Friday, October 22, 2010

Dayak, Rungus, Dusun Witu dan Dusun Sabah.

1. Anonymous said...

apa pulak beza momogun rungus dengan dusun macam dusun tambunan. ranau, kota belud, telupid, labuk dsb?? dan adakah kaitan dusun2 ini dengan dusun witu?
March 11, 2010 1:25 AM

2. Anonymous said...
Juga, bukankah semua suku asli borneo (yang tiada di luar borneo) digelar dayak mengikut takrifan belanda? terangkan sikit boss..
March 11, 2010 1:27 AM

3. Anonymous said...
istilah dayak kalu di malaysia khususnya sarawak merujuk kpd kaum pribumi tgl di tepi sungai @ kaki gunung.Dayak di sarawak terdiri dpd 2:Dayak laut-Iban & dayak darat-Bidayuh.Malah istilah dayak itu sendiri dalam bahasa org bidayuh adalah manusia @ orang.Jadi boleh kata org belanda ni terpesong la.Dayak itu sebenarnya bukanlah bangsa tapi gelaran kpd org yg tgl di sg @ bukit.Walaupun kedua - dua bangsa ni tergolong dalam kategori dayak tp bahasa yg ditutur memang jauh berbeza.

-kalu ada mp3 lagu sabah mcm 5000 @ pembayaran ansur 2...tlg link ya.mau letak dlm henpon.Masa gawai lagu ini ada juga org main.

_________________________________________________________________________________

Berikut merupakan persoalan yang telah dikemukakan oleh pengunjung blog ini ketika membaca tajuk artikel mengenai Dusun Witu di dalam blog ini. sebelun kita pergi jauh, JM ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas respon yang telah diberikan.

Untuk menjawab persoalan tersebut, JM rasakan baik kita mulakan dengan definisi Dayak dahulu.

Secara umumnya, Dayak boleh didefinisikan sebagai masyarakat PERIBUMI Borneo dimana habitat penempatan mereka ialah di tepi-tepi sungai, di akwasan-kawasan pedalaman dan sesetengah kaum pula tinggal berhampiran dengan laut / pantai.

Frasa PERIBUMI Borneo sahaja sudah cukup untuk mengistilahkan DAYAK itu secara amnya. Dan saya bersetuju dengan persoalan yang ke2, dimana semua suku asli Borneo merupakan DAYAK.

Sekarang menjawab persoalan pertama. Apakah beza antara momogun rungus dan dusun?

Untuk kesempatan ini, saya akan jawab secara umum sahaja.

Tidak terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua kaum ini. Dari segi bahasa dan budaya juga tidak jauh beza.

Namun jika dilihat dari segi penempatan, pada zaman dahulu, Kebanyakkan kaum Rungus tinggal secara tetap mengamalkan pembinaan rumah panjang. Manakala Dusun pula, lebih kepada kehidupan secara nomad dan membina penempatan mereka bercorakkan rumah perseorangan atau, rumah satu-satu... Harus Diingat... Takrifan antara Kadazan dan Dusun adalah berlainan. Disamping itu, Rungus banyak terdapat di kawasan-kawasan berhampiran dengan Pantai berbanding masyarakat dusun yang tinggal di tepi-tepi sungai dan agak berada di kawasan pedalaman.

Disamping itu, dari segi budaya-budaya ukiran, dilihat kaum Rungus lebih mahir dalam ukir-mengukir ini namun dari segi kraftangan kedua-dua kaum mempunyai seni kraftangan tersendiri dan tidak lah jauh perbezaannya. Dalam posting yang akan datang saya akan edit kembali artikel ini dan memasukkan isi-isi dari sumber-sumber rujukan saya.

Apakah ada kaitan antara Dusun Witu dengan dusun-dusun di Sabah?

Setakat ini, masih kurang lawatan yang dilakukan oleh dusun Sabah dan Dusun Witu. Setakat yang diketahui, budaya-budaya Dusun Witu lebih mirip dengan budaya kaum rungus di Sabah. Dan jika dilihat dari segi bahasa juga mungkin agak lebih mirip dengan bahasa rungus.

Oleh itu, jika diikutkan teori, mungkin pada masa dahulu.. Dusun witu, dusun sabah, rungus dan kadazan adalah serumpun. Ini disokong dengan kaum-kaum ini yang tinggal disebuah “tanah” yang sama. Namun mungkin disebabkan dengan budaya nomad, mengembara pada zaman dahulu telah menyebabkan berlakunya imigrasi kaum-kaum ini.

Sehingga sekarang masih kurang kajian yang dilakukan terhadap kedua-dua kaum ini. Dan maklumat mengenai perkaitan antara kedua-dua kaum ini masih terbatas dan hanya terdapat teori-teori sahaja tanpa fakta yang sahih.

8 comments:

  1. Dusun Witu adalah serumpun/sebangsa dengan Dusun yg berada di Sabah Brunei dan Sarawak. Seperti mana yg kita tahu bahawa ada 5 suku bangsa di boreno nie yg hampir dan banyak persamaan dari segi cara hidup dan bahasa iaitu, Dusun, Sungai, Murut, Tidung dan Bisaya. Ada pun ke lima2 suku bangsa tersebut adalah berasal dari Tanah besar Asia (Yunan) seperti mana juga bangsa2 lain di kepulauan Asien.

    ReplyDelete
  2. Pembetulan sikit.. Sebenarnya Dusun Ranau juga pada masa dahulu rumah mereka sama dengan Dusun Rungus namun telah beransur2 berubah sehingga rumah panjang itu tidak lg kelihatan pada masa sekarang jika dibandingkan dengan Dusun Rungus. Menurut Giddow Gamad ( Seorang tua di ranau ) rumah panjang di ranau masih ada sehingga tahun 1920 an. Malah banyak cerita tentang kehidupan org Dusun Ranau dalam Rumah Panjang pada masa dahulu. Begitu juga dengan Dusun2 lain disekitar Tambunan..

    ReplyDelete
  3. Betul ka dusun witu sama dengan dusun sabah? perkara ini perlu dapatkan kepastian yg mendalam...cuba cek di youtube http://www.youtube.com/watch?v=E0FecZJwBII
    (Good News Dusun Witu People/Language Movie Trailer)

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=E0FecZJwBII (Dusun witu audio bible stories & lesson)

    mcm agak jauh dari bahasa kita...atau pun cuba berinteraksi dengan orang dusun witu di Facebook dalam group Dusun Witu.....

    ReplyDelete
  4. teringin maw tau suku-suku dusun yang terpencar ke tempat-tempat lain khususnya di kalimantan..kalau ditengok bahasanya, lebih kurang sama dengan bahasa dusun sabah..

    ReplyDelete
  5. Bahasa Dusun Witu dan Bahasa Dusun Sabah tiada persamaan bahasa berdasarkan audio Pengijilan Kristian berikut-
    http://worldbibles.org/linkWindow.php?st=eng&language=duw&name=Dusun%20Witu&id=6656&url=http%3A%2F%2Fglobalrecordings.net%2Fprogram%2FC84030

    Sampel audio bahasa-bahasa lain juga boleh dicari dalam laman- http://globalrecordings.net/en/languages

    ReplyDelete
  6. Persamaan sedikit hidup juga boleh dilihat pada orang asli di Vietnam, Kambodia, Yunan dan Taiwan.

    Persamaan profil DNA maternal (perempuan) juga sama dengan orang asli Taiwan, Filipina, Sulawesi contoh mtDNA Haplogroup E1a1a. Profil DNA paternal (lelaki) ada persamaan orang asli Yami Taiwan, orang asli Pulau Hainan (Cina) dan orang asli Thailand, Vietnam, Burma, Kambodia dan India Haplogroup contoh YDNA O2(P31).

    Lebih sinang mengenalpasti persamaan seseuatu rumpun manusia jika profil DNA mereka dikenalpasti.

    ReplyDelete
  7. dna merupakan bukti yang boleh di terima.. terima kasih dengan info ini..

    ReplyDelete
  8. Sya ndak mau komen cuma mau sorita.. tadi di wechat ada kwn post.. buah tarap di kl sama rasa sedap ngan d sabah. Tpi sya ndak setuju. Sbab sya pernh mkn tarap d semenajung. Klu tidak pernah mkn tarap sabah mmg ckp sama. Tpi bgi sya rasa buah tarap d sabah lagi wangi manis dan sedap.terus dia ckp sya tidak tau rasa. Sya ckp lh sya ni dusun original sabah mesti tau rasa tarap. Terus kan... dia ckp lh KAU NI TAK BELAJAR SEJARAH KAH? DUSUN ITU VIETNAM. terus sya ckp sya tidak belajar sejarah sebab sya aliran sains tapi sya tau Dusun original sabahan. Tpi dia ndak puas hati. Sebab dia bukan ori sabahan.proud to be sabahan

    ReplyDelete

Ulaslah...komenlah...kritiklah...reportlah apa saja...semua diterima... tapi kalau boleh gaman-gaman om sumandak-sumandak, komen yang bagus-bagus sikitlah kio...

selamat mengomen boss...