Monday, February 18, 2013

STAR VS Penjajahan Malaya & Tuntutan Filipina....

Ernesto Maceda - former Senate president of Philippine
S
aya pernah mengemukakan persoalan mengenai situasi ini kepada beberapa ORANG KUAT STAR, yang dengan bangga nya melaungkan sebagai orang kuat STAR @ INI KALI LAH yang kononnya selalu hadir program-program BTP, ceramah - ceramah anjuran UBF @ STAR...pendek kata boleh diibaratkan sebagai golongan atau ahli-ahli yang SUDAH CUKUP MATANG SERTA PENUH DENGAN SEGALA ILMU-ILMUAN DI OTAK (bukan dada)....BILA-BILA MASA WALAUDIMANA BERADA, MEREKA BOLEH MENGETENGAHKAN DAN MEMPROMOSIKAN SEGALA AGENDA PERJUANGAN STAR...JUGA BOLEH MENYERANG DAN MENANGKIS SEGALA "PUKULAN" YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK KERAJAAN MALAH PIHAK2 PEMBANGKANG YANG MANA TIDAK SEANGKATAN DENGAN PIHAK STAR....

Dalam satu kesempatan, tidak lama dahulu, saya pernah mengongsikan satu situasi (yang mungkin "orang-orang kuat STAR tadi tidak tahu, atau kalau tahu pun tidak menganggap bahawa situasi ini lebih serius berbanding perjuangan menentang penjajahan Malaya) ... OK, Sebelum pergi lebih lanjut, berikut merupakan situasi / soalan yang telah saya kemukakan kepada mereka ;

" PERJUANGAN STAR SETAKAT INI CENDERUNG KEPADA PERJUANGAN TENTANG HAK-HAK SABAH SEPERTI KUASA AUTONOMI, DASAR KABOTAJ, NCR, PATI, PERKARA 20, JAWATAN-JAWATAN KETUA DI SABAH SERTA PERJANJIAN MALAYSIA 1963....

TAPI ADAKAH ANDA SEDAR BAHAWA, SEKIRANYA KELAK SABAH BERJAYA SEPENUHNYA MENDAPATKAN KEMBALI HAK-HAK SEPERTI MANA YANG TELAH DINYATAKAN, SERTA ANDAINYA KELAK SABAH BEBAS DARIPADA CENGKAMAN MANIPULASI KUASA MALAYA SEPERTI MANA YANG TERKANDUNG DALAM PERJANJIAN MALAYSIA 1963,  ADAKAH ANDA TAHU BAHAWA SABAH BAKAL BERDEPAN DENGAN SATU LAGI MASALAH BESAR IAITU MASALAH YANG BERKAITAN DENGAN TUNTUTAN FILIPINA....

OLEH ITU, SAYA INGIN MENYOAL ANDA SEMUA... APAKAH TINDAKAN STAR ATAUPUN DR. JEFFREY KITINGAN TERHADAP ISU TUNTUTAN FILIPINA TERHADAP SABAH INI JIKA SABAH SAH MERDEKA DAN MENJADI NEGARA DALAM MALAYSIA...."

Apabila saya minta jawapan mereka maka timbul lah pelbagai andaian yang saya kira tidak rasional dan tidak boleh dianggap sebagai jawapan terbaik....malah ada diantara mereka telah memberikan andaian OUT OF TOPIC...ada juga yang memilih untuk diam....

ok, balik kepada isu tadi, Menambahkan lagi pening mereka, Saya menambah :

"PERJANJIAN SULU DAN BRITISH MASIH SAH LAGI SEHINGGA SEKARANG...SEBAB ITULAH KERAJAAN MALAYSIA MEMBAYAR SEBANYAK $ 5000 SETAHUN KEPADA KERAJAAN FILIPINA (dulu direct kepada kesultanan Sulu sebelum "menyertai" Filipina). ADAKAH ANDA TAHU KANDUNGAN PERJANJIAN TERSEBUT ADALAH SAH "SELAGI ADA MATAHARI DAN BULAN"....

NAMUN KONSEP PERJANJIAN TERSEBUT SEPATUTNYA CUMA TERPAKAI SEWAKTU BRITISH MASIH MENJAJAH SABAH (NORTH BORNEO)....SEKARANG APABILA BRITISH TELAH MEMERDEKAKAN SABAH, SEHARUSNYA SEPARUH DARI SABAH INI PERLU DIKEMBALIKAN KEPADA SULTAN SULU (FILIPINA) ATAS ALASAN TADI BRITISH TIDAK LAGI MENJAJAH SABAH.... NAMUN DISEBABKAN OLEH SITUASI " MALAYSIA (MALAYA) MENJAJAH SABAH " DENGAN KATA LAIN MALAYSIA MENJADI GANTI BRITISH SEBAGAI PENJAJAH MAKA KERAJAAN MALAYSIA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBAYAR SEWA TERSEBUT....

