Sunday, September 12, 2010

10 minit FAKTA mengenai SABAH & MALAYSIA....

1. MALAYA BUKAN MALAYSIA

Malaya sebenarnya merupakan apa yang kita panggil sebagai Tanah Melayu atau Semenanjung Malaysia pada hari ini. Malaya tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Malaya (semenanjung Malaysia) bersepakat bersama dengan Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk negara Malaysia. Namun 2 tahun selepas Malaysia ditubuhkan, Singapura keluar dari Malaysia lalu membentuk Negara republik.

2. Sabah dan Sarawak tidak pernah masuk MALAYA.

Sabah dan Sarawak tidak pernah memasuki MALAYA. Sebaliknya Malaya ( Tanah Melayu), Sabah, Sarawak dan Singapura 'bersepakat' secara 'konsensus' untuk menubuhkan MALAYSIA dimana ia merupakan satu NEGARA baru yang belum pernah wujud sebelum ini. Oleh yang demikian, dalam hal ini sepatutnya tidak berlaku negeri siapa yang BOSS dan negeri mana yang jadi KULI. Namun ramai diantara kita khususnya rakyat Sabah dan Sarawak yang terlalu mengagung-agungkan SEMENANJUNG (MALAYA) sehingga kita dilayan sebagai negeri kelas kedua atau negeri penumpang!!!!

3. Tunku Abdul Rahman bukan bapa kemerdekaan MALAYSIA

Ramai di antara kita yang telah terpengaruh dengan madah-madah dan bait-bait yang mengatakan Tunku merupakan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Salah!!!! yang betulnya, Tunku merupakan Bapa Kemerdekaan Malaya (Tanah Melayu). Tidak ada Istilah Bapa Kemerdekaan Malaysia.
Seharusnya di wujudkan istilah "Bapa-Bapa Pembentukan Malaysia" baru ngammmm untuk mengenang jasa tokoh-tokoh MALAYSIA.

4. MALAYSIA bukan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Malaysia tidak pernah Merdeka. Malaysia juga tidak pernah di jajah. oleh itu, siapakah yang merdeka pada 31 Ogos 1957?
Tompinai, yang merdeka pada 31 Ogos 1957 cumalah Tanah Melayu (malaya @ Semenanjung Malaysia). Oleh itu amat tidak tepat jika tarikh 31 Ogos dinamakan dan disambut sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia. Sebetulnya dan selogiknya, hari kemerdekaan Malaysia merupakan pada 16 September 1963 dimana pada tarikh itu juga lah Negara Malaysia di bentuk.

5. Semua rakyat ada HAK MENJADI PM.

Tanpa mengira warna kulit, agama, kaum, bangsa, tempat tinggal ....selagi seseorang itu layak, maka dia seharusnya boleh dilantik menjadi PM. Ingat kita mengamalkan sistem DEMOKRASI dan bukan sistem MEWARISKAN TAKHTA. Selagi calon tersebut merupakan warganegara dan tidak pernah disabitkan kesalahan jenayah serius, maka selagi itu dia layak untuk dicalonkan. Namun dalam konsep mainan politik di negara kita, seseorang PM itu harus lah Bumiputera ( Melayu ) ,beragama Islam dan harus dari kalangan parti UMNO sahaja. walhal, peribumi Sabah dan Sarawak juga merupakan Bumiputera.
Namun disebabkan kita terlalu menghambakan dan menyanjungi Semenanjung Malaysia maka, kita beranggapan kita merupakan negeri penumpang dan layak untuk menerima layanan Kelas KEDUA.

P/s Sampai bila kita nak ditipu, diperbodohkan, dimanipulasikan dan di diskriminasikan????\

Saturday, September 11, 2010

Bahasa Dusun akan pupus....

Isu mengenai bahasa dusun yang semakin pupus mungkin amat jarang diperkatan atau dihebahkan.... Isu ini hanya hangat dikupas ketika PBS masih pembangkang lagi... Thanx to Huguan Siou kita Datuk Pairin Kitingan atas penat lelahnya untuk mengekalkan budaya, bahasa keum2 pribumi Sabah dulu.... namun sekarang macamana?

Sebelum mengupas panjang adalah lebih baik jika tompinai-tompinai baca dulu link di bawah :

http://www.scribd.com/doc/26100502/BAHASA-KADAZANDUSUN

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/41199

Sudah baca??? sekarang cuba tompinai-tompinai lihat pula di sekeliling kita??? cuba pigi tanya beberapa orang yang nampak mcam urang dusun.... tapi pilih yang umur dia dalam lingkungan 15 - 25 tahun lah....


tanya dia beberapa soalan contoh nya :
" Umandak.... Koiloh koh hinonggo mah dih Terminal Bas moi Tambunan hiti"....

sy yakin 80 % dia akan jawab :

 " Oh...cuba kamu jalan saja pigi sana Padang Bandaran....Ada itu banyak bas berparking disana... ko try saja pigi sana pogi... ada itu konduktor teriak-teriak.... TAMBUNAN...TAMBUNAN dia bilang...."

Lepas tu kita tengok lagi di kampung kita....

Si Mama sama si Bapa cakap dusun..... tapi bila becakap sama si anak MELAYU DUSUN....
contoh...
"Bah Onong.... jangan kotih kamu pigi mandi sana aahhh... Duiiii... Aralom noh mah kakah itu pampang...."

Kalau kita tengok pula di pekan-pekan yang mungkin kita nampak ada Pilak-pilak jual sigup ERA...lepas tu adalah ini si aki-aki sudah pigi membeli.... itu Pilak akan tanya :

"Bah aki... momolih sigup... nonggo tinso maan nu...ERA biru toi koh Era Hijau??"

Nah....kalah sudah kita Gaman..... nokousuk sudah kita Umandak.... Orang asing pula lagi pandai n bangga becakap dusun daripada penutur asli bahasa ini.....dan berapa ramai pembaca yang pandai cakap dusun??? atau bila kawin nanti mau ajar anak dia cakap dusun??? Habis lah... matai-matai kita ini....... x lama lagi pupuslah bahasa kita ini....

Sebenarnya bagus tindakan kerajaan memasukkan subjek Bahasa Dusun dalam kurikulum sekolah...tapi itu macam tidak cukup untuk menyelamatkan keadaan....mungkin itu kerajaan bulih buat Hari Bahasa Kaum"
mungkin seminggu sekali di mana semua rakyat wajib bercakap dalam bahasa kaum apabila berinteraksi sesama kawan sebangsa tapi berinteraksi dalam bahasa melayu.....kecuali bila bercakap dengan orang yg tidak sebangsa maka barulah bulih pakai bahasa Melayu....

tompinai.... marilah kotih kita bersama-sama MENYELAMATKAN BAHASA KITA DARI PUPUS......
kada lihuai boros tokou...