Tuesday, October 19, 2010

Karim Ghani mengajar Anwar Ibrahim lah pula.....



Siapa yang kenal dengan Datuk Karim Ghani?


Sesiapa yang belum kenal, Datuk Karim Ghani ini merupakan insan "bertuah" Sabah yang bertanggungjawab membawa masuk UMNO ke dalam negeri Sabah.


Baru beberapa jam (dari artikel ini ditulis), Datuk Karim Ghani mengejutkan politik di Sabah apabila bertindak keluar parti kerana menganggap UMNO tidak bersungguh-sungguh, pendek kata GAGAL dalam memperjuangkan hak-hak Sabah.


Setelah keluar parti, maka si Karim Ghani ini pun memandai-mandai lah pula menunjuk pandai dengan menyatakan Janji Pakatan Rakyat hendak memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika mereka membentuk kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang hendaklah dinyatakan dalam manifesto dan bukannya sekadar "cakap mulut".

Menurut ahli politik veteran Sabah Datuk Karim Ghani - yang keluar Umno, antaranya kerana parti itu gagal memberikan autonomi kepada negeri itu - berkata, perkara itu harus dilakukan supaya rakyat dapat membuat pilihan dalam pilihan raya. Maka selepas beliau ditipu selama 15 tahun, barulah rupa-rupanya beliau sedar akan kesilapannya dahulu. 

"Jangan cakap di mulut sahaja. Masukkanlah dalam manifesto. Barulah kita dapat buat keputusan",
kata beliau tanpa menyedari adakah UMNO pernah memasukkan perkara ini dalam MANIFESTO UMNO atau adakah sekadar dijadikan MANIFESTO BONEKA sahaja oleh orang-orang UMNO...


"Kalau lepas (tempoh mandat) lima tahun tidak buat juga, kita tukarlah balik (kerajaan)," sambung Karim lagi ketika ditanya sama ada janji itu memikatnya untuk menyertai parti gabungan dalam Pakatan. Tetapi Karim tidak pula berani berkata sedemikian dalam tempoh 15 tahun lalu sedangkan jelas bahawa perkara-perkara dan hak-hak Sabah GAGAL di perjuangkan oleh UMNO. 

Dalam sesi temubual beliau bersama wartawan, bekas naib presiden Usno itu menjelaskan, beliau "meletup" semalam selepas memendam perasaan tidak puas hati lebih daripada 15 tahun, antaranya disebabkan soal pengagihan kekayaan dan autonomi kepada Sabah. Maka setelah Sabah di ROMPAK selama 15 tahun, dan selepas KARIM merasakan UMNO tidak mengendahkan beliau lagi, maka baru lah beliau MELETUPKAN DIRI (Nasib baik tidak "diletupkan" oleh c4). 

Pada 15 September lalu, ketika melancarkan Pakatan Sabah di Kota Kinabalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama penasihat DAP Lim Kit Siang dan timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilaporkan berikrar mahu memberikan autonomi penuh jika mereka menduduki Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Anwar dilaporkan berkata oleh The Borneo Post bahawa hal ehwal Sabah akan ditentukan oleh negeri itu sendiri.

Sementara itu, Karim berkata, beliau juga kecewa berhubung isu tuntutan royalti minyak Sabah daripada 5 kepada 12 peratus yang dituntutnya selama ini tidak diberikan. 



Kepada tompinai-tompinai diluar sana yang masih lagi terpengaruh dan menyanjungi UMNO, maka fikirlah balik. Jangan hanya kerana wang, tergadai seluruh SABAH.....belajar lah dari Pak Karim Ghani ini......

No comments:

Post a Comment

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...