Monday, November 28, 2011

Jimmy Palikat bakal bertanding untuk kerusi PARLIMEN Keningau dalam PRU 13 ????

Siapa yang tidak kenal dengan Jimmy Palikat yang popular dengan lagu "Tanak Kampung" dan versi melayu lagunya "Anak Kampung". Setelah "Anak Kampung" berjaya "menawan" Borneo, Jimmy Palikat sekali lagi beranjak ke hadapan apabila bakal bertanding dalam PRU 13 menentang Pairin Kitingan bagi kerusi PARLIMEN Keningau.

Di fahamkan Jimmy Palikat akan bertanding di bawah tiket PARTI BARISAN RAKYAT SABAH (Sabah People Front Party - SPF). Ketika berbual dengan beliau mengenai rancangannya untuk bertanding pada PRU 13 akan datang, Jimmy berkata beliau bertanding bukan kerana menganggap Pairin Kitingan tidak mampu lagi berkhidmat,sebaliknya beranggapan sudah tiba masa untuk memberikan "perkhidmatan" tersebut diterajui oleh golongan muda pula.




Jimmy Palikat juga sedang dalam proses untuk meyakinkan kepimpinan tertinggi SPF agar mencalonkan beliau sebagai calon parti tersebut untuk kerusi Parlimen Keningau. Berbekalkan populariti beliau sebagai seorang selebriti yang sedang top ketika ini, Jimmy kini berusaha untuk mendalamkan lagi ilmu beliau dalam hal-hal politik sebagai persediaan seandainya di letakkan sebagai calon kelak.

Antara isu-isu yang bakal beliau bangkitkan kelak adalah isu bagaimana meningkatkan ekonomi Tambunan dan Keningau am nya, mempertingkatkan taraf hidup dan infrastruktur kawasan-kawasan ulu, serta mengoptimumkan tenaga golongan muda sebagai penyumbang kepada kemajuan daerah Tambunan.

Parti Barisan Rakyat Sabah merupakan parti yang berkesinambungan dari parti Bersekutu. Selepas parti Bersekutu di bubarkan, SPF telah di daftarkan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 8 Disember 2010.

Presidennya Berman Angkap, menyatakan pendirian partinya sebagai parti pembangkang tetapi berkata mereka tidak mempunyai perancangan lagi untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang di negeri ini.

Bagaimanapun, beliau nampaknya terbuka kepada idea itu dengan berkata "apa yang penting adalah ideologi mereka sama dengan kami".

Berman juga mengumumkan pembubaran Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) yang diterajuinya yang bergiat sejak 20 tahun lalu walaupun dianggap sebagai “parti nyamuk”. Beliau turut menambah, SPF ditubuhkan bagi memenuhi hasrat rakyat Sabah yang mahukan memulihkan hak negeri.

Sebelum ini, Beliau mensasarkan keanggotaan seramai 50,000 terutama generasi muda. Kita juga berharap 38,000 bekas anggota parti Bersekutu juga akan menyertai parti baru ini.

20 comments:

  1. persoalannya adalah bolehkah si tompinai ni bertanding???

    ReplyDelete
    Replies
    1. werrrrrr kata napa pula nda buli????? dia ni pti kah??? ada ic bah... bapa dia pun ada ic wakakakakakaka soalan kau ni soalan buduh.

      Delete
  2. Bagus tu semangat tu Tuan tetapi semangat sahaja inda sukup. How can you vs our Huguan Siou, the symbol of our piobpinaian? Apa pun ini kali lah....

    ReplyDelete
  3. Sesiapa pun berhak tanding.... berwibawa atau tidak, serahkan pada penilaian pengundi....

    ReplyDelete
  4. kalah lah si pairin ini kali.... siou huguon. mimang aku ini tiada apa2 ..... kiiiihoi nikalilah!!!! lagi santik kalau dia tanding atas tikit star...takut bah nanti spf lumpat katak pigi ikut umno taie anjing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sia dengar2 org sakap-sakap si pairin 2, budak2 muda inda suka sama dia lagi.. org tua2 pun inda suka juga...inkalila pairin mati duduk kalah tumbang berisi oleh star.

      Delete
    2. kalau dibilang2 sdh 37 tahun pairin jadi wakil rakyat Tambunan, lebih kurang umur si tompinai anak kg..jimmy palikat..ngamla si anak kg pi tanding PRU 13,inda payah ada sikul yang penting sanggup jadi pemimpin yang terbaik. wakil rakyat skg pun dtg pi melawat org tambunan pi jln2 di tamu ari ampat noh..rata2 orang yang dia pi salam2 tu org luar yang datang p bejualan..ada juga pilak..yg sedih sgt org tambunan yg berabis sukung dia 37 tahun yg lalu,hasil titik peluh diorang di kasi ampai di simin..om poinsumpak poh di tulun kg popojual.. nga org luar siap ada meja lg.inda malu ka dia yg di sebut2 HS tengok org dusun polampayak poh papadagan kinotuan dilo? sebelum merdeka dan skg sama saja..orang kg indada kemajuan..inikalilah kasi naik orang muda yang bukan dr kroni2 dia....

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. test2.,dbilang c sinangkalungan.,

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. actly my frend@tobpinai..,tu yg teda meja tu dorg tida pandai tukul menukul ba tu.,gunalah ba barang2 kitar semula tu.,klu ada tukul,pembaris,paku.,msti ada kejadian jg tu.,myb jdi jg meja kecil2 sikit.,yg ada meja tu,dorg ada kerajinan sikit ja ba tu.,nda smestinya mau di beli suma tu barang2.,tingu c datu molong kolong.,dia pakai tu barang2 yg dibuang,tingu jadi kerita suda.,,terima kasih.,bye2..,selamat berpuasa kio kumaa tambalut2 muslim..,

      Delete
  5. saya setuju sangat. kasi gantilah bah org muda2.... inda ada apa-apa juga yang HS buat selama 37 tahun. tingu saja d tambunan N keningau yg ada semua tu pti.. ini kali lah.....

    ReplyDelete
  6. actly my frend@tobpinai..,tu yg teda meja tu dorg tida pandai tukul menukul ba tu.,gunalah ba barang2 kitar semula tu.,klu ada tukul,pembaris,paku.,msti ada kejadian jg tu.,myb jdi jg meja kecil2 sikit.,yg ada meja tu,dorg ada kerajinan sikit ja ba tu.,nda smestinya mau di beli suma tu barang2.,tingu c datu molong kolong.,dia pakai tu barang2 yg dibuang,tingu jadi kerita suda.,,terima kasih.,bye2..,selamat berpuasa kio kumaa tambalut2 muslim..,

    ReplyDelete
  7. patut kamu komen yg baik2 saja ba.,yg buruk2 tu bincang di kedai kupi.,

    ReplyDelete
  8. saya mau tingu sumandak2 yg mengomen dlu ba.,smua laki2 ni.,biar sa nda tau,tapi sa tau la ba.,

    ReplyDelete
  9. sia malu bah songulun no gi ti sumandak, tanak wagu ngaie om star no bogia undion sumandak/tanak wagu ngaaie kio kada lihuaai.lihuaai nopo ei pairin de amu apakai eri bo.

    ReplyDelete
  10. siapa pun berhak untuk bertanding...tetapi kita pastikan bahawa kita bertanding tu untuk perjuangan rakyat sabah. Jangan pula jadi macam calon bebas yang menang, duduk di parlimen di belakang sekali. siapa yang nak dengan suara. tak ada di parlimen pun orang lain tak kisah...apa lagi di dengar oleh MP2 Malaya. hah2

    ReplyDelete
  11. Ngam lah 2..kc gnti itu pamipin muda..pamipin tua..suru die p rehad dlu...pincin bh..

    ReplyDelete
  12. Penyanyi paling popular di Sabah, Jimmy Palikat kini ahli UMNO.

    Jimmy yang terkenal dengan lagu Tanak Kampung atau Anak Kampung dan bakal beraksi di final Juara Lagu 2012 terbitan TV3, menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak sempena pehimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC.

    Majlis itu turut disaksikan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

    Tanak Kampung kini ahli UMNO
    Thursday, November 29, 2012 Vs Monday, November 28, 2011....hangat2 tahi manuk

    ReplyDelete
  13. atuk oi aso no harapon tanak kg mirad ri...JANGAN DULU.....TUKAR

    ReplyDelete

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...