Showing posts with label Sultan Sulu. Show all posts
Showing posts with label Sultan Sulu. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

TVi ASTRO 180.....Untuk Sabah Sarawak atau untuk MALAYA????


Beberapa bulan yang lalu, punya lah main gembira JM apabila mengetahui ASTRO telah memperkenalkan satu program rancangan TV yang di khaskan untuk rancangan-rancangan yang kononnya bakal menayangkan produk-produk seni dari NEGARA Sabah dan Sarawak melalui channel 180 TVi...... sebagai seorang pelanggan dari Sabah, maka JM rasa berbaloi lah sikit bila ASTRO kasih naik harga bayaran tapi kasi wujud Program2 KHAS untuk produk-produk seni tempatan dari Sabah Sarawak.....


Namun sejak di perkenalkan pada 10 April 2011, ternyata rancangan TV tersebut cuma indah khabar dari rupa apabila hanya lebih kurang 30 % sahaja produk-produk seni tersebut beteraskan Sabah dan Sarawak....manakala 70% pula lebih kepada produk-produk dari semenanjung......

Tak Percaya tengok sendiri...... tidak cukup lagikah monopoli MALAYA terhadap RTM, dan rata2 rancangan tempatan dalam program2 lain ASTRO (104, 105, 106, 108 dan seabagainya)..... Saya percaya terdapat banyak lagi produk2 seni tempatan Sabah dan Sarawak yang setanding kualitinya dengan semenanjung baik dari aspek muzik mahupun telemovie.....

Mengapa perlu juga memasukkan unsur2 Malaya untuk sesebuah Program yang telah di peruntukkan KHAS untuk BORNEO????? bagaimanakah BORNEO boleh bersaing dengan MALAYA apabila terlalu sangat di sisihkan????

Pihak ASTRO dan RTM seharusnya lebih peka dan prihatin terhadap perkara ini kerana ASTRO turut di langgan oleh penduduk2 dari Sabah dan Sarawak dan sebagai pelanggan maka adalah perlu jika HATI KAMI di puaskan..... jika India dan Cina telah di peruntukkan beberapa channel yang bercirikan kaum mereka kenapa TIDAK kepada BUMIPUTERA Sabah dan Sarawak???? malah apa yang mengecewakan, ASTRO memperkenalkan pula CHANNEL KOREA dan ARAB di mana ia langsung tidak menunjukkan identiti dan konsep MALAYSIA yang sebenarnya....

Kepada pihak yang berwajib sila perbaiki perkara ini....janganlah tunggu PILIHANRAYA dulu baru lah berebut2 pula iklan2 dan rancangan2 tv/muzik yang bercirikan BORNEO........

YB2.....takkan diam saja???????? Jangan lah telampau kasih nampak KARABAU kamu itu..........

Tuesday, February 22, 2011

Sultan Sulu keluar dari UMNO

Sebelum ini Datu Akjan aka Sultan Sulu yang tiada rakyatnya, mencuri tumpuan dengan "melantik" dan "mengisytiharkan" dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu kini berjaya menempatkan diri dalam tabloid sekali lagi dengan pengumuman KELUAR dari UMNO.....berkuatkuasa pada hari ini 22hb /02/ 2011....
sumber click disini.

Sultan Sulu turut menyatakan bahawa dia sudah menghantar surat perletakan jawatan kepada ibu pejabat UMNO manakala satu salinan lagi telah dihantar ke pejabat parti peringkat Sabah.

Bah ngam lah itu Sultan...Sultan mana boleh pegang kepentingan dalam parti kan.... lagi pun kau itu orang sulu....bukan orang MELAYU.... nama parti saja pun sudah tau...UMNO...dengan nama lain, KHAS UNTUK ORANG MELAYU SAHAJA...kenapa juga kau mau join kan.... oh ya,... lupa pula... kau pembekal pengundi hantu pula....cissss!!!!!! kau lah antara pengkhianat SABAH.....

Dari mana datangnya SAMPAH kalau bukan dari UMNO.....kalau SAMPAH yang boleh dikitar semula tidak apa lah.... boleh kita "modified" jadi sesuatu yang lagi berguna...tapi kalau jadi sampah yang tidak boleh dikitar semula macamana itu gaman???

Dulu si Karim Ghani punya punca....dia bawa masuk UMNO pigi Sabah.... padahal dia itu bukan melayu... orang semenanjung ni pandai.... dorang menyebarkan dakyah, asal ISLAM maka orang itu automatik MELAYU.... kau tau lah orang Sabah dulu-dulu....daif dan sangat ketinggalan....kureeeng sikit dari segi pemikiran...termasuk lah katak2 besar Sabah masa tu... yang hairan kebanyakkan dorang tu semua overseas graduate punya orang...telampau pandai lah tu..sampai sanggup jual maruah diri dan hak-hak Sabah...

satu lagi orang kita ni sangat penyabar.... bah...penyabar-penyabar pun ada juga limit dia tau.... lebih teruk lagi dari Hosni Mubarak tau.... tinggal tunggu masa lagi untuk melatup.... lagipun apa itu UMNO bagi sama kita??? cuba jawab ??? siapa-siapa yang ahli UMNO tu...mau juga saya tengok apa sumbangan MELAYU CIPLAK di Sabah ni terhadap negeri di BAWAH BAYU ini.....

Nah kan.... melebih-lebih sudah sampai keluar tajuk sudah.... tidak apa lah.... masih dalam konteks lagi bah... apa-apa pun, Sultan Sulu, kalau kau betul-betul Sultan, balik lah pigi kau punya tempat.... lain pula kau ini.... kau perintah negeri kau guna facebook kah???? wakakakakkakakkaaaak.....

wei Sultan....pigi update kau punya pasport la....

Thursday, February 17, 2011

Datu Akjan si Sultan Sulu (FIlipina) yang ingin memerintah Sabah???

Baru-baru ini negeri kita, negeri Sabah di kejutkan dengan isu pengisytiharan "sultan Sulu" kepada Datu Akjan di kediamannya di Kg. Likas. Majlis pengisytiharan tersebut dihadiri kira-kira 60 orang hadirin. Sehubungan dengan pengisytiharan tersebut, maka, Datu Akjan kini memangku kedudukan sebagai Pemerintah Wilayah Sulu di Selatan Filipina. Kunun-kunun, Datu Akjan ini merupakan keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir memerintah, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim.


Laporan polis telahpun dibuat terhadap "sultan" ini dan kini siasatan sedang dijalankan. Berikut merupakan serba ringkas "gossip" terhadap "sultan" ini.

1. Bekas Tahanan ISA.

2. Dikenali ramai sebagai Usahawan Kad Pengenalan Projek iaitu merekrut pendatang haram Filipina sebagai rakyat Sabah dan membekalkan pengundi hantu pada beberapa pilihanraya lalu-lalu.

3. Setelah ketumpulan taringnya, Sultan ini cuba mencari pengaruh dengan menerajui PEKIDA Sabah.

4. Disebabkan "sultan" ini warga asing, maka beliau lewat mendapat sijil lahirnya itupun setelah memalsukan keterangan dirinya.

5. Akjan tidak pernah bersekolah di Malaysia. Berkelulusan Ijazah dan memakai gelaran Doktor Falsafah atau Dr. di hadapan namanya. Orang cakap, ijazah beliau diperolehi secara main pintu belakang, atau dapat secara main “gelap-gelap” dia bilang orang kita.

6. Hubungan eratnya dengan Menteri Dalam Negeri sebelum ditahan ISA menyebabkan beliau mendapat permit untuk menerbitkan akhbar dwi-mingguan dwi bahasa dan menggunakan peluang tersebut untuk menghentam sesiapa sahaja yang mengatakan kebanyakan kaum Suluk adalah penjenayah dan pendatang haram.

Jadi, itulah beberapa perkara yang mungkin boleh membuka minda kita siapa sebenarnya Datu Akjan ini, eh silap....Sultan Akjan ini....bukan apa.... tapi isu-isu tentang "sultan" di Sabah ini sudah lama pupus, kalau ikut sejarah pun, Sultan Sulu yang terdahulu juga yang silap...kenapa jual Sabah ini dengan British kan?.... sekarang baru mau sibuk-sibuk pula mau "menyultankan" diri.....cissss...tiwas kotoh....so,dipendekkan kata, Orang Sabah tidak perlukan Sultan.... kalau mau jadi Sultan, lebih ngam lagi kalau Sultan Akjan ini balik ke Filipina seterusnya isytiharkanlah diri tu jadi Sultan kat sana....baru betul....

Bah...ISA....apa lagi???? kenapa pula kau diam-diam sana.... mana kau???