Friday, December 2, 2011

LAYAK kah artis / seniman / penghibur menjadi ahli politik ???



Apabila bercakap tentang politik, pasti dalam minda kita akan membayangkan individu segak, berkacamata, mempunyai sisiran rambut yang smart, dan yang pasti seorang yang mempunyai background pendidikan tinggi, bekas graduan atau lepasan universiti-universiti luar negara.



Dan apabila bercakap tentang artis / penghibur / seniman pula, kita pasti akan membayang seseorang yang mempunyai bakat dalam sesuatu bidang seni, mempunyai rupa, kacak, mempunyai ramai peminat, mempunyai background pendidikan yang tidaklah terlalu tinggi, dan pasti ada yang membayangkan seorang artis yang suka berfoya-foya ataupun mempunyai akhlak sosial yang kurang bermoral.

Sejauh mana kebenaran tanggapan tersebut bergantung kepada tanggapan individu sendiri. Itu merupakan hak seseorang untuk "mengkategorikan" seseorang.

Sebelum mengulas topik ini dengan lebih lanjut, mari kita berfikir di luar kotak sekejap mengenai peribadi artis dan YB.....buka minda dan fikir dengan otak...bukan dengan hati....

Peribadi manusia secara amnya terbahagi kepada dua kategori iaitu baik dan buruk. Dalam aspek ini, apakah perbezaan antara artis dengan YB ? jawapannya SERI. terdapat artis yang baik, dan terdapat artis yang buruk (dari segi akhlak) dan terdapat juga artis yang 2 dalam 1 (baik dan buruk). Begitu juga halnya dengan YB. Sebagai seorang manusia, adalah lumrah hal ini berlaku. YB pun manusia, artis juga manusia. Pendek kata tidak ada MANUSIA yang sempurna. Tetapi seseorang manusia yang berusaha untuk menjadi baik adalah seorang manusia yang sepatutnya di contohi dan di puji.

Dan apakah ukuran perbezaan antara artis dengan YB ?
terdapat beberapa perkara yang boleh kita jadikan ukuran perbandingan antara YB dan ARTIS.
1. Bakat kepimpinan.
2. Kewibawaan.
3. Keberanian.
4. Disiplin / Akhlak
5. kepetahan bercakap.
6. Berwawasan, kritis, kreatif dan inovatif.
7. latar belakang pendidikan.
8. Pengetahuan terhadap tugas, pentadbiran, politik.
9. Kesediaan untuk berkorban, komited, membantu rakyat.

So, kita balik kepada persoalan topik "LAYAK kah artis/seniman/penghibur menjadi ahli politik ?
bagi saya layak ASAL SAHAJA MEREKA MEMPUNYAI SEKURANG-KURANGNYA 8 DARI 9 CIRI-CIRI DI ATAS.
 Kita ambil beberapa contoh selebriti yang berjaya menukar bidang menjadi ahli politik.
Pasti semua kenal dengan Arnold Schwarzenegger seorang bekas juara dalam bidang bina badan, lakonan, businessman  yang kini menjadi Governer ke 38 California. Adakah beliau mempunyai kesemua ciri-ciri di atas? TIDAK. Jika di lihat pada sejarah kehidupan silam Arnold, beliau pernah di dapati menggunakan bahan terlarang dalam karier bina badan beliau, pernah di kaitkan dengan pelbagai masalah moral yang tidak boleh di banggakan tetapi membuktikan bahawa beliau merupakan seorang ahli politik yang berwibawa ketika memegang jawatan Governer California dari tahun 2003 hingga 2011.


Ronald Reagan, Presiden US yang ke 40 (1981-1989) juga merupakan bekas seorang selebriti. Sebelum menjadi presiden, beliau pernah memegang jawatan sebagai Governer ke 33 California (1967-1975).Namun sepanjang menjadi presiden, beliau terkenal dengan "Reagannomics" apabila di katakan berjaya memulihkan ekonomi Amerika meskipun mengundang pelbagai ketidakpuashatian rakyat pada ketika itu. Adakah Ronald Reagan mempunya kesembilan-sembilan ciri diatas? TIDAK.

