
3. STAR juga terlalu lambat mempublisitikan calon-calon yang mungkin bertanding...
Sekali lagi, saya ambil contoh Rafizi.... rakyat sudah nampak kredibiliti Rafizi sejak 4 tahun sebelum tiba nya penamaan calon. STAR pula hanya mengetengahkan calon 15 hari sebelum PRU...mana cukup...dunia sekarang, kita tidak perlu membelanjakan beratus ribu ringgit untuk mengupah "tukang popular"... Namewee hanya menggunakan "clip video" bertaraf amatur, dengan sedikit kreativiti untuk membuat isu, seterusnya "mempromosikan" diri nya...sekarang Namewee merupakan antara pelakon, director, dan pengarah filem yang berjaya sekali di Malaysia....Kenapa pula sebagai seorang ahli politik tidak mampu melakukan sesuatu yang lebih kreatif dan besar dari Namewee??? JM bukan berniat menghasut pemimpin STAR mengikuti contoh "buruk" Namewee dalam menghina agama kaum lain seperti mana dalam lirik "negara ku" versi Namewee.... Namun jika dibandingkan isu "Negara ku" Namewee, isu "Sabah" STAR jauh lebih besar dan kukuh....malangnya STAR masih gagal dalam menarik perhatian rakyat terhadap isu ini....Namun satu yang JM akui.... STAR Sabah sangat berjaya dalam TSUNAMI slogan INI KALI LAH.....
Cuba anda google pula mengenai STAR..... Bukan tembiranglah, tapi JM boleh mengatakan JARI MERDEKA SABAH antara banyak-banyak blog di Sabah yang banyak mengulas mengenai STAR SABAH...kita sedia maklum, Facebook merupakan enjin internet yang paling popular di dunia ketika ini...namun begitu FB mempunyai kekurang tersendiri jika dibandingkan dengan blog....bukankah lebih baik jika STAR "menyerang" dari segenap peluang yang ada??? Najib malah turut menggunakan blog 1 Malaysia untuk mempromosikan agendanya...begitu juga dengan Anwar...mempunyai blognya sendiri...
berikut merupakan beberapa cadangan kepada STAR dan juga DJK.... ini baru episod 1...episod 2 akan menyusul....
Akhir sekali, sama2 kita nilai pendapat dari salah seorang facebooker ketika mengulas mengenai kekalahan STAR Sabah pada PRU13 yg lalu....sama2 kita FIKIR DENGAN OTAK..BUKAN DENGAN HATI..... SELAMATKAN SABAH TANAH AIRKU....
14 SEBAB MENGAPA PARTI STAR KALAH TERUK DLM PRU13:
1. Kurang persefahaman dan kerjasama di kalangan calun yg bertanding.
2. “Over confident” atau terlalu yakin akan menang besar.
3. Kekurangan peruntukan kewangan bagi calun dan kawasan yg bertanding.
4. Kenderaan para penggundi tidak diurus dengan cekapnya.
5. Kegagalan pucuk pimpinan untuk bekerjasama dgn parti2 pembangkang lain untuk membolehkan pertandingan satu-lawan-satu.
6. Rakyat jelata belum bersedia menerima atau tidak faham manifesto STAR yg agak “ambitious” dan berlandaskan Borneo Agenda.
7. Para penggundi memilih kredibiliti calun lebih daripada parti.
8. Para penggundi kampungan mudah berpaling tadah apabila disogok RM50.
9. BN mempunyai jentera pilihanraya yg teratur, cekap dan canggih.
10. BN mempunyai kewangan yg tidak terbatas.
11. Kesemua jentera dan badan/jabatan kerajaan termasuk media masa dikuasai oleh BN.
12. Walaupun STAR mempunyai lebih 300,000 ahli, mungkin 30% belum layak menggundi atau tidak berdaftar sebagai penggundi.
13. Beberapa “pemimpin” STAR mempunyai ego yg bertan2 tetapi indah khabar dari rupa (Ada yg begitu angkuh sekali).
14. STAR mempunyai ramai “dead wood” (kayu mati) dan “free rider” (penunggang percuma) dan seharusnya tidak diberi jawatan penting dlm parti.
15. Dan yang terakhir, pucuk pimpinan yg suspek dan mungkin agak lemah kerana terlalu percaya kepada rakan2 terdekat dan tidak mengiraukan pendapat drp akar umbi atau drp golongan intelek atau mungkin sangat percaya kpd individu pak turut yg pandai angkat kaki saja tanpa menyumbang pendapat yg bernas boleh digunapakai.
- credit to Jack Situn....