Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

Sultan Sulu keluar dari UMNO

Sebelum ini Datu Akjan aka Sultan Sulu yang tiada rakyatnya, mencuri tumpuan dengan "melantik" dan "mengisytiharkan" dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu kini berjaya menempatkan diri dalam tabloid sekali lagi dengan pengumuman KELUAR dari UMNO.....berkuatkuasa pada hari ini 22hb /02/ 2011....
sumber click disini.

Sultan Sulu turut menyatakan bahawa dia sudah menghantar surat perletakan jawatan kepada ibu pejabat UMNO manakala satu salinan lagi telah dihantar ke pejabat parti peringkat Sabah.

Bah ngam lah itu Sultan...Sultan mana boleh pegang kepentingan dalam parti kan.... lagi pun kau itu orang sulu....bukan orang MELAYU.... nama parti saja pun sudah tau...UMNO...dengan nama lain, KHAS UNTUK ORANG MELAYU SAHAJA...kenapa juga kau mau join kan.... oh ya,... lupa pula... kau pembekal pengundi hantu pula....cissss!!!!!! kau lah antara pengkhianat SABAH.....

Dari mana datangnya SAMPAH kalau bukan dari UMNO.....kalau SAMPAH yang boleh dikitar semula tidak apa lah.... boleh kita "modified" jadi sesuatu yang lagi berguna...tapi kalau jadi sampah yang tidak boleh dikitar semula macamana itu gaman???

Dulu si Karim Ghani punya punca....dia bawa masuk UMNO pigi Sabah.... padahal dia itu bukan melayu... orang semenanjung ni pandai.... dorang menyebarkan dakyah, asal ISLAM maka orang itu automatik MELAYU.... kau tau lah orang Sabah dulu-dulu....daif dan sangat ketinggalan....kureeeng sikit dari segi pemikiran...termasuk lah katak2 besar Sabah masa tu... yang hairan kebanyakkan dorang tu semua overseas graduate punya orang...telampau pandai lah tu..sampai sanggup jual maruah diri dan hak-hak Sabah...

satu lagi orang kita ni sangat penyabar.... bah...penyabar-penyabar pun ada juga limit dia tau.... lebih teruk lagi dari Hosni Mubarak tau.... tinggal tunggu masa lagi untuk melatup.... lagipun apa itu UMNO bagi sama kita??? cuba jawab ??? siapa-siapa yang ahli UMNO tu...mau juga saya tengok apa sumbangan MELAYU CIPLAK di Sabah ni terhadap negeri di BAWAH BAYU ini.....

Nah kan.... melebih-lebih sudah sampai keluar tajuk sudah.... tidak apa lah.... masih dalam konteks lagi bah... apa-apa pun, Sultan Sulu, kalau kau betul-betul Sultan, balik lah pigi kau punya tempat.... lain pula kau ini.... kau perintah negeri kau guna facebook kah???? wakakakakkakakkaaaak.....

wei Sultan....pigi update kau punya pasport la....

Saturday, January 15, 2011

Bakar patung bantah peguam minta perlahan azan....Patutkah ????

Isu Azan kembali hangat di bumi semenanjung Malaysia.... Jika di lihat di bumi semenanjung ini, tiap-tiap hari pasti akan ada isu yang berkaitan dengan sensitivisme sesebuah kaum atau agama.... kali ini pula heboh tentang BAKAR PATUNG BANTAH PEGUAM MINTA PERLAHAN AZAN ( baca disini dan disini .... kemudian fikir.... ).

Bah... hari ini mari kita renung-renung dan fikir-fikirkan bersama adakah logik dan patutkah adanya demonstrasi Bakar Patung sebagai tanda untuk membantah peguam yang meminta azan diperlahankan???

Bagi pandangan peribadi JM, ada beberapa perkara menarik mengenai isu ini.... bah lanjutkan terus pembacaan anda....

Berdasarkan lanjutan-lanjutan pembacaan JM mengenai isu ini, kalau ikut ulasan dari beberapa blog terkenal, Peguam tersebut dikatakan ahli MCA...so kalau MCA ini kemungkinan besar CINA...dan kononnya yang membuat demonstrasi itu orang UMNO.... jadi kenapa kunun dorang gaduh sesama sendiri ??? jadi, mungkin teori ada orang yang mahu MEMPOLITIKKAN isu ini boleh ditolak ke tepi.... jadi mungkin sekali mereka ikhlas untuk memperjuangkan agama Islam ini.



Namun ada lagi perkara lain yang JM rasa kita patut fikir jauh, bebas dan terbuka sikit....
Kalau kita ikut cerita akhbar-akhbar... ini Peguam pergi BERUNDING, TULIS SURAT dan minta dengan cara baik agar JAWI dapat BERTIMBANG RASA untuk MEMPERLAHANKAN sedikit Azan tersebut. Jadi JAWI pun BERSETUJU lalu mengeluarkan arahan kepada surau tersebut untuk memperlahankan azan tersebut di samping hanya menggunakan pembesar suara dalam surau tersebut sahaja ketika berkhutbah.

Oleh yang demikian, adakah patut golongan ANTI - PEGUAM ini bertindak terus menerus mengadakan demonstrasi dengan membawa sepanduk-sepanduk , lalu membakar patung peguam berkenaan???
tidak bolehkah golongan ANTI PEGUAM tersebut berjumpa baik-baik dahulu dengan peguam berkenaan ataupun lebih baik jika berunding dengan semua masyarakat bukan islam di kawasan tersebut untuk berbincang, bermuafakat mencari kesefahaman terhadap isu tersebut??

Bagi JM, tindakan mereka terus berdemonstrasi lebih memburukkan keadaan kerana masyarakat-masyarakat di tempat lain atau di negeri lain pasti akan terkena sedikit sebanyak tempias isu ini.
Minta Maaf banyak-banyak jika JM ibaratkan tindakan anti peguam ini tidak matang dan lebih cenderung menjadi pemangkin kepada sentimen perkauman, kebencian, prejudis, egoistik, seterusnya akan merosakkan perpaduan dan lebih teruk peperangan.

Pendek kata, apa salahnya duduk semeja...berunding dahulu....berfaham-fahaman dahulu.... bincang dengan baik...dalam keadaan aman...damai...harmoni.... susah sangat kah?????
Harap-harap kita orang BORNEO tidak akan terikut-ikut dengan gaya-gaya HARIMAU MALAYA ini......