Masih terdapat ramai lagi selebriti yang berjaya dalam bidang politik, namun dengan mengambil dua contoh (lagipun anda boleh google sendiri) sudah mencukupi untuk di jadikan contoh topik ini.

Mari kita lihat pula kalangan ahli politik yang bukan berasal dari kalangan selebriti. Dan kita lihat pula adakah mereka mempunyai kesembilan-sembilan ciri-ciri yang telah saya senaraikan diatas?

Muamar Ghadafi yang mentadbir Libya selama lebih kurang 40 tahun. Adakah beliau seorang pemimpin politik yang baik? Jawapan MAJORITI masyarakat dunia (termasuk rakyat Libya sendiri) adalah TIDAK. Ghadafi terkenal dengan pemerintahan zalim, kuku besi, dan menentang penentangnya dengan tentera. Ghadafi juga terkenal dengan kontroversi "demokrasi" Libya yang di cop oleh dunia sebagai DEMOKRASI HIPOKRIT. Namun, menurut beberapa sumber, Ghadafi merupakan seorang yang kuat beribadah dan selalu berpuasa pada setiap isnin dan khamis. pada pendapat anda, adakah Ghadafi mempunyai kesembilan-sembilan ciri di atas? TIDAK.


John F Kennedy, antara presiden US yang paling popular, ialah presiden US yang ke 35. Seorang yang berpendidikan tinggi JFK di anggap sebagai seorang ahli politik yang cukup lengkap. Kebijakan, kewibawaan, komited, berpandangan jauh, berjiwa rakyat dan lain-lain lagi hamburan pujian terhadap peribadi politik JFK. Namun adakah JFK seorang ahli politik yang mempunyai nilai moral yang boleh di banggakan? TIDAK. Walaupun di besarkan oleh keluarga yang warak agama, namun JFK terkenal dengan sikap berfoya-foya beliau, malah mempunyai hubungan sulit dengan Marylin Monroe sehingga dikatakan kematian (bunuh diri) Marylin Monroe adalah berpunca dari keputusan JFK yang ingin memutuskan hubungan dengan jelitawan cantik tersebut. Dan adakah JFK mempunyai kesembilan-sembilan ciri-ciri di atas? TIDAK...

Bagaimana pula dengan YB-YB di Malaysia? anda lebih arif.... adakah mereka mempunyai kesembilan-sembilan ciri-ciri di atas? TIDAK. Oleh itu, wajarkah jika kita menganggap seseorang selebriti, artis TIDAK LAYAK menjadi ahli politik? bagi saya, tidak wajar kita beranggapan sedemikian.

Mereka juga manusia, rakyat, penyumbang ekonomi, pembayar cukai sama seperti KITA. Oleh itu mereka sewajarnya di berikan peluang. Tugas kita, sebagai pengundi, adalah menilai, mengkritik secara kritis sama ada mereka (selebriti) LAYAK atau TIDAK menjadi ahli politik.

Bagi saya, mereka wajar KITA berikan peluang, kesempatan untuk berkempen dahulu dengan mengutarakan idea-idea mereka, mengetengahkan "aura" politik mereka, menonjolkan kewibawaan politik mereka, komitmen mereka, perubahan-perubahan, dan yang penting kesediaan mereka berkhidmat untuk kebajikan rakyat.

Jangan lah kita terus TOLAK mereka mentah-mentah sebelum "mengenal" mereka. TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Yang rugi adalah kita sendiri apabila "menolak" mereka mentah-mentah padahal mungkin mereka sebenarnya LAYAK dan LEBIH BAIK mutu pembawaan, perkhidmatan politik mereka kepada kita berbanding YB-YB terdahulu. Apa pun, fikir dengan OTAK dan bukan fikir dengan hati.........

hanya sekadar pandangan.....salam damai.....JARI MERDEKA SABAH.

No comments:

Post a Comment

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...