SEBELUM INI, PERNAH BEBERAPA KALI FILIPINA MENDESAK MALAYSIA UNTUK MEMBAWA PERKARA INI KE UNITED NATION, NAMUN MALAYSIA SENGAJA TIDAK MELAYAN DESAKAN FILIPINA...MALAYSIA TETAP BERDIAM APABILA ISU INI DITIMBULKAN OLEH FILIPINA SEHINGGA LAH SEKARANG...

OLEH ITU, SEKIRANYA STAR BERJAYA MEMBAWA SABAH MERDEKA DALAM ERTI KATA SEBENARNYA DARI JAJAHAN HALUS MALAYA, SIAPAKAH YANG AKAN MEMBAYAR SEWA INI?

ADAKAH KERAJAAN NEGARA SABAH PULA  YANG AKAN MEMBAYAR SEWA TANAH SENDIRI KEPADA NEGARA LUAR (FILIPINA) ?

APAKAH TINDAKAN STAR TERHADAP PERMASALAHAN INI (ulang balik soalan diatas...siou)?

Antara semua jawapan-jawapan dan andaian-andaian yang "mereka" berikan, ini merupakan jawapan yang paling JM TIDAK SUKA :" STEP BY STEP BAH....KITA LAWAN DULU INI....YANG ITU KITA FIKIR KEMUDIAN...."

Ini jawapan yang paling teruk...Kenapa? jawapan-jawapan seperti ini mengumpamakan STAR (sebenarnya bukan untuk STAR sahaja...tetapi kepada semua parti tempatan di Sabah.... ini cuma senario ketika cerita ini berlaku) langsung tidak berpandangan jauh, tidak mempunyai plan A, B, C terhadap apa yang akan berlaku kelak, langsung tidak peka terhadap isu ini serta mungkin menganggap isu tuntutan Filipina ini tidak serius....saya faham matlamat perjuangan STAR...malah saya sudah senaraikan kebanyakkan matlamat tersebut di awal artikel ini...namun sekurang-kurangnya biarlah pihak STAR mempunyai draf kasar idea awalan untuk menyelesaikan masalah ini seterusnya menjadi parti PERTAMA di Sabah malah di Malaysia yang cuba mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini..... dengan itu, Pihak STAR juga yang untung....secara tidak langsung akan menambah dan menguatkan lagi sokongan rakyat Sabah terhadap STAR....kenapa? bah betul lah bah....PBS, UPKO, PR, BN, UMNO, SAPP, APS setakat ini mana ada cakap pasal hal ini.....

so bagus lagi jadi yang duluan.... baru lah ketara yang "lain" itu mengikut2.... tengok saja ayat INI KALI LAH.....kan...

ok balik kepada cerita, Maka, saya telah mencabar "orang-orang kuat" tersebut untuk membawa isu ini ke BTP untuk disoalkan kepada para panel, atau direct kepada Datuk Jeffrey.... sampai sekarang saya tidak tahu perkembangan isu ini.....

Bila "orang-orang kuat STAR" tadi bertanya pula kepada saya terhadap soalan yang sama, saya jawab ;
"Kalau lah betul Sabah merdeka, mempunyai autonomi sepenuhnya serta sabah dapat balik hak minyak, maka saya cadangkan agar Kerajaan Sabah berbincang dengan waris sulu serta Filipina untuk MEMBELI tanah Sulu di Sabah....Jika seandainya nilai tanah ini boleh mencapai jumlah sehingga 100 billion, maka kerajaan Sabah berbincang lagi untuk membayar nilai tanah tadi secara ansuran....contohnya setiap 5 tahun kita bayar 20 billion sehinggalah hutang tadi langsai"....

Saya tidak harap mereka atau anda bersetuju dengan apa yang saya cadangkan....itu cuma pendapat...namun apa yang saya harapkan agar mereka cuba berfikir secara lebih terbuka dan rasional.... sesuatu idea pasti tidak akan diterima seratus peratus, tapi idea awalan lah yang akan membawa kepada percambahan idea, seterusnya membawa kepada penyelesaian....
 


Jika dilihat dari peta diatas, separuh daripada tanah sabah adalah sah hak Sabah...namun separuh lagi merupakan tanah Sulu... dimana British dan Malaysia hanyalah berstatus sebagai PEMINJAM ATAU PENYEWA..... untuk maklumat lain sila click http://jarimerdeka.blogspot.com/2012/01/sejarah-ringkas-borneo-utara.html

Dalam gambar no. 2 diatas, pada ketika inilah ditulis perjanjian sewa antara pihak British dan Sulu.... dibawah ini merupakan surat perjanjian tersebut...

Dalam satu seminar pada tahun 2011, Dr. D.S Ranjit Singh, Seorang Profesor di Kolej Pengajian Undang-undang Kerajaan dan Antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah ada menyebut ;

"Perjanjian asal yang ditandatangani oleh Overbeck dan Sultan Sulu pada 1878 adalah supaya 5000 Dolar Sepanyol di bayar kepada Sultan Sulu.

Sultan Sulu dalam klausa itu berkata : "Sekarang ini saya berikan kepada kamu sebagai SEWA SEHINGGA TIDAK ADA MATAHARI DAN BULAN" yang bermaksud ia perjanjian kekal.

Ia tidak boleh ditarik balik kerana kita masih mempunyai matahari dan bulan. Kamu boleh pergi kemana-mana mahkamah keadilan antarabangsa TETAPI KAMU TIDAK AKAN BOLEH MEMENANGI KES ITU. Tetapi kita perlu membayar 5000. Janji tetap janji. Jika kita tidak bayar mungkin masalah akan berlaku. " 


Maka seperti yang sudah JM nyatakan sebelum ini, perjanjian tersebut adalah relevan dalam konteks Sultan Sulu dan British... Sekarang British sudah tidak mempunyai kuasa keatas Sabah lagi, maka sebab itulah Sultan Sulu melalui Filipina mendesak agar isu ini dibawah ke mahkamah antarabangsa.... Siapa akan menang, itu JM tidak mau jawab.... saya bukan arif.... maka sebab itulah JM kemukakan persoalan-persoalan diatas.... sekali lagi di ulangi, persoalan tersebut bukan hanya untuk pihak STAR, tetapi terbuka juga kepada semua local parties di Sabah....

Nampaknya, apa yang JM bimbangkan jadi kenyataan... apabila bekas Senate president Ernesto Maceda pada hari ini (18.02.2013) mendesak kerajaan Filipina agar membawa isu ini ke United Nation....Isu ini diutarakan apabila mengulas pencerobohan 100 orang askar kesultanan Sulu di Lahad Datu baru-baru ini.... Berita lanjut di sini http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/02/18/lets-regain-sabah/

antara kenyataan-kenyataan dalam artikel akhbar tersebut ialah ;

“The Philippine government should now seriously consider bringing its claim to the United Nations . . . it has been neglected and sleeping for a long time,” the former senator stressed as the standoff between Malaysian security forces some 300 armed Filipinos from Mindanao, who came to Sabah last week to assert the sultanate’s claim continued.

The Manila Times says that a group of Muslim Filipinos had gone to Sabah to assert the historical claim of the sultanate of Sulu on the territory, which is located on the northern tip of Borneo Island.

Maceda said that “renewed government efforts is the only way to stop the followers of the Sultan of Sulu from taking up arms and invading Sabah to press their claim.”

“The people of the sultanate of Sulu have a legitimate claim to Sabah considering that the British and Malaysian governments used to pay rentals for Sabah to the sultan of Sulu,” he pointed out.

The senator said Philippines should press its claim on Sabah because history shows that Malaysia is only “renting” the island.

“We have not actually abandoned our claim to Sabah. In fact, until some years back, Malaysia actually paid the heirs of the Sultan of Sulu a fixed amount as rental for their occupation of Sabah,” Pimentel noted.

He explained that the country’s claim was only sidetracked by political events, particularly the outbreak of armed conflict in Mindanao, when the Moro National Liberation Front launched a separatist movement in the 1970s.

He proposed proposed that teachings about the country’s claim to Sabah should be added in school curricula to educate the new generation on the historical basis and current status of the claim.


It is to be noted that the Sultanate of Sulu ceded to the Philippine government its title and sovereignty to former president Diosdado Macapagal in 1962...


Oleh yang demikian, saya sarankan agar kesemua local parties di Sabah berganding bahu, bersatu, bermuafakat untuk mencari penyelesaian terhadap isu ini.... kikislah sikap ego dan bersatulah SELAMATKAN SABAH TANAH AIR KITA.... Anda semua merupakan golongan bijak pandai.... sudah besar, malah sudah tua....kalau mahu cakap tidak matang, tidak ngam pula.... jadi ibarat "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"....cubalah cari satu kesepakatan untuk berunding...mengenai hal tuntutan Filipina, lupakan dahulu sengketa, kasih tinggal dulu itu perbezaan perjuangan politik.... 

Anda (ahli-ahli politik) perlulah pandai membezakan antara LAWAN PENJAJAHAN MALAYA, itu satu hal..... LAWAN TUNTUTAN FILIPINA, ini satu hal lain yang jauh lebih besar.....
APA PUN SAMA-SAMA KITA TUNGGU DAN LIHAT PENYELESAIAN, IDEA TERHADAP PERMASALAHAN INI..... FIKIR PAKAI OTAK...BUKAN PAKAI HATI....

Pibabasan.....











36 comments:

  1. Terima kasih kerana memberi peringatan tentang hal ini. Walau bagaimanapun,
    1)bukankah Dr Daniel J. Jambun secara khususnya telah ditugaskan untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai kedaulatan Negara Sabah (di mana menurut perkiraannya juga termasuk status tuntutan Bekas Kerajaan Sulu) di UK, dengan tujuan agar perjuangan menuntut hak Sabah dapat dilakukan secara lebih menyeluruh dengan mengambil kira semua pilihan yang kita ada?

    2)tidak dapat dinafikan, memang ramai rakyat asal Sabah tidak mengetahui situasi sebenar Negara Persekutuan Malaysia dan Negara Sabah, termasuklah di kalangan penyokong kuat Parti STAR sendiri. Hal ini demikian kerana rakyat kita tidak pernah didedahkan tentang hal ini kerana ia dianggap 'taboo'. Rakyat hanya mula sedar ekoran usaha NGO-NGO untuk mendidik kita tentang sejarah sebenar Sabah. Namun demikian, adalah kurang adil sekiranya STAR dipersalahkan sepenuhnya atas Semangat Baru yang mulai membara di kalangan rakyat Sabah. Bukankah penulis seharusnya juga perlu mempertimbangkan kekurangan rakyat Sabah (dan penyokong kuat STAR) dalam aspek ini sentiasa mendapat perhatian pihak STAR sendiri, malahan itulah sebenarnya yang dilakukan oleh pihak STAR, iaitu mendidik rakyat Sabah secara beransur-ansur sebab pihak STAR sendiri faham betapa rumitnya permasalahan yang dihadapi oleh Negara tercinta kita ini- Sabah.

    ReplyDelete
  2. sambungan..

    Untuk makluman penulis, Pemimpin STAR Sabah semasa mengilhamkan idea Sabah sebagai sebuah negara berdaulat dan berautonomi sebenarnya bukan sekadar bermaksud bercakap kosong. Penulis tersilap sekiranya beranggapan bahawa idea ini dilontarkan tanpa mengambilkira semua aspek. Maka nasihat saya, biarlah penulis memberikan peluang pemimpin STAR untuk menguruskan hal ini secra menyeluruh di belakang tabir, tanpa perlu kerap membuat sidang akbar untuk menjelaskan hal ini (malah, kerajaan Malaysia sendiri pun tidak pernah menunjukkan sikap pedulinya tentang hal ini), kerana Pemimpin STAR bukanlah budak yang keliru. Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  3. pounsikou tompinai atas komen anda......

    Penulis tidak mempersalahkan STAR...sebaliknya lebih kepada ingin berkongsi tentang maklumat sebenar, membuka minda, seterusnya mencadangkan apa yang sepatutnya....maka sebab itulah penulis ingin menyarankan biarlah STAR menjadi parti pertama yg cuba merungkai masalah ini...keuntungannya terletak pada STAR juga...

    Kita tidak tahu, maka sebab itu lah kita bertanya....Kita tidak tahu kerana memang langsung tidak ada usaha baik dari pihak Kerajaan, NGO mahupun parti politik pembangkang untuk membawa atau membincangkan isu ini di khalayak umum...seperti yang saudara kata, isu ini adalah taboo,..

    Saya pernah menghadiri ceramah BTP anjuran UBF, intipati ceramah tersebut langsung tidak menyebutttg hal ini jauh lagi langkah penyelesain... namun, penulis bukanlah bertujuan MENYALAHKAN STAR di sini, tompinai harus baca kembali dan faham apa mesej penulis dalam artikel di atas...

    Penulis tahu STAR bukan main-main mengenai isu sabah...namun rakyat juga perlu tahu hala tuju STAR...bagaimana kita mahu menyokong sesebuah parti jika banyak DIAM banyak RAHSIA?

    mungkin tompinai belum tahu....bahawa saya merupakan penyokong STAR...jika STAR beranggapan untuk mahu bertindak di belakang tadbir, tanpa mahu memberitahu dan melibatkan rakyat yg menjadi tunjang kepada kekuatan sesebuah parti, teruskan....

    Kita sudah sedia maklum... selama ini, belum ada pihak di Malaysia ini yg mahu berbincang dan mengetengah kan isu ini secara terbuka... ini kerana mereka tidak mempunyai RANGKA TINDAKAN terhadap penyelesaian isu ini... kerajaan Malaysia pula lebih suka untuk mengelak dari membesarkan isu ini...

    STAR bukan budak keliru...tapi rakyat ramai yg keliru... termasuk juga majoriti orang2 kuat STAR.... jadi jangan cuba mengelak dari permasalahan... KELUAR dan selesaikan masalah... bagi penjelasan kepada rakyat yang KELIRU....

    pounsikou om pibabasan....

    ReplyDelete
  4. sambungan...

    jika saudara baca dan faham lagi mesej penulis dalam artikel diatas, penulis sebenarnya membuka permasalahan ini kepada semua parti politik....

    jika pun ingin menyelesaikan masalah di belakang tadbir, sekurang2nya kongsi lah hasil dapatan atau perkembangan terkini dapatan Dr. Daniel J. Jambun secara terbuka dengan rakyat...rakyat juga ingin tahu... biar info tersebut lebih jelas kepada Sultan Akjan (sulu)...

    anda harus faham.... lawan MALAYA itu satu perjuangan lain....lawan isu Filipina adalah satu isu lain....

    jadi jangan lah bersikap kau-kau...saya-saya....yang pandai orang di atas saja...yg rakyat kasih biar,...tidak payah sibuk2 pasal hal2 begini, jangan banyak tanya, tugas kamu cuma mengundi...begitu kah??

    STAR mahu rakyat sokong STAR, maka libatkan juga rakyat dan berikan juga pemahaman kepada rakyat ttg isu ini... kami juga orang Sabah bah...

    pounsikou om pibabasan....INI KALI LAH....YANG BERKALI KALI....

    ReplyDelete
  5. klo sy la kn, kta sukun dulu la krajaan yg bpngalaman di malaysia ni.
    plg2 pn PKR la sbb yg BN mmg ktara corrupted suda.
    lgpun klo pn sda STAR jd krajan sabah, xsmestinya ok.
    byk lg mw atur. contohnya biarpun kaya 30billion, matawang borneo msti murah kn.
    xbleh lwn lg sma 2 RM.
    Lg 1 mna ada kta pny kekuatan n kelegkpan tentera mw bkin lwan sma e2 pilipin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. siou tompinai...tapi saya rasa isu mengenai mata wang adalah satu isu yang kecil... Ini kerana, menurut STAR, SAbah tidak keluar malaysia...sebaliknya hanya ingin menjadi NEGARA dalam malaysia...bukan NEGERI... jadi selagi kita masih dalam Malaysia, kita masih lagi guna RM bah...

      kalaupun mau tukar matawang, kita tidak boleh tukar secara drastik....PKR pun bukan berpengalaman bah....

      Delete
    2. oo bgitu pla. .
      tp buli ka ni star mnang psal mcam org nda hrap lg bh.
      pkr ada suda negeri drg kontrol jd kra pngalaman jga la.
      lgpn ckit lg mw jd pm duuluuu.
      sy bca2 sna freemalaysiatoday.com.

      Delete
    3. Sebelum ada star, sy merupakan penyokong kuat PR... jangan susah...saya sukung PR juga bah...tp cuma di Malaya... Sabah patut kena bg sama org sabah...atau setidak2nya kepada sabah local party... star bukan parti sabah? Isu ini JM X mo jawab skrg..lagipun jika google atau search di fb ada banyak jawapan utk persoalan ini...

      Mungkin anda penyokong PKR...sy x kisah...tujuan kita sama...mau menumbangkan UMNO...tp hala tuju sabah krlak itu yg membezakan antara PKR dengan STAR...

      Sy sokong anwar jd PM...tp anwar x boleh CONTROL autonomi, ekonomi dan hala tuju Sabah...cukup2 kita dibawah UMNO SABAH...jangan lagi kita dibawah PKR SABAH yg mana akan jadi sekadar YANG MENURUT PERINTAH dari org MALAYA...x percaya??? Percaya lah.....kita belajar dr pengalaman...

      Jari merdeka...

      Delete
    4. well that surely depends on whose side's gonna win sooner.
      I don't suport neither but i'd rather cast ma vote on d winning side.
      rather than dividing n endin up gettin nothin. innit fam. .? =)

      Delete
    5. kasian juga kamu org ni..teda bezanya pemikiran kamu dengan jamalul Kiram..bagus kamu orang pikir macam mana nak bersaing dengan penduduk malaysia yang lain..sebagai rakyat malaysia supaya tak ketiggalan dan jadi golongan yang trtinggal dan kecewa macam kamu suma ni...all the best tuk kamu sume..xtau lah mcm mana aku bleh terclick dalam blong tong sampah ni..

      Delete
    6. atleast klu bersaing biarlah dalam keadaan FAIR AND SQUARE... macamana boleh menang kalau asyik2, melayu...asyik2...jangan cabar melayu.... balik2 islam... balik2 kedaulatan melayu islam....komen jamban kau ini inda buleh pakai gaman...

      Delete
    7. Kalau orang boleh hidup walau pun tiada seinci pun tanah kenapa kita yang mempunyai berpuluh hekter tak boleh hidup yang perlu diubah ialah diri kita sendiri bukan membuat perkara yang tak berfaedah.
      Berikut adalah cadangan saya taun depan dah dapat BRIM belilah dua kotak biji kelapa sawit harganya 220 sekotak beli dua kotak jumlahnya 400 biji baja pakai baja padi yang kerajaan bagi tu kalau ada lebihan untuk padi dalam masa 3 taun kamu dapat 4 atau lima ribu sebulan takan tak boleh hidup kalau dihabiskan untuk minum arak kena tunggu seratus taun lagilah baru boleh maju.

      Delete
    8. ITU kata kata semangat melayu yang perlu dicontohi kita bangsa lain tanpa menafikan hak orang lain. Walau apapun ia tak memberi apa apa makna yang penting kita berusaha jangan membuat kerja yang tak berfaedah.
      kalau orang lain boleh kenapa kita tidak fikirkanlah.

      Delete
  6. Terima kasih atas maklumat yg berguna..sy akn menjadi pengunjung setiabblog JM.Diharap JM dapat mengupdate perkembangan terkini utk info sabahan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pounsikou atas sokongan tompinai...bah jangan malu2 melawat, jangan segan2 mau mengomen kio....

      Delete
    2. Basug kepio ne blog..ne msti blog yg xpakai utak...klu sakap sinang ja bh kn jm.. teda tmadun langsung, da keti kosuang meti sabah heloh munung sulu@pilipin. mcm t.smpah ja ne blog

      Delete
    3. Macam kau juga...apa sumbangan kau sama sabah??? Inda payah kau mengencang...kau sendiri pun basug...sudahlah ejaan dusun kau itu bikin malu...puiii...

      Delete
  7. Adidi suma mau brbut sbah..hal yg suma org sabah risau timbul jg..tp klu pun drng mau ambi blm tau lg dpt gia tu..harap2 suma bjln dgn bek..cpt2 la kasi slsai ni hal ba..odooiii

    ReplyDelete
  8. kalau kita jadi negara Sabah merdeka bagus kita masuk Filipina saja.. Senanglah ni ugama kita beroperasi.. daripada dijajah oleh Malaya sahaja.. Sebab ni Filipina agama rasmi dia macam ugama kita.

    ReplyDelete
  9. Sabah jadi the warzone.Abu Sayyaf pula makin seronok buat drama penculikan.Malaysia mula menempatkan komando mereka di sempadan.Ada The Sabahans jadi pelarian dan minta perlindungan dari Malaysia.GKS hantar memorandum pada PBB minta campur tangan.GKS kata mereka mewakili The Sabahans.PBB dengan senang hati campur tangan.Model yang dicontohi oleh GKS adalah Timor Leste.PBB hantar tentera pengaman.Bila semua pihak senyap,PBB buat pungutan suara.The Sabahans yang dah termakan propaganda GKS memilih merdeka bersama GKS.Jamalul Kiram III melopong.Sultan jadian melopong.Filipina ternganga.GKS tadbir Sabah.Tapi rupanya tadbir negara baru ni susah.Lee Kuan Yew senang bangunkan Singapura sebab kecik ciput je tapi Sabah ni berpuluh kali ganda Singapura atau Timor Leste.Tapi Sabah bernasib-baik sikit dari Timor Leste sebab dulu Malaysia memang bangunkan Sabah betul-betul tak macam Indonesia yang terlampau bangunkan Jawa hasil minyak Aceh dan lain-lain propinsi.GKS mula minta dana dari Vatikan dan dunia Kristian.Amerika pun datang.Ingat Amerika ni 'pious'?Pengikut Jesus sejati?Nope.Tuhan mereka adalah dollar.Segala bagai penyangak ekonomi datang.Sabah terlalu luas dan banyak sukukaum.Tiap kaum nakkan hak samarata.Kadazandusun nakkan hak keistimewaan,Murut nak juga...Bajau pun takpuashati,dia nak juga.Tausug pun lagi takpuashati.Patut Sabah dapat kat orang Sulu pasal apa GKS ni dapat?Lepas beberapa tahun Sabah makin mundur sebab masalah dalam negara terumbang-ambing dan tak settle lagi.Masing-masing tamak hasilmahsul Sabah.Kadazandusun nak minyak,Bajau lagilah nak sebab mereka 'raja laut'.Murut kata diaorang nak hasilbalak.Melayu Sabah dan Brunei Sabah serta muslim lain (termasuk kaum-kaum Sulu) didiskriminasi.Azan tak boleh dikuatkan.Lastly corong azan kena hala dalam masjid.Sedih.Yang lost dalam game ini tetap...

    ReplyDelete
  10. Selama 50thn Sabah merdeka, macam-macam saya dengar pasal Sabah jadi negara merdeka. Sampai skrg saya jadi binggung, who's right and who's wrong...anyway TQ untuk tuan punya blog. Cuz u give a lot of info 2 d people of sabah. But still, I'm afraid what will happen 2 my kids and 2 my grandchildrens in d future...we can promise whatever 2d people 2day...but its our children who will bare the consequences...promise is just words...those who really care for Sabah will give their life for this country...Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah),Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri),Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya),Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri),Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri),Wahid Andu (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan),Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri),Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah),Kopral Mohd Said (Pengawal peribadi kepada Tun Fuad),Gandhi J Nathan (Juruterbang),Johari (Anak kepada Tun Fuad Stephens)...may their soul rest in peace. Amen. Once again, TQ 4d owner of this blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dipanggil sebuah negara tanah seluas tapak kaki pun ada juga polis ,tentera dan matawangnya sendiri bro.Kenapa tak ditulis perdana menteri sabah menteri luar tak ada ldisebut langsung. fikirkanlah

      Delete
    2. Kalau kitak tak dijajah terlebih dahulu mata kita belum lagi terbuka sampai sekarang dari mana kita tahu minyak berjuta juta tan dalam dasar laut adakah minyak timbul sendiri kalau tak dicari dari mana kita tahu perkataan presiden menteri pertahanan menteri luar polis tentera dan banyak lagi ini semua dari otak british bukan dari otak datuk kita dulu. .

      Delete
  11. Saya setuju pendapat JM. Kalaulah Sabah sudah merdeka, Kerajaan Sabah meneruskan kewajiban Kerajaan Malaysia bayar sewa ke Sultan Sulu. Supaya tidak terus menerus bayar sewa, Sabah perlu nego ke Sulu untuk beli tanah milik Sulu di Sabah. Kekayaan Sabah luar biasa. Contoh di perbatasan Ambalat di mana kejadian kapal Malaysia mau class dengan kapal Indonesia. Kerahkan semua juru runding yang ahli. Kalaulah Kerajaan Sabah sudah merdeka, bisa-lah jadi anggota ASEAN seperti Singapura dan Timor Leste.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yg kasi tentera sama s3njata? Kau??? Cakap mcm buang kantut...... Kantut pun mo tinguk juga di mana mo buang aman...... Onsoi kie alie....

      Delete
    2. KALAU MENGIKUT SEJARAH SEKARANG ORANG SABAH TINGGAL DI TANAH SEWA DARI SULTAN SULU YANG DIAMBIL ALIH OLEH KERAJAAN PILIPINA SELAGI ADA MATAHARI DAN BULAN SEWANYA DIBAYAR OLEH MALAYSIA 5000 SETAHUN KEPADA PILIPINA,KALAU SEMUANYA DISEMAK SEMULA JUMLAH SEWANYA MENINGKAT MAMPUKAH ORANG SABAH MEMBAYARNYA KALAU TAK MASUK MALAYSIA,
      PERLU DIINGAT SEWA SATU KEDAI SEKARANG PUN MENCECAH 5000 APA LAGI SEWA TANAH SELUAS SABAH, FIKIRKANLAH,

      Delete
  12. Saya senantiasa sokong sabah merdeka..buat apa dikencingin sama malaysia.lihat tu singapore setelah keluar dari perjanjian jadi negara terkaya se ASEAN.jadi jng berhenti setakat ini buat para penyokong sabah merdeka.klo lah kekurangan perlengkapan INDONESIA siap membantu.diam diam INDONESIA bikin senjata NUKLIR lho Min.

    ReplyDelete
  13. napa mesti penjajahan malaya? sabah bukan malaya

    ReplyDelete
  14. Kepada saudara sabahan sekalian,saya berangapan saudara sekalian kurang arif tentang sulu dan filipina,saya sarankan lawati tausug.blogspot.com.di sana anda akan faham tentang pantai timur sabah, sulu dan filipina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami faham....malah sangat faham mengenai kedudukan / status pantai timur sabah kepada sulu... kenapa Sabah dan Malaysia tidak melayan tuntutan sulu?? kerana sulu bukan lagi sebuah empayar sebagaimana kurun ke 17-18...sulu telah kehilangan daulatnya, hak kepada pilipin... malah sulu merupakan negeri yg paling banyak sultan... setiap sultan saling bertelingkah,,,,

      anda sekarang seorang rakyat Sabah... maka patriotik lah kepada sabah...jangan rosakkan keharmonian kita dengan sentimen kepilipinan anda... sama juga seperti cina dan india... mereka patriotik terhadap sabah/ malaysia...bukan patriotik kepada negara asal mereka... sila faham...

      Delete
  15. Undilah usno, star.kalau bukan kita siapa lagi?ini kalilah.

    ReplyDelete
  16. EYOKU T SUMANDAK KB MANGAN TOKOU NO KOTI BAINO PE MA PELUANG OTOPOT MA E BOROS DOKOYU D. ADA 12 KEPALA CUKUP BULI JADI RASUL BA. SA TANYA KMU TOMPINAI DARIMANA TU MALAYA DAPAT PNDAPATAN KLU BUKAN MANTAD SABAH OM SARAWAK BE . JAN SUSAH GUNA DIREK JE TU HASIL KITA SENDIRI LAGI BEST . ATUR SAJA LEPAS NE KITA BESATU INI KALILAH PELUANG KEEMASAN KC MENANG ORANG TEMPATAN KIO. MENGINING TOKOU BIANE.

    ReplyDelete
  17. otopot tobpinai baino po kasampatan tokou, nung mumang tokou osonong koposion tanganak tokou tohuri tadau...iti no timpu dau..baino po...suab.ingga no...ayu anak sabah..posik kou no...selamatkan tanah airku sabah..ini kalilah..

    ReplyDelete
  18. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=419685974797836&set=gm.392295137564156&type=1&relevant_count=1&ref=nf
    Sila masuk web ini dan lihat info tersebut. Mudah-mudahan boleh menjawab soalan anda.

    ReplyDelete
  19. Parti STAR dikiutip dari tong sam-pah orang sarawak Percaya tak ? TAK PERCAYA TANYALAH ORANG SARAWAK,

    ReplyDelete
  20. Dalam perkara 20 tuntutan sabah sebagai sebuah negara ataupun mengekalkan sabah kekal menjadi sebuah negara tiada kaitan langsung kalau kita baca perkara 1 sampai 20 kecuali tentang i
    Berikut adalah perkara yang wajib dituntut ataupun dikekalkan sabah untuk kekal menjadi sebuah negara 1963
    1 PERTAHANAN
    Tentera darat .tentera laut tentera udara tidak dikekalkan atau disebut langsung dalam perkara 20 tiada negara di dunia ini mengunakan tentera negara lain kecuali sabah
    2 KAD PENGENALAN
    Mempunyai kad pengenalan sendiri bukan sama dengan kad pengenalan malaysia itu tak disebut langsung dalam perkara 20
    3Matawang
    kalau malaysia disebut RM kalau sabah bagaimana pula menyebutnya. itupun tidak disebut langsung dalam perkara20
    Walaupun secara umun sabah disebut sebuah negara ia tidak memberi apa apa makna malah menjadi bahan jenaka sebab tuntutan dalam perkara 20 menjurus kepada tuntutan sebuah negeri bukan tuntutan mengekalkan sebuah negara ataupun menuntut menjadi sebuah negara.

    ReplyDelete

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...