Saturday, January 15, 2011

Bakar patung bantah peguam minta perlahan azan....Patutkah ????

Isu Azan kembali hangat di bumi semenanjung Malaysia.... Jika di lihat di bumi semenanjung ini, tiap-tiap hari pasti akan ada isu yang berkaitan dengan sensitivisme sesebuah kaum atau agama.... kali ini pula heboh tentang BAKAR PATUNG BANTAH PEGUAM MINTA PERLAHAN AZAN ( baca disini dan disini .... kemudian fikir.... ).

Bah... hari ini mari kita renung-renung dan fikir-fikirkan bersama adakah logik dan patutkah adanya demonstrasi Bakar Patung sebagai tanda untuk membantah peguam yang meminta azan diperlahankan???

Bagi pandangan peribadi JM, ada beberapa perkara menarik mengenai isu ini.... bah lanjutkan terus pembacaan anda....

Berdasarkan lanjutan-lanjutan pembacaan JM mengenai isu ini, kalau ikut ulasan dari beberapa blog terkenal, Peguam tersebut dikatakan ahli MCA...so kalau MCA ini kemungkinan besar CINA...dan kononnya yang membuat demonstrasi itu orang UMNO.... jadi kenapa kunun dorang gaduh sesama sendiri ??? jadi, mungkin teori ada orang yang mahu MEMPOLITIKKAN isu ini boleh ditolak ke tepi.... jadi mungkin sekali mereka ikhlas untuk memperjuangkan agama Islam ini.



Namun ada lagi perkara lain yang JM rasa kita patut fikir jauh, bebas dan terbuka sikit....
Kalau kita ikut cerita akhbar-akhbar... ini Peguam pergi BERUNDING, TULIS SURAT dan minta dengan cara baik agar JAWI dapat BERTIMBANG RASA untuk MEMPERLAHANKAN sedikit Azan tersebut. Jadi JAWI pun BERSETUJU lalu mengeluarkan arahan kepada surau tersebut untuk memperlahankan azan tersebut di samping hanya menggunakan pembesar suara dalam surau tersebut sahaja ketika berkhutbah.

Oleh yang demikian, adakah patut golongan ANTI - PEGUAM ini bertindak terus menerus mengadakan demonstrasi dengan membawa sepanduk-sepanduk , lalu membakar patung peguam berkenaan???
tidak bolehkah golongan ANTI PEGUAM tersebut berjumpa baik-baik dahulu dengan peguam berkenaan ataupun lebih baik jika berunding dengan semua masyarakat bukan islam di kawasan tersebut untuk berbincang, bermuafakat mencari kesefahaman terhadap isu tersebut??

Bagi JM, tindakan mereka terus berdemonstrasi lebih memburukkan keadaan kerana masyarakat-masyarakat di tempat lain atau di negeri lain pasti akan terkena sedikit sebanyak tempias isu ini.
Minta Maaf banyak-banyak jika JM ibaratkan tindakan anti peguam ini tidak matang dan lebih cenderung menjadi pemangkin kepada sentimen perkauman, kebencian, prejudis, egoistik, seterusnya akan merosakkan perpaduan dan lebih teruk peperangan.

Pendek kata, apa salahnya duduk semeja...berunding dahulu....berfaham-fahaman dahulu.... bincang dengan baik...dalam keadaan aman...damai...harmoni.... susah sangat kah?????
Harap-harap kita orang BORNEO tidak akan terikut-ikut dengan gaya-gaya HARIMAU MALAYA ini......

2 comments:

  1. nda cukup aramaiti ba durang, tu la stres saja.. Tp mmg btl la apa ko ckp, drg kunu mo ajar urg Sabah psl prpaduan, tp drg sndiri msg2 ego nda mau brtoleransi dgn org2 kaum lain.. ni kan lg klu hal brkaitan dgn agama..

    ReplyDelete
  2. betul tu tompinai.... so, yang penting, kita show kita punya perpaduan....satu masalah kita ni, kurangnya kerjasama kaum....maksud saya kurang unite. atau lebih radikal kurang unite untuk berani menentang apa yang tidak betul. nah..... itulah sampai skrg kita kena pijak oleh itu MALAYA....

    ReplyDelete

